You are on page 1of 1

Pengalaman Pertama Menaiki Lif

Aku menerima panggilan telefon daripada ibu saudara. Aku dan keluarga
menerima undangan ke rumah baharunya yang terletak di tingkat 12.
Semasa aku sampai di pintu lif, aku membaca maklumat. Had muatan lif itu
17 orang.Ada poster tertulis utamakan orang tua dan orang kurang upaya.
Lif itu mempunyai ciri-ciri keselamatan. Lif itu menunjukkan pintu
keselamatan dan penunjuk tingkat. Aku juga membaca papan butang lif.
Lif itu dipasang system penggera kecemasan. Aku melihat butang telefon
bantuan kecemasan. Jika elektrik terputus, bekalan kuasa digunakan semasa
kecemasan.
Setelah masuk ke dalam lif, aku menekan butang 12. Lif itu bergerak
dengan lancarnya. Lif itu sangat selesa dan mesra pengguna.
Aku bangga dan teruja pada hari itu. Inilah pengalaman pertama aku
menaiki lif yang tidak dapat aku lupakan.

You might also like