You are on page 1of 23

Kek Marble Koko Lembut.

Bahan:
• 250gm buttter (Guna Buttercup / planta pon boleh).
• 250gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder.
• 220gm gula kaster.
• 4 biji telor gred A (kalau gred B 5 biji yer).
• 1 sudu besar ovelette.
• 1 sudu besar esen vanilla.
• 3 sudu besar susu segar.
• 2 sudu besar serbuk koko (bancuh dengan sedikit air panas).

Caranya:
Putar butter dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan
ovellate, putar lagi.
Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit, selang seli dengan susu
segar, putar sampai adunan semua sebati.
Bahagikan kepada dua bahagian. Masukkan satu bahagian dengan
warna kuning atau warna kesukaan.
Manakala untuk bahagian coklat masukkan bancuhan koko tadi.
Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapis butter secara
berselang-seli sehingga selesai.
Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven.
Bila masak, terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan
kelembapannya. Siap!
Resipi Dapur Bidadari
Bahan2 CAKOI gebus..
1/2kg tepung
1 bungkus mauripan 11g
gula 2 sudu besar
planta 2 sudu besar
susu pekat 2 sudu besar
telo 1 biji
garam 1 sudu camca

Cara buat cakoi gebus


1stly, masuk kn mauripan dlm mangkuk then za buh air.. Air stgh cwan je.. Biarkn
dlm 10-15 minit bg dia kembang & buih2
After mauripan dh buih2.. Cepat2 blend telo smpi kembang cantik, then gula &
garam kacau kt cawan.. Air 1/2cwn je (air suam tau)
Then amek besen, senang bancuh kt besen sbb mudah nk tau dia dh naik ke blom..
(hasil t'akhir nt nmpk laa hehe mcm kat dlm pic tu.. waahhh kembang sebesen u olls )
dalam besen tu, letak la tepung, planta, susu, bancuhan gula & garam yg dh larut,
telo yg sudah siap blend kembang cantik, dan yis, buh la air suam 1/2 cawan dlu...
Kalau kurang tmbh air suam sikit2 tau.. Smpi tepung tu jd doh yg lembut jew
Then... Chomel2 kn dia.. Bulatkn doh tu.. Renjis la air sikit kt atas doh tu.. Then
tutup rapat2.. Biarkan dlm 2jam (setiap 30 minit bila doh dh mengembang naik gebus
tumbuk2 dan bulatkan semula, ulang sehingga cukup 2jam)
** Cukup 2jam... bole la potong cara mcm kat pasar malam tu.. hihi.. potong petak2,
pastu potong 2 jgn putus then tarik then masuk kn dlm minyak panas.. hehe.. jd la
cakoi, lau nk yg buh inti kacang merah.. bole la buh... kompem meletops sedap u.. doh
ni pn sesuai jg utk donut tau... kompem lembut sgt2 hasilnya nanti...
Ok siap!
BAHAN2 UTK LAPISAN BAWAH

Bahan (A)
180gm tepung suji @ semolina
450gm air
Bahan (B)
220gm gula castor
2 biji telur
200ml santan (saya guna santan kotak M & S)
250ml air
pewarna kuning

Cara-caranya:-
Rendam bahan-bahan A selama 30 minit. rendam dalam periuk.
Satukan semua bahan-bahan B dalam bekas, kacau rata dan tapis
masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan A.
Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. Kacau biar
keras sedikit (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari
periuk)
Guna loyang 10 x 10 x 2 @ 3. sapukan sedikit minyak dan lapik
plastik diatas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih
talam. Kukus selama 25 minit.

BAHAN2 UTK LAPISAN ATAS

Bahan (A)
300gm gula merah
50gm gula castor
500ml air
Bahan (B)
150gm tepung gandum
3 biji telur
250ml santan (saya guna santan kotal M & S)
1/2 tsp garam

Cara-caranya:-
Rendam bahan-bahan A sekejap untuk hancurkan gula atau anda
boleh masak sehingga gula merah hancur dan sejukkan.
Satukan semua bahan-bahan B, kacau sehingga rata
Masukkan bahan B kedalam bahan A dan tapis.
Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. jangan pekat
dan jangan cair sangat. Tutup api dan guna pemukul telur untuk
ratakan adunan.
Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
Talam pandan..
1 cawan tpung beras
1 sudu besar tpung jagung
1/2 cwn gula
2 cawan santan cair + sedikit garam
1 cawan air daun pandan yg dah siap d blend dn tapis
1 sudu besar air kapor
Kacau semua bahan masuk dlm periuk dan masak atas api sampai
naik wap..kena kacau selalu.....tuang dlm acuan kukus

Lapisan atas

1/2 cawan tepung beras


4 sudu besar tpung jagung
3 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam

Satukn semua bahan..masak atas api sampai naik wap..jng lupa


kena kacau selalu jng sampai tepung bergentel..matikn api tuang
atas lapisan pertama..kukus sampai masak.
Kuih Talam Keladi

Lapisan bawah
1 cwn tepung gandum
2 cwn santan pekat
1/2 cwn keladi(direbus empuk)
1 sudu kecil garam
Cara,,
Blend sume bahan kecuali keladi.
Tapis n jerang atas api yg kecik.
Masukkan keladi. Masak sekejab je.
Tuang dlm loyang yg telah disapu minyak@dilapis plastik.
Kukus selama 20 min. Ble dah masak, cakar2 kan permukaannya.

Lapisan atas
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 cwn santan cair
1/2 cwn gula
Pewarna purple
Perisa keladi
Cara,,,
Blend semua bahan dan tapis kedlm periuk. Masak sekejab,, lebih
kurang 5 min dgn api kecik. Tuang atas lapisan bwh tadi. Kukus lagi
selama 30 min. Sejukkan bru potong.
Resepi Talam Koleh Kacang
Bahan-bahan
Bahan A
-400gm gula merah
-100gm gula pasir
- 1 helai daun pandan
- 200gm air
*didihkan/ masakkan bahan2 di atas dan akan menghasilkan 600gm air gula
Bahan B
-300gm tepung kacang hijau
-1 tsp garam
-500 gm santan pekat
-900 gm air

Cara2:
1.Masak bahan2 A sehingga mendidih hingga gula hancur.Tapiskan
menjadi 600gm (Jgn smpi air gula pekat)
2.Satukan bahan B,kacau hingga rata dan sebati dan tapiskan ke dalam
periuk
3.Masukkan bahan A ke dalam bancuhan B,kacau di atas api sederhana
besar selama 1/2 jam.( Tuangkan 1 1/2 sudu besar minyak supaya berkilat-
amek minyak tahi minyak lagi sedap)
4.Adunan hendaklah dikacau seperti dodol bila dikaup-balikan tidak
melekat di dalam kuali
5.Bila masak tuangkan ke dalam loyang yg telah dilapik plastic.Tabur tahi
minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atas
loyang bersize 10 x 10 x 1 1/2
Cara membuat tahi minyak
300 gm santan pekat + 1/8 tsp garam
- masak dgn api perlahan sehingga menjadi tahi minyak dan warna
kekuningan.Tapis supaya tahi minyak tidak hitam.

** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang


sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu
je...atau lapkan guna kitchen towel.

** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di


potong.

** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih
lapis supaya cantik.
TALAM KASTARD JAGUNG

Bahan-Bahan:
( Loyang 10 inci )
Untuk Lapisan Bawah:
1½ cawan tepung beras
½ cawan tepung jagung
½ cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan jagung krim manis dalam tin
3½ cawan santan
Sedikit perwarna kuning
Sedikit garam
Cara Membuat Lapisan Bawah:
1) Satukan kesemua jenis tepung dalam sebuah mangkuk.
2) Masukkan sedikit garam, gula dan santan. Gaul sebati dan tapiskan.
Masukkan ke dalam periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap.
3) Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
4) Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang
adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
Untuk Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1
cawan jumlahnya)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
Secubit garam
Pewarna hijau/pandan
Cara Membuat Lapisan Atas:
1) Masukkan kesemua bahan dalam sebuah mangkuk. Gaul sebati. ( Untuk
lebih mudah, kisar sahaja ). Tapiskan.
2) Masukkan adunan tadi ke dalam periuk dan masak hingga naik wap,
menggunakan api kecil.
3) Cakarkan sedikit permukaan adunan bawah tadi dan tuangkan adunan
pandan ke atasnya dan kukus selama 20 minit.
TIPS:
1) Semasa mengukus lapisan bawah dan atas, setiap 10 minit buka penutup
kukus dan lapkan air yang terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan
kukus lagi selama 10 minit. Tujuannya untuk mengelakkan air bertakung di
permukaan kuih.
2) Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang
sedikit dan buangkan air.
Resepi Kuih Talam Ubi Kayu

Bahan:

600 gm ubi kayu


1 biji kelapa parut
sedikit gula merah
sedikit gula pasir
1/2 cawan tepung gandum

Cara:

Ubi kayu diparut , diperah buang airnya.Kelapa diambil santan untuk


membancuh adunan. Bancuh ubi dengan santan cair, gula merah dan gula
putih, masukkan ke dalam loyang dan kukus.
Sementara itu, bancuh bahagian kepalanya iaitu dua cawan santan pekat,
Campurkan sedikit tepung gandum dan garam. Apabila adunan ubi sudah
masak, tuangkan adunan kelapa ke atasnya, kemudian kukus semula hingga
masak.
 TALAM PULUT SEKAYA
Pulut Sekaya
BAHAN-BAHAN:
Lapisan Bawah:
500gm beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
Secubit garam halus
Sedikit minyak masak
Lapisan Atas:
5 biji telur ayam
4 biji telur itik
4 keping gula melaka (saiz sederhana)
1 helai daun pandan
3 kuntum bunga cengkih (jika suka)
Secubit garam halus
.
CARA MEMASAK:
1. Rendam pulut sekurang kurangnya empat jam. Basuh bersih dan
toskan.
2. Campurkan pulut bersama santan air dan garam, kemudian kukus
hingga masak.
3. Lapikkan loyang dengan plastik yang disapu dengan sedikit minyak.
4. Tuangkan pulut ke dalamnya. *Tekan-tekan supaya pulut mampat dan
kemas.
5. Taburkan sedikit tepung gandung di atasnya. Ketepikan.
6. Satukan telur dan bunga cengkih, lalu dipukul sedikit.
7. Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula
larut.
8. Tuangkan ke dalam adunan telur, gaul rata dan masukkan sedikit
garam.
9. Seterusnya, tuangkan bancuhan ini di dalam loyang berisi pulut
sebagai lapisan atas.
10. Kemudian kukus semula lebih kurang 30 minit dengan api
sederhana.
11. Angkat dari pengukus dan sejukkan sebelum dipotong.

** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang


sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu
je...atau lapkan guna kitchen towel.

** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di


potong.

** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih
lapis supaya cantik.
Talam Vanila Chocolate

Bahan-Bahan- loyang 10x10x3 inci


Lapisan Bawah
1 1/2 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung kastard
1 cwn gula
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air
2 biji telur-pukul sikit
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam

Cara Menyediakan Lapisan Bawah


Satukan kesemua jenis tepung dlm mangkuk.
Masukkan sedikit garam, gula, telur dan santan.
Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api
sederhana sehingga naik wap. Sentiasalah di kacau guna whisk supaya tak
berketul2.
Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan
tadi dan kukus selama 20 minit.
** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di
penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk
mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas


1 cwn santan pekat
2 cwn air
1 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung jagung
3 biji telur
1 cwn gula pasir
secubit garam
1 sudu besar serbuk koko- bancuh dngn 4 sudu besar air suam
1 sudu kecil coklat emulco

Cara Menyediakan Lapisan Atas


Masukkan kesemua bahan dlm mangkuk kecuali coklat emulco dan serbuk
koko.. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api
kecil je.
Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan coklat ke
atas lapisan vanilla tadi dan kukus selama 20 minit.
Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada
penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga
kan..)
Tips.
TALAM SERI MUKA DELIMA

BAHAN LAPISAN BAWAH:


Bahan A:
500gm beras pulut
250ml santan pekat
300ml air
2 sudu kecil garam

Bahan B:
20gm sagu kecil |direndam dengan pewarna merah jambu dan tos

CARA MENYEDIAKAN:
1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam (saya rendam 11/2
jam)
2.Basuh hingga bersih dan toskan
3.Kukus bahan A selama 30 minit atau sehingga pulut masak
4.Apabila pulut masak gaulkan dengan bahan B.Kemudian
masukkan pulut ke dalam loyang 10in x 10in x 3in yang dilapik
dengan plastik 15in x 15in.
5.Tekan pulut sehingga padat dan sapu sedikit bahagian atas
dipermukaan pulut.(Supaya apabila dipotong,lapisan atas dan
bawah tidak terpisah).
BAHAN LAPISAN ATAS:
Bahan A:
300gm gula kastor
100gm tepung kastard
400ml santan
400ml air

Bahan B:
3 biji telur (dipukul rata).
Sedikit pewarna kuning
1/8 sudu kecil perisa vanila
1/2 sudu kecil garam

CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan bahan-bahan (A), kacau rata dan masukkan bahan-
bahan (B), kacau hingga sebati.
2.Tapis kedalam periuk dan masak sehingga naik wap.
3.Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

Note dari SAJI:


Jika menggunakan tepung kastard bahagian atas, jangan dimasak
terlalu pekat kerana akan mengakibatkan permukaan tidak
cantik.Sejukkan setiap talam pada suhu bilik selama 4 jamseblum
dipotong.Talam yang dimasak sebelum dikukus lambat basi.
TALAM LAPIS PULUT HITAM
Bahan A
50 gm pulut hitam

Mula-mula kita kena rendam pulut hitam dahulu bagi dia lembut dan
keluar warna hitamnya tu.
Cuci bersih dan rebus hingga ia empuk.
Ita tambahkan sikit gula masa rebus ni, ita letak 2 sudu besar dan
secubit garam, supaya pulut rasa lemak manis, kalau tak nak pun
tak apa sebab dalam resepi asal memang tak ada.
Lepas dia dah empuk, biarkan sejuk, kemudian cuci bersih dan
toskan.
Ketepikan

Bahan B

500 gm gula halus


600 ml santan ~ ita guna KARA
1200 ml air
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh air alkaline atau air kapur. (air kapur ni anda ambil air
kapur yang jernih yang kapurnya dah mendak kat bawah)
2 helai daun pandan ~ di simpul

Semua bahan B anda satukan dalam periuk dan masak hingga gula
larut.
Biarkan suam

Bahan C

200 gm tepung beras


200 gm tepung gandum
200 gm tepung ubi
Satukan tepung di dalam bekas yang besar.
Tuangkan Bahan B ( santan) dan kacau rata.
Jika tepung masih bergentel, masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian bahagikan tepung kepada 3 bahagian

Bahagian 1

600 ml adunan tepung ( dalam gambar ita tu 300 ml sebab ita buat
1/2 adunan sahaja)
sedikit pewarna merah jambu
sedikit esen ros

Satukan bahagian 1 dan kemudian bahagikan kepada 2 bekas yang


berasingan dengan sukatan yang sama banyak
Bahagian 2

900 ml adunan tepung ( dalam gambar ita tu 450 ml sebab ita buat
1/2 adunan sahaja)
sedikit pewarna hijau apple
sedikit esen pandan atau pandan emulco

Satukan bahagian 2 dan kemudian bahagikan kepada 3 bekas yang


berasingan dengan sukatan yang sama banyak
Bahagian 3
900 ml adunan tepung ( dalam gambar ita tu 450 ml sebab ita buat
1/2 adunan sahaja)
50 gm pulut yang telah di rebus tadi

Satukan bahagian 3 kemudian bahagikan kepada 3 bekas yang


berasingan dengan sukatan yang sama banyak
Sediakan loyang 10 X 10 inc lapik dengan plastik dan sapukan
loyang dengan minyak jagung.
Tuangkan lapisan pertama warna merah jambu.
Tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 7 minit
dalam kukus yang telah mendidih airnya

Bila dah masak ulang langkah yang seterusnya dengan warna


adunan yang berlainan. Untuk turutan warna anda boleh ikut seperti
rajah di bawah

Lapisan 1 ~ merah jambu


Lapisan 2 ~ pulut hitam
Lapisan 3 ~ hijau apple
Lapisan 4 ~ pulut hitam
Lapisan 5 ~ hijau apple
Lapisan 6 ~ merah jambu
Lapisan 7 ~ pulut hijam
Lapisan 8 ~ hijau apple

Setiap lapisan di kukus selama 7 minit.


Untuk lapisan terakhir kukus selama 20 minit

Bagi anda yang membuat 1/2 adunan macam ita dengan loyang 7
atau 6 inc. Masa memngukus setiap lapisan 5 minit dan lapisan
terakhir kukus selama 15 minit.

Bila dah masak, keluarkan dari kukusan dan biarkan talam sejuk
dengan sepenuhnya sebelum di keluarkan dari loyang
Potong talam dengan pisau plastik yang telah di oles sedikit minyak
jagung untuk mendapatkan potongan yang cantik.
Resepi Roti Bantal Sandwish
#BAHAN #KERING
Tepung high protein 1000gm
Gula pasir 80gm
Susu serbuk 60gm
Yis kering 1 packet
Improver 10gm
Garam 14gm
#BAHAN #BASAH
Butter 100gm
Kuning telur 2biji
Whipped cream 100gm
Air 500gm
Cara2nya
Gaul bahan kering kemudian masukkn bahan basah.. Pukul or uli sehingga
elastic. Da siap uli.. Mskkn ke dlm loyang roti 900gm blh dpt 2loyang...
Bakar dgn suhu 120°c api bwh selama 40minit.. Selama mcuba..

You might also like