You are on page 1of 1

Ruj. Tuan : SKTUIBET.

600-3/2/14(9)
Tarikh : 28 Oktober 2022

Pengetua / Guru Besar


Sekolah-sekolah Daerah Betong, Sarawak.

Tuan/puan,

PEMILIHAN PEMAIN PASUKAN BOLA SEPAK (SENIOR) PSKPP DAERAH BETONG TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa, Sekolah Kebangsaan Tui telah dipilih sebagai urusetia / pengelola untuk
pemilihan pasukan bola sepak (Senior PSKPP Daerah Betong bagi tahun 2022 seperti dalam keputusan taklimat
penataran sukan PSKPP peringkat Daerah Betong pada 27 Oktober 2022 lepas.
3. Oleh yang demikian, sesi pemilihan pemain untuk Pasukan Bola Sepak Senior PSKPP Daerah Betong,
Sarawak akan diadakan seperti butiran tersebut:
TARIKH HARI MASA TEMPAT
2 November 2022 Rabu 3.00 petang Padang Bola Sepak Riveria Sport Centre
Debak

4. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik tuan/puan menghebahkan kepada guru dan kakitangan
sekolah untuk hadir ke pemilihan pasukan seperti yang dinyatakan di atas.
5. Sebarang maklum balas boleh terus berhubung di talian 014-5551280 (Encik Mohd Hazwan Bin Hot –
Pegawai Teknikal Bola Sepak PSKPP Senior Daerah Betong) . Keprihatinan daripada pihak tuan/puan amatlah
kami hargai.

Sekian, Terima Kasih

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah,

…………………………………….
( LOLA BIN JULAI )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tui,
95500, Debak,
Sarawak.

You might also like