You are on page 1of 31

PERNIAGAAN 3766

#Learning@home

BAB 4
BAHAGIAN-BAHAGIAN FUNGSIAN
UTAMA DALAM ORGANISASI
PERNIAGAAN

TINGKATAN 4
TAHUN 2020
STANDARD KANDUNGAN/STANDARD PEMBELAJARAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.2 Bahagian Fungsian Utama Murid boleh:

Dalam Organisasi 2.2.1 Menjelaskan bahagian-bahagian fungsian dalam

Perniagaan organisasi perniagaan.

2.2.2 Menjelaskan tujuan dan tugasan setiap bahagian

fungsian.

2.2.3 Menjelas dan mengaplikasi penggunaan teknologi

maklumat untuk mengintegrasi bahagian fungsian.

2.2.4 Menerang dan menganalisis hubungan dan

interaksi bahagian fungsian dalam organisasi

dengan organisasi luar, aliran maklumat dan aliran

barang.

2.2.5 Membezakan interaksi dan perkaitan antara

bahagian fungsian dalam dua perniagaan yang

berlainan.

2.2.6 Menjelaskan pembangunan produk dan pasaran

baharu.

2
BAB 4 : BAHAGIAN - BAHAGIAN FUNGSIAN UTAMA DALAM ORGANISASI
PERNIAGAAN

4.1 BAHAGIAN - BAHAGIAN FUNGSIAN UTAMA DALAM ORGANISASI


PERNIAGAAN
➢ BAHAGIAN FUNGSIAN
✓ Definisi : sebahagiam atau rantaian dalam sesebuah organisasi perniagaan untuk
mencapai VMO perniagaan yang telah ditetapkan

CARTA ORGANISASI
✓ Struktur organisasi yang dipamerkan dalam bentuk hirarki
✓ Fungsi :
1.Menunjukkan fungsi jabatan atau unit utama dalam sesebuah organi

Carta organisasi menggambarkan beberapa aspek penting seperti yang berikut :


➢ Pembahagian kerja
✓ Pengagihan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan dalam perniagaan

➢ Hubungan antara ketua dan pekerja


✓ ketua - mengarah kepada pekerja di bawahnya
✓ Pekerja - melaksanakan tugas yang telah diarahkan dan melaporkan kepada ketua

3
➢ Jenis tugas
✓ Dijalankan oleh pekerja berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab
✓ Merupakan tanggungjawab yang diberikan oleh ketua
➢ Hieraki pengurusan
✓ Mempunyai tiga peringkat :
✓ Pengursan atasan [keseluruhan operasi]
✓ Pengurusan pertengahan [bahagian masing - masing]
✓ Pengurusan bawahan [unit masing - masing]

PERANAN SETIAP BAHAGIAN FUNGSIAN

FUNGSIAN PENTADBIRAN

Definisi : merujuk pada pelaksanaan sesuatu tugas yang telah ditetapkan ke aah
mencapai sesuatu VMO dalam perniagaan
➢ Peranan
✓ Menjalankan urusan dalaman organisasi
perniagaan Cth : mengurus,menyimpan dan
menerima rekod
✓ Menyediakan dokumen syarikat dan menguruskan
program Cth : mengadakan mesyuarat

http://state.water.gov.my/perai/index.php?option=com_content&view=article&id=8&
Itemid=19&lang=bm

2 )FUNGSIAN SUMBER MANUSIA


Definisi : melibatkan aktiviti perancangan sumber manusia,temu duga,penilian prestasi dan
kebajikan pekerja dalam organisasi
Peranan :
✓ Perancangan sumber manusia
⚫ Proses mengambil pekerja atau staf
⚫ Membentuk polisi berkaitan dengan pembangunan kerjaya pekerja

✓ Latihan dan pengalaman


⚫ Pelaksanakan program induksi dan latihan kemahiran - untuk pekerja baharu

4
dan pekerja sedia ada
⚫ Pembangunan pekerja - meningkatkan keupayaan pekerja untuk menerima
tanggungjawab dan tugas

✓ Perkhidmatan pekerja dan kebajikan


• Menyediakan kemudahan untuk pekerja semasa bertugas dalam organisasi
• Memberikan khidmat kaunseling,menjaga kebajikan pekerja
✓ Perhubungan indistri
• Menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap kemudahan yang disediakan
oleh pihak majikan melalui kesatuan sekerja

http://www.rela.gov.my/human-resource-management-division/

3)FUNGSIAN KEWANGAN
Definisi : aktiviti untuk merancang,meyusun,mengarah dan mengawal segala apek
pembiayaan dan perbelanjaan dalam perniagaan
➢ Peranan :
✓ Membuat perancangan kewangan
⚫ Menentukan objektif kewangan yang hendak dicapai oleh organisasi
✓ Mengagihkan sumber kewangan mengikut peruntukan yang ditetapkan
⚫ Bajet kewangan yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan perlu diagihkan mengikut
peruntukan
✓ Mengawal kewangan setiap bahagian
⚫ Memastikan perbelanjaan setiap bahagian berdasarkan bajet yang telah diluluskan
⚫ Memantau setiap aktiviti kewangan supaya masalah salah urus perbelanjaan tidak
berlaku
⚫ Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan penipu

Terdiri daripada :

JAWATAN PERANAN
Akauntan • Menyediakan laporan preastasi kewangan untuk
melihat untung rugi syarikat
Pegawai kewangan • Memeriksa bajet jabatan dan pendapatan terkini
daripada jualan
• Menyediakan unjuran jualan tunai

5
Pegawai kredit • Membantu akauntan menyelia rekod-rekod kewangan
Staf kewangan • Membantu menyediakan penyata kewangan

6
4) FUNGSIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Teknologi Maklumat : Teknologi pengkomputeran dan telekomunikasi yang digunakan


dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, penerbitan, penyiaran, perubatan, pendidikan.

➢ Peranan :
✓ Bertanggungjawba terhadap keselamatan sistem
✓ Memastikan hanya pengguna yang dibenarkan sahaja bolehmengakses sistem
✓ Memastikan adanya sistem simpanan yang penuh untuk menyimpan semula data
kritikal dalam keadaan kecemasan
✓ Membantu dan menolong pekerja menyelesaikan masalah berkaitan dengan
penggunaan perisian baharu

http://www.mdbg.gov.my/ms/bahagian-teknologi-maklumat

5) FUNGSIAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN (R&D)

Definisi : melibatkan pembangunan produk baharu dan penambahbaikan produk yang


sedia ada

➢ Peranan :
✓ Merancang aktiviti pembangunan produk baharu
✓ Penambahbaikan produk sedia ada
✓ Meningkatkan kualiti produk yang sedia ada
✓ Menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com/2011/03/penyelidikan-dan-penbangunan-
r.html

FUNGSIAN PEMBELIAN
Definisi : Aktiviti yang dilakukan oleh dua pihak iaitu penjual dan pembeli bagi tujuan
menukarkan barang dan perkhidmatan dengan menggunakan alat transaksi yang sah.

Staf bahagian pembelian :

• Sediakan kontrak dengan pembekal untuk membekalkan barang yang diperlukan dalam
operasi pengeluaran

• Memastikan syarikat membayar pada jumlah yang berpatutan pada harga pembekal

[50]
Peranan
✓ Menentukan kuantiti dan spesifikasi barang yang dibeli adalah tepat
✓ Menentukan pemilihan pembekal yang bersesuaian dan cekap
✓ Memastikan barang yang diterima tepat pada masa dan lokasi yang telah
ditentukan:

Tatacara pembelian

FUNGSIAN PENGELUARAN

Definisi : Proses menghasilkan barang melalui proses transformasi penukaran input kepasa
output bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

➢ Peranan :
✓ Menghasilkan barang dan perkhidmatan
• Mematuhi aspek dan standard kualiti yang ditetapkan
✓ Memenuhi keperluan dan kehendak
• Output yang dihasilkan iaitu barang dan perkhidmatan akan dipasarkan untuk
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dalam pasaran
✓ Menukarkan input kepada output
• Merancang dan menjalankan proses transformasi input ( Tanah, Buruh,
Teknologi dan Bahan Mentah) untuk menghasilkan output.

[51]
3 jenis kawalan dalam pengeluaran iaitu
Kawalan awalan
✓ memastikan semua unsur input dalam keadaan baik dan mempunyai kualiti
Kawalan semasa
✓ melakukan kawalan semasa proses pengeluaran iaitu pengeluaran .mesin dan staf
Kawalan selepas
✓ menjalankan pemeriksaan kualiti terakhir secara manual dan automatik terhadap
produk yang dikeluarkan
https://smeinfo.com.my/my/menjalankan-operasi-perniagaan/menjalankan-operasi-
syarikat-pengeluaran

8) FUNGSIAN PEMASARAN
Definisi : Suatu aktiviti mencipta nilai produk, penentuan harga barang, promosi, dan
pengedaran produk bagi memenuhi keperluan pengguna dan mencapai objektif organisasi

➢ Peranan :
✓ Mewujudkan dan meningkatkan permintaan
✓ Mempromosikan produk melalui pelbagai media pengiklanan
✓ Cth :Televisyen,Radio,Surat khabar,Majalah, dan Katalog
✓ Mendapat dan mengemaskinikan profil pelanggan yang sedia ada

➢ Strategi pemasaran :
Terbahagi kepada dua unsur iaitu :
Sasaran pasaran
✓ kumpulan pengguna sedia ada atau bakal pengguna yang berpotensi membeli dan
menggunkan produk yang dikeluarkan oleh organisasi
✓ mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi cita rasa,tahap pendidikan,umur dan sebagainya.
Campuran pemasaran
✓ Rangkuman beberapa strategi utama yang direka bentuk dan diuruskan oleh pemasar

Unsur - unsur campuran pemasaran (4P)


1. Produk (product)
2. Harga (price)
3. Pengagihan (place)
4. Promosi (promotion)

[52]
https://www.ppspm.gov.my/index.php/maklumat-korporat/fungsi-ppspm/2013-07-31-01-07-
16/fungsi-bahagian-pemasaran-dan-event

9) FUNGSIAN PENGAGIHAN

Definisi : Barang atau perkhidmatan yang diagihkan oleh perniagaan dapat diterima oleh
pengguna mengikut tempat dan masa yang tepat serta berada dalam keadaan baik.
➢ Peranan :
✓ Memastikan barang disimpan dengan baik dan dilabel sebelum dihantar pada waktu
yang tepat
✓ Memeriksa semua barang yang ditempah dan bertindak jika terdapat perbezaan atau
kesilapan
✓ Melengkapkan dokumen penghantaran
✓ Menyediakan jadual pergerakan kenderaan
➢ 4 jenis saluran agihan utama iaitu :
✓ Pengeluar >> pengguna
• Contah barang dan perkhidmatan :
- barang tidak tahan lama,barang bernilai tinggi,tempahan khas,perkhidmatan
profesional
✓ Pengeluar >> peruncit >>pengguna
• Contoh barang :
- kosmetik, tayar, alat elektrik, pakaian
✓ Pengeluar >> pemborong >>peruncit >>pengguna
• Contoh barang :
- barang keperluan harian ( gula, beras, dan barang dapur)
✓ Pengeluar >>ejen >> peruncit >> pengguna
• Contoh barang – pakaian berjenama, buku, majalah

10) FUNGSIAN JUALAN

Definisi : Suatu transaksi yang memberikan nilai tambah dalam memenuhi keperluan
pelanggan dan memberi manfaat nersama kepada penjual dan pembeli.
➢ Peranan :
✓ Menjawab pertanyaan pelanggan berkaitan dengan barang jualan
✓ Cth : jenis,spesifikasi,dan kualiti
✓ Membuat jualan secara bersemuka atau secara dalam talian

[53]
✓ Menyediakan sebut harga dan melakukan rundingan dengan pengguna tentang kadar diskaun
dan terma jual beli

11)FUNGSIAN KHIDMAT PELANGGAN

Definisi : Keupayaan dan kebolehan organisasi perniagaan dalam menyampaikan produk untuk
memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan melebihi daripada tahap yang mereka harapkan
dan perkhidmatan diberikan secara berterusan dan konsisten.

➢ Peranan :
✓ Menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan dengan barang dan perkhidmatan
✓ Menyediakan pakar mengikut jenis produk yang disediakan oleh organisasi
berkenaan.

4.3 PEMBANGUNAN PROSUK DAN PASARAN BAHARU

PEMBANGUNAN PRODUK

➢ Pembangunan produk merujuk kepada :


✓ Suatu aktiviti dan strategi pertumbuhan kepada perniagaan yang sedang dijalankan
➢ Langkah-langkah pembangunan produk baru :

(a) Penjanaan Idea


• Proses bagi memenuhi keperluan pasaran.
• Carian sistematik untuk idea-idea produk baharu berdasarkan dua jenis sumber
utama iaitu sumber dalaman dan sumber luaran
(b) Penyaringan Idea
• Proses mengkaji idea-idea produk baharu untuk memeilih yang terbaik

[54]
• Menggugurkan yang kurang potensi

(c) Pembangunan Produk dan Pengujian Konsep


• Pembangunan produk – idea produk yang berpotensi untuk ditawarkan oleh
syarikat sendiri
• Pengujian konsep – menguji konsep baharu dengan kumpulan pengguna
sasaran untuk mengetahui konsep berjaya menarik perhatian atau tidak.
(d) Pembangunan Strategi Pemasaran
• Menerangkan sasaran pasaran, posisi produk yang dirancang,jualan,syer
pasaran dan matlamat keuntungan
• Melibatkan harga,produk,pengagihan dan promosi
(e) Analisis Perniagaan
• Kajian semula jualan, kos dan unjuran keuntungan untuk mengetahui sama ada
dapat memenuhi objektif syarikat

(f) Pembangunan Produk


• Proses mereka bentuk produk daripada idea atau proses pembuatan
produk prototaip
(g) Ujian Pemasaran
• Melibatkan ujian ke atas produk prototaip untuk mengenal pasti
penerimaan pengguna terhadap produk yang dibangunkan
(h) Komersialisasi
• Melibatkan proses pembuatan sesuatu keputusan berkaian
tempat,bila,sasaran pasaran,promosi)

http://feldatechnoplant.com.my/khidmat-pelanggan/

PASARAN BAHARU
Definisi :Usaha berkaitan dengan pemasaran strategik yang dilakukan untuk mencari pasaran
baharu bagi tujuan memasarkan produk yang sedia ada.
➢ Kepentingan Pasaran Baharu
✓ Menguasai pasaran lebih besar
✓ Mengembangkan pasaran sedia ada
✓ Pasaran baharu akan mewujudkan peluang pasaran
✓ Mengelakka daripada terlibat dalam pasaran tepu

[55]
4.4 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Merupakan salah satu proses :
1) Pengaliran
2) Penyebaran
3) Pemprosesan
4) Penyimpanan maklumat dengan menggunakan perantaraan teknologi

➢ Aplikasi Teknologi Maklumat dalam Perniagaan


Kaedah mengaplikasikan maklumat dalam perniagaan :
➢ e-pemasaran
• Memasarkan produk secara onlie
• Pelanggan mehetahui maklumat dan boleh buat tempahan segera
➢ e-dagang
• Tempaha, pembelian,dan pembayaran dilakukan secara online
• Peningkatan hasil jualan kerana memudahkan pekerja memenuhi kehendak
pelanggan dengan segera dan secara berterusan tanpa henti.
➢ e-government
• Pihak kerajaan melaksanakan urusan secara online
• Urusan pihak kerajaan lebih cepat,menjimatkan kos dan telus
➢ e-banking
• Perbankan menggunakan urusan online dengan pihak bank
• Urusan perbankan menjadi lebih cepat dan menjimatkan kos
• Contoh : bayar bil,membuat pelaburan, semak baki akaun, urusan keluar masuk
duit
➢ Penggunaan laman sosial
• Peniaga membuat perkongsian urusan dengan pelanggan melalui laman sosial
• Faedah – mengiklankan barang,meluaskan rangkaian rakan perniagaan, mencari
pelanggan baharu dan mengekalkan pelanggan sedia ada
➢ Penggunaan e-mel
• Menggunakan mel-elektronik untuk berurusan dengan perniagaan lain dalam
pasaran
• Menyampaikan maklumat kepada pelanggan dengan cepat dan menjimatkan kos
perniagaan.

[56]
4.5 HUBUNGAN DAN INTERAKSI ANTARA BAHAGIAN FUNGSIAN LAIN

1) Kepentingan Interaksi dengan Organisasi Luar

➢ Kepentingan interaksi dengan organisasi luar :


✓ Mewujudkan jaringan perniagaan
✓ Mengukuhkan hubungan baik sedia ada
✓ Menjalin kerjasama strategik
✓ Menambahkan sumber perniagaan

2) Aliran maklumat
Definisi : Suatu proses komunikasi yang melibatkan aktiviti pemindahan maklumat daripada
sesebuah organisasi perniagaan kepada perniagaan lain.

➢ Penerima maklumat –menerima maksud yang sama seperti dirancang dan diingini
oleh penghantar maklumat

➢ Maklumat diterima akan diterjemahkan oleh penerima

➢ Memberi maklum balas terhadap maklumat yang diterima

Proses Komunikasi

[57]
Penghantar
✓ Mencipata maklumat daripada pencetusan idea
Enkod (encode)
✓ Seperti : tulisan,gambar dan peraturan agar dapat difahami penerima maklumat tersebut
dengan mudah
Saluran
✓ Saluran media seperti audio,visual,bertulis
Dekod
✓ Satu proses pihak penerima menterjemahkan mesej yang dihantar oleh penghantar

Penerima
✓ Menterjemahkan mesej yang diterima nerdasarkan pengalaman,budaya dan latar
belakang keluarga atau pendidikan
Maklum balas
✓ Mengukur tahap keberkesanan proses komunikasi
Gangguan
✓ Unsur luaran yang mempengaruhi proses komunikasi

[58]
SOALAN OBJEKTIF

1. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang bahagian fungsian?


A. Badan yang mengeluarkan satu jenis barang
B. Bahagian yang mengawal operasi sebuah organisasi
C. Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk seluruh organisasi
D. Rantaian dalam sesebuah organisasi yang mempunyai tanggungjawab tertentu

2. Maklumat berikut berkaitan dengan dua buah organisasi perniagaan.

KILANG KASUT RAMLI KEDAI RUNCIT SAMUEL

Bahagian fungsian yang manakah hanya terdapat di Kilang Kasut Ramli?


A. Pembelian C. Pengurusan
B. Pemasaran D. Pengeluaran

3. Encik Razali bekerja sebagai seorang jurujual di Robinson Book Store. Bahagian
fungsian yang manakah berliau berkhidmat?
A. Jualan
B. Kewangan
C. Pentadbiran
D. Pengurusan Sumber Manusia

4. Maklumat berikut adalah berkaitan dengan tugas Encik Azli.

• Mengawal kualiti perabot


• Mengawal penggunaan sumber
• Merancang pengeluaran perabot
• Mengawal selia kelancaran proses pengeluaran

Bahagian fungsian yang manakah Encik Azli berkhidmat?


A. Jualan
B. Pemasaran
C. Pengeluaran
D. Penyelidikan dan pembangunan

5. Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi bahagian pembelian?


I. Mengawal kualiti produk
II. Merancang proses pengeluaran
III. Menjalin hubungan yang baik dengan pembekal
IV. Merancang pembelian bahan mentah yang diperlukan
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

[59]
6. Mengapakah kawalan sangant penting dalam operasi pengeluaran sesebuah
perniagaan?
A. Untuk menjimatkan masa
B. Untuk menghasilkan lebih banyak barang
C. Untuk mengelakkan kesilapan semasa proses pengeluaran
D. Untuk menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pengguna

7. Rajah dibawah menunjukkan individu-individu yang menjalankan aktiviti perniagaan


dengan bahagian fungsian Q.

EJEN

PERUNCIT
Q

PEMBORONG

Apakah bahagian fungsian Q?


A. Jualan
B. Pengagihan
C. Pengeluaran
D. Penyelidikan dan pembangunan

8. Maklumat berikut berkaitan dengan penggunaan laman sosial.

• Facebook
• Twitter
• YouTube

Apakah kegunaan laman social tersebut dalam perniagaan?


A. Melancarkan operasi perniagaan
B. Menyelaraskan proses pengeluaran
C. Mengiklankan barang dan perkhidmatan
D. Menghantar barang tepat pada masanya

9. Apakah kepentingan mewujudkan interaksi dengan organisasi luar?


A. Menjalin kerjasama strategic
B. Menyimpan maklumat dan data perniagaan
C. Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
D. Mewujudkan persaingan dengan organisasi luar

[60]
10. Pernyataan yang manakah benar tentang kepentingan mewujudkan pasaran
baharu?
I. Dapat menguasai pasaran baharu
II. Dapat menjimatkan kos operasi perniagaan
III. Dapat mengagihkan barang kepada pengguna
IV. Dapat menggelakkan daripada terlibat dalam pasaran tepu
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

SOALAN
BAHAGIAN A
1 Gambar menunjukkan alat-alat komunikasi yang digunakan dalam Syarikat
Maria Dalila Enterprise

(a) Apakah maksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)? [2 markah]


(b) Berikan empat tujuan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
dalam sesebuah organisasi perniagaan. [4 markah]
(c) Apakah peranan fungsian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkat
jualan? [4 markah]

2 (a) Apakah peranan fungsian pembelian didalam sesebuah organisasi perniagaan.


[4 markah]
(d) Jelaskan tatacara yang terlibat dalam proses pembelian barang yang dilaksanakan oleh
bahagian fungsian pembelian. [6 markah]

3) (a) i. Apakah yang dimaksudkan dengan pemasaran? [2 markah]


ii. Terangkan mengenai strategi pemasaran. [4 markah]

[61]
(b) Gambar dibawah ini berkaitan dengan dengan suatu produk.

Jelaskan empat elemen campuran pemasaran bagi memasarkan produk berkenaan.


[4 markah]
4 (a) Gambar dibawah menunjukkan Restoran Makanan Laut Makcik Kiah.

Senaraikan empat bahagian fungsian utama yang terdapat dalam sebuah Restoran
Makanan Laut Mak Kiah [4 markah]
(b) Apakah yang dimaksudkan dengan stuktur organisasi? [2 markah]
(c) Mengapakah stuktur organisasi diwujudkan mengikut bahagian fungsian masing- masing
[4 markah]
5(a) Situasi berikut menunjukkan seorang usahawan produk berasaskan makanan

Puan Aini bercadang untuk mengeluarkan produk baharu iaitu jeruk berasaskan
buah belimbing untuk memenuhi kehendak penduduk tempatan. Produk tersebut
akan dijual di kedai runcit sekitar Pekan Serdang, Kedah. Beliau juga bercadang
menjual produk tersebut secara dalam talian

Jelaskan langkah-langkah pembangunan baru produk jeruk belimbing selepas pembangunan strategi
pemasaran. [3 markah]
(b) Mengapakah kawalan selepas pengeluaran penting kepada sesebuah organisasi perniagaan?
[4 markah]

(c) Nyatakan tiga peranan bahagian fungsian pengeluaran [3 markah]


[62]
BAHAGIAN B

1 Petikan berkaitan Syarikat Maju Construction Sdn Bhd.

Syarikat Maju Construction Sdn Bhd ditubuhkan pada 30 Disember 2018 bertapak
di Ipoh, Perak. Pada awalnya struktur organisasi Syarikat Maju Construction Sdn
Bhd terdiri daripada seorang pengurus besar dan seorang pengurus bagi setiap
jabatan iaitu pembinaan dan kewangan. Pada Mei 2019 satu lagi jawatan baru
ditubuhkan iaitu pengurus pemasaran.

(a) Jelaskan peranan bahagian fungsian kewangan dan pemasaran dalam Syarikat Maju
Construction Sdn Bhd. [5 markah]
(b) Terangkan kepentingan pasaran baru kepada Syarikat Maju Construction Sdn Bhd
[8 markah]
(c) Apakah kepentingan penggunaan Teknologi Maklumat kepada syarikat diatas.
[2 markah]

2 Datin Seri Atiqah merupakan seorang bekas pengurus di sebuah syarikat. Beliau bercadang
ingin bersara dan membuka perniagaan seperti dalam rajah berikut.

BUTIK
ATIQAH

(a) Cadangkan tiga bahagian fungsian yang paling sesuai diwujudkan oleh Datin Seri
Atiqah bagi memastikan beliau menjayakan matlamatnya. [3 markah]

(b) Jelaskan tiga tujuan bahagian-bahagian dalam organisasi perniagaan yang


dicadangkan. [6 markah]

(c) Datin Seri Atiqah bercadang ingin membuka butik dalam talian dengan menggunakan
media sosial. Pada pendapat anda, apakah kelebihan dan kekurangan penggunaan
media sosial dalam menjalankan sesebuah perniagaan. [6 markah]

[63]
3 (a) Terangkan empat langkah pembangunan produk baharu yang pertama? [8 markah]

(b) Senaraikan tiga tujuan bahagian fungsian pengeluaran? [3 markah]

Rajah di bawah menunjukkan suatu aktiviti yang dijalankan dalam bahagian fungsian X.

(c) i Apakah bahagian fungsian X? [1 markah]

ii Nyatakan tiga peranan bahagian fungsian X ? [3 markah]

4 Rajah menunjukkan interaksi antara organisasi perniagaan dengan pihak luar.

PEMBEKAL A

RESTORAN ROTI
CANAI AZMAN

PEMBEKAL A PEMBEKAL A

[64]
a)
5) (a) Bagaimanakah fungsian berikut dapat membantu sesebuah firma perniagaan mencapai visi,misi
objektif yang ditetapkan?
i) Pembelian [3 markah]
ii) Pengeluaran [3 markah]
iii) Pengagihan [3 markah]

b) Lakarkan enam langkah proses komunikasi berkesan [6 markah]

[65]
SKEMA PEMARKAHAN
KERTAS OBJEKTIF
1 D 2 D 3 A 4 C 5 D
6 C 7 B 8 C 9 A 10 B

SKEMA PEMARKAHAN
BAHAGIAN A

NO. HURAIAN MARKAH


SOALAN
Soalan 1 (a) Maksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
H1 Merangkumi penggunaan teknologi kumputer 1

H2 Untuk menyimpan,memproses dan menganalisis maklumat 1


H3 Melindungi semua maklumat daripada kehilangan dan
penyalahgunaan 1

Maks 2 m
Soalan 1 (b) Tujuan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT)
H1 Menjadikan operasi organisasi efektif dan efisyen 1

H2 Memudahkan komunikasi dalaman dan luaran 1

H3 Menyimpan data dan maklumat perniagaan 1

H4 Mempercepatkan urusan perniagaan 1

H5 Membolehkan urusniga dalam talian 1

Maks 4 m
Soalan 1(c) Peranan fungsian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi
meningkat jualan
H1 Bertanggungjawab dengan keselamatan system 1
H2 Menjalankan aktiviti jualan secara dalam talian 1
H3 E-dagang 1
H4 E-pembelian 1
H5 Mensyorkan system atau perisian terkini mengikut
perkembangan terkini 1
H6 Membantu dan menolong pekerja mengendalikan sistenm jualan 1
secara talian

Maks 4 m

[66]
Soalan 2(a) Peranan fungsian pembelian didalam sesebuah organisasi
perniagaan.
H1 Menentukan kualiti dan spesifikasi barang menepati piawaian
yang ditetapkan 1
H2 Menentukan pemilihan pembekal yang cekap 1
H3 Memastikan barang diterima tepat pada masa dan lokasi yang
ditentukan 1
H4 Membuat sebut sebut harga dengan pembekal 1
H5 memastikan pembayaran jumlah yang berpatutan kepada
Pembekal 1
H6 Menyediakan kontrak dengan pembekal 1

Maks 4 m
Soalan 2(b) Tatacara pembelian oleh bahagian fungsian pembelian
H1 Menerima tempahan belian daripada pengurus jualan 1
H2 Mencari pembekal yang sesuai 1
H3 Menerima sebut harga daripada pembekal 1
H4 Menilai pembekal 1
H5 Membuat pesanan pembelian 1
H6 Penerimaan barang daripada pembekal 1
[ Mana-mana 6H] Maks 6m

Soalan 3(a) Maksud pemasaran


H1 Merujuk kepada aktiviti mencipta nilai barang,penentuan harga, 1
Promosi dan pegedaran
H2 Menggalakkan pertukaran bagi memenuhi keperluan dan 1
kehendak 1
H3 Bagi mencapat matlamat organisasi Maks 3m

Soalan 3(b) Strategi pemasar


H1 Pemasar mengenalpasti golongan pengguna tertentu 1
H2 Menumpukan usaha memenuhi keperluan dan kehendak 1
H3 Menggunakan elemen sasaran pasaran dan campuran pemasaran 1
H4 Sasaran pasaran merujuk pada citarasa,gaya hidup dan sumber 1
pendapatan 1
H5 Campuran pemasaran harga,produk,pengedaran dan promosi Maks 4m

[67]
Soalan 3(c) Campuran pemasaran
1
F1Produk
H1Mengetahui ciri-ciri kekuatan dan bentuk fizikal bagi produk 1
yang ditawarkan
F2Agihan 1
H2 memlih tempat yang sesuai untuk memasarkan produk atau
1
perkhidmatan dengan berkesan dengan memilih saluran agihan
F3 Harga
1
H3Bayaran yang perlu dibayar oleh pembeli untuk memiliki produk
1
atau perhidmatan berdasarkan pertimbangkan permintaan
pengguna 1
F4 Promosi
H4 Proses/cara/kaedah untuk memberitahu, menyedarkan, memujuk 1
dan mempengaruhhi pengguna untuk membeli
[mana-mana 4F+4H] 1

Maks 4m
Soalan 4(a) Fungsian utama yang terdapat dalam sebuah restoran
F1 Pengeluaran 1

F2 Pembelian 1
1
F3 Jualan
1
F4 Pentadbiran
Maks 4m

Soalan 4(b) Maksud stuktur organisasi


1
H1 H1 Susunan dan hubungan antara setiap bahagian
1
H2 H2 dibentuk untuk mencapai visi, misi dan objektif

Maks 2m
Soalan 4(c) Kepenntingan stuktur organisasi diwujudkan mengikut bahagian
fungsian masing- masing
1
H1 H1 Memastiakn anggota memahami tanggungjawab masing-
1
masing
1
H2 H2 Pengagihan tugas berlaku

[68]
1
H3 H3 Wujud hubungan antara pekerja dengan ketua atau peringkat
1
pengurusan atasan

H4 H4 Mengenalpasti jenis tugas yang perlu dilakukan

H5 H5 Menenunjukkan tahap pengurusan di setiap organisasi Maks 4m

Soalan 5 (a) Langkah-langkah pembangunan baru produk


H1 Melaksanakan analisis perniagaan sama ada ianya dapat penuhi
objektif ataupun tidak 1
H2 Menjalankan pembangunan produk iaitu merekabentuk produk
dari idea yang baru 1
H3 Melakukan ujian pemasaran untuk kenalpasti penerimaan
pengguna terhadap produk yang dipasarkan 1
H4 Komersialisasikan produk tersebut mengikut standard yang
telah ditetapkan 1

Maks 3m
Soalan 5 (b) Kawalan lan selepas pengeluaran penting
1
H1 Memastikan kualiti produk pada tahap terbaik
1
H2 Menentuakan standard produk yang dihasilkan 1
H3 membuat pemeriksaan produk
1
H4 Memastikan tidak berlaku kerosakan pada produk atau
Maks 3m
pembungkusan
Soalan 5 (c)
Peranan bahagian fungsian pengeluaran

H1 Menghasilkan barang dan perkhidmatan yang mematuhi standard 1


dan kualiti yang ditetapkan
1
H2 Output yang dihasilkan akan dipasarkan untuk memenuhi

keperluan dan kehendak 1


H3 Merancang proses trasformasi input
1
H4 Menjalankan aktiviti pengeluaran dilaksanakan dengan cekap

H5 Memastikan kos dapat dikurangkan dan memaksimumkan untung 1

Maks 4m

[69]
SKEMA PEMARKAHAN
BAHAGIAN B

NO. HURAIAN MARKAH


SOALAN
Soalan 1 (a) Peranan bahagian kewangan.
H1- Membuat perancangan kewangan 1
H2-Mengagihkan sumber kewangan mengikut peruntukan 1
yang ditetapkan.
H3-Mengawal kewangan setiap bahagian. 1

Peranan bahagian pemasaran


H1-Mewujudkan dan meningkatkan permintaan 1
H2-Mengenal pasti sasaran pasaran 1
H3-Menjalinkan hubungan dengan pengguna setia 1
[Mana-mana 5H] Maks 5m
Soalan 1 (b) Kepentingan pasaran baru
1
H1 Menguasai pasaran yang lebih besar
1
H1a Melebarkan jaringan peniagaan dengan lebih luas
1
H2 Mengelakkan daripada terlibat dalam pasaran tepu
1
H2a sentiasa mengkaji keadaan pasaran semasa
1
H3 Membantu mewudkan peluang pasaran
1
H3a Sentiasa mencari potensi pasaran yang boleh menyumbang
perkembangan perniagaan
1
H4 Mengembangkan pasaran sediaada
H4a Mencari kaedah atau inisiatif bagi meningkatkan pasaran
1
sediada
Maks 8m

Soalan 1 (c) Kepentingan penggunaan Teknologi Maklumat


1
H1 Menjadikan operasi organisasi efektif dan efisyen
1
H2 Memudahkan komunikasi dalaman dan luaran
1
H3 Menyimpan data dan maklumat perniagaan
1
H4 Mempercepatkan urusan perniagaan
Maks 2m

Soalan 2 (a) Bahagian fungsian 1


1. Bahagian fungsian pentadbiran 1
2. Bahagian fungsian kewangan 1
3. Bahagian fungsian operasi Maks 3m
[70]
Soalan 2 (b) Tujuan fungsian yang ditubuhkan
H1 Berperanan untuk menyediakan dokumen syarikat dan mengurus
sesebuah program. 1
H1a Contohnya bahagian pentadbiran Butik Atiqah perlu
menyediakan dokumen-dokumen syarikat seperti kotrak 1
perjanjian dan dokumen berkaitan
H2 Membuat perancangan kewangan 1
H2a Contohnya Bahagian kewangan Butik Atiqah perlu 1
menentukan objektif kewangan yang hendak dicapai oleh
organisasi
H3Menghasilkan barang dan perkhidmatan 1
H3a Contohnya bahagian operasi Butik Atiqah yang akan
menghasilkan pakaian yang hendak dijual oleh perniagaan dengan 1
mematuhi aspek dan standard kualiti yang ditetapkan

Maks 6m

Soalan 2 (c) Kelebihan


H1 Mempercepat urusniaga 1
H2 Menambah pelanggan 1
H3 Pemasaran percuma 1
Kekurangan
H3Memerlukan pekerja yang mahir dalam bidang teknologi 1
maklumat
H4 Menambah beban kerana perlu melayan pelanggan di kedai dan 1
di atas talian serta pengurusan stok
H5 Syarikat tertdedah dengan penipuan 1

Maks 6m

Soalan 3(a) Langkah pembangunan produk baharu


F1 Penjanaan idea 1
H1 Penjanaan idea merupakan proses mencari seberapa banyak 1
idea dari sumber dalaman dan sumber dalaman
F2 Penyaringan idea 1
H2 Penyaringan idea merupakan penilaian terhadap idea yang 1
dibuat
F3 Pembangunan produk dan pengujian konsep 1

[71]
H3 Selepas idea produk baharu diperkenalpasti, idea yang
dibangunkan dan disaring menerusi interaksi dengan
pelanggan 1
F4 Pembangunan strategi pemasaran
H4 Sekiranya usahawan mendapati bahawa konsep produk 1
yang dibangunkan itu mendapat sambutan pasaran maka 1
usahawan perlu melakukan pembangunan startegi
pemasaran
Maks 8m

Soalan 3(b) Tiga tujuan fungsian pengeluaran iaitu:


H1 Memastikan kelancaran proses pegeluaran 1
H2 Memastikan proses pengeluaran adalah maksimumkan
1
keuntungan dan meminimumkan kos pengeluaran
1
H3 Mengelakkan pembaziran sumber
Maks 3m
Soalan 3(c) i Bahagian fungsian X
F1 Bahagian fungsian pengagihan 1
Maks 1m
ii Tiga peranan bahagian fungsian pengagihan ialah :
H1 Memastikan barang yang ditempah berada dalam keadaan 1
baik
H2 Menyediakan dokumen penghantarandan jadual pergerakan
1
penghantaran
H3 Menyelesaikan masalah yang berlaku semasa proses
1
pengagihan
H4 Memilih saluran agihan yang sesuai dengan jenis barang,
1
keperluan dan kehendak pengguna
H5 Memastikan barang disimpan dalam gudang yang
bersesuaian dan selamat 1

Maks 3 m
Soalan 4(a) Interaksi berlaku apabila
H1 Perniagaan membuat pesanan 1
H2 Membuat pesanan barang keperluan 1
H3 Contoh mendaptakan tepung/gula/minyak
1
H4 Peniaga menghubungi pembekal untuk membuat tempahan
1
H5 Pembekal mengeluarkan sebut harga
1
Maks 4 m
[72]
Soalan 4(b) Peranan pengurusan sumber manusia
H1 Merancang sumber manusia 1
H1a Mengambil pekerja dan staf 1
H2 Latihan dan pembangunan
1
H2a Melaksanakan program induksi dan latihan kemahiran
1
H3 Perkhidmatan pekerja dan kebajikan
1
H3a Menyediakan kemudahan pengakutan/rekreasi/kaunseling/kantin
1
H4 Perhubungan industri
1
H4a Melalui kesatuan pekerja bagi menyuarakan ketidakpuasan
mereka terhadap kemudahan majikan 1
H5 Prestasi pasukan 1
H5a Menilai pencapaian pekerja dalam menjalankan tugas 1
Maks 8 m
Soalan 4(c) Tujuan fungsian kewangan
H1 Memastikan sumber kewangan yang terhad diagihkan dengan 1
Betul
H2 Sumber kewangan yang digunakan mendatangkan keuntungan
1
dan meningkatkan produktiviti
H3 Memastikan hasil kewangan dapat menampung perbelanjaan
1
H4 Memastikan sumber kewangan mencukupi untuk meneruskan
1
operasi
Maks 3 m
Soalan 5(a) Fungsi fungsian dalam mencapai visi,misi dan objektif
(i)Pembelian 1
H1 Merancang pembelian bahan mentah 1
H2 Mengenalpasti pembekal bahan mentah/produk
1
H3 Mengawal kualiti bahan mentah/barang yang dibeli
Maks 3 m
(ii) Pengeluaran 1
1
H1 Mengeluarkan barang dan perkhidmatan
1
H2 Menukarkan input untuk menghasilkan ouput
Maks 3 m
H3 Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
1
(iii) Pengagihan 1
H1 menyimpan barang dalam keadaan selamat 1
H2 Menentukan kaedah dan alat pengangkutan yang sesuai Maks 3 m
H3 Mengagihkan barang dan perkhidmatan kepada pengguna

[73]
Soalan 5(b) Langkah komunikasi yang berkesan
F1 Penghantar 1
F2 Enkod 1
F3 Saluran
1
F4 Dekod
1
F5 Penerima
1
F6 Maklumbalas
1
Maks 6 m

TAMAT

b)
(a) Bilakah interaksi wujud diantara Restoran Roti Canai Azman dengan pembekal-pembekal
diatas? [4 markah]

(b) Terangkan empat peranan penting pengurusan sumber manusia dalam sesebuah
perniagaan [8 markah]

(c) Terangkan tiga tujuan fungsian kewangan dalam sesebuah organisasi [3 markah]

[74]

You might also like