You are on page 1of 8

PUSAT SUMBER SK BANGSAR

JALAN PANTAI BAHARU


59200 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PROGRAM NILAM 2022
NADI ILMU AMALAN MEMBACA

TARIKH : 2 JANUARI – 31 DISEMBER 2022


SUMBANGAN : PIBG SK BANGSAR

1
PROGRAM NILAM 2022
NADI ILMU AMALAN MEMBACA

1.0 PENDAHULUAN
NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau
adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah
dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi
penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah
dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
matlamat untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid. Bahagian
Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan
untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah
rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan
rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran
Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

2.0 MATLAMAT
Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan warga SK
Bangsar khususnya murid sehingga wujudnya tabiat dan budaya membaca di
kalangan warga SK Bangsar.

3.0 TARIKH / MASA / TEMPAT


2 Januari – 31 Disember 2022
SK Bangsar

4.0 SASARAN
Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
Warga SK Bangsar

2
5.0 OBJEKTIF

Adalah diharapkan pada akhir program ini para murid akan dapat :

5.1. Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti dan

bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)

5.2. Menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dalam

kalangan warga sekolah.

5.3. Menggerakkan program dan aktiviti galakan membaca

5.4. Meningkatkan minat membaca yang berterusan

5.5. Memperkasakan pelaksanaan Program NILAM dengan penglibatan yang

lebih jitu oleh kalangan masyarakat

5.6. Memberi pendedahan kepada murid tentang dunia pembacaan.

6.0 KPI (INDIKATOR OUTPUT)

1. Memupuk minat membaca secara berterusan.

2. Mewujudkan daya usaha untuk persaingan yang sihat dan membina


kekuatan minda

3. Melahirkan tokoh murid yang berketerampilan dalam bidang pembacaan

4. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri ciri pembaca yang berkualiti

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


Bil Bahan Jumlah

1. Pembaca Terbanyak Kategori Murid RM640.00


(Januari – Disember 2022)
Tahap 1
Tempat pertama – RM 150.00
Tempat kedua – RM 100.00
Tempat ketiga – RM 70.00

3
Tahap 2
Tempat pertama – RM 150.00
Tempat kedua – RM 100.00
Tempat ketiga – RM 70.00
2. Kelas Pembaca Terbanyak RM440.00
(Januari – Disember 2022)
Tahap 1
Tempat pertama – RM 100.00
Tempat kedua – RM 70.00
Tempat ketiga – RM 50.00
Tahap 2
Tempat pertama – RM 100.00
Tempat kedua – RM 70.00
Tempat ketiga – RM 50.00
3. Guru Paling Banyak Membaca RM440.00
(Januari – Disember 2022)
Sesi Pagi
Tempat pertama – RM 100.00
Tempat kedua – RM 70.00
Tempat ketiga – RM 50.00
Sesi Petang
Tempat pertama – RM 100.00
Tempat kedua – RM 70.00
Tempat ketiga – RM 50.00
4. Pembaca Terbanyak Prasekolah RM220.00
(Januari – Disember 2022)
Tempat pertama – RM 100.00
Tempat kedua – RM 70.00
Tempat ketiga – RM 50.00
Jumlah RM1740.00

4
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di
bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Puan Norzila binti Otoh - Guru Besar


Naib Pengerusi :
Pn Norsilah binti Dali - GPK Tadbir dan Kurikulum
Encik Ikhwan Najib bin Badar - GPK Hal Ehwal Murid
Encik Muhammad Adha bin Rosli - GPK Kokurikulum
Encik Shukri bin Sulaiman – GPK Petang
Penyelaras : Puan Nor Ailis bt Nasir
Setiausaha : Cik Norain Bt Che Ali@Bahari
Guru Data NILAM Pagi : Puan Nor Ailis bt Nasir
Guru Data NILAM Petang : Cik Norain Bt Che Ali@Bahari
Guru Perpustakaan : Cik Norhazalina Binti Hashim
Ketua NILAM Aliran
Tahun 1 : Cik Dharsiga a/p Selvaraju
Tahun 2 : Pn.Norhidayati bt Pandak Idris
Tahun 3 : Pn Roszaini bintii Mohd Zin
Tahun 4 : Puan Nor Hasnizam binti Md Nor
Tahun 5 : Pn Nursalwani bt Mohamad Sidik
Tahun 6 : Pn Nafisah binti Yaacob
Guru Pemulihan.
1.Pn Hazirah binti Mohd Jamil

Guru Prasekolah:
1. Pn Faiznur Aini bt Fauzi
Jurukamera :
1. Encik Mohd Hafizi bin Abdullah
2. Pn Razliana binti Zulkafli

5
Dokumentasi :
1. Puan Nor Ailis bt Nasir
2. Cik Norain binti Che Ali@Bahari
3. Cik Norhazalina binti Hashim
Semua Ketua Panitia
Semua Guru Kelas

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


9.1 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM
9.1 Dua waktu membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau bawa buku ke dalam kelas.
Guru boleh meminjam buku secara pukal.
9.2 Gunakan masa waktu di PSS untuk menjalankan aktiviti ‘info-hunt’ (murid
cari maklumat daripada bahan bacaan di PSS).
9.3 Gunakan 10-15 minit semasa P&PC untuk membaca teks tentang sesuatu
tajuk pelajaran
9.4 Gunakan 10-15 minit untuk membaca dengan kuat dalam P&PC terutamanya
dalam pelajaran B.I,BM, Bahasa Arab,agama atau satu aktiviti formal
9.5 Mata pelajaran lain seperti Sejarah, RBT, TMK, dan PJK galakan tugasan
folio dan catatkan ringkasan tentang buku rujukan untuk tugasan.
9.6 Galakkan murid membaca pada waktu senggang di sekolah dan rumah.
CONTOH AKTIVITI MEMBACA
i. Resensi Buku Baru (tajuk/ diskusi tentang tema dll)
ii. Ulasan buku (secara menulis/lisan)
iii. Pameran bertema di PSS
iv. Sudut Bacaan Kelas
iv. 20 minit bersama buku
v. 1murid 1buku

6
10.00 PENUTUP
Besarlah harapan kami warga SK Bangsar , agar kertas kerja ini
mendapat perhatian daripada pihak PIBG demi mencapai kecemerlangan
akademik, sahsiah, jasmani dan rohani pelajar-pelajar Segala keprihatinan
daripada PIBG kami dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian Terima Kasih.

Disediakan oleh :

…………………………………..
NORAIN BT CHE ALI@BAHARI
SETIAUSAHA

Tarikh : 28 Mac 2022

Ulasan : Adalah menjadi harapan kepada AJK Jawatankuasa dapat diterima


dan akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga program ini mendapat
manfaat kepada semua pihak.

*Diluluskan / Tidak Diluluskan

…………………………………..
NORZILA BINTI OTOH
GURU BESAR,
SK BANGSAR, KUALA LUMPUR.

Tarikh :

7
SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR
JALAN PANTAI BAHARU
59200 KUALA LUMPUR.
Tel : 03-22824990
Faks : 03- 22825550

Ruj. Kami : SKB.08/01/600(01)


Tarikh : 28 Mac 2022

Encik Mohd Yazid Bin Mohd Yasin


YDP PIBG,
SK Bangsar,
Jalan Pantai Baharu,
59200 Kuala Lumpur.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN HADIAH NILAM 2022

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan terhadap perkara di
atas.

2. Bersama ini dilampirkan Kertas Kerja bagi memohon sumbangan hadiah


NILAM 2022.

3. Diharap perkara ini mendapat pertimbangan daripada pihak tuan.


Keprihatinan dan sokongan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

___________________
NORZILA BINTI OTOH
GURU BESAR,
SK BANGSAR, KUALA LUMPUR.

You might also like