You are on page 1of 17

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI ABDULLAH SADUN

Kuar Jawa, Alor Janggus,


06250 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel / Fax : 04-7946790
email : kba2013.ppdkotasetar@gmail.com

KETETAPAN PELAKSANAAN
KURIKULUM SEKOLAH
KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM SEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG

Kurikulum adalah bidang utama atau ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang
belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan pencapaian
sekolah dalam bidang kurikulum selaras dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan
kebangsaan. Sekolah Kebangsaan Haji Abdullah Sadun adalah antara sekolah kategori Luar
Bandar.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.0 DASAR

3.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem
dan dasar pendidikan kebangsaan.
3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
3.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum
semasa.
3.4 Pada setiap masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya
program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik
mestilah diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT

4.1 Mesyuarat Induk Kurikulum dan Panitia Mata Pelajaran akan bermesyuarat sekurang-
kurangnya empat 4 kali setahun mengikut takwim sekolah.
4.2 Notis panggilan mesyuarat (SPSK PK 07/1) mestilah diedarkan 7 hari sebelum
mesyuarat. Borang kehadiran menggunakan (SPSK PK 07/02), Rekod Edaran (SPSK PK
07/04) dan Borang Maklum Balas Mesyuarat (SPSK PK 07/05)
4.4 Minit mesyuarat disediakan mengikut format (SPSK PK 07/03). Minit mesyuarat perlu
disediakan selepas mesyuarat dalam tempoh (3/7/14). Minit mesyuarat disemak oleh
pengerusi mesyuarat.
4.5 Agenda mesyuarat merangkumi berdasarkan format (SPSK PK 07/03)
I. Ucapan pengerusi
II. Membentangkan dan Pengesahan minit sebelum
III. Perkara-perkara berbangkit
IV. Perkara-perkara baharu/Laporan unit
V. Hal-hal lain
VI. Penangguhan mesyuarat
4.6 Minit mesyuarat induk kurikulum perlu dibuat 3 salinan dan disimpan dalam fail induk
Kurikulum/Fail Minit GB/Fail Penolong Kanan.
4.7 Minit mesyuarat panitia dibuat 2 salinan. Satu salinan disimpan dalam fail panitia dan
satu salinan diserahkan kepada SU Kurikulum untuk disimpan dalam fail induk
kurikulum. Semua mesyuarat panitia perlu dijalankan dalam tempoh dua minggu
selepas mesyuarat kurikulum.
4.8 Agenda Laporan Unit@ Perkara Baharu merangkumi :

a. Mesyuarat Pertama (Kurikulum/Panitia)


1. Matlamat dan Objektif Kurikulum/Visi Misi
2. Dasar/Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum termasuk Pengagihan Tugasan
3. Post Mortem Peperiksaan Awam (mengikut kesesuaian)
4. Perancangan Strategik Kurikulum
5. Anggaran Belanja Mengurus (PCG Mata Pelajaran)

b. Mesyuarat Kedua/Ketiga
1. Dasar/Ketetapan (dibangkit jika perlu/ada)
2. Laporan
 Pemantauan/Penilaian/Keberkesanan/Tindakan Penambahbaikan
(Program Induk@Panitia/Pencerapan/Kewangan)
3. Post Mortem Peperiksaan Awam (mengikut kesesuaian)

c. Mesyuarat Keempat
1. Laporan
 Pemantauan/Penilaian/Keberkesanan/Tindakan Penambahbaikan
(Program Induk@Panitia/Pencerapan/Kewangan)
2. Post Mortem PPPBS/Pentaksiran
3. Penyediaan/Pemurnian/Kemaskini Dokumen/Laporan
4. Penarafan Kendiri Sekolah (SKPMg2)
5. Perancangan Tahun Hadapan

5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

5.1 Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas
Bil 4 / 1986 .
5.2 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasaan Ketua Panitia Mata
Pelajaran.
5.3 Penolong Kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun.
5.4 Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di bilik fail sekolah.
(Audit Kurikulum)
5.5 Ketua Panitia perlu memastikan dokumen berikut disediakan;
5.5.1 Sukatan Pelajaran & DSKP
5.5.2 Rancangan Pelajaran Tahunan
5.5.3 Anggaran Perbelanjaan Tahunan berdasarkan peruntukan kewangan bagi
pembelian bahan bantu mengajar dan program/aktiviti panitia.
5.6 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan
Operasi.
5.7 Panitia mata pelajaran menjalankan aktiviti/program yang diputuskan di dalam
mesyuarat (SPSK PK 01/2) dan menyediakan laporan pelaksanaan program
(SPSK PK 01/2)
5.8 Maklumat pemantauan dan penilaian perlulah dilaporkan dan dibincangkan dalam
mesyuarat panitia dan mesyuarat kurikulum untuk dibuat penambahbaikan.
5.9 Ketua Panitia hendaklah mencatatkan hasil laporan dan perbincangan serta direkodkan
dalam Jadual 3 dan Jadual 4 Perancangan Strategik.
5.10 Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV,ETR Kohort
tertentu. Ini termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid.

6.0 PENGURUSAN FAIL KURIKULUM/PANITIA

6.1 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha Kurikulum.
6.2 Semua fail panitia diletakkan di Kamar Saujana. Kunci dipegang oleh GPK Pentadbiran.
6.3 Senarai kandungan fail panitia mengikut garis panduan yang diberikan (SPSK PK 01/1)
6.4 Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam Kamar Saujana
mestilah di bawah pengetahuan dan mendapat keizinan PK Pentadbiran atau SU
Kurikulum. Fail tidak boleh dibawa keluar dari Kamar Saujana kecuali untuk
pemantauan rasmi.
6.5 Fail Jawatankuasa Kurikulum akan disemak dua kali setahun (bulan Mac dan
Oktober)~Audit Kurikulum.

7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN

7.1 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah melalui proses transformasi. KSSR
merupakan kurikulum KBSR yang telah diperkukuh dan ditambah baik dilaksanakan
secara berperingkat bermula Tahun 1.
7.2 Warna-warna mata pelajaran adalah seperti berikut:

BIL. MATA PELAJARAN WARNA


1 PERHIMPUNAN JALUR UNGU
2 BAHASA MELAYU MERAH JAMBU
3 BAHASA INGGERIS BIRU MUDA
4 MATEMATIK UNGU
5 SAINS KUNING
6 PENDIDIKAN ISLAM HIJAU MUDA
7 BAHASA ARAB JALUR HIJAU
8 PENDIDIKAN MUZIK JALUR JINGGA
9 PENDIDIKAN KESENIAN JALUR BIRU TUA
10 PEND. JASMANI JINGGA
11 PEND. KESIHATAN BIRU TUA
12 REKA BENTUK TEKNOLOGI MERAH
13 SEJARAH KELABU

7.3 Berikut ialah mata pelajaran dan peruntukan masa KSSR yang akan dilaksanakan di
sekolah ini berdasarkan kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan
daripada murid serta prasarana sekolah.

A) TAHAP 1 (TAHUN 1,2 & 3)

MATA PELAJARAN MINIMUN JAM


SETAHUN
BAHASA MELAYU 192
BAHASA INGGERIS 160
MATEMATIK 96
SAINS 48
PEND.ISLAM 96+(32 Tasmik)
PENDIDIKAN MORAL 96
PENDIDIKAN SENI VISUAL 32
PEND. JASMANI & KESIHATAN 48
PENDIDIKAN MUZIK 15
MATA PELAJARAN TAMBAHAN
PERHIMPUNAN 16
BAHASA ARAB 48
JUMLAH JAM SETAHUN **752

B) TAHAP 2 (TAHUN 4,5 & 6)

MATA PELAJARAN MINIMUN JAM


SETAHUN
BAHASA MELAYU 160
BAHASA INGGERIS 160
MATEMATIK 96
SAINS 64
PEND.ISLAM 96+(*32 Tasmik)
PENDIDIKAN MORAL 96
PENDIDIKAN SENI VISUAL 32
PEND. JASMANI & KESIHATAN 48
PENDIDIKAN MUZIK 16
RBT 32
SEJARAH 32
MATA PELAJARAN TAMBAHAN
BAHASA ARAB 48
PERHIMPUNAN 16
JUMLAH JAM SETAHUN 800**
8.0 MEMBUDAYAKAN PENGURUSAN KURIKULUM YANG BERKUALITI

8.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum diadakan minimum 4 kali.


8.2 Mesyuarat Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran diadakan minimum 4 kali setahun dan
mematuhi SPI 4/86.
8.3 Jadual waktu sekolah mematuhi Akta Pendidikan 1996.
8.4 100% guru dicerap sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
8.5 100% guru memiliki, memahami dan menghayati SKPMg2 Standard 4
8.6 100% guru menghadiri kursus, bengkel, seminar, persidangan dan sebagainya minimum 7
hari setahun.
8.7 Guru Besar mengajar sekurang-kurangnya 5 waktu seminggu.
8.8 Guru-guru Penolong Kanan mengajar tidak melebihi 12 waktu seminggu.
8.9 Penilaian kajian impak bagi setiap program untuk penambahbaikan dijalankan selewat- lewat
seminggu selepas program.

9.0 RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN & RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

9.1 RPT disediakan sebelum sesi persekolahan tahun semasa bermula dari hari pertama hingga
kehari terakhir persekolahan. Penulisan RPH mengandungi sekurang-kurangnya perkara
berikut :(SPI Bil : 3/1999) Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.
 Kelas, masa dan mata pelajaran
 Tajuk/Tema, objektif pembelajaran dan aktiviti : (KBAT/Peta
i-THINK/PAK-21)~sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
 Bahan batu mengajar (BBB) dan Impak
 Aspek-aspek tambahan seperti aspek kemahiran dalam mata pelajaran bahasa,
aspek nilai dalam Pendidikan Moral/PJK dan Elemen Merentas Kurikukulm (EMK)
dimasukkan.
 Contoh Penulisan Impak:
Seramai 35 orang murid boleh menyenaraikan peranan mereka dirumah
bagi membantu keluarga. 5 orang murid menghadapi masalah menulis
ayat. Murid ini diberi latihan bimbingan seperti isi tempat kosong.
** Nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif pdp dan tindakan susulan
seperti pemulihan, pengukuhan & pengayaan.
** Impak mestilah ditulis dengan tangan menggunakan pen berwarna biru.
Penulisan impak menggunakan cap atau ditaip tidak dibenarkan..
** Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Jawi penulisan impak
wajib ditulis dalam rumi.
** Guru mata pelajaran perlu mencatatkan kehadiran murid dan nama murid
yang tidak hadir di kolum kiri buku rekod mengajar dan perkara tersebut
perlu ditulis menggunakan pen berdakwat biru.
9.3 Satu salinan DSKP dan RPT mestilah disimpan di dalam fail panitia.
9.4 Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian di dalam Buku Rekod
Mengajar sebelum masuk ke dalam kelas bagi tujuan pengajaran. Oleh itu, Buku Rekod
Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk ke kelas setiap waktu pengajaran.
9.5 Buku Rekod Mengajar mestilah dihantar kepada pihak pentadbiran sekolah setiap hari
Jumaat persekolahan minggu berkenaan untuk disemak dan disahkan. (tertakluk kepada
perubahan)
9.6 Semua guru wajib menghabiskan Sukatan Pelajaran untuk setiap kelas yang diajar dalam
tempoh tahun semasa. Rekod Pencapaian 100% peratus sukatan pelajaran diajar perlu diisi
oleh guru (SPSK PK 03/3)
9.7 Pendidikan Bestari – Kaedah pengajaran hendaklah terarah kepada “student centered” /
berpusatkan murid dan menggunakan ABM serta kemudahan ICT yang disediakan. Kualiti
pengajaran guru haruslah dipertingkatkan dengan guru juga harus menguasai kaedah-kaedah
terkini pengajaran yang didedahkan setiap masa melalui aktiviti perkembangan staff.
9.8 Rancangan pelajaran Tahunan (RPT) yang disediakan meliputi sepanjang tahun persekolahan
berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran (dokumen standard kurikulum) terkini
dan sesuai dengan takwim sekolah. Diolah mengikut kesesuaian kelas dan potensi murid.
9.9 Salinan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru
yang telah disahkan oleh Guru Besar mestilah dilampirkan bersama di dalam Buku
Rekod Mengajar .
9.10 Rancangan Pelajaran Harian yang disediakan berdasarkan RPT. Objektif Pelajaran dinyatakan
dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid. Aktiviti yang
dirancang ke arah untuk mencapai objektif pelajaran.
9.11 Impak dicatatkan bagi setiap pelajaran dengan merujuk kepada objektif pelajaran.
9.12 Impak pdpc haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk menilai tahap
pembelajaran murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru bagi tujuan
penambahbaikan. Ianya digunakan sebagai panduan untuk merancang RPH yang
seterusnya

10.0 BUKU REKOD MENGAJAR (BRM)

10.1 Mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran.
10.2 Penyediaan Rekod PdPc boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dengan
teknologi semasa. BRM d.iuruskan dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta
merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
10.3 Penggunaan/Penyediaan Buku Rekod Mengajar (BRM)
10.3.1 Membaca dan memahami semua arahan dan pekeliling yang terkandung dalam BRM
10.3.2 Melengkapkan semua maklumat yang dikhendaki mengikut tarikh yang ditetapkan
oleh pengurusan sekolah. (Maklumat Peribadi Guru/ Jadual Waktu/Maklumat Murid)
10.3.3 DSKP disisipkan dalam bahagian yang berkaitan.
10.3.4 RPT disediakan mengikut ketetapan penyediaan RPT. RPT boleh dituliskan/disisipkan
dalam bahagian yang berkaitan.
10.3.5 Penyediaan RPH mengikut ketetapan RPH dan mematuhi SPI Bil.3/1999.
Mengandungi objektif, cara bagaimana untuk mencapai objektif dan kenyataan
sejauhmana objektif itu tercapai,
10.3.6 BRM hendaklah disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar.
10.3.7 Penghantaran BRM kali pertama bagi setiap tahun selewat-lewatnya minggu ketiga
bulan Januari.
10.3.8 Penghantaran BRM perlu dibuat pada hari Khamis setiap minggu. BRM hendaklah
diambil semula pada hari Ahad kecuali bagi guru yang tidak hadir.
10.3.9 BRM adalah dokumen rasmi dan disimpan di temoat yang selamat. Ianya mesti
dibawa setiap kali guru melaksanakan PdPc. Penyediaan RPH hendaklah dibuat sehari
sebelum PdPc dilaksanakan.
10.3.10 Penghantaran BRM hendaklah direkodkan dan dipantau secara berkala.
10.3.11 BRM hendaklah diserahkan kepada pengurusan sekolah sebelum cuti akhir tahun dan
disimpan di tempat yang selamat sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga tahun.

11.0 JADUAL WAKTU


11.1 PENYEDIAAN JADUAL WAKTU/INDUK

11.1.1 Jadual waktu disediakan mematuhi peraturan pendidikan dan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)
yang berkuatkuasa. (SPI Bil 3/1979, SPI Bil 17/1988, SPI Bil 8/1990, SPI Bil 25/1998, SPI Bil
5/2002, SPI Bil 11/2010)
11.1.2 Mengenalpasti mata pelajaran yang ditawarkan, bilangan kelas, bilangan guru dan opsyen
serta mematuhi peruntukan masa untuk setiap mata pelajaran (SPI Bil 17/1988, SPI Bil
8/1990, SPI Bil 25/1998)
11.1.3 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan dalam mesyuarat kurikulum.
11.1.4 Dasar pengagihan mata pelajaran,keutamaan diberikan kepada guru opsyen dan
kepakaran guru.
11.1.5 Perancangan dan penyediaan jadual waktu dilakukan pada akhir tahun persekolahan. Jadual
waktu guru diserahkan kepada semua guru seminggu sebelum sesi persekolahan bermula
dan jadual waktu kelas diserahkan kepada murid pada hari pertama persekolahan.
11.1.6 Jumlah waktu telah siap dicetak perlu disahkan dan ditandatangan.
11.1.7 Salinan Jadual Waktu Induk dipamerkan di papan kenyataan jadual waktu dan salinan jadual
waktu kelas dipamerkan di dalam kelas.
11.1.8 Jadual waktu kelas dan persendirian perlu dihantar sebanyak tiga salinan kepada
Setiausaha Jadual Waktu setelah 2 minggu jadual waktu diedarkan.
11.1.9 Jadual waktu yangditetapkan hendaklahdipatuhi sepenuhnya supaya masa
instruksional dapat dimanfaatkan.

11.2 PENYEDIAAN JADUAL GURU GANTI

11.2.1 Mengenal pasti guru yang tidak hadir


11.2.2 Mana-mana guru yang Cuti Rehat Khas (CRK) / berkursus perlu merekod dan memaklumkan
Guru Besar, PK1 dan Setiausaha Jadual Waktu serta mencatat pada papan notis dan Fail
Pergerakan Staf.
11.2.3 Merekodkan dalam buku rekod ganti dan menyediakan slip guru ganti atau menyebarkan
secara media sosial (Telegram)
11.2.3 Penyediaan Guru ganti disediakan dan direkod oleh SU Jadual Waktu. Slip guru ganti perlu
dilampirkan dalam Buku Persediaan Mengajar.
11.2.4 Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan menjual
waktu kpada guru –guru lain dengan membuat tawaran.
11.2.5 Guru yang pergi berkursus atau mesyuarat perlu menyediakan bahan/ modul mengikut
subjek. Bahan/modul perlu diserahkan kepada SU Jadual Waktu menggunakan borang (SPSK
PK 18/1)
11.2.6 Guru matapelajaran yang perlu memeriksa hasil kerja murid.
11.2.7 Semua guru perlu mempratikkan amalan MMI disekolah mengikut tugas dan tanggungjawab
masing-masing. Guru yang mengganti perlu memastikan proses PdP dapat dilaksanakan
dengan berkesan tanpa kehadiran guru subjek.

11.3 PENYEDIAAN JADUAL WAKTU BILIK KHAS

11.3.1 Menyediakan, mengedarkan dan mempamerkan jadual penggunaan bilik-bilik khas.


11.3.2 Merekodkan penggunaan bilik khas mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan
penggunaannya secara optimum mengikut SPSK PK 03/1
11.3.3 Memantau penggunaan bilik khas.
12.0 WAKTU PERSEKOLAHAN
12.1 Sesi pagi
(a) Tahap 1 (tahun 1,2 dan 3) : Mulai jam 7.45 pagi – 12.45 tengah hari
(b) Tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) : Mulai jam 7.45 pagi – 1.15 tengah hari.

** Waktu berubah mengikut akta/Pekeliling Ikhtisas semasa.

13.0 PENILAIAN &PEPERIKSAAN

13.1 Penilaian Pengukuhan Pentaksiran Sumatif – 2 kali setahun


13.2 Ujian bulanan – 2 kali setahun
13.3 Kedudukan kelas akan ditentukan melalui GPA dan lulus dalam semua mata pelajaran.
13.4 Ketua Panitia mata pelajaran perlu membuat agihan penggubal soalan (SPSK PK 05/1) untuk
penilaian & peperiksaan dalam satu tahun persekolahan. Satu salinan agihan penggubal
soalan mesti diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan.
13.5 Penggubal soalan perlu menyerahkan JSU (SPSK PK 05/2), draf soalan dan skema jawapan
kepada ketua panitia untuk semakan.
13.6 Ketua Panitia perlu merekod penyerahan draf soalan dan skema jawapan yang dihantar oleh
penggubal soalan menggunakan borang (SPSK PK 05/3). Penyediaan draf soalan yang
mencakupi:
a) Berpandukan JSU – SPSK PK05/2
b) Analisis Item Soalan mengikut aras kesukaran soalan yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM – 5:3:2)
c) Meliputi sukatan pelajaran – DSKP
d) Item Penilaian yang standard dan berkualiti
e) Menggunakan tatabahasa dan laras bahasa yang betul
f) Mengelakkan pengunaan unsur-unsur sensitif
g) Kertas soalan mestilah ditaip atas kertas A4 secara optimum
h) Penyediaan soalan secara cut and paste tidak dibenarkan
i) Kertas soalan mestilah dihantar untuk disemak oleh Ketua Panitia
j) Format penyediaandiselaraskan (font,muka hadapan kertas soalan)
k) Kertas soalan mestilah dihantar kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman untuk
diperbanyakkan sebelum atau pada tarikh yag ditetapkan (3 minggu sebelum
peperiksaan)
l) Kertas soalan yang dicetak perlu diselenggara (ketip/susun/bungkus agihan kelas)
oleh penggubal soalan dan mengikut SOP penyediaan peperiksaan yang ditetapkan.
m) Kertas soalan hendaklah disimpan di Kamar Operasi Peperiksaan. Pengedaran kertas
soalan perlu mematuhi ketetapan yang telah ditetapkan.

13.7 Format Peperiksaan


13.7.1 Ujian topikal – mengikut kesesuaian subjek
13.7.2 Peperiksaan Penggal
13.7.3 Penilaian Sumatif
13.7.4 Penilaian Pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PPPBS)
13.7.4 Masa mengikut kertas sebenar peperiksaan awam
13.7.5 Format- mengikut format soalan kertas peperiksaan awam
13.7.6 Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar

13.8 Jadual Pengawasan


13.8.1 Ujian diadakan serentak selama satu minggu bagi semua kelas
13.8.2 Jadual Pengawasan mengikut jadual peribadi
13.8.3 Masa mengikut keperluan peperiksaan awam
13.8.4 Guru yang mengambil soalan di dalam Kamar Operasi Peperiksaan perlu
membuat catatan di dalam Rekod Pengambilan Kertas Soalan (SPSK PK 05/4)

13.9 Rekod Markah


13.9.1 Markah peperiksaan dimasukkan dalam komputer (Sistem SAPS Online & PBD
Offline)
13.9.2 Laporan prestasi murid diadakan semasa Hari Bicara Akademik yang dijalankan
selepas peperiksaan PPPBS 1
13.9.2 Guru kelas perlu mencetak laporan SAPS untuk diberikan kepada murid selepas PPPBS 1
& PPPBS 2.
13.10 Gred Pencapaian
13.10.1 Semua murid (Tahun 1- 6) perlu mengikut keputusan jawatankuasa kurikulum.
Gred yang telah ditetapkan iaitu:

MARKAH GRED
80 - 100 A
79 - 65 B
64 – 50 C
49 – 40 D
39 – 0 E
0 TH

13.11 Jadual Spesifikasi Ujian


13.11.1 Semua penyedia soalan ujian/peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU
mengikut tahap kesukaran yang logik untuk para pelajar. (SPSK PK 05/2)
13.11.2 JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya
13.11.3 Bagi soalan objektif-analisis item mesti disediakan setiap kali selepas
ujian/peperiksaan. Analisis item soalan mengikut aras kesukaran soalan yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM – 5:3:2)
13.11.4 Semua soalan mesti disemak dan disahkan oleh Ketua Panitia atau Guru
Penolong Kanan Pentadbiran sebelum dicetak.

13.12 Post mortem untuk peperiksaan


13.12.1 Post Mortem secara bertulis harus disediakan oleh Ketua Panitia bagi mata pelajaran
masing- masing setiap kali peperiksaan dijalankan.
13.12.2 Kekuatan dan kelemahan soalan mahupun masalah murid-murid hendaklah dikenal
pasti bagi tujuan pemulihan dan pengukuhan.
13.12.3 Semua guru diminta mengisi borang post mortem peperiksaan seperti yang
ditetapkan oleh pihak sekolah dan diserahkan kepada PK Pentadbiran.
13.12.4 Setiap guru ada fail pelajar cemerlang dan pelajar kritikal untuk diambil tindakan
sewajarnya.
13.12.5 Maklumat terperinci pelajar berkenaan perlu disalurkan kepada unit HEM dan Unit
Bimbingan
.

13.13 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


13.13.1 Guru merekod penguasaan murid menggunakan modul perekodan offline.
13.13.2 Setiap guru matapelajaran perlu menanda pada Tahap Penguasaan (TP) yang telah
dikuasai oleh murid setelah selesai sesuatu tajuk atau tema yang ditaksir.
13.13.3 Dalam PBD pencapaian murid dilaporkan berdasarkan Tahap Penguasaan (TP).
Tahap TAFSIRAN
Penguasaan
6 Tahu, Faham dan Boleh Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia
Buat dengan Beradab ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik,
Mithali sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam
penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi
5 Tahu, Faham dan Boleh Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu
Buat dengan Beradab kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau
Terpuji secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif.
4 Tahu, Faham dan Boleh Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu
Buat dengan Beradab kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau
secara analitik dan sistematik.
3 Tahu, Faham dan Boleh Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan
Buat sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
2 Tahu dan Faham Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu
perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi.
1 Tahu Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran
asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

13.13.4 Guru matapelajaran perlu ada Dokumen Standard Kurikulum bersama borang
transit di dalam fail Portfolio guru.
13.13.5 Guru kelas perlu mencetak pelaporan PBS setelah semua guru matapelajaran
selesai merekod tahap penguasaan murid.
13.13.6 Guru-guru PJK perlu melaksanakan pentaksiran PAJSK sebanyak dua kali setahun
dan mengisi markah tersebut secara dalam talian (online).
13.13.7 Guru Bimbingan dan Kaunseling melaksanakan Ujian Psikometrik seperti yang
telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan sebanyak sekali setahun dan
markah direkodkan.

14.0 PEMANTAUAN

14.1 Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran /Pemudacaraan (PdPc)


14.1.1 Pencerapan PdPc dilaksanakan mengikut surat Pekeliling Ikhtisas 3/1987 :
Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran. Instrumen pencerapan menggunakan
Standard 4 SKPM: Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
14.1.2 Pencerapan dilaksanakan oleh Guru Besar dibantu oleh Guru Penolong Kanan.
Surat Penurunan Kuasa disediakan bagi setiap pencerap yang dilantik. Jadual
Pencerapan dan agihan tugas pencerapan disediakan.
14.1.3 Setiap guru akan dicerap dua kali dalam tempoh setahun.
14.1.4 Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar/ Guru Penolong Kanan. Jadual Induk
Pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
14.1.5 Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh, masa dan kelas yang
sesuai untuk dicerap. Maklum balas pencerapan/coaching dilaksanakan
kepada guru oleh pihak pencerap. Maklum balas/Coaching dari segi peratusan
skor, kekuatan dan kelemahan disampaikan sama ada secara lisan/bertulis dan
secara individu/berkelompok.
14.1.6 Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah
panitia masing-masing
14.1.7 Semua Penolong kanan dan ketua panitia akan dicerap oleh Guru Besar.
14.1.8 Borang pencerapan disediakan dalam dua salinan untuk disimpan dalam fail
pencerapan, fail panitia dan salinan kepada guru yang dicerap.
14.1.9 Maklumat/data pencerapan perlu dilaporkan dan dibincangkan dalam
mesyuarat kurikulum sekolah dan panitia mata pelajaran.

14.2 Peperiksaan dan Penilaian


14.2.1 Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Guru Besar
dalam pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian.
14.2.2 Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam
senarai tugas tahunan.

14.3 Bilik-bilik Khas


14.3.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang
bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah. Peraturan
dan tatacara penggunaan bilik khas perlu dipameran di tempat yang sesuai dan
ditaklimatkan kepada semua guru dan murid pada awal tahun.
14.3.2 Pelan bilik khas dan pelan kecemasan disediakan dan dipamerkan untuk
memastikan keselamatan murid.
14.3.3 Guru yang menggunakan bilik khas perlu membuat catatan pada Buku Rekod
Penggunaan Bilik Khas (SPSK PK 03/1).
14.3.4 Pengambilan dan pemulangan alatan di bilik khas perlu direkodkan
(SPSK PK 03/2). Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada
setiap masa.
14.3.5 Murid hanya dibenarkan masuk dengan kehadiran guru dan guru perlu
mengawasi murid sepanjang waktu penggunaan bilik tersebut.
14.3.6 Guru perlu memastikan bilik-bilik khas sentiasa kemas, bersih dan selamat
digunakan.
14.3.7 Memastikan kunci bilik khas dilabelkan mengikut nombor bilik dan satu (1)
salinan kunci disimpan di pejabat.
14.3.8 Menampalkan Jadual Penggunaan Bilik Khas di dalam/luar bilik

14.4 Jawatankuasa Pemantauan


14.4.1 Jawatankuasa Tetap Pemantauan Akademik
14.4.2 Guru Besar
14.4.3 Guru Penolong Kanan Pentadbiran & Kurikulum
14.4.4 Guru Penolong Kanan HEM
14.4.5 Guru Penolong Kanan Kokurikulum
14.4.6 Guru Penolong Kanan Petang
14.4.6 Ketua Panitia
14.5 Tugasan dan latihan

14.5.1 100% hasil kerja murid disemak oleh guru mata pelajaran. Latihan/ tugasan
kepada murid perlu diberikan bagi memastikan pengukuhan konsep dan
pengayaan dalam topik-topik yang diajar.
14.5.2 Tugasan dan buku latihan murid akan dicerap oleh pentadbir 2 kali setahun
bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
14.5.3 Guru mata pelajaran perlu menyerahkan borang (SPSK PK 06/1) setelah
merekod 20 aktiviti/latihan kepada pentadbir.
14.5.4 Guru mata pelajaran perlu menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari setiap
kelas yang diajar untuk semakan Guru Penolong Kanan (SPSK PK 06/2) dan
rekod penghantaran direkodkan pada (SPSK PK 06/4).
14.5.5 Guru Penolong Kanan akan menganalisis rekod penghantaran semakan kerja
murid oleh guru mata pelajaran (SPSK PK 06/3).
14.5.6 Buku latihan/aktiviti dipulangkan kepada murid selepas pengesahan
pemantauan.
14.5.7 Hasil kerja murid yang betul ditanda √ dan yang tidak betul ditanda dengan
simbol yang sesuai menggunakan pen berdakwat merah.
14.5.8 Guru meminta murid membuat pembetulan bagi latihan bertulis yang salah.
14.5.9 Guru mata pelajaran perlu memberi ulasan yang membina terhadap hasil kerja
murid.
14.5.10 Latihan/tugasan perlu berfolus kepada soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) sekurang-kurangnya 30% keatas mengikut tahap keupayaan/kebolehan
murid.
14.5.11 Bilangan buku latihan/lembaran ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia mengikut
aras kesukaran 5:3:2 dan perlu dipatuhi oleh semua ahli panitia.
14.5.12 Tugasan berbentuk individu/pasangan/kumpulan dilaksanakan dengan
menerapkan peta pemikiran (i-THINK) perlu dibuat sekurang-kurangnya
seminggu sekali.

15.0 ANGGARAN BELANJA MENGURUS/PCG MATA PELAJARAN

15.1 Semua Ketua Panitia dikehendaki menyediakan Anggaran Perbelanjaan/Perancangan


Kewangan berdasarkan peruntukan yang diberi.
15.2 Anggaran Belanja Mengurus dibuat mengikut format (SPSK PK 17/1). Anggaran Belanja
Urus perlu disimpan dalam fail panitia, fail kurikulum dan fail Ketua Pembantu Tadbir
Kewangan (KPT)@PT
15.3 Peruntukan kewangan mata pelajaran digunakan secara optimum untuk sumber
pendidikan. (60% hingga 80%) melibatkan semua tahun. Peruntukan untuk program
peningkatan pembelajaran murid (20% hingga 30%) melibatkan semua tahun.
15.4 Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian sumber/ program kepada
Guru Besar menggunakan nota minta (SPSK PK 17/2). Kegagalan mematuhi prosedur
tidak akan diluluskan oleh Guru Besar.
15.5 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti
mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
15.6 Peruntukan untuk sumber pendidikan mesti dibelanjakan sebelum sesi cuti
pertengahan tahun bermula. Keseluruhan Peruntukan mesti dibelanjakan sehingga
90.0% sebelum bulan September bagi tahun semasa. Semua panitia menyumbang
5.0% untuk pembelian hapus kira.
15.7 ABM panitia diserah kepada Setiausaha Kurikulum seminggu selepas mesyuarat panitia
pertama. ABM disemak untuk memastikan telah dibuat dengan tepat.
15.8 Ketua Pembantu Tadbir Kewangan (KPT)/ Pembantu Tadbir Kewangan (PT) memastikan
pembelian barang yang dibelioleh panitia sama seperti barang/sumber/program yang
dirancang dalam anggaran perbelanjaan panitia.
15.9 Sumber Pendidikan/program yang tidak tersenarai dalam perancangan/anggaran
perbelanjaan tidak boleh diluluskan pembelian kecuali mendapat keizinan/kelulusan
daripada Guru Besar.
15.10 Status Perbeanjaan PCG dipantau untuk memastikan peruntukan diurus dengan
berkesan. Maklumat status dibawa dalam mesyuarat kewangan/mesyuarat
kurikulum/panitia mengikut takwim sekolah.

16.0 BUKU TEKS/BUKU KERJA/BUKU LATIHAN

16.1 Buku teks yang dibekalkan haruslah dimaksimumkan penggunaannya oleh


setiap pelajar dan guru.
16.2 Jumlah buku latihan bagi setiap mata pelajaran diputuskan dalam mesyuarat
panita.
16.3 Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan Buku Teks
mematuhi SPI Bil. 10/1991.
16.3 Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh guru
bertanggungjawab.

17.0 PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN RUJUKAN

17.1 PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu PdPc bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk Program NILAM.
17.2 Guru-guru yang menerima jadual kelas ganti bagi guru yang tidak hadir digalakkan
membawa murid ke Pusat Sumber Sekolah untuk mencari maklumat atau menonton video
berkaitan pelajaran.
17.3 Program NILAM di Pusat Sumber akan dijalankan sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa.
17.4 Penyemakan buku NILAM murid dilakukan juga oleh guru Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
17.5 Buku Rekod Data bagi Program Nilam haruslah dilengkapkan oleh guru terlibat dan
diserahkan kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber mengikut tarikh yang ditetapkan.
17.6 Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

18.0 BUDAYA MEMBACA BERIMPAK TINGGI /PROGRAM NILAM

18.1 Merancang dan melaksanakan aktiviti/projek menggalakkan amalan membaca dalam


kalangan murid.
18.2 Memastikan Program NILAM dilaksanakan dengan berkesan mengikut perancangan.
18.3 Buku NILAM murid perlu diperiksa oleh guru sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
18.4 Setiap kelas yang meminjam kotak bacaan pukal mestilah merekodkan peminjaman
dalam buku yang disediakan.
18.5 Koleksi buku di PSS memenuhi nisbah 1 murid : 15 buku.
18.6 100% murid meminjam buku, 100% murid menerima anugerah NILAM, 50%
murid mencapai tahap NILAM.
18.7 Sekurang-kurangnya 3 program galakan membaca.
Contohnya: Early Literacy in English (ELITE), Program Pengumpulan Data &
Maklumat,Laluan Akhbar dan sebagainya.
18.8 GPM dan Guru NILAM perlu memastikan Program NILAM dilaksanakan dengan berkesan
mengikut perancangan. Anugerah Budaya Membaca dan NILAM perlu dijalankan.

19.0PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

19.1 Panitia mata pelajaran perlu merancang dan melaksanakan program bagi meningkatkan
kuali PdPc. Perancangan program dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum dan panitia
pertama.
19.2 Panitia hendaklah menyediakan Perancangan Strategik (PS) bagi program peningkatan.
PS meliputi program peningkatan prestasi bagi semua murid untuk semua tahun dan
program peningkatan kualiti PdPc.
19.3 Panitia diminta merancang sekurang-kurangnya satu program kualiti PdPc guru
dilaksanakan setahun. Ketua Panitia perlu mengemukakan kertas cadangan yang relevan
untuk program akademik panitia berkenaan.
19.4 Program panitia mata pelajaran yang dilaksanakan hendaklah disediakan kertas kerja.
Kertas kerja disediakan dan dihantar kepas SU/PK sebelum pelaksanaan program untuk
kelulusan. Kertas kerja program disimpan dalam fail panitia dan sesalinan dalam fail
kurikulum.
19.5 Penglibatan HEM dan guru kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan Program
Akademik.
19.6 Status pelaksanaan program panitia perlu dipantau mengikut jadual pemantauan yang
ditetapkan. Hasil pemantauan hendaklah dianalisis dengan menggunakan borang SPSK
bagi program yang dijalankan.
19.7 Maklumat pemantauan dan penilaian perlulah dilaporkan dan dibincangkan dalam
mesyuarat kurikulu untuk dibuat penambahbaikan.
19.8 Panitia hendaklah mencatatkan hasil laporan dan perbincangan serta direkodkan dalam
Jadual 3 dan Jadual 4 Perancangan Strategik.
19.9 Program hendaklah dilaporkan dan didokumentasikan sebagai bahan rujukan guru
mengikut format yang telah ditetapkan.

20.0 PROGRAM LATIHAN PERSONAL

20.1 Kursus Dalaman


20.1.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada
Guru Besar /Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus dengan
menggunakan format minit curai.
20.1.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan
budi bicara Pengetua / Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan
penganjur kursus.
20.1.3 Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain sekiranya perlu.
20.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi
20.2.1 Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam LNPT
guru.
20.2.2 Lawatan ke sekolah cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk
mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.
20.2.3 Lawatan boleh dirancang oleh panitia dan kelab guru.

20.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus


20.3.1 Diperbanyak untuk keperluan guru lain berdasarkan keperluan.
20.3.2 Disimpan untuk rujukan panitia.

21.0 KAJIAN TINDAKAN

21.1 Semua Panitia mata pelajaran digalakkan membuat satu kajian tindakan setiap tahun.
21.2 Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.

22.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PdPc & PEPERIKSAAN

22.1 Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Font 9/10
Times New Romen, set-up kertas kiri & kanan 0.5, atas dan bawah pada 0.5.
22.2 Percetakan 100 helai ke bawah hendaklah menggunakan mesin fotostat.
22.3 Bahan untuk cetakan 100 helai ke atas hendaklah direzo -Tempoh serahan mestilah 3
hari sebelum penggunaannya.
22.4 Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak.

23.0 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN

23.1 UPSR - Semua murid lulus setiap mata pelajaran (100%)


23.2 Peperiksaan Dalaman – semua murid lulus setiap mata pelajaran.
23.3 Gred Purata Sekolah (GPS) menuju ke arah *UPSR tidak melebihi 1.5

24.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK

24.1 Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat


Kebangsaan dan Antarabangsa.
24.2 Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang
dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.

25.0 MEMBUDAYAKAN PENGURUSAN PdPc YANG BERKUALITI

25.1 100% guru menjadikan Elemen 9 sebagai rujukan dalam dokumen pengajaran dan
pembelajaran.
25.2 100% guru menulis Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian mengikut keupayaan
murid.
25.3 100% guru melaksanakan sesi set induksi ke arah kesediaan minda murid menghadapi
PdP.
25.4 100% guru melaksanakan Pendekatan PdP yang berpusatkan murid. Semua murid
diberikan peluang untuk terlibat dalam PdP. Semua jawapan murid mesti dihargai.
25.5 100% guru melaksanalkan proses PdP yang menarik, menyeronokkan dan berkesan
(Mastery Learning Intelligence, Konstruktivisme, Belajar Cara Belajar, KBKK,KMD,
Pembelajaran Akses Kendiri dan Penggunaan ICT)
25.6 100% guru dapat mengenall pasti budaya pembelajaran semasa murid
25.7 100% guru melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah semasa guru mengajar dan
semasa murid belajar mengikut Manual Pengurusan dan Pengendalian Berasaskan
Sekolah.
25.8 100% guru melaksanakan sesi klinikal (pemulihan, pengukuhan dan pengayaan)

24.9 100% guru melaksanakan penutupan kognitif dan sosial.


25.10 100% guru mematuhi Standard Kualtitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah-Sekolah
Selangor semasa melaksanakan Pentaksiran Sekolah.
25.11 Semua mata pelajaran mencapai sasaran (ETR).

26.0 GURU BERPRESTASI TINGGI

26.1 100% guru mematuhi Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam(PKPA)


26.2 15% guru menyumbang kepakaran dalam bidang di luar sekolah
26.3 100% guru berpengalaman lebih 5 tahun dan guru yang menghadiri
(kursus,bengkel,seminar,persidangan dan sebagainya) berkongsi maklumat dan
pengetahuan dengan warga sekolah secara formal dan tidak formal.
26.4 100% guru mahir menggunakan ICT.

“AMALAN REFLEKTIF KE ARAH


PENINGKATAN PROFESIONALISME DIRI
GURU”
Ungkapan di atas menggambarkan betapa pentingnya peranan guru
sebagai penyampai ilmu dan kemahiran kepada murid-murid dan
mencorak mereka.

 Guru adalah seorang yang peka terhadap perubahan yang


berlaku dalam pendidikan.

 Guru adalah seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina
kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa
melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.

 Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk murid membina daya pemikiran yang
analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri
dengan perubahan-perubahan yang berlaku disekeliling mereka.

 Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai kemahiran dan pengetahuan yang
terkini untuk menjalankan tugas mereka.

You might also like