You are on page 1of 9

DREAM OUTSIDE THE BOX

PBL STEM BERSEPADU

ALLYTHIA CLAUDIA WAILE | IRIS TIONG | VALENTINO MADELEE MULI LEE

SJK (C) CHUNG HUA TUDAN,MIRI


SENARAI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT

1 SENARAI KANDUNGAN 1

2 OBJEKTIF 2

3 SCENARIO MASALAH 2

4 BAHAN BAHAN YANG DIPERLUKAN 3

5 PROSES MEMBUAT 4-5

6 KEKUATAN DAN KEISTIMEWAAN 6

7 PENGIRAAN KOS 7

8 PENUTUP 8

DREAM OUTSIDE THE BOX 1


OBJEKTIF

Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap Reduce, Reuse dan


Recycle (3R), memupuk kemahiran berfikir aras tinggi waktu
pembelajaran dan juga memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan
harian. Objektif khusus projek ini pula ialah untuk menghasilkan
sebuah beg Eco-Friendly dengan menggunakan kotak minuman
terbuang.

SCENARIO MASALAH

Melalui pemerhatian, kami mendapati bahawa kotak minuman


banyak dibuang terus ke dalam tong sampah selepas sekali guna.
Terdapat juga rakan-rakan yang tidak bertanggungjawab pula
membuang kotak minuman di sekitar kawasan sekolah.Dengan ini,
kami mendapati bahawa haruslah kami membuat sesuatu untuk
memelihara alam sekitar dengan menggunakan kotak minuman dengan
penuh kreativiti dan efisien. Maka kami ingin membuat satu perubahan
melalui aktiviti “Dream Outside The Box” ini.

DREAM OUTSIDE THE BOX 2


BAHAN BAHAN YANG DIPERLUKAN

Kotak Air Minuman Glu Fabrik

Gunting Pembaris

DREAM OUTSIDE THE BOX 3


PROSES MEMBUAT

LANGKAH 1 MENGUMPUL

Kami mengumpul kotak minuman yang telah habis diminum


dalam masa sepuluh hari dari kelas masing-masing. Kotak minuman
boleh terdiri daripada kotak minuman susu, milo, air bunga dan
sebagainya tanpa dikira saiz kotak.

LANGKAH 2 MENGKONGSIKAN IDEA

Kami mengkongsikan idea tentang hasil yang hendak dibuat


dengan mengunakan kotak minuman tesebut.Setelah beberapa draf
berkenaan yang dicadangkan,kami mengambil keputusan untuk
membuat beg eco melalui teknik anyaman.

LANGKAH 3 MEMBERSIHKAN

Cara kotak minuman diurus kami bincang secara terperinci dalam


kumpulan, termasuklah membersihkan, mengeringkan, dan juga
mengguntingkan kotak minuman ke dalam kepingan garisan-garisan
lurus membujur setebal 1 cm dan menganyam mengikut garisan selari.

DREAM OUTSIDE THE BOX 4


LANGKAH 4 MENGHASILKAN

Kami telah menghasilkan beg eco dengan anyaman kotak

minuman. Kami bekerjasama menghasilkan beg eco bertema mengikut


lakaran yang dibuat. Silangkan kepingan kotak kertas dan sapu glu
fabrik untuk mudahkan anyaman seterusnya. Bilangan kepingan kotak
adalah bergantung kepada bentuk anyaman dan kreativiti sendiri.
Semakin banyak kepingan kotak yang gunakan, anyaman semakin rapat
dan cantik disamping menguatkan lagi kedudukan dan kestabilan
anyaman.

DREAM OUTSIDE THE BOX 5


KEKUATAN DAN KEISTIMEWAAN

Antara kekuatan anyaman beg eco mengunakan kotak minuman


adalah murah dan mudah didapati .Oleh sebab murid-murid suka
minum minuman kotak kerana senang dibawa ke sekolah,jadi ia adalah
senang untuk mengumpul bahan buangan ini untuk membuat beg eco
ini.
Begitu juga ,beg eco ini terdapat keistimewaannya iaitu ia
merupakan beg yang kalis air.Beg eco ini boleh terkena air dan tidak
berbau busuk walaupun lama mengunakannya.

Selain itu.reka bentuk beg eco kotak minuman ini juga unik dan
moden coraknya.Semua hasil anyaman adalah ikut kreativiti rekaan
sendiri dan tiada lagi beg yang sama sepertinya lagi . Seni kerja tangan
anyaman beg eco ini dapat dicerminkan melalui kehalusan kerja tangan
bermutu tinggi. Seni warisan yang unik ini wajar diberi perhatian,
sokongan dan bantuan supaya dapat terus dipelihara dan dimanfaatkan
bersama.

DREAM OUTSIDE THE BOX 6


PENGIRAAN KOS BAHAN

BIL BAHAN KUANTITI KOS JUMLAH


SEUNIT(RM) KOS(RM)
1 KOTAK AIR 100 - -
MINUMAN

2 GLU FABRIK 1 4.90 4.90


3 GUNTING 3 2.50 7.50

4 PEMBARIS 3 0.80 2.40

JUMLAH 14.8

DREAM OUTSIDE THE BOX 7


PENUTUP
Selepas banyak kerjasama dalam usaha, akhirnya kami dapat
menyempurnakan projek ini dengan sempurna. Sebelum ini, kami tidak
mumpunyai kesedaran tentang betapa serius bahan buangan kotak
minuman terhadap alam sekitar.Melalui projek ini,kami mendapati
bahawa selagi minda masyarakat tidak berubah ,selagi masalah
pencemaran wujud.Oleh itu,kesedaran masyarakat untuk
mengurangkan berlakunya adalah amat penting.Menghargai,
memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab
kita.Kita semua hidup dalam satu bumi dan langit yang sama,kita
hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi yang berkualiti
dan bersih.

DREAM OUTSIDE THE BOX 8

You might also like