You are on page 1of 2

MEMO RASMI

PERKARA :Semua Staff

DARIPADA :Encik Rickles Bin Makilin

TARIKH :1 Jam

PERKARA :Taklimat Pembinaan Pusat Servis Kenderaan

Adalah dimaklumkan kepada semua bahawa taklimat mengenai pembinaan pusat servis kenderaan
bagi cawangan pekan Ranau akan diadakan seperti berikut:

Tempat : Dewan Mesyuarat Syarikat

Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang

Pihak kami berharap agar semua yang terlibat diminta hadir ke taklimat tersebut bagi memudahkan
lagi pelaksanaan projek yang akan dibina tidak lama lagi. Kehadiran tuan/puan amat dihargai.

Sekian ,terima kasih.

…………………………………………….

(En. Rickles Bin Makilin)

Penyelia Syarikat Kaisi Auto Sdh.Bhd.


TAKLIMAT PEMBINAAN PUSAT SERVIS KENDERAAN

OLEH:

Rickles Bin Makilin

Penyelia Syarikat Kaisi Auto Sdh.Bhd.

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua staff yang hadir pada hari ini. Terima
kasih kerana hadir pada taklimat hari ini. Ribuan terima kasih juga kerana anda telah banyak
membantu dalam menjalankan projek pembinaan kedai ini pertama sekali saya Rickles Bin Makilin
sebagai penyelia tugas dalam syarikat ini dan semua urusan dan masalah yang berkaitan tugas atau
kerja serta kebajikan pekerja hendaklah merujuk kepada saya terlebih dahulu...

Pada hari ini, saya akan memberikan taklimat ringkas mengenai pembahagian tugas kepada semua
staf syarikat Kaisi auto ini kepada bahagian-bahagian tertentu. Pembahagian tugas ini bertujuan agar
segala tugas atau kerja yang dijalankan lebih teratur dan mudah untuk diselesaikan mengikut
kebolehan kepakaran setiap staff dengan tujuan menghasilkan mutu kerja yang bermutu dan
berkualiti.

Kumpulan pekerja seterusnya iaitu kerani akan ditugaskan membuat draf-draf surat dan fotostat
segala maklumat yang perlu, membantu dalam melaksanakan pengurus kewangan di samping tugas-
tugas pengurusan, menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain, menyediakan laporan
kerja rutin, menjalankan tugas yang berkaitan. Selain itu, juruteknik akan ditugaskan
Mengurus,memeriksa,menyelia dan menyelenggara kerosakan fizikal kereta menjalankan tugas yang
diarahkan dari semasa ke semasa, mengurus perkhidmatan peralatan, melaporkan keadaan
kenderaan selepas penyelenggaraan. Akhir sekali, tugas pekerja iaitu menjalani semua kerja yang
diarahkan dan membaiki kerosakan kereta.

Agihan tugasan ini dibuat berdasarkan kemahiran yang ada bagi setiap staff. Pengkhususan ini
sangat memberi infak yang sangat positif kepada syarikat terutamanya dari segi kelancaran
pelaksanaan tugasan/kerja.

Oleh demikian, saya selaku penyelia bahagian tugasan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada barisan staff dan diharap akan dapat sama-sama membantu memastikan mutu kerja dan
Perkhidmatan sentiasa lancar dan menjalankan tugasan dengan penuh dedikasi serta penuh
semangat

Akhir kata, semoga semua staff dapat menjalankan tugasan dan melahirkan kerjasama dengan baik
dan hendaklah menunjukan sikap yang baik sesama rakan kerja. Sebarang pertanyaan berkenaan
agihan tugasan yang telah diberikan boleh berhubung terus kepada saya untuk mengetahui lebih
lanjut dan spesifik tentang skop kerja masing-masing. Sekian dan terima kasih.

You might also like