You are on page 1of 7

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH KHAS GERHANA BULAN

Tajuk :

KEINSAFAN DARI FENOMENA GERHANA BULAN

Tarikh Dibaca :

13 RABIULAKHIR 1444H/
8 NOVEMBER 2022M

Disediakan oleh :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


‫‪Khutbah Khas Gerhana Bulan‬‬ ‫‪Keinsafan Dari Fenomena Gerhana Bulan‬‬

‫‪KHUTBAH KHAS GERHANA BULAN‬‬


‫‪KEINSAFAN DARI FENOMENA GERHANA BULAN‬‬
‫‪13 RABIULAKHIR 1444H / 8 NOVEMBER 2022‬‬

‫ات ل ُأولي‬
‫اف اللي ْل و َالنهَار لَآَي َ ٍ‬
‫ْض و َاخْ تل َ َ‬
‫ق السم َاو َات و َالْأَ ر َ‬
‫ي خ َل َ َ‬
‫ا َ ْلحم َْد ُ لله الذ ْ‬

‫ك لَه ُ‪ ،‬شَه َادَة َ م َنْ ه ُو َ خَيْر ٌ مق َام ًا‬


‫الْأَ ل ْبَاب ‪ .‬أَ شْهَد ُ أَ ْن لا َ الَه َ الا الله ُ وَحْد َه ُ ل َاش َر ي ْ َ‬

‫ف بال ْمَك َارم كباَر ًا وَصَب ًّيا‪.‬‬ ‫ن نَد ًّيا‪ .‬و َأَ شْهَد ُ أَ ن سَيد َن َا م ُحَمدًا ع َبْد ُه ُ وَر َ ُ‬
‫سو ْلُه ُ ال ْمُتص ُ‬ ‫و َأَ حْ سَ ُ‬

‫سو ْلا ً نَب ًّيا‪ ،‬و َعَلَى آله‬


‫سيدن َا مُحَمدٍ ك َانَ صَادقَ ال ْوَع ْد وَك َانَ ر َ ُ‬
‫اَلله ُم فَصَل وَسَل ْم عَلَى َ‬

‫شي ْئًا ف َر ًّيا‪ ،‬أَ ما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا أَ ُيهَا الْحَاضر ُ ْونَ‬


‫يح ْسنُوْنَ ِإسْ لاَمَه ُ ْم و َل َ ْم يَفْع َلُو ْا َ‬
‫ن ُ‬
‫و َصَ ح ْبه الذي ْ َ‬

‫ي و َِإياك ُ ْم بتَقْو َى الله‪ ،‬فَق َ ْد فَاز َ ال ْمُتقُوْنَ‪ .‬قَا َ‬


‫ل الله ُ تَع َالَى ‪:‬‬ ‫ر َحمَكُم ُ اللهُ‪ ،‬اُوْصي ْن ْي نَفْس ْ‬

‫َ‬ ‫ََ‬ ‫ْ ي‬ ‫َ َ َ َ َ‬ ‫َ يَ َ ي‬ ‫ي‬ ‫َ‬


‫َومِنۡ ۡ َءايَٰتِهِ ۡٱَّللۡ ۡ ۡوٱنلهارۡ ۡ ۡوٱلشمسۡ ۡ ۡوٱلقمرۡ َۡل ۡتسجدوا ۡل ِلشم ِس ۡوَل ۡل ِلقم ِرۡ‬
‫َ‬

‫َ‬ ‫ي َ‬ ‫َ ََ‬ ‫ي ي‬
‫َۡوْۤاوُدُجۡسٱۡ ِلِلِِۤۡٱَّلِيۡخلقهنۡإِنۡكنتمۡإِياهۡتعبدونۡ‪ۡ ۡ٣٧‬‬
‫ي‬

‫‪SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,‬‬


‫‪Bertakwalah kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala‬‬
‫‪perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita sentiasa berada‬‬
‫‪dalam rahmat dan keredhaan Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar‬‬

‫‪1‬‬
Khutbah Khas Gerhana Bulan Keinsafan Dari Fenomena Gerhana Bulan

Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat
baginda yang sama-sama berjuang menegakkan Islam.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Kita beriman bahawa seluruh alam semesta ini diciptakan oleh Allah SWT. Tiada satu
pun makhluk yang terlepas dari sunnatullah. Allah SWT menciptakan segala sesuatu itu
tidak lain sebagai petunjuk atau tanda akan wujud Allah SWT dan kekuasaan-Nya. Allah
SWT berfirman dalam Surah Fussilat ayat 37 yang dibacakan pada awal khutbah tadi
yang bermaksud:

“Dan antara tanda kekuasaan-Nya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan.
Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan
sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah
kamu hanya beribadat kepada Allah”.

Allah SWT memberikan contoh daripada perkara yang berlaku yang nyata di sekeliling
kita untuk menunjukkan betapa hebat kekuasaan-Nya. Bulan dan matahari yang beredar
jauh di angkasa itu tidak mampu dikawal oleh manusia. Bahkan Allah SWT jualah yang
Maha Mengatur dan Maha Berkuasa menggerakkannya di atas orbit secara teratur demi
manfaat seluruh makhluk yang ada. Maka janganlah mata hati kita buta dengan
menyembah kepada makhluk seperti bulan dan matahari sebagaimana yang
diperingatkan oleh Allah SWT dalam ayat tadi.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Gerhana bulan dalam Bahasa Arab disebut sebagai khusuf terjadi apabila kedudukan
bumi berada di tengah-tengah antara matahari dan bulan yang menghalang cahaya
matahari sampai ke bulan dan menyebabkan sebahagian atau seluruh bulan tertutup
oleh bayangan bumi. Fenomena pergerakan objek-objek langit yang tertib dan
menakjubkan ini merupakan tanda kekuasaan Allah SWT yang tidak mungkin dapat
ditandingi oleh apa jua dan siapa jua.

2
Khutbah Khas Gerhana Bulan Keinsafan Dari Fenomena Gerhana Bulan

Ketika berlakunya gerhana, Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya menginsafi


kekuasaan Allah SWT ini dengan melaksanakan solat sunat dua rakaat, berdoa dan
bersedekah. Rasulullah SAW menyampaikan pesanannya dalam khutbah gerhana:

‫ ف َِإذ َا‬،‫ وَل َا لحيََاته‬،ٍ‫ و َِإنهُم َا ل َا يَنْخَسف َان لمَو ْت أَ حَد‬،‫ْس و َالْقَم َر َ منْ آي َات الله‬
َ ‫ِإن الشم‬

‫ و َا ْدع ُوا الله َ وَص َُلوا و َتَصَدق ُوا‬،‫ر َأَ يْتم ُُوهُمَا فَكَبر ُوا‬

Maksudnya: “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan sebahagian dari


kekuasaan Allah. Gerhana bulan atau matahari terjadi bukan kerana kematian atau
kelahiran seseorang. Apabila kamu melihat gerhana, bertakbirlah, berdoalah kepada
Allah, kerjakan solat dan bersedekahlah”. (Hadis riwayat Imam Muslim)

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Imam al-Ghazali menyatakan bahawa hendaknya fenomena gerhana membuatkan
manusia semakin menampakkan ketundukan diri kepada Allah SWT, bertaubat dengan
bersungguh-sungguh dari segala kesalahan, serta semakin meresapi kehadiran Ilahi
dalam kehidupannya. Imam al-Ghazali menyatakan dalam Kitab al-Adab fi al-Din:

ُ ‫ و َسُرْع َة‬،‫ و َتَرْك ُ المل َل‬،‫ وَم ُبَادَر َة ُ التو ْبَة‬،‫ و َِإظْ ه َار ُ الجَز َع‬،‫ دَو َام ُ الْف َز َع‬:‫آداب الخسوف‬

‫ و َاسْ تشْع َار ُ الحَذ َر‬،‫ل القيَام فيْهَا‬


ُ ْ ‫طو‬
ُ َ ‫ و‬،‫القيَام ِإلَى الصلَاة‬

Maksudnya: “Perilaku yang semestinya ditunjukkan ketika terjadinya gerhana bulan:


sentiasa memiliki rasa takut, menampakkan rasa gelisah, segera bertaubat, tidak
bersikap mudah bosan, segera melaksanakan solat, memanjangkan solatnya, dan
merasakan adanya peringatan”.

Kita merenungi fenomena gerhana bulan ini dengan banyak-banyak berzikir, muhasabah
setiap amalan dan tindakan, melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar, memperbaiki
hubungan silaturrahim sesama umat Islam dengan meninggalkan segala bentuk
persengketaan dan memperbanyakkan bersedekah.

3
Khutbah Khas Gerhana Bulan Keinsafan Dari Fenomena Gerhana Bulan

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Mengakhiri khutbah, khatib ingin merumuskan khutbah pada malam ini dengan membuat
beberapa kesimpulan;

Pertama: Fenomena gerhana bulan merupakan salah satu tanda dan bukti kekuasaan
dan keagungan Allah SWT bukan kerana petanda kematian atau kelahiran seseorang.
Kedua: Allah SWT memberikan contoh daripada perkara yang berlaku yang nyata di
sekeliling kita untuk menunjukkan betapa hebat kekuasaan-Nya dan menyedarkan
manusia bahawa hanya kepada Allah SWT jualah tempat kita bersujud dan
mempersembahkan ketaatan.
Ketiga: Sentiasa bertaubat, melazimi zikir, menunaikan solat yang wajib dan
memperbanyakkan solat sunat, serta memperbanyakkan bersedekah kerana inilah
pesanan yang telah diperingatkan oleh Baginda Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Israa’ ayat 44:


‫ي‬ ََ َ َ ‫ي‬ َ ‫ي‬ َ َ َ َ ‫ي‬ َ َ ‫َ ي‬ َ
ۡ‫كنَۡل‬ َٰ ِ ‫تسبِحۡ َۡل ۡٱلسمَٰوَٰتۡ ۡٱلسبعۡ ۡ ۡوٱۡلۡرضۡ ۡومنۡفِي ِهن ِۡإَونۡمِنَۡش ٍء ۡإَِل ۡيسبِح‬
ِ ‫ِۡبم ِد ۡه ِۦ ۡول‬
َ ً َ َ َ ‫ي‬
ٗ ‫اۡغف‬ َ ‫ونۡتَسب‬
َ َ َ
ۡ ۡ٤٤ۡ‫ورا‬ ‫يحهمۡإ ِۡنهۡۥَۡكنۡحلِيم‬ِ ‫تفق ه‬

Maksudnya: “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya,
sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan
memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah
Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun”.

َ ‫ و َنَف َع َن ْي و َِإياك ُ ْم بمَا في ْه م‬،‫بَارَك َ الله ُ ل ْي و َل َك ُ ْم بالْقُر ْآن ال ْع َظي ْم‬


‫ن الْآي َات و َالذك ْر‬

َ ‫ل قَو ْل ْي هَذ َا و َأَ سْ تَغْفر ُ الله‬


ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫ل من ْي و َمنْك ُ ْم تلَاو َتَه ُ ِإنه ُ ه ُو َ السمي ْ ُع ال ْع َلي ْم‬
َ ‫ و َتَق َب‬،‫الْحَكي ْم‬

‫الْع َظي ْم َ ل ْي و َل َك ُ ْم و َلسَائر ال ْمُسْلميْنَ و َال ْمُسْلمَات و َال ْمُؤ ْمنيْنَ و َال ْمُؤْمنَات الْأَ حْ يَاء منْه ُ ْم‬

.ُ ‫ فَاسْ تَغْفرُوْه ُ ِإنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر ُ الرحي ْم‬،‫و َالْأَ مْوَات‬

4
‫‪Khutbah Khas Gerhana Bulan‬‬ ‫‪Keinsafan Dari Fenomena Gerhana Bulan‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫ا َ ْلحم َْد ُ لله ر َب الْع َالم َينَ‪ ،‬و َالصلَاة ُ و َالسلَام ُ عَلى َ سَيدن َا مُحَمدن النبي الْأَ مين‪ ،‬و َعَلَى آله‬
‫ن ِإلَى يَو ْم الدين‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبعَه ُ ْم ب ِإحْ سَا ٍ‬
‫صحَابه الطاهر ي َ‬
‫و َأَ ْ‬

‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأَ شْهَد ُ أن سَيد َن َا مُحَمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬


‫أَ شْهَد ُ أَ ْن لا ِإله َ ِإلا الله ُ وَحْد َه ُ لا َ ش َر ي ْ َ‬

‫يم‪ ،‬أَ م َرَك ُ ْم‬


‫أَ ما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عبَاد َ الله‪ ،‬اتق ُوا الله َ حَق تُق َاته و َاع ْلَم ُوا أَ ن الله َ أَ م َرَك ُ ْم بأَ ْمر ٍ ع َظ ٍ‬
‫َ ُّ َ َ َ‬ ‫َ‬ ‫ي ي َ َ َ َ َٰٓ َ‬
‫لِل ۡوملئِكتهۡۥ ۡيصلون ۡلَعۡ‬ ‫ن ۡٱ ۡ‬ ‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إ ِ ۡ‬ ‫بالصلَاة و َالتسْليم عَلَى نَبيه ال ْك َر يم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ً‬ ‫ي ََٰٓ َ ُّ َ ي َ َ َ ْ َ ُّ ْ َ َ َ َ ْ َ‬
‫ِينۡءامنواۡصلواۡعليهِۡوسلِمواۡتسلِيماۡ‪ۡ٥٦‬‬
‫بۡيأيهاۡٱَّل ۡ‬
‫ٱنل ِ ِۡ‬
‫اَلله ُم صَل عَلَى سَيدنَا مُحَمدٍ و َعَلَى آل سَيدن َا مُحَمدٍ كَمَا صَلي ْتَ عَلَى سَيدن َا ِإ ب ْر َاهي ْم َ و َعَلَى‬
‫ك عَلَى سَيدن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آل سَيدن َا مُحَمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى سَيدنَا‬
‫آل سَيدن َا ِإ ب ْر َاهي ْم َ و َب َار ْ‬
‫مجيْدٌ‪.‬‬
‫ك حَميْدٌ َ‬
‫ِإ ب ْر َاهي ْم َ و َعَلَى آل سَيدنَا ِإ ب ْر َاهي ْم َ في ال ْع َالم َيْنَ ِإن َ‬

‫ن و َع َنْ بَقية الصح َابَة أَ جْم َعينَ‪ ،‬وَع َن التابعينَ و َتَابعي‬


‫ْض الله ُم ع َن الْخل ُُف َاء الراشدي َ‬
‫و َار َ‬
‫ْض ع َنا م َعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْرَم َ الْأَ ك ْر َمينَ‪.‬‬
‫ن ِإلَى يَو ْم الدي ْن و َار َ‬
‫التابعينَ وَم َنْ تَبعَه ُ ْم ب ِإحْ سَا ٍ‬

‫الله ُم اغْفر ْ لل ْمُسْلمينَ و َال ْمُسْلمَات و َال ْمُؤْمنينَ و َال ْمُؤ ْمنَات الْأَ حْ يَاء منْه ُ ْم و َالْأَ مْوَات‪.‬‬

‫الله ُم أَ ي ْد بدَو َام التو ْفي ْق و َال ْهد َايَة و َالصحة و َالسلَام َة م َل كَ نَا ك باوه د ُولي يڠ مَهَا م ُوليا‬
‫سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ‪ ،‬الس ُلطَان ع َبْد ُ الله رعَايَة ُ الدي ْن ال م ُصْ طَفَى‬
‫بالله شَاه اب ْن المرحوم سُلْطَان ح َاج أَ حْم َد شَاه ال مُسْت َعي ْن بالله‪.‬‬

‫ك ك باوه د ُولي يڠ مَهَا م ُوليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪،‬‬
‫وَك َذل َ‬
‫حو ْم ال م ُت َوَكلْ عَلَى‬
‫تُونكو)‪ (Tunku‬حاجه ع َز ي ْزَةْ أَ مي ْنَة ْ م َيْمُو ْنَة ْ ِإسْ كَنْد َر يَة ْ بن ْت ال مَر ْ ُ‬
‫الله سُلْطَان ِإسْ كَنْد َ ْر الحَاج‪.‬‬

‫‪5‬‬
Khutbah Khas Gerhana Bulan Keinsafan Dari Fenomena Gerhana Bulan

‫ن ال ْمُؤ ْمنينَ و َ ال ْمُؤ ْمنَات‬


َ ‫الله ُم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع ُمالَه ُ وَر َعَايَاه ُ م‬
. َ‫حم َ الراحمين‬ َ ‫ك ي َا أَ ْر‬
َ ‫برَحْمَت‬

،ٍ‫ن و َأَ م َان‬ ٍ ‫ د َار َ ع َ ْد‬،ً‫ سَ خَاء ً رَخ َاء‬،‫الله ُم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َاليز ي َا آمنا ً م ُ ْطم َئ ًّنا‬
ٍ ‫ و َأَ ْم‬،ٍ‫ل و َِإيمَان‬
.َ‫وَسَائر َ بلَاد ال ْ مُسْلمين‬
،َ‫ وَد َم ْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الدين وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الدين‬، َ‫الله ُم أَ عز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْلميْن‬

َ ‫الله ُم ادْف َعْ ع َنا ال ْبَلَاء‬.‫ك ِإلَى يَو ْم الدي ْن‬


َ َ ‫ و َأَ ع ْل ك َلمَت‬،َ‫ل ال ْمُسْلميْن‬ َ َ ‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ‬
‫ عن بلََدن َا‬،َ‫ظه َر َ منْهَا وَم َا بَطَن‬ َ ‫ م َا‬،َ‫ن و َال ْفتَن‬
َ َ ‫و َالْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َال ْمح‬
‫ك‬َ ‫ الله ُم ِإنا نَع ُوذ ُ ب‬.ٍ ‫ك عَلَى ك ُل شَيْء ٍ ق َديْر‬ َ ‫ ِإن‬،ً ‫ و َعن بل ُ ْد َان اْلمُسْلميْنَ عَامة‬،ً ‫هَذ َا خ َاصة‬
.َ‫حم َ الراحميْن‬
َ ‫ ي َا أَ ْر‬،‫ و َمنْ سَيئ الْأَ سْ ق َام‬،‫ و َالْجُذ َام‬،‫ و َالْجن ُ ُون‬،‫ن البَر َص‬
َ ‫م‬
Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang Maha
Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah, merayu agar Engkau ampunkan
segala dosa yang telah kami lakukan. Ya Allah! Cukupkanlah kami dengan rezeki yang halal dan
jauhkanlah kami dari rezeki yang haram. Cukupkanlah kami dengan kurniaan-Mu dari
bergantung kepada selain-Mu. Hindarkanlah kami dari sebarang fitnah, bala bencana, waba'
penyakit, perbuatan-perbuatan keji dan munkar, seperti rasuah, salah guna kuasa dan hiburan
yang melalaikan. Hanya kepada-Mu jua Ya Allah, tempat kami mengadu dan memohon
pertolongan.

Ya Allah! Satukanlah kami atas agama-Mu dan hindarkan kami dari perselisihan serta
perpecahan yang berpanjangan. Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang
istiqamah mendirikan solat secara berjemaah serta tekun mengimarahkan masjid.
Sesungguhnya hanya kepada-Mu jua Ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan diterima.

.‫حسَن َة ً و َقنَا عَذ َابَ النار‬


َ ‫حسَن َة ً و َفي الْآخر َة‬ ُ ‫ر َبنَا آتنَا في‬
َ ‫الدن ْيَا‬
،‫عبَاد َ الله‬
ٓ َ َ َ َٰ َ َ َ َٰ َ َٓ َٰ َ ‫لِل ۡيَأمر ۡۡب ِٱل َعد ِۡل ۡ َۡوٱ ِۡلح‬ ‫ي ي‬
ِۡ‫َه ۡع ِن ۡٱلفحشا ۡء‬ ‫ب ۡوين‬
ۡ ‫ِإَويتا ِٕي ۡذِي ۡٱلقر‬ ۡ‫ن‬
ِۡ ‫س‬ َۡ ‫۞إِن ۡٱ‬
َ ‫ََ ي‬ ‫ََي‬ َ َ
ۡ ۡ٩٠ۡ‫غۡۡيَعِظۡكمۡلعلكمۡتذكرون‬ َ
‫ۡوٱلمنك ِۡرۡ ۡوٱۡلَ ِ ي‬
‫ و َاسْ أَ لُوه ُ منْ ف َضْ له يُعْطك ُ ْم‬،ْ‫ و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى نع َمه ي َزدْكُم‬،ْ‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْع َظي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُم‬
.َ‫ و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُون‬،ُ ‫وَلَذك ْر ُ الله أَ كْ ب َر‬
6

You might also like