You are on page 1of 2

LATIH TUBI TINGKATAN 4 – SAINS KOMPUTER

PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

1. Anda dilantik sebagai pengurus bagi majlis persembahan kebudayaan tarian tradisional.
Terdapat beberapa kumpulan yang akan mengambil bahagian seperti dalam jadual di bawah.

Kumpulan Tarian Tarian Tarian Tarian Tarian Tarian Tarian


Inang Zapin Naga Bharata Sumazau Ngajat Daling -
Natyam daling
Jumlah
ahli 8 8 2 4 6 2 6
(orang)

Peserta akan ditempatkan di empat buah meja khas. Setiap meja dapat memuatkan sepuluh
peserta. Setiap kumpulan mestilah ditempatkan di meja yang sama. Tunjukkan bagaimana anda
menyelesaikan masalah ini.

CIRI – CIRI PENYELESAIAN MASALAH BERKESAN

1. Syarikat X sedang membina aplikasi untuk kehadiran pelajar yang perlu disiapkan dalam
tempoh masa 3 bulan. Pada masa yang sama, syarikat ini juga telah mendapat projek baharu iaitu
membina aplikasi mencetak tiket bas yang perlu disiapkan dalam tempoh masa yang sama.
Cadangkan langkah penyelesaian yang boleh diambil dalam pengurusan kos yang terlibat dan
sumber tenaga mahir memandangkan kedua-dua projek ini perlu disiapkan dalam tempoh masa
yang sama.

Tips :

a) Senaraikan keperluan kedua-dua projek.

b) Senaraikan aktiviti dan tempoh dalam carta Gantt.

c) Tindakan yang boleh diambil oleh pengurus projek.


CARTA ALIR DAN ATURCARA

1. Lukiskan carta alir dan tuliskan atur cara untuk menyemak dan memaparkan sama ada
nombor itu adalah nombor genap atau tidak.
i. Input: nombor = 5
ii. Output: Sama ada nombor itu adalah nombor genap atau tidak.

2. Lukiskan carta alir kemudian tulis atur cara untuk mengira teorem pythagoras seperti berikut:
i. Senario 1: Diberikan a dan b; carikan c.

c = ? cm

a = 6 cm

b = 8 cm

3. Lukiskan carta alir kemudian tulis atur cara untuk mengira dan mencetak nombor faktorial
menggunakan gelung for. Faktorial bagi 4 ialah 4 * 3 * 2 * 1 = 24.

You might also like