You are on page 1of 11

MINIT MESYUARAT JK INDUK PELAKSANAAN KURIKULUM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI KOTA, 34000 TAIPING

BIL. MESYUARAT : 2 TAHUN 2022


TARIKH : 23 JULAI 2022 (SABTU)
MASA : 8.00 PG – 11.00 PG
TEMPAT : BILIK GERAKAN

Senarai Kehadiran:

- Rujuk Lampiran

Urus Setia :

1. Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Kurikulum


Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kota
34000 Taiping

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 KATA ALUAN

1.1.1 Pn Faridah sebagai pengerusi majlis memulakan mesyuarat dengan


mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat menghadirkan diri
ke mesyuarat JKIP kali bilangan 2 2022 walaupun di adakan pada hari sabtu.
Tahniah juga kepada guru-guru yang bertugas mengendalikan sukan dan murid-
murid di peringkat daerah yang sedang berlangsung. Walaupun sekolah
kekurangan fasiliti, namun tetap menempa kejayaan dalam beberapa
pertandingan.

1.1.2 Hala tuju sekolah perlu ditingkatkan. PKP dan En. Sukumaran telah
menyediakan tapak bagi semua panitia melengkapkan sasaran murid-murid SPM.
Sasaran SPM tidak dapat dibandingkan dengan tahun terdahulu kerana format
SPM yang baharu berdasarkan KSSM bermula tahun 2021 Titik mula
TOVdiambil pada tahun 2021. Ketua Panitia boleh mendapatkan detail Sasaran
Panitia masing-masing dalam Group Peperiksaan di dalam fail sasaran SPM
2022.

1.1.3 Target SPM tidak difokuskan kepada peratus lulus kerana ketidakhadiran murid
yang serius dan jumlah murid yang mengambil SPM yang kecil. Setiap panitia
perlu memastikan terdapat kualiti bagi subjek masing-masing dan memilih
pelajar yang berpotensi. GPS bagi SPM 2021 ialah 6.27 manakala sasaran SPM
bagi tahun 2022 ialah 6.07. Ketua Panitia dan anak panitia perlu duduk
berbincang dan keluarkan nama yang khusus. Kenal pasti nama-nama tersebut
ikut kategori murid semasa Mesyuarat Panitia bilangan 2 nanti.

1.1.4 Markah minimum bagi PBD adalah TP3. Walaubagaimanapun, TP3 belum
mencapai tahap sederhana dan cemerlang. Guru-guru perlu membuat senarai
intervensi bagi mengatasi masalah ini.

1.1.5 Hala tuju PPD LMS merangkumi empat kategori iaitu Kualiti Kepimpinan,
Kualiti Guru, Kemenjadian Murid dan Kualiti Sekolah.

Muka Surat 1
1.1.6 Puan Pengetua juga memaklumkan bahawa sesi persekolahan sudah berada di
Fasa 2 iaitu antara bulan Jun hingga Ogos. Terlalu banyak berlaku defisit
pembelajaran sepanjang fasa persekolahan atas beberapa faktor:

i) ramai murid yang keluar waktu persekolahan kerana terlibat dengan sukan
daerah.

ii) Guru tepaksa keluar kerana arahan KPM.

iii) Guru dan ahli keluarga sakit ( terpaksa bercuti)

Tindakan guru (intervensi)

- Buat kelas tambahan ikut program yang diatur oleh sekolah

- Guru perlu buat sendiri kelas tambahan bergantung keperluan murid.

1.1.7 Puan Pengetua memaklumkan perjumpaan bersama YBMK di Kota Bahru


banyak menekankan isu di media sosial antaranya ialah, pencen awal dalam
kalangan guru dan berkaitan pemarkahan PBD. KPM mengkaji setiap isu yang
diutarakan dan akan mencari penyelesaian.

1.1.8 Bicara Profesional Pengarah telah memperkenalkan konsep B.O.O.S.T.E.R.


Pihak sekolah perlu mengikut segala arahan jabatan.

1.1.9 Performance BOOSTER 2022/2023 merangkumi SPM 2022/2023, Enrolmen


STEM, Pemulihan Khas, Penawaran Subjek ASK, Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD), Project Base Learning (PBL), Sahsiah Murid dan Pencapaian
Kokurikulum.

1.1.10 Program Transformasi Daerah (DTP) berkaitan Sasaran Keberhasilan iaitu


jurang pencapaian SPM murid mengikut lokasi bandar dan luar bandar, status
sosioekonomi dan jantina merapat sehingga ke 50 peratus menjelang 2025.

1.1.11 Fokus Intervensi dalam BLB ialah menekankan luar bandar. Selain itu, dari segi
jantina, data menunjukkan murid lelaki lebih cemerlang berbanding murid
perempuan. Manakala, dalam SES, fokus utama ialah miskin dan miskin tegar.

1.1.12 Apa yang ingin dicapai mesti merujuk kepada PSO Sekolah, PPPM, Perancangan
Sekolah dan Profile PPD. Selain itu, kaitkan dengan 6 Aspirasi Murid dan
Sekolahku Sejahtera.

1.1.13 Agihan Sekolah Bimbingan SPM 2022 mengikut kluster di PPD LMS ialah SMK
Sri Kota berada dalam kategori 4 iaitu di dalam kluster 2.

Untuk Makluman : Semua guru

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Setiausaha Urusetia membentang Minit Mesyuarat JK Induk Pelaksanaan Kurikulum Bilangan


2 Tahun 2022. Cadangan pengesahan minit mesyuarat dibuat oleh En Chee Ming Sin dan
disokong oleh Pn. Rohayu bt Che Dan @ Shahedan.

Makluman

Muka Surat 2
3.0 MAKLUMBALAS MESYUARAT

3.1 Puan Sakenah membentangkan minit mesyuarat Bil 1 tahun 2022 serta
maklumbalas mesyuarat.

3.2 Puan Sakenah memaklumkan hampir 90 peratus guru telah menghantar


maklumbalas secara hardcopy dan sofcopy. Sebaiknya guru-guru
dinasihatkan menghantar secara hardcopy.

3.3 Terdapat 7 perkara di dalam maklumbalas:

i. Perkara 4.1 dan 4.2 (semua guru telah mengambil maklum)


ii. Perkara 4.3 (makluman kepada guru-guru kanan)
iii. Perkara 5.3 hingga 5.5 (semua ketua panitia mengambil maklum dan memahami
ketetapan berikut)
iv. Perkara 5.6 (guru kelas mengambil maklum dan memahami perkara tersebut)
v. Perkara 7.1 hingga 7.3 (semua guru telah mengambil maklum, memahami dan
mematuhi perkara tersebut.
vi. Perkara 8.2 (guru telah mengambil maklum, memahami dan mematuhi perkara
8.2 serta mematuhi ketetapan berikut berkaitan penulisan objektiif pembelajaran
dan kriteria kejayaan di sudut kanan papan putih)
vii. Perkara 11.1 (guru telah mengambil maklum, memahami dan mematuhi perkara
11.1 serta mematuhi ketetapan berikut berkaitan penulisan CIDS)

3.4 Teguran daripada puan Pengetua agar menulis maklum balas dengan cara yang
betul dengan tepat dan jelas.
Untuk Tindakan: semua guru

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 Peruntukan kewangan panitia sebanyak 5 peratus akan diambil dan telah diputuskan di
dalam mesyuarat yang lepas. Wang panitia akan diambil bagi panitia yang tidak menggunakan
langsung wang mengikut jadual yang telah diberi oleh pihak sekolah mengikut perancangan
awal tahun.

Untuk Makluman: Ketua Panitia

5.0 PENYEDIAAN HEADCOUNT DAN INTERVENSI SPM 2022

5.1 Melibatkan semua tingkatan ( Ting 1- Ting 5 ). Headcount untuk murid tingkatan 4
disediakan berdasarkan keputusan PAWAT 2022 dan headcount tingkatan 5 sudah
disediakan oleh guru subjek bersama Ketua Panitia masing-masing berdasarkan keputusan PAT
2021.

5.2 Tingkatan 1 hingga 3 headcount melibatkan pencapaian TP murid. Guru perlu ada
headcount bagi setiap murid.

5.3 Bagi kelas peperiksaan tingktan 4 dan 5, guru perlu ajar murid mencatat TOV dan menulis
target di belakang buku latihan murid bagi setiap subjek. Ajar murid menulis indeks di bahagian
hadapan buku. Buat graf pencapaian murid di bahagian belakang mukasurat buku latihan murid.

5.4 Guru perlu bincang dengan lebih detail berkaitan headcount dalam mensyuarat panitia
masing-masing.

Mesyuarat memutuskan bahawa semua guru subjek tingkatan 1 hingga 5 perlu


mengambil maklum dan mengambil Tindakan perkara 5.2 dan 5.3 di atas.

Untuk Tindakan: Guru subjek


Muka Surat 3
6.0 PENCERAPAN SKPMg2 STANDARD 4 FASA 1

6.1 Jadual pencerapan akan dimaklumkan kepada guru-guru. Pencerap-pencerap perlu


membuat jadual untuk pemantauan dan memberitahu lebih awal sekurang-kurangnya 2
hari lebih awal kepada guru-gurut terlibat sebagai persediaan.

6.2 Guru-guru wajib menyiapkan CIDS sebelum pencerapan.

6.3 Guru-guru perlu mengikut manual pengurusan untuk merujuk pencerap masing-masing.

6.4 Pihak sekolah dimohon bersedia:

6.4.1 Pengisian PKS-SKPMg2 bagi sesi persekolahan 2022. Pihak Jemaah


Nazir(JN) akan memberi pemakluman kepada semua sekolah apabila sistem
diaktifkan semula.

6.4.2 Surat Siaran Ketua Nazir Bil 3/2022 iaitu Pemeriksaan Institusi
Pendidikan oleh Jemaah Nazir tahun 2022.

Mesyuarat memutuskan G8 perlu mematuhi perkara 6.1 dan semua guru perlu
mematuhi perkara 6.2.

Makluman dan tindakan G8 dan semua guru

7.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

7.1 Guru mata pelajaran tingkatan 1,2 dan 3 perlu mengisi markah PBD murid dalam folder
yang disediakan di dalam komputer bilik guru. Tarikh akhir pengisian markah ialah
29 Julai 2022.

7.2 Senarai semak PBD perlu dihantar kepada Guru Kanan Mata pelajaran.

7.3 Borang pemantauan boleh diambil daripada Puan Muniroh untuk diserahkan
kepada Guru Kanan bersama dengan senarai semak.

7.4 Guru kelas perlu ambil perhatian berkaitan kehadiran murid.


Keluarkan surat amarankepada murid mengikut jumlah hari yang telah ditetapkan.
Ini keranakehadiran murid sangat berkaitan dengan kurikulum.

7.5 Semua guru sila rujuk slaid Taklimat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dimasukkan
dalam group PBD untuk maklumat yang lebih detail.

Mesyuarat memutuskan semua guru subjek tingkatan 1, 2 dan 3 perlu mematuhi


perkara 7.1, dan 7.2. Semua guru juga perlu mengambil Tindakan perkara 7.5.

Untuk Tindakan : Semua guru

Muka Surat 4
8.0 ANALISIS PEPERIKSAAN AWAL TAHUN 2022

8.1 Berikut adalah analisis keseluruhan Peperiksaan Awal Tahun 2022 bagi semua tingkatan.

8.2 Semua ahli panitia dikehendaki berbincang dan membuat analisis PAWAT di dalam

Mesyuarat Panitia Bil. 2 masing-masing.

ANALISIS KESELURUHAN PEPERIKSAAN AWAL TAHUN


TINGKATAN 1, 2, 3,4 DAN 5
SMK SRI KOTA 2022
PAT T1 PAT T2 PAT PAT PAT T5

T3 T4

GPS 4.59 5.21 4.32 7.77 7.85

PERATUS LULUS 10.64 % 2.04% 24.07% 14.29% 8.22%

JUMLAH CALON DAFTAR 47 52 61 66 78

JUMLAH CALON HADIR 47 49 54 63 73

JUMLAH CALON TH SEMUA MP 0 3 7 3 5

LULUS SEMUA M/PELAJARAN 5/47 1/49 13/54 1/63 0/73

GAGAL 1 M/PELAJARAN 5/47 3/49 11/54 2/63 2/73

GAGAL 2 M/PELAJARAN 11/47 4/49 5/54 4/63 6/73

GAGAL 3 M/PELAJARAN 8/47 6/49 3/54 0/63 3/73

GAGAL SEMUA M/PELAJARAN 0 12/52 11/61 6/66 27/78

TERMASUK TH

LULUS BM-SEJ 9/63 6/73

LULUS BM 24/63 28/73

LULUS SEJARAH 11/63 6/73

LULUS BM - GAGAL SEJ 15/63 22/73

GAGAL BM -LULUS SEJARAH 2/63 0/73

GAGAL BM-SEJ 28/63 40/73

Mesyuarat memutuskan bahawa semua guru perlu mengambil maklum dan


tindakan yang sewajarnya berhubung Perkara 8.1 di atas.

Untuk tindakan : Semua Guru


Muka Surat 5
9.0 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 2022/2023

9.1 Program JPN & PPD

9.1.1 Tuisyen Yayasan Perak

i. Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Perak dan Jabatan Pendidikan


Negeri Perak yang mahu melihat peningkatan pencapaian akademik
murid-murid di Negeri Perak dalam peperiksaan awam iaitu peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

ii. Program peningkatan akademik ini dirancang berdasarkan perancangan


strategik Jabatan Pendidikan Negeri Perak Tahun 2021 yang telah
menyasarkan Peratus Lulus SPM 87.81% dan Gred Purata Negeri (GPN)
4.80.

9.2 Program Sekolah

9.2.1 Program Se-Meja Fasa 1:

Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 akan bermula pada 25 Julai hingga 29


September 2022. Semua Penyelaras Tingkatan perlu menyediakan
jadual kelas tambahan mengikut masa yang ditetapkan.

Tujuan program ini di jalankan adalah untuk mengatasi defisit pembelajaran


yang berlaku disebabkan guru yang terpaksa bertugas di luar atau murid yang
banyak terlibat dengan aktiviti kokurikulum di luar sekolah.

Defisit pembelajaran juga berlaku kepada tingkatan 2 hingga 5 semasa pendemik


Covid 19 melanda.

9.2.2 Hari Komunikasi & Majlis Ikrar Gemilang 5 Ogos 2022 (Jumaat):

Hari Komunikasi melibatkan semua murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5,


manakala Majlis Ikrar Gemilang hanya melibatkan murid Tingkatan 5 sahaja.
Guru kelas tingkatan 1 hingga 4 perlu berada di dalam kelas masing-masing pada
pukul 10.00 pagi untuk perjumpaan bersama ibu bapa. Murid tingkatan 5 akan
berada di dalam dewan bermula pukul 8.00 pagi.

9.2.3 Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT):

PPT bagi menengah atas akan bermula pada 22 Ogos hingga 2 September 2022.
Peperiksaan akan bersambung pada 11 hingga 16 September 2022. Manakala,
PPT bagi menengah rendah akan bermula 25 Ogos hingga 2 September 2022.

Guru-guru perlu merancang soalan dan berbincang dengan guru-guru lain untuk
memastikan topik-topik yang akan ditanya telah diajar kepada murid.

9.2.4 Perubahan Mesyuarat Panitia:

Bidang Bahasa dan Bidang Sains akan dijalankan pada hari yang sama.
Manakala, Bidang Kemanusiaan dan Bidang Teknologi dan Vokasional
akan diadakan pada hari yang sama.

Muka Surat 6
9.2.5 Jadual Kelas tambahan

Kelas tambahan untuk murid tingkatan 5 pada waktu ko kurikulum akan


diadakan selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun . Jadual akan disediakan
oleh SU Kurikulum. Guru-guru yang berminat mengadakan kelas tambahan
pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat boleh maklumkan kepada SU
Kurikulum untuk tempahan Tarikh dan masa.

Mesyuarat memutuskan bahawa semua guru perlu mengambil


maklum dan guru yang terlibat mengambil tindakan Perkara 9.2 di
atas bagi memastikan semua program sekolah yang dirancang dapat
dijalankan dengan jayanya.
Untuk Makluman dan tindakan : Semua guru

9.3 Program Panitia

9.3.1 Program Sambutan Bulan Kemerdekaan anjuran Panitia Sejarah akan


dilaksanakan sepanjang bulan Ogos hingga September.

Untuk tindakan : Panitia sejarah

10.0 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

10.1 Peperiksaan Pertengahan Tahun akan bermula pada 22 Ogos sehingga 15 September.
Bagi Tingkatan 4 dan 5, peperiksaan akan bermula pada 22 Ogos sehingga 15 September,
manakala bagi menengah rendah iaitu Tingkatan 1,2 dan 3, peperiksaan akan bermula pada 25
Ogos sehingga 13 September 2022. Format peperiksaan adalah seperti format PT3 dan SPM.

Untuk tindakan : semua guru

11.0 PERANCANGAN STRATEGIK ORGANISASI (PSO)

11.1 Perancangan Strategik SMK Sri Kota 2020 hingga 2024. Rujuk PP PSO terkini.

11.2 Bimbingan bagi Fasa 1 akan bermula pada 1 Ogos sehingga 15 September. Manakala
Fasa 2, bermula 16 September sehingga 1 Oktober. 50 peratus sekolah Negeri Perak akan
dipantau.

11.3 Dokumen yang perlu ada ialah:

i. PSO 2020
ii. PSO 2021 (SEMAKAN)
iii. PSO 2022 (SEMAKAN)
iv. PELAPORAN
v. MINIT MESYUARAT 2 KALI SETAHUN
vi. PELAN TAKTIKAL
vii. PELAN OPERASI
Untuk makluman : semua guru

Muka Surat 7
12.0 HAL-HAL LAIN

12.1 Keputusan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Pendidikan JPN

12.1.1 Semua sekolah perlu mengambil tindakan terhadap arahan dan maklumat
yang disampaikan dalam group Whatsapp dan Telegram.

12.1.2 Semua sekolah diminta merujuk kepada SPI Bilangan 3 2017 Garis Panduan
Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial bagi Guru dan Murid. Surat sudah
dihantar ke sekolah.

12.1.3 Kajian tindakan hendaklah dilaksanakan secara berterusan dan dibudayakan.

12.2 Inovasi

12.2.1 Pertandingan Inovasi Tahun 2022 akan dilaksanakan. Semua sekolah diminta
menghantar sekurang- kurangnya satuUntuk inovasi. Tarikh tutup ialah pada 15
Julai 2022. Pegawai Meja ialah Puan Mariani binti Mazenan (Sektor
perancangan).

12.3 Kajian Tindakan

12.3.1 Pertandingan Kajian Tindakan Tahun 2022 sedang dalam proses


pelaksanaan dan 211 pencalonan diterima dari sekolah. Tarikh tutup
penghantaran laporan kajian ialah pada 15 Julai 2022. Pegawai Meja
ialah Cik Nazilah binti N Anver Batcha (Sektor Perancangan)

12.3.2 Terima kasih Ustazah Syakirah(Bidang Kemanusiaan) dan Cikgu Nik


Suhaila(Bidang Bahasa) dalam penglibatan mereka.

12.4 NPQEL Ambilan 2023

12.4.1 Permohonan mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin


Pendidikan Kebangsaan atau National Profesional Qualification For
Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2023

a. Iklan Permohonan dibuka mulai 3Jun 2022 hingga 8 Ogos 2022.


b. Sokongan Ketua Jabatan akan berakhir pada 15 Ogos 2022.
c. Sila layari https://tls.moe.gov.my
d. Muat turun dokumen-dokumen berikut :
i. Surat Permohonan
ii. Lampiran A : Syarat-syarat permohonan
iii. Lampiran B : Senarai Jawatan Pentadbiran

12.5 Sekolahku Sejahtera

12.5.1 Warga sekolah mesti tahu dan menghayati 14 elemen Sekolahku Sejahtera.
12.5.2 Lagu “Sekolahku Sejahtera” mesti dinyanyikan di tapak perhimpunan.

Untuk Makluman dan Tindakan: Semua Guru

Muka Surat 8
11.0 PENUTUP

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua guru di dalam
mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.


Makluman

Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Kurikulum


Smk Sri Kota,
34000 Taiping Perak.

Pencatat 1: Sakenah Bt Abdullah


Pencatat 2: Nur Ain Nadhirah bt Abdullah

Disemak oleh,

Muka Surat 9
MINIT MESYUARAT JK INDUK PELAKSANAAN KURIKULUM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI KOTA, 34000 TAIPING

BIL. MESYUARAT : 2 TAHUN 2022


TARIKH : 23 JULAI 2022 (SABTU)
MASA : 8.00 PG– 11.00 PG
TEMPAT : BILIK GERAKAN

SENARAI KEHADIRAN

1. Pengetua,
Pn. Faridah bt Salleh
2. Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Wan Niyati bt Wan Abd Ghani
3. Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn. Suraya bt Hj. Sabaruddin
4. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn Ruhil Hayati bt Omar
5. Guru Kanan Kemanusiaan
Pn. Rohaya bt Spian
6. Guru Kanan Bahasa,
Pn. Rohayu bt Che Dan
7. Guru Kanan Sains dan Matematik
En. Sukumaran a/l U.Rajoo
8. Guru Kanan Teknik dan Vokasional,
En. Kamarul Zaman bin Shariff
9. Kaunselor
Pn. Saliza bt Majid
10. En. Ahmad Hafizi bin Ahmad Suhaimi
11. En. Chee Ming Sin
12. Pn. Hjh Jahanifah bt Mat Zain
13. Pn. Jasmin a/p R.Francis
14. Pn. Lee Lai Foon
15. Pn. Mahzatun Akmar bt Kamarudin
16. En. Mohamad Faqih bin Junus
17. En. Mohd Asri bin Mohd Nor
18. En. Mohd Khairullizam bin Zainuddin
19. Pn. Muniroh bt Mustaffa
20. Pn. Nik Noor Suhaila bt Mat Salleh
21. Pn. Nik Zurnin bt Ibrahim
22. Pn. Dr. Ponniammah a/p M.Muniandy
23. Pn. Roeyatul Jannah bt Ramli
24. Pn. Rosena bt Deraman
25. Pn. Rossayu bt Mansor
26. Pn. Rufaihah bt Yusof
27. Pn. Sakenah bt Abdullah
Muka Surat 10
28. Pn. Santha Thavy a/p Mahadevan
29. Pn. Siti Salina bt Mohd Taib
30. En. Tan Chin Chai
31. En. Thayalan a/l Yarsan
32. En. Zulazlan bin Ramli
33. Cik. Lizamaria A/P Paramasivam
34. Pn. Nurul Syakirah Bt Zulkifle
35. Pn. Habibah bt Zakaria
36. Pn Zarina bt Mohd Noor
37. Pn. Norsalmiza bt Yusop
38. Pn. Nur Ain Nadhirah bt Abdullah

Tidak Hadir dengan Kenyataan:


1. En. Azrisafwan bin Alias (cuti kuarantin anak demam campak)
2. Pn. Ooi Cheng Keow (anak sakit)
3. Pn. Rohani bt Wahab (ibu sakit)
4. Pn. Tan Gaik Hoon (cuti kuarantin Covid-19)
5. En. V. Chadra Shakaran A/L V. V. Menon (urusan anak)

Muka Surat 11

You might also like