You are on page 1of 57

RANCANGAN PERNIAGAAN

JC NATURAL INSECT REPELLENT


ENTERPRISE
(PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL)

NAMA PERNIAGAAN : JC NATURAL INSECT REPELLENT


ENTERPRISE
NAMA USAHAWAN : CHIANG JIE CHYNG
ALAMAT PERNIAGAAN : B-11, Lorong Taman 12, Taman
Pertama, 30100 Ipoh, Perak.

1
ISI KANDUNGAN

ABSTRAK 3

1.0 PENGENALAN 5

2.0 TUJUAN 6

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 8

4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK 10

5.0 LATAR BELAKANG PROJEK 12

6.0 RANCANGAN PENGURUSAN 15

7.0 RANCANGAN PEMASARAN 21

8.0 RANCANGAN OPERASI 25

9.0 RANCANGAN KEWANGAN 34

10.0 ANALISIS SWOT 42

11.0 JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI PERNIAGAAN 46

12.0 RUMUSAN 48

13.0 RUJUKAN 49

LAMPIRAN 51

2
ABSTRAK
Rancangan Perniagaan ini adalah disediakan bagi mendapatkan pembiayaan
kewangan dari Bank Islam Malaysia Berhad bagi projek perusahaan pencegah
serangga semula jadi iaitu JC Natural Insect Repellent Enterprise di Ipoh, Perak.
JC Natural Insect Repellent Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang
menghasilkan dan menjual pencegah serangga semula jadi kepada pelanggan secara
online (atas talian) dan offline (kedai fizikal).
Berdasarkan kelulusan Diploma in Natural Medicine di Malacca College of
Science and Management dan pengalaman bekerja sebagai pengurus pemasaran di
Apex Pharmacy Marketing Sdn. Bhd. selama 2 tahun, saya bercadang membuka
syarikat sendiri di Ipoh, Perak dengan anggaran kos projek sebanyak RM126,425.
Daripada jumlah tersebut, saya bercadang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan
Bank Islam Malaysia Berhad sebanyak RM90,000 manakala sumbangan saya
adalah sebanyak RM36,425. Pembiayaan RM90,000 tersebut akan digunakan bagi
tujuan pembelian peralatan dan kelengkapan syarikat, deposit sewa & utiliti dan juga
modal pusingan. Manakala sumbangan saya sebanyak RM36,425 akan digunakan
untuk stok permulaan.
Berdasarkan trend pasaran masa kini, pengguna kini lebih mementingkan
kesihatan dan cenderung membeli dan menggunakan produk semula jadi yang tidak
mengandungi sebarang bahan kimia. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengeluarkan penyembur pencegah serangga semula jadi saya yang dibuat
daripada bahan semula jadi iaitu serai, daun pudina, cuka epal dan air. Serai dan daun
pudina merupakan tumbuhan semula jadi yang baunya boleh menghalau serangga
terutamanya nyamuk.
Terdapat dua pilihan pencegah serangga saya, iaitu bau serai dan bau pudina.
Pengguna yang tidak suka bau serai juga boleh pilih bau pudina yang lebih
menyegarkan. Kedua-dua jenis pencegah serangga itu tidak mengandungi alcohol dan
boleh digunakan oleh pengguna kulit sensitif.
Lokasi syarikat saya berada di kawasan komersial Taman Pertama yang
berhampiran dengan pasaraya, kedai-kedai runcit, taman rekreasi dan padang Taman
Pertama akan memberikan peluang yang besar untuk mendapatkan perhatian
pelanggan. Tambahan pula, persekitarannya juga amat sesuai kerana ia dikelilingi oleh
4 buah taman perumahan. Pelanggan-pelanggan yang disasarkan adalah pengguna

3
yang mementingkan kesihatan kulit dan penggunaan produk semula jadi, terutamanya
penduduk taman perumahan yang sekeliling.
Berdasarkan hasil peninjauan dan pemerhatian pasaran, tahap persaingan
pasaran bagi penyembur pencegah serangga semula jadi adalah sederhana, iaitu
terdapat dua pesaing, iaitu jenama Kaps dan jenama Bio Z. Namun, kedua-dua pesaing
menggunakan minyak citronella sebagai kandungan aktif. Menurut Ceradan (2020),
minyak citronella boleh menyebabkan kerengsaan kulit untuk golongan kanak-kanak.
Oleh itu, saya percaya pengguna akan memilih produk saya kerana produk saya tidak
mengandungi minyak citronella dan hanya menggunakan bahan semula jadi sebagai
ramuan.
Saya berkeyakinan untuk bersaing dengan jenama tersebut untuk menguasai
lebih kurang 65% daripada saiz pasaran dengan kekuatan pada kualiti produk,
perkhidmatan penghantaran produk, kualiti perkhidmatan dan harga yang berpatutan.
Saya berharap dengan bantuan pembiayaan ini akan dapat merealisasikan
rancangan perniagaan pencegah serangga semula jadi ini.

4
1.0 PENGENALAN

Menurut Nur Bahiah Mohamed Haris (2020), kesedaran masyarakat terhadap


produk semula jadi dan organik semakin meningkat setiap tahun. Kesedaran ini secara
tidak langsung telah mendorong pengguna menukarkan pola pembelian mereka,
dengan beralih kepada produk semula jadi yang berkualiti dan sihat dan tidak
mengandungi sebarang bahan kimia buatan.
JC Natural Insect Repellent Enterprise merupakan sebuah perniagaan milikan
tunggal. Operasi utama perniagaan ini ialah menghasilkan dan menjual pencegah
serangga semula jadi kepada pelanggan secara online (atas talian) dan offline (kedai
fizikal).
Perniagaan ini akan mula beroperasi pada 1 Februari 2020. Faktor pemilihan
perniagaan penyembur pencegah serangga semula jadi di kawasan yang dipilih adalah
disebabkan peningkatan permintaan terhadap pencegah serangga semula jadi di Ipoh,
Perak. Pemilik perniagaan berharap akan dapat memperolehi keuntungan atas
perniagaan di samping membekalkan pilihan pencegah serangga semula jadi yang lebih
selamat dan berbaloi kepada penduduk tempatan.

5
2.0 TUJUAN
2.1 Tujuan Rancangan Perniagaan
Tujuan utama rancangan diperlukan adalah untuk memberi keterangan tentang
sebuah perniagaan yang hendak dijalankan dan dilaksanakan. Selain itu, dengan
adanya rancangan perniagaan yang terperinci, ini akan menyakinkan para pihak yang
bekerjasama dengan syarikat saya, termasuk pihak pemutang iaitu institusi kewangan
dan pihak pembekal bahan mentah bahawa perniagaan yang akan dijalankan dapat
dimajukan dan dapat diusahakan.
Dengan penyelidikan terhadap saiz pasaran dan persaingan yang dihadapi,
syarikat boleh menyediakan rancangan yang sepatutnya untuk menghadapi saingan di
pasaran. Selain itu, rancangan perniagaan ini juga dapat dijadikan sebagai alat untuk
mempromosikan produk yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi dan membantu
pemilik perniagaan mengenalpasti keberkesanan perniagaan yang dijalankan olehnya.
Berikut menerangkan tujuan penyediaan rancangan perniagaan ini dan pihak
yang memerlukannya.
 Usahawan  Institusi kewangan atau pelabur
 Pembekal  Kakitangan

Usahawan
Usahawan untuk membolehkannya memahami projek atau perniagaan yang mendalam.
Rancangan ini boleh memberi rujukan kepada usahawan untuk menguruskan
perniagaan tersebut dan tujuan pelaburan dan pembiayaan.

Pembekal
Rancangan perniagaan yang terperinci memberikan keyakinan kepada pembekal yang
bekerjasama dengan syarikat. Dengan itu, kami boleh mendapat bekalan dan bahan
yang diperlukan secara kredit.

Institusi Kewangan atau Pelabur


Rancangan perniagaan disediakan kepada institusi kewangan adalah untuk
memantapkan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman, skim khas atau
mendapatkan rakan kongsi pelaburan tambahan untuk perniagaan yang dijalankan.

6
Kakitangan
Rancangan perniagaan mendedahkan kakitangan syarikat dengan arah tujuan syarikat
supaya membolehkan kakitangan mempunyai matlamat yang jelas untuk membantu
syarikat mencapai objektif yang ditetapkan.(operator pengeluaran)

2.2 Tujuan Projek


Untuk projek perniagaan pencegah serangga semula jadi ini, ianya mempunyai
beberapa tujuan. Antara tujuan utama projek ini ialah:

1) Mendapat Keuntungan Tinggi dalam Jangka Masa Singkat


Dengan wujudnya permintaan tinggi terhadap pencegah serangga semula jadi,
penyembur pencegah serangga saya dapat dipasarkan dengan pantas. Selain itu,
proses penghasilan pencegah serangga semula jadi saya sangat mudah, menjimat
masa dan berupaya menghasilkan banyak botol penyembur dalam sekali proses. Ciri-
ciri tersebut dapat membolehkan saya mendapat pulangan dalam jangka masa yang
singkat.

2) Membekalkan Pencegah Serangga Yang Bermutu Tinggi Dan Selamat Kepada


Pengguna
Cecair pencegah serangga ini diperbuat daripada bahan semula jadi, tidak
mengandungi sebarang bahan kimia sintetik seperti pengawet, wangian dan ethanol
yang boleh menimbulkan alahan bagi manusia. Keberkesanan mencegah serangga dan
keselamatan kepada kulit sensitif produk saya juga telah mendapat pengiktirafan
daripada National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dan pelanggan-
pelanggan saya.

3) Meningkatkan Kesedaran Penduduk Ipoh Tentang Kepentingan Memakai


Penghalau Nyamuk
Kes demam denggi di Perak khususnya bandar raya Ipoh semakin membimbangkan
apabila mencatatkan peningkatan lebih 200 peratus dalam tempoh enam bulan pertama
tahun 2020 (Sinar Harian, 2020). Keadaan tersebut menunjukkan penduduk kawasan
Ipoh masih tidak mempunyai kesedaran memakai penghalau nyamuk yang tinggi. Oleh
itu, salah satu program promosi syarikat ialah pemberian sampel percuma pencegah
serangga kami kepada penduduk Ipoh sempena kempen pencegahan nyamuk Aedes di
beberapa hotspot kes demam denggi. Syarikat berhasrat untuk meningkatkan

7
kesedaran penduduk Ipoh untuk memakai pencegah nyamuk supaya dapat
mengurangkan kes demam denggi di kawasan Ipoh.

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

1. Nama syarikat: JC Natural Insect Repellent Enterprise

2. No. pendaftaran syarikat: 01234567 - T

3. Tarikh pendaftaran: 1 Oktober 2019

4. Tarikh memulakan perniagaan: 1 Januari 2020

5. Alamat perniagaan: B-11, Lorong Taman 12, Taman Pertama,


30100 Ipoh, Perak

6. Nombor Telefon: 05-5275266

7. Pegawai yang boleh dihubungi dan Chiang Jie Chyng (Pengurus Besar)
No. Tel:
018-5374851

8. Bentuk Perniagaan: Milikan Tunggal

9. Aktiviti utama perniagaan: Menghasilkan dan membekalkan penyembur


pencegah serangga semula jadi

10. Senarai pemegang saham utama: Chiang Jie Chyng (100%)

11. Struktur modal: Sumbangan pemilik = RM36,425 (28.81%)

Pembiayaan bank = RM90,000 (71.19%)

Jumlah modal = RM126,425 (100%)

12. Ramalan prestasi kewangan bagi 3 Keuntungan bersih tahun pertama


tahun yang akan datang
= RM392,480

8
Keuntungan bersih tahun ke-3

= RM392,480 x 3

= RM1,177,440

13. Nama bank perniagaan: Bank Islam Malaysia Berhad

14. Nombor akaun bank: 06019020011705

9
4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

1. Nama Penuh: Chiang Jie Chyng

2. No. Kad Pengenalan: 980111-08-5718

3. Tarikh Lahir: 11 Januari 1998

4. Umur: 23 tahun

5. Jantina: Perempuan

6. Status Perkahwinan: Bujang

7. Alamat Tetap: 26, Persiaran Bekor 18, Taman Pertama, 30100 Ipoh,
Perak.

8. Nombor Telefon: 018-5374851

9. Kelulusan Akademik: Diploma in Natural Medicine, Malacca College of


Science and Management

10. Kursus yang Pernah Diikuti 1) Kursus Pemasaran dan Kursus Keusahawan
Anjuran Kementerian Keusahawaan
2) Kursus Kemahiran Komunikasi Anjuran Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

11. Pengalaman: 1) Pengurus pemasaran di Apex Pharmacy


Marketing Sdn. Bhd. selama dua tahun
2) Pengurus kewangan di Bodibasixs Manufacturing

10
Sdn. Bhd. selama setahun

12. Kemahiran: 1) Mahir dalam menghasilkan penyembur pencegah


serangga semula jadi
2) Cekap dalam pengurusan kewangan
3) Memiliki kemahiran berkomunikasi dalam
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina
dan Bahasa Kantonis.

11
5.0 LATAR BELAKANG PROJEK
5.1 Lokasi
Premis perniagaan di B-11, Lorong Taman 12, Taman Pertama, 30100 Ipoh,
Perak milik Encik Chiang Teng Aik, atas kontrak sewaan selama 3 tahun dengan
bayaran RM1000 sebulan. Tapak Projek dipilih berasaskan faktor berikut:
1. Lokasi syarikat berada di kawasan komersial Taman Pertama yang berhampiran
dengan taman-taman perumahan, taman rekreasi, pasaraya dan kedai-kedai
runcit akan memberikan peluang yang besar untuk mendapatkan perhatian
pelanggan.
2. Lokasi tersebut mempunyai prasarana kemudahan asas seperti bekalan air paip,
elektrik dan jalan yang lengkap.
3. Berdekatan dengan kawasan perumahan bagi kemudahan tenaga kerja juga
menyediakan peluang pekerjaan sampingan kepada masyarakat setempat
khususnya bagi belia-belia di sekitar Ipoh, Perak.

Berikut adalah pelan lokasi kedudukan syarikat di Google Map:

12
5.2 Susun Atur Ruang Operasi
Berikut adalah pelan grafik susun atur ruang operasi:

Pintu Masuk
Bilik Jualan
Kaunter Infomasi dan Pembayaran

Pejabat
Bilik Rehat

Stor
Tandas

Pejabat Pengurus Surau

Belakang

Makmal Penghasilan Produk

5.4 Kemudahan Asas


Demi melancarkan sistem perniagaan syarikat, kemudahan asas seperti kabinet
fail, komputer, pencetak, mesin faksimili, peti sejuk, kipas, penghawa dingin, meja dan
kerusi telah disediakan dan dipasangkan.

5.5 Projek yang Dicadangkan


JC Natural Insect Repellent Enterprise menjalankan perniagaan menghasilkan
dan menjual pencegah serangga semula jadi kepada pelanggan secara online (atas
talian) dan offline (kedai fizikal).
Menurut Becky Mead (2020), pasaran penjagaan diri semula jadi dan organik
dijangka berkembang lebih cepat daripada makanan, dengan CAGR 11.1 peratus
pada tahun 2018 hingga 2026. Situasi ini menunjukkan kesedaran pengguna tentang
kebaikan produk semula jadi semakin meningkat. Oleh itu, pemilik menjangka akan

13
dapat menarik minat sebahagian besar penduduk sekitar untuk menggunakan
penyembur pencegah serangga kami.
Selain itu, lokasi strategik syarikat yang berhampiran dengan kawasan komersial
dan kawasan perumahan, produk yang berkualiti (mesra kulit sensitif dan kanak-
kanak), harga yang berpatutan, perkhidmatan e-komersial dan perkhidmatan
penghantaran percuma juga menjadi tarikan pembelian pengguna untuk membeli
produk kami.

14
6.0 RANCANGAN PENGURUSAN

6.1 Visi Organisasi


 Membentuk jenama pencegah serangga semula jadi yang terkenal di Malaysia
dan antarabangsa dengan sentiasa mengekalkan kualiti produk yang tinggi dan
perkhidmatan yang cemerlang.

6.2 Misi Organisasi


 Menjadikan syarikat sebagai pengeluar pencegah serangga semula jadi yang
bermutu tinggi, bereputasi tinggi dan berdaya saing di pasaran tempatan dan
luar negara menjelang tahun 2023.
 Meningkatkan produktiviti dan memberi pulangan yang besar kepada syarikat
dan pelabur.

6.3 Slogan Organisasi


 “Your wellness is our priority”. Kami berusaha membekalkan produk dan
perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk menjaga kesihatan dan kebajikan
pengguna.

6.4 Matlamat Organisasi


 Menghasilkan penyembur pencegah serangga semula jadi yang bermutu tinggi
bagi tujuan pemasaran.
 Memastikan penyembur pencegah serangga semula jadi yang dihasilkan
bermutu tinggi serta mencapai standard National Pharmaceutical Regulatory
Agency (NPRA).
 Memastikan organisasi sentiasa berdaya saing.
 Memastikan perniagaan terus unggul dalam memberikan produk perkhidmatan
yang terbaik.
 Meningkatkan kesedaran penduduk sekeliling tentang kepentingan memakai
pencegah serangga untuk mengurangkan kes demam denggi.
 Memastikan hubungan yang baik antara pihak pengurusan, pekerja dan
pelanggan.
 Memastikan kebajikan pekerja terjamin.

15
6.5 Strategi Organisasi
6.5.1 Strategi Jangka Pendek
 Memberikan kepuasan maksimum kepada pelanggan.
 Mengekalkan kesetiaan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan
yang terbaik.
 Memaksimumkan keuntungan.
 Memperluaskan pasaran.
 Sentiasa memberikan layanan mesra kepada pelanggan.

6.5.2 Strategi Jangka Panjang


 Sentiasa menyediakan produk mengikut piawaian standard.
 Mengekalkan harga standard.
 Memaksimumkan kepuasan pelanggan.
 Meluaskan pasaran dengan membuka cawangan-cawangan di setiap
negeri di Malaysia.
 Meluaskan pasaran dengan mengeksport produk ke luar negara.

6.6 Carta Organisasi

16
6.7 Senarai Jawatan Dan Penerangan Tugas

Bil Jawatan Bilangan Tugas dan Tanggungjawab Utama


1. Pengurus 1 1. Memastikan matlamat organisasi tercapai.
Besar 2. Mengkoordinasi segala bahagian/ fungsi dalam
syarikat ke arah pencapaian matlamat tahunan/
bulanan syarikat.
3. Memajukan kakitangan dan mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan.
4. Membantu tugas-tugas pengurus lain.
2. Pengurus 1 1. Menyediakan belanjawan tahunan perniagaan.
Kewangan 2. Menyediakan laporan kewangan perniagaan.
3. Mengawal pengunaan sumber kewangan perniagaan.
4. Menyelaras kerja personal di bahagian kewangan.
3. Pengurus 1 1. Memastikan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh
Pemasaran syarikat mendapat sambutan.
2. Merancang aktiviti syarikat untuk menarik minat
pembeli untuk membeli produk daripada masyarakat.
3. Memasarkan hasil keluaran dan perkhidmatan
syarikat supaya setiap projek berjalan lancar serta
memenuhi kehendak pelanggan.
4. Pengurus 1 1. Menguruskan hal ehwal surat menyurat, urusan
Pentadbiran perjalanan fail.
2. Mengendali segala aspek pengurusan pentadbiran
pejabat.
3. Mengemaskini rekod-rekod cuti dan perkhidmatan.
4. Mengurus bayaran urusan elaun tuntutan, bil, tiket
kapal terbang dan berkaitan tempahan penginapan.
5. Mengurus dan mengatur mesyuarat serta perjumpaan
di antara pihak-pihak yang terlibat di dalam
perlaksanaan projek.
6. Merekod dan mendokumentasi hal-hal berkaitan.

17
5. Pengurusan 1 1. Memastikan visi dan misi syarikat tercapai.
Operasi 2. Menyelia dan memantau kerja-kerja staf.
3. Merencana jadual dan strategi kerja.
4. Memantau kos dan budget.
5. Memantau kerja setiap projek.
6. Berkomunikasi dengan pihak pelanggan.
6. Pembantu 2 1. Bertanggungjawab membuka dan menutup pejabat.
Am 2. Membantu lain-lain pegawai berkaitan dengan urusan
pejabat.
3. Menjalankan aktiviti khidmat pelanggan dan urusan
jual beli penyembur pencegah seranggan semula jadi.
4. Lain-lain tugas yang diarah oleh pengawai lain.

6.8 Bayaran Imbuhan kepada Kakitangan


6.8.1 Cuti Sakit
 Sekiranya terdapat pekerja yang mengalami kecedraan ataupun
kemalangan semasa bekerja, pihak syarikat akan memberi cuti bergaji di
samping memberi rawatan perubatan secara percuma.

6.8.2 Cuti Tahunan


 Pihak syarikat akan memberi cuti tahunan kepada pekerja selama dua
minggu ataupun 14 hari.

6.8.3 Kenaikan Gaji


 Pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan akan diberi
kenaikan gaji. Pihak syarikat juga kan memberi gaji bonus pada setiap
hujung tahun bergantung kepada peratus keuntungan yang diperolehi
pada tahun berkenaan.

6.8.4 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


 Pekerja diwajibkan mendaftar dalam KWSP bagi menjamin masa depan.

18
6.9 Gaji, Upah dan Caruman Majikan

Gaji/Upah PERKESO
Jawatan Bil. Pekerja KWSP (13%) Jumlah
Bulanan (2%)

Pengurus 1 RM5000.00 RM650.00 RM100.00 RM5750.00


Besar

Pengurus 1 RM3000.00 RM390.00 RM60.00 RM3450.00


Kewangan

Pengurus 1 RM3000.00 RM390.00 RM60.00 RM3450.00


Pemasaran

Pengurus 1 RM2800.00 RM364.00 RM56.00 RM3220.00


Pentadbiran

Pengurus 1 RM2800.00 RM364.00 RM56.00 RM3220.00


Operasi

Jumlah RM19090.00

6.10 Keperluan Pejabat

Jenis Bilangan Harga seunit Jumlah

Set Perabot Pejabat 4 RM500.00 RM2000.00

Kabinet Fail 8 RM25.00 RM200.00

Komputer 6 RM300.00 RM1800.00

Pencetak 3 RM200.00 RM600.00

Mesin Faksimili 1 RM400.00 RM400.00

Penghawa Dingin 6 RM2500.00 RM15000.00

Jumlah RM20000.00

19
6.11 Perbelanjaan Rancangan Organisasi

PERBELANJAAN RANCANGAN ORGANISASI

Butiran Aset Bulanan Lain-lain Jumlah

Aset Bukan Semasa


Perabot dan Peralatan Pejabat 20,000 20,000

Perbelanjaan (bulanan)
Gaji Pekerja Pengurusan 19,090
Utiliti/Telefon 500 19,590

Perbelanjaan lain
Majlis pelancaran 1,000
Pendaftaran perniagaan 30
Lesen perniagaan 150 1,180

Jumlah 20,000 19,590 1,180 40,770

20
7.0 RANCANGAN PEMASARAN
7.1 Pengenalan terhadap Barang/ Perkhidmatan
Dalam apa jenis perniagaan sekalipun, pemasaran merupakan aspek yang
terpenting dalam menentukan kejayaan sesuatu projek. Tanpa pemasaran yang
berkesan, sesuatu perniagaan pasti akan mengalami masalah sekali gus akan
memusnahkan impian untuk maju dalam perniagaan. Justeru itu, sebelum menceburi
diri dalam penghasilan pencegah serangga semula jadi ini, tinjauan terhadap
permintaan terlebih dahulu dilakukan. Oleh sebab cecair pencegah serangga semula
jadi saya tidak mengandungi sebarang pengawet, ia perlu disimpan dalam peti sejuk
supaya tidak mudah rosak. Oleh itu, sistem pemasaran yang cekap amat diperlukan.
Terdapat dua saluran utama yang selalu digunakan untuk pemasaran pencegah
serangga semula jadi iaitu secara terus ataupun melalui orang tengah. Berikut
merupakan hasil tinjauan awal saya terhadap permintaan pencegah serangga semula
jadi di sekitar kawasan Ipoh dan dalam platform e-commerce Shopee untuk sebulan.
 Pasaraya : 300 botol
 Kedai runcit : 250 botol
 Farmasi : 250 botol
 Terus kepada pengguna : 600 botol
 Pembeli Shopee : 400 botol

7.2 Sasaran Pasaran


Fokus utama JC Natural Insect Repellent Enterprise adalah tertumpu kepada
pelanggan yang berada di kawasan Ipoh dan pembeli atas talian, iaitu:
 Penduduk persekitaran
 Pasaraya
 Kedai runcit  Pembeli Shopee (platform e-
 Farmasi commerce)

Lokasi syarikat berada di kawasan komersial Taman Pertama yang berhampiran


dengan pusat-pusat perniagaan seperti pasaraya, kedai-kedai runcit dan farmasi akan
memberikan peluang yang besar untuk mendapatkan perhatian pelanggan. Tambahan
pula, persekitarannya juga amat sesuai kerana ia dikelilingi oleh 4 buah taman perumahan.
Pelanggan-pelanggan yang disasarkan adalah peniaga pasaraya, pasar, kedai-kedai
runcit, farmasi, penduduk taman perumahan yang sekeliling dan pembeli Shopee.

21
7.3 Saiz Pasaran
Populasi pelanggan sasaran di dalam kawasan pasaran adalah seperti berikut:

Sasaran Penjualan Anggaran Pendapatan


Kedai/ Pembeli
Produk Sebulan
1. Pasaraya Aeonbig 300 botol RM1500
2. Kedai Runcit 250 botol RM1250
3. Farmasi 250 botol RM1250
4. Terus kepada pengguna 600 botol RM3000
5. Pembeli Shopee 400 botol RM2000

Jumlah 1800 botol RM9000

7.4 Persaingan

Nama dan Alamat Pesaing Kekuatan Kelemahan


Kaps Enterprise 1. Harga sebotol 1. Produk tidak dijual di
B-456, penyembur platform e-commerce.
Kawasan Perniagaan pencegah serangga 2. Terdapat habuk di luaran
Greentown, semula jadi lebih botol penyembur (stok
31000 Ipoh, Perak. murah. lama, produk tidak laku).
2. Kedai berhawa 3. Isi padu botol penyembur
dingin. lebih kecil daripada
produk saya (JC:100ml,
Kaps: 60ml).
Bio Z Enterprise 1. Mempunyai 1. Produk tidak dijual di
L3, pelanggan tetap platform e-commerce.
Ipoh Garden, yang setia. 2. Lokasi jauh daripada
31400 Ipoh, 2. Kedai bersih, cantik hotspot kes demam
Perak. dan kemas. denggi.
3. Membekalkan 3. Harga lebih mahal.
pencegah serangga
semula jadi jenis
penyembur dan stick.

22
7.4 Syer Pasaran
Dengan populasi penduduk Ipoh, JC Natural Insect Repellent Enterprise
dianggarkan akan mendapat syer pasaran sebanyak 65%, Kaps Enterprise 15% dan Bio Z
Enterprise 20%.

7.6 Ramalan Jualan Tahun Pertama

Ramalan Hasil (RM)

1 35,000

2 40,000

3 45,000

4 50,000

5 55,000

6 60,000

7 65,000

8 70,000

9 75,000

10 80,000

11 85,000

12 90,000

Jumlah 750,000

23
7.7 Strategi Pemasaran
Antara strategi pemasaran adalah seperti berikut:
i. Menyediakan syarikat dengan ruang perniagaan yang tersusun, teratur dan selesa.
ii. Mendirikan syarikat di kawasan komersial yang mudah dijumpa oleh pelanggan.
iii. Produk dijual dengan harga yang lebih rendah daripada pesaing.
iv. Menyediakan perkhidmatan penghantaran produk ke tempat yang ditetapkan dalam
masa yang ditetapkan.
v. Memberi diskaun 10% untuk setiap pembelian yang melebihi RM100.
vi. Menjual produk syarikat di platform e-commerce Shopee.
vii. Layanan mesra untuk setiap pelanggan bagi mendapat kesetiaan pelanggan.

Dengan menjalankan strategi-strategi yang telah dikenalpasti di atas, JC Natural


Insect Repellent Enterprise dijangka dapat berkembang dengan baik dan dapat menarik
minat ramai pelanggan.

7.8 Perbelanjaan Rancangan Pemasaran

PERBELANJAAN RANCANGAN PEMASARAN

Butiran Aset Bulanan Lain-lain Jumlah

Aset Bukan Semasa


Van Penghantaran 60,000 60,000

Perbelanjaan (bulanan)
Promosi 200
Petrol dan belanja kenderaan 500 700

Perbelanjaan lain
Insurans dan cukai jalan van 2,500 2,500
Jumlah 60,000 700 2,500 63,200

24
8.0 RANCANGAN OPERASI

8.1 Huraian Produk

Jenis Produk
JC Natural Insect Repellent menjual dua jenis penyembur pencegah serangga
semula jadi, iaitu Fresh Lemongrass dan Mint Lover.
1. Fresh Lemongrass
Kandungan Serai dan air mineral sahaja

Isi padu 100 ml


Harga RM5.00
Keberkesanan 60 minit (selepas 60 minit, perlu
perlindungan menyembur sekali lagi)

Keselamatan Selamat
kepada kulit sensitif
Cara dan tempoh Disimpan dalam peti sejuk, tidak
menyimpan melebihi 12 bulan
Cara penggunaan Untuk kegunaan luar sahaja

2. Mint Lover
Kandungan Daun Pudina (mint) dan cuka epal
sahaja
Isi padu 100 ml
Harga RM5.00
Keberkesanan 60 minit (selepas 60 minit, perlu
perlindungan menyembur sekali lagi)

Keselamatan Selamat
kepada kulit sensitif
Cara dan tempoh Disimpan dalam peti sejuk, tidak
menyimpan melebihi 12 bulan
Cara penggunaan Untuk kegunaan luar sahaja

25
Penerangan Generik Produk
Kedua-dua pencegah serangga yang tidak berminyak ini diperbuat daripada herba
asli yang selesa digunakan. Ia mempunyai wangian yang menyegarkan tetapi tidak
digemari oleh nyamuk dan serangga lain. Gunakannya bila di dalam dan kuar rumah, di
taman dan tempat perkhemahan, pantai atau padang golf.

Ciri-ciri Produk
1. 100% Diperbuat Daripada Bahan Asli Dan Selamat Digunakan
Ciri-ciri utama produk JC Natural Insect Repellent Enterprise ialah diperbuat
daripada bahan mentah asli sahaja. Produk kami tidak mengandungi sebarang bahan
kimia sintetik seperti DEET (bahan kimia yang biasa digunakan dalam penghalau nyamuk),
pengawet, wangian dan ethanol. Menurut National Pesticide Information Center (2008),
produk yang mengandungi DEET boleh menyebabkan kerengsaan dan kemerahan
apabila lama dipakai pada kulit manusia.
Sementara itu, jika dibandingkan dengan produk-produk pencegah serangga
semula jadi di pasaran, produk kami juga tidak mengandungi minyak citronella (ekstrak
herba) yang biasanya digunakan sebagai kandungan aktif dalam pencegah serangga
semula jadi. Menurut Ceradan (2020), minyak citronella boleh menyebabkan kerengsaan
kulit untuk golongan kanak-kanak.
Kualiti dan keselamatan produk kami telah mendapat pengiktirafan daripada
National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). Produk kami adalah selamat
digunakan oleh pengguna kulit sensitif, kanak-kanak dan wanita mengandung.

2. Melindungi Daripada Gigitan Nyamuk Dan Serangga Lain


Keberkesanan produk pencegah serangga semula jadi kami telah diperiksa secara
sainstifik dan telah mendapat pengiktirafan daripada National Pharmaceutical Regulatory
Agency (NPRA). Produk kami berkesan melindungi anda daripda gigitan nyamuk dan
serangga lain tidak kira di dalam atau di luar rumah dalam tempoh masa 60 minit.
Pengguna dinasihatkan untuk menyembur sekali lagi setiap 60 minit atau setelah
mendapati bau pencegah serangga telah berkurang.

26
3. Reka Bentuk Produk Yang Selamat dan Mudah Dibawa
Cecair pencegah serangga semula jadi kami disimpan dalam botol penyembur
yang berkualiti tinggi. Botol penyembur kami diperbuat daripada plastik jenis
Polypropylene (PP) yang tahan panas dan kukuh. Selain itu, sebotol pencegah serangga
berisi padu 100ml dan beratnya hanya 30g. Ia adalah ringan, kecil dan mudah disimpan
dalam bag wanita, bag sekolah dan juga poket seluar untuk dibawa ke mana-mana tempat.
4. Harga Yang Berpatutan Dan Berbaloi
Jika dibandingkan dengan produk pencegah serangga semula jadi lain di pasaran,
isi padu botol produk kami sebanyak 100ml adalah lebih besar daripada produk-produk
pesaing. Selain itu, produk kami dijual dalam harga yang berpatutan, iaitu RM5.00 sebotol
sahaja. Harganya adalah lebih rendah daripada beberapa pesaing di pasaran. Pengguna
tentunya akan membeli produk kami yang lebih berbaloi.

Kelebihan Produk
1. Diperbuat daripada 100% bahan mentah asli.
2. Tidak mengandungi bahan kimia.
3. Dibukti berkesan mencegah gigitan nyamuk dan serangga lain melalui kajian sains.
4. Mendapat pengiktirafan standard daripada National Pharmaceutical Regulatory Agency
(NPRA).
5. Reka bentuk botol penyembur yang selamat, mudah diguna dan dibawa.
6. Harga yang lebih rendah daripada kebanyakan pesaing di pasaran.

8.2 Kapasiti Produk

1. Hari beroperasi:
 Isnin hingga Sabtu (Ahad rehat)

2. Waktu perniagaan:
 Masa bekerja : 8:00 a.m. – 5:00 p.m.
 Waktu berehat: 12:30 p.m. – 1:30 p.m.
Jumlah masa kerja sehari adalah 8 jam termasuk waktu berehat.

3. Senarai Asas Kemampuan Pengeluaran Produk:


 Pencegah serangga Fresh Lemongrass : 60 bottle sehari
 Pencegah serangga Mint Lover : 60 bottle sehari

27
8.3 Proses Pengeluaran
8.3.1 Proses Operasi

Penyediaan bahan mentah

Pengisaran bahan mentah

Proses mengekstrak intipati bahan mentah

Penggabungan ekstrak intipati dengan pelarut

Pembungkusan produk

Pembasmian kuman

Pemeriksaan produk

Penyimpanan produk di stor sejuk

Penghantaran produk

28
8.3.2 Carta Alir Operasi

Membungkus Produk Dan


Membasmi Kuman

Memeriksa produk

29
8.3.3 Lokasi
Premis perniagaan adalah disewa dengan sewa sebanyak RM1000.00
sebulan. Deposit sewa adalah sebanyak RM3000.00 dan kos ubahsuai ruang
syarikat sebanyak RM2000.00.
Berikut adalah pelan lokasi kedudukan syarikat di Google Map:

30
8.3.4 Susun Atur Ruang Operasi
Berikut adalah pelan grafik susun atur ruang operasi:

Pintu Masuk
Bilik Jualan
Kaunter Infomasi dan Pembayaran

Pejabat
Bilik Rehat

Stor
Tandas

Pejabat Pengurus Surau

Belakang

Makmal Penghasilan Produk

31
8.3.5 Senarai Bahan Mentah
Berikut adalah anggaran belian stok barang dalam sebulan:
Jenis Barang Kuantiti Harga Seunit Jumlah Belian
Serai 300kg RM0.50 RM150.00
Daun Pudina 30kg RM0.50 RM15.00
Cuka epal 20 botol RM10.00 RM200.00
Air mineral 20 botol RM1.00 RM20.00
Botol penyembur 1800 botol RM0.10 RM 180.00
Jumlah Belian Stok Barang Sebulan RM565.00

8.3.6 Senarai Mesin dan Peralatan


Berikut adalah senarai mesin dan peralatan yang diperlukan di syarikat:
Jenis Bilangan Harga Seunit Jumlah
Mesin Makmal Penghasilan Produk RM10000.00 RM10000.00
 Mesin pengisar
 Mesin pengekstrak intipati bahan 1
 Mesin pembasmian kuman
 Peti sejuk
Peralatan RM500.00 RM1000.00
 Set bikar
 Set silinder penyukat
 Set pipet 2
 Set tabung uji
 Set alat timbang
 Thermometer
Jumlah RM11000.00

8.3.7 Overhed Operasi

Elektrik RM500.00

Air RM100.00

Jumlah RM600.00

32
8.3.7 Senarai Pekerja
Berikut adalah senarai tenaga buruh langsung yang diperlukan di syarikat
beserta dengan upah bulanan:

Jawatan Bil. Gaji/Upah KWSP PERKESO Jumlah


Pekerja Bulanan (13%) (2%)

Pembantu 2 RM1500.00 RM195.00 RM30.00 RM1725.00


Am

Jumlah RM3450.00

8.3.9 Perbelanjaan Rancangan Operasi

PERBELANJAAN RANCANGAN OPERASI

Butiran Aset Bulanan Lain-lain Jumlah


(RM)

Aset Bukan Semasa


Mesin dan Peralatan Syarikat 11000 11000

Perbelanjaan (bulanan)
Belian Barang Niaga 565
Angkutan Masuk Barang Niaga 300
Gaji Pekerja Syarikat 3450
Sewa Syarikat 1000
Kadar Syarikat 540 5855

Perbelanjaan lain
Pelbagai belanja 600
Ubahsuai 2000
Deposit Sewa 3000 5600

Jumlah 11000 5855 5600 22455

33
9.0 RANCANGAN KEWANGAN

9.1 Jadual Kos Pelaksanaan Projek

KOS PELAKSANAAN PROJEK

Aset Bukan Semasa


Van penghantaran 60,000
Mesin dan Peralatan Syarikat 11,000
Perabot dan Peralatan Pejabat 20,000 91,000

Perbelanjaan (1 bulan)
Pemasaran 700
Operasi 5,855
Organisasi 19,590 26,145

Perbelanjaan lain
Pemasaran 2,500
Operasi 5,600
Organisasi 1,180 9,280
Jumlah RM126,425

9.2 Jadual Sumber Pembiayaan Projek

SUMBER PEMBIAYAAN PROJEK

Modal pemilik 36,425

Pinjaman bank 90,000

Jumlah 126,425

34
9.3 Jadual Susutnilai Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)

9.3.1 Van Penghantaran

Nama Aset: Van Penghantaran


Kos: RM60,000
Jangka hayat: 5 tahun
Kaedah susut nilai: Garis Lurus
Tahun Susut Nilai Tahunan Susut Nilai Terkumpul Nilai Buku
0 - - 60,000
1 12,000 12,000 48,000
2 12,000 24,000 36,000
3 12,000 36,000 24,000
4 12,000 48,000 12,000
5 12,000 60,000 -

9.3.2 Mesin dan Peralatan Syarikat

Nama Aset: Mesin dan Peralatan Syarikat


Kos: RM11,000
Jangka hayat: 5 tahun
Kaedah susut nilai: Garis Lurus
Tahun Susut Nilai Tahunan Susut Nilai Terkumpul Nilai Buku
0 - - 11,000
1 2,200 2,200 8,800
2 2,200 4,400 6,600
3 2,200 6,600 4,400
4 2,200 8,800 2,200
5 2,200 11,000 -

35
9.3.3 Perabot dan Peralatan Pejabat

Nama Aset: Perabot dan Peralatan Pejabat


Kos: RM20,000
Jangka hayat: 5 tahun
Kaedah susut nilai: Garis Lurus
Tahun Susut Nilai Tahunan Susut Nilai Terkumpul Nilai Buku
0 - - 20,000
1 4,000 4,000 16,000
2 4,000 8,000 12,000
3 4,000 12,000 8,000
4 4,000 16,000 4,000
5 4,000 20,000 -

9.4 Jadual Bayaran Balik Pinjaman Bank

JADUAL BAYARAN BALIK PINJAMAN BANK


Jumlah: RM90,000
Kadar Faedah: 5% setahun
Tempoh 5 tahun
Kaedah: Kadar Tetap
Tahun Pokok Faedah Jumlah Baki Pokok
0 - - - 90,000
1 18,000 4,500 22,500 72,000
2 18,000 4,500 22,500 54,000
3 18,000 4,500 22,500 36,000
4 18,000 4,500 22,500 18,000
5 18,000 4,500 22,500 -

36
9.5 Belanjawan Tunai

Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Jumlah
PENERIMAAN
TUNAI
Modal pemilik 36,425 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 36,425
Pinjaman bank 90,000 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 90,000
Jualan 35,000 40,000 45,000 50,000 55,000 60,000 65,000 70,000 75,000 80,000 85,000 90,000 750,000
Jumlah
Penerimaan
Tunai 161,425 40,000 45,000 50,000 55,000 60,000 65,000 70,000 75,000 80,000 85,000 90,000 876,425
PEMBAYARAN
TUNAI
Aset bukan
semasa 91,000 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 91,000
Belanja
Pemasaran 700 700 700 700 700 700 700 700 700 700 700 700 8,400
Belanja Operasi 5,855 5,855 5,855 5,855 5,855 5,855 5,855 5,855 5,855 5,855 5,855 5,855 70,260
Belanja
Organisasi 19,590 19,590 19,590 19,590 19,590 19,590 19,590 19,590 19,590 19,590 19,590 19,590 235,080
Belanja Lain 9,280 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 9,280

37
Bayaran
Balik
Pinjaman
Bank
Pokok 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 18,000
Faedah 375 375 375 375 375 375 375 375 375 375 375 375 4,500
Jumlah
Pembayaran
Tunai 128,300 28,020 28,020 28,020 28,020 28,020 28,020 28,020 28,020 28,020 28,020 28,020 436,520
Lebihan/
(Kurangan) 33,125 11,980 16,980 21,980 26,980 31,980 36,980 41,980 46,980 51,980 56,980 61,980 439,905
Baki Awal
Bulan 0 33,125 45,105 62,085 84,065 111,045 143,025 180,005 221,985 268,965 320,945 377,925
Baki Akhir
Bulan 33,125 45,105 62,085 84,065 111,045 143,025 180,005 221,985 268,965 320,945 377,925 439,905

38
9.6 Penyata Pendapatan

PRO FORMA PENYATA PENDAPATAN


BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DIS. 2020
RM RM
Jualan 750,000

Tolak: Perbelanjaan
Belanja pemasaran 8,400
Belanja operasi 70,260
Belanja organisasi 235,080
Faedah pinjaman bank 4,500
Perbelanjaan lain 9,280
Belanja susut nilai 30,000 357,520

Untung Bersih 392,480


======

39
9.7 Kunci Kira-kira

PRO FORMA KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DIS. 2020


RM RM
Aset Bukan Semasa
Van Penghantaran 60,000
Tolak: Peruntukan susut nilai 12,000 48,000

Mesin dan Peralatan Syarikat 11,000


Tolak: Peruntukan susut nilai 2,200 8,800

Perabot dan Peralatan Pejabat 20,000


Tolak: Peruntukan susut nilai 4,000 16,000

Aset Semasa
Tunai 439,905
512,705
======
Ekuiti Pemilik
Modal permulaan 36,425
Tambah: Untung bersih 392,480
428,905

Liabiliti Bukan Semasa


Pinjaman bank 90,000

Jumlah Ekuiti dan Liabiliti 518,905


======

9.8 Kesimpulan Rancangan Kewangan


JC Natural Insect Repellent Enterprise dijangka dapat mencatatkan jualan sebanyak
RM750,000.00 pada tahun pertama. Purata jualan sebanyak RM62,500.00 sebulan adalah
bersesuaian dengan perniagaan syarikat yang masih baru. Perniagaan dijangka mencatat
keuntungan sebelum cukai sebanyak RM392,480.00 pada tahun pertama operasi. Ini
memberikan pulangan atas pelaburan yang amat menarik. Unjuran aliran wang tunai
menjangkakan perniagaan mempunyai lebihan wang tunai yang mencukupi untuk membayar
faedah serta pokok pinjaman. Oleh itu perniagaan sememangnya berkeupayaan untuk
membayar semua hutang semasanya dengan selesa. Oleh itu harapan daripada pemilik agar

40
perniagaan yang berdaya saing ini mendapat pertimbangan daripada pihak institusi kewangan
untuk diberi pinjaman.

41
10.0 ANALISIS SWOT

10.1 Kekuatan (Strength)

1. Pencegah Serangga 100% Semula Jadi


Produk kami diperbuat daripada bahan mentah asli sahaja, tidak mengandungi sebarang
bahan kimia sintetik seperti DEET (bahan kimia yang biasa digunakan dalam penghalau nyamuk),
pengawet, wangian dan ethanol yang mungkin menyebabkan alahan.

2. Kualiti Produk Yang Tinggi


Produk kami dibukti berkesan mencegah gigitan nyamuk dan serangga lain melalui kajian
sains. Kualiti dan keselamatan produk kami telah mendapat pengiktirafan daripada National
Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). Produk kami adalah selamat digunakan oleh
pengguna kulit sensitif, kanak-kanak dan wanita mengandung.

3. Strategi Pasaran Yang Pelbagai


Produk kami dipasarkan melalui saluran online (atas talian) dan offline (penjualan melalui
kedai fizikal). Dalam saluran pemasaran atas talian, produk kami dijual pada platform e-
commerce Shopee dengan harga yang sama dengan penjualan kedai fizikal.
Dalam saluran penjualan melalui kedai fizikal, kami mempunyai beberapa strategi pasaran
seperti:
i. Menyediakan syarikat dengan ruang perniagaan yang tersusun, teratur dan selesa.
ii. Produk dijual dengan harga yang lebih rendah daripada pesaing.
iii. Menyediakan perkhidmatan penghantaran produk ke tempat yang ditetapkan dalam masa
yang ditetapkan.
iv. Memberi diskaun 10% untuk setiap pembelian yang melebihi RM100.
v. Layanan mesra untuk setiap pelanggan bagi mendapat kesetiaan pelanggan.

4. Lokasi Syarikat Yang Strategik


Syarikat didirikan di kawasan komersial Taman Pertama yang berhampiran dengan
pasaraya, kedai-kedai runcit, farmasi, taman rekreasi dan padang Taman Pertama akan
memberikan peluang yang besar untuk mendapatkan perhatian pelanggan. Tambahan pula,
persekitarannya juga amat sesuai kerana ia dikelilingi oleh 4 buah taman perumahan. Lokasi ini
adalah mudah dijumpa oleh pelanggan dan memudahkan pemasaran produk.

42
5. Harga Yang Berpatutan Dan Berbaloi
Jika dibandingkan dengan produk pencegah serangga semula jadi yang sedia ada di
pasaran, isi padu botol produk kami sebanyak 100ml adalah lebih besar daripada produk-produk
pesaing. Selain itu, produk kami dijual dalam harga yang berpatutan, iaitu RM5.00 sebotol sahaja.
Harganya adalah lebih rendah daripada beberapa pesaing di pasaran. Pengguna tentunya akan
membeli produk kami yang lebih berbaloi.

6. Pilihan Bau Yang Disukai


Pesaing-pesaing pencegah serangga natural yang sedia ada di pasaran hanya
membekalkan sejenis bau pencegah serangga iaitu bau serai, tapi syarikat kami menyediakan
dua pilihan bau iaitu Fresh Lemongrass (bau serai) dan Mint lover (bau pudina) untuk memenuhi
permintaan pelanggan yang tidak suka bau serai.

7. Reka Bentuk Produk Yang Selamat dan Mudah Dibawa


Cecair pencegah serangga semula jadi kami disimpan dalam botol penyembur yang
berkualiti tinggi. Botol penyembur kami diperbuat daripada plastik jenis Polypropylene (PP) yang
tahan panas dan kukuh. Selain itu, botol produk yang telah diisi penuh 100ml, beratnya hanya
30g. Ia adalah ringan, kecil dan mudah disimpan dalam bag wanita, bag sekolah dan juga poket
seluar untuk dibawa ke mana-mana tempat.

10.2 Kelemahan (Weakness)

1. Jenama Kurang Dikenali Oleh Pelanggan

Oleh sebab perniagaan kami masih baru, jenama produk kami kurang dikenali oleh
pelanggan jika berbanding dengan jenama produk yang sedia ada di pasaran sepeti Kaps dan
Bio-z. Namun, syarikat kami akan berusaha mempromosikan produk kami kepada penduduk
sekitar Ipoh untuk meluaskan pemasaran dalam tahun bermula perniagaan yang pertama dan
kedua.

2. Tempoh Ketahanan Produk Lebih Singkat

Berbanding dengan produk sedia ada di pasaran, tempoh ketahanan produk kami lebih
singkat iaitu selama setahun sahaja dari tarikh pembuatan. Kebanyakan produk pesaing kami
boleh bertahan lama selama 3 tahun dari tarikh pembuatan. Unsur kelemahan ini mungkin

43
menyebabkan sesetangah pelanggan tidak berminat membeli produk pencegah serangga semula
jadi syarikat kami.

3. Cara Penyimpanan Produk Kurang Senang

Oleh sebab produk kami adalah 100% semulajadi dan tidak mengandungi sebarang
pengawet sintetik, produk kami perlu disimpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran
kualitinya. Cara penyimpanan ini mungkin menyebabkan sesetangah pelanggan tidak berminat
membeli produk kami kerana berasa susah untuk menyimpan atau tiada peti sejuk di rumah.

10.3 Peluang (Opportunity)

1. Meningkatkan Iklan Produk Melalui Pelbagai Saluran

Syarikat akan menaruh sejumlah wang untuk membuat iklan produk bagi meningkatkan
reputasi produk kami. Iklan produk kami akan ditayangkan melalui pelbagai saluran, contohnya
melalui salauran:

 Sosial media seperti Facebook, Instagram dan Twitter

 Televisyen dan radio

 Kerjasama dengan KOL (Key Opinion Leader) dan youtuber

 Pemberian sampel produk sempena kempen penghapusan nyamuk Aedes atau


melalui pos

Syarikat kami percaya strategi pengiklanan produk kami akan meningkatkan reputasi
produk kami dalam kalangan pelanggan, terutama sasaran pelanggan di sekitar Ipoh.

2. Meningkatkan Tempoh Ketahanan Produk

Syarikat kami akan menaruh sebahagian sumber manusia dan kewangan dalam usaha
penambahbaikan ramuan produk untuk meningkatkan tempoh ketahanan produk. Syarikat kami
sedang mencari pengawet semula jadi yang sesuai dimasukkan dalam ramuan produk.

3. Mengubahsuaikan ramuan dan pembungkusan produk supaya boleh disimpan dalam


room temperature

Usaha pengubahsuaian ramuan dan pembungkusan produk sentiasa dilakukan oleh


syarikat kami demi membolehkan produk kami disimpan dalam room temperature. Syarikat kami
sedang mencipta sejenis gel pencegah serangga semula jadi yang boleh disimpan dalam room
temperature.

44
10.4 Ancaman (Threat)

1. Pesaing Yang Bereputasi Tinggi

Terdapat dua pesaing pencegah serangga semula jadi yang bereputasi tinggi di pasaran,
iaitu jenama Kaps dan Bio-z. Pelanggan cenderong untuk membeli produk pesaing yang
bereputasi tinggi kerana jaminan keberkesanan dan kualiti produk. Ancaman ini agak
membimbingkan, tapi syarikat kami telah banyak melakukan strategi pemasaran untuk mengatasi
ancaman ini. Oleh itu, dipercayai bahawa ancaman ini akan berkurang apabila strategi
pemasaran berjaya meningkatan imej dan reputasi produk kami.

2. Kekurangan Saluran Penghantaran

Oleh sebab produk kami perlu disimpan dalam suhu sejuk, saluran penghantaran produk
dihadkan kepada penghantaran melalui kenderaan yang ada peti sejuk atau syarikat
penghantaran yang menawarkan perkhidmatan penghantaran produk sejuk. Setakat ini,
penghantaran produk kami ke lokasi pembeli adalah dilakukan melalui penghantaran van syarikat
yang ada peti sejuk. Kebanyakan syarikat perkhidmatan penghantaran sedia ada tidak
menyokong penghantaran produk sejuk. Syarikat kami akan terus berusaha untuk mencari
syarikat perkhidmatan penghantaran yang menyokong penghantaran produk sejuk untuk
menangani permintaan produk yang semakin tinggi.

45
11.0 JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI PERNIAGAAN

11.1 Carta Alir Pelaksanaan Projek

46
11.2 Jadual Pelaksanaan Projek

No. Perlaksanaan Tarikh Jangkaan


1 Tinjauan Pemasaran 01/04/2019 – 31/07/2019
2 Penyediaan Perancangan Perniagaan 01/08/2019 – 31/08/2019
3 Permohonan Pinjaman/ Pembiayaan 01/09/2019
4 Temuduga Pertama 12/09/2019
5 Temuduga Kedua 23/09/2019
6 Kelulusan 1/10/2019
7 Proses Dokumentasi & Guaman 02/10/2019 - 29/10/2019
8 Pengeluaran Wang 30/10/2019
9 Ubahsuai Premis dan Dekorasi 01/11/2016 – 30/11/2019
10 Pembelian Peralatan Syarikat & Premis 01/12/2019
11 Pembelian Stok 08/12/2019
12 Perniagaan Beroperasi Sepenuhnya 1/01/2020

47
12.0 RUMUSAN ANALISIS
Daripada perancangan yang dihasilkan, saya berpendapat bahawa syarikat saya iaitu JC
Natural Insect Repellent Enterprise, sebuah perniagaan yang menghasilkan dan menjual
pencegah serangga semula jadi kepada pelanggan secara online dan offline mampu melangkah
jauh dalam bidang perniagaan ini dan bersaing secara sihat dengan kedai dan syarikat lain yang
ada di pasaran.
Dengan modal yang mencukupi dan komitmen yang padu, maka saya optimis dengan
perniagaan yang saya ceburi ini. Tambahan pula, pemerhatian saya juga mendapati bahawa
senario masa hadapan perniagaan pencegah serangga semula jadi adalah cerah. JC Natural
Insect Repellent Enterprise yang menawarkan 100% pencegah serangga semula jadi dengan
harga yang berpatutan akan menjadi pilihan ramai selain perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.
Dalam pengalaman dan cara pemasaran yang rapi yang telah saya atur, saya mampu
untuk bersaing dengan kedai/ syarikat yang telah sedia ada. Dalam operasi saya akan memilih
pengurus-pengurus syarikat yang berpengalaman supaya memastikan segala urusan
pengurusan dalam syarikat dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, saya juga telah bekerjasama
dengan pembekal yang berwibawa supaya barangan yang dibekalkan adalah pada harga yang
murah dan berpatutan. Dengan ini kami berupaya membekalkan produk yang berkualiti dan
memenuhi cita rasa pengguna. Pada masa yang sama, perkhidmatan penghantaran produk ke
lokasi pembeli tanpa caj juga merupakan salah satu strategi yang dapat menarik minat pelanggan,
ini adalah kerana perkhidmatan ini dapat menjimatkan masa dan memberikan kemudahan
kepada pelanggan. Saya juga amat yakin bahawa perniagaan ini akan terus berkembang lagi
masa hadapan selara dengan perkembangan ekonomi dan gaya hidup yang sihat terkini.
Kesimpulannya, rancangan perniagaan ini telah disediakan dengan sempurna dan
bersistematik. Segala aspek seperti latar belakang perniagaan, pemilik, projek dan rancangan
organisasi, pemasaran, operasi, kewangan serta jadual perlaksanaan projek telah diambil kira
dan dirancangkan dengan teliti dalam rancangan ini. Dengan persediaan rancangan perniagaan
ini, saya berharap dapat memberi keterangan berkenaan dengan perniagaan saya dan memberi
keyakinan kepada para pihak yang bekerjasama dengan saya.

48
13.0 RUJUKAN

Becky Mead. (2020). Natural trends 2020. Diakses pada 25 Februari 2021, daripada
https://retailworldmagazine.com.au/natural-trends-2020/

Ceradan. (2020). Penghalau Nyamuk yang Melindungi dan Melembapkan Kulit. Diakses pada 25
Februari 2021, daripada https://www.ceradan.com/ms/mosquito-repellent-that-protects-
and-moisturises-the-skin/

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Buku Panduan Elemen Merentasi Kurikulum


Keusahawanan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

National Pesticide Information Center. (2008). What is DEET. Diakses pada 25


Februari 2021, daripada
http://npic.orst.edu/factsheets/DEETgen.html#:~:text=When%20products%20containing%
20DEET%20get,%2C%20a%20rash%2C%20and%20swelling.

Nur Bahiah Mohamed Haris. (2020). Dilema Sambutan Produk Organik Di Malaysia. Universiti
Putra Malaysia. Diakses pada 25 Februari 2021, daripada
https://upm.edu.my/article/dilema_sambutan_pertanian_organik_di_malaysia-53395

Peterson, R. A., Kerin, R. A. (1987). Strategic Marketing Problem: Cases and Comments. Voston:
Allyn & Bacon.

Sinar Harian. (19 Jun 2020). Kes denggi di Ipoh meningkat lebih 200 peratus. Diakses pada 25
Februari 2021, daripada https://www.hmetro.com.my/agro/2017/05/231738/tauke-
cendawan-tiram-kelabu

Sab, J. C. (1991). Proses-proses dalam Perniagaan. Shah Alam: Institut Teknologi Mara.

49
Shoshanna Delventhal. (2020). New Generation of Consumers Increase Demand for Natural
Products. Diakses pada 25 Februari 2021, daripada
https://www.investopedia.com/articles/investing/022217/study-shows-surge-demand-
natural-products.asp

Shuharimi Abdullah, KU Halim Ku Ariffin. (2010). Keusahawanan Islam. Kuala Perlis: University
Malaysia Perlis.

Shuharimi Abdullah, KU Halim Ku Ariffin. (2010). Membentuk Peribadi Usahawan Berjaya. Kuala
Perlis: University Malaysia Perlis.

50
LAMPIRAN
i. Gambar

Penyembur Pencegah Serangga Semula Jadi Penyembur Pencegah Serangga Semula Jadi
Mint Lover Fresh Lemongrass

Logo JC Natural Insect Repellent Enterprise Luaran Kedai

51
Dalaman Kedai Makmal Penghasilan

Bilik Pejabat Cara Penggunaan Produk

52
ii. Proses Penghasilan Produk
- Penyembur Pencegah Serangga Semula Jadi Mint Lover

1. Menyediakan 100g daun pudina, 200ml 2. Memetik daun pudina yang segar dan
cuka epal dan satu botol penyembur. membersihkan daun pudina dengan air dan
meredamkannya dalam air selama 10 minit
dan tuangkan air.

3. Masukkan 50 keping daun pudina dan 4. Menapis cecair bahan sebanyak 3 kali
200ml cuka epal dalam mesin pengisar dan sehingga cecair menjadi jernih.
mengisarkan bahan dengan baik.

5. Tuangkan cecair ke dalam botol 6. Lekatkan label produk pada botol dan
penyembur. disimpan dalam peti sejuk sebelum dijual.

53
- Penyembur Pencegah Serangga Semula Jadi Fresh Lemongrass

1. Menyediakan 6 batang serai segar, 500ml


2. Memotong serai dalam potongan kecil.
air mineral dan satu botol penyembur.

4. Masukkan potongan serai dan 100ml air


3. Rendamkan potongan serai dalam 500ml
rendam dalam mesin pengisar dan
air mineral.
mengisarkan bahan dengan baik.

5. Masakkan serai yang dikisarkan bersama 6. Menapis cecair intipati serai selama 2 kali.
200 ml air rendam selama sejam.

54
7. Tuangkan 50ml intipadi serai dan 50ml
8. Lekatkan label produk pada botol dan
air mineral ke dalam botol penyembur,
disimpan dalam peti sejuk sebelum dijual.
goyangkan botol supaya intipadi serai
digabung baik dengan air.

55
iii. Label Luaran Produk

56
iv. Penjualan Atas Talian Di Platform Shopee

57

You might also like