You are on page 1of 8

Minit Mesyuarat Agung PIBG ke – 38

Persatuan Ibubapa dan Guru


Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru, 41050 Klang,Selangor

Tarikh : 25 Mac 2012 ( Sabtu )


Masa : 9.30 – 10.55 pagi
Tempat : Dewan Terbuka Sungai Binjai, SK Sungai Binjai .
Kehadiran : 274 orang

Agenda 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG

Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2010 / 2011, Tuan Haji Abdul Majid B. Md Yunos.
Beliau mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan penjaga yang meluangkan masa untuk
hadir.

Agenda 2 : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke – 37

Setiausaha, Encik Hajar Aswad bin Kassim membentangkan Minit Mesyuarat Agung
ke – 37 untuk disahkan dari mukasurat 5 hingga 11.

Encik Azmi bin Jalardi mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung ke – 37 disahkan.
Disokong oleh Encik Abdul Malik bin Misran.

Agenda 3 : Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2011

Setiausaha, Encik Hajar Aswad bin Kassim membentangkan Aktiviti Tahunan sepanjang
2011.
- Keahlian seramai 2212 orang
- Derma yang dikenakan sebanyak RM 15.00 satu keluarga bagi tahun 2011.
- (rujuk buku aturcara)

Agenda 4 : Pembentangan dan Menerima Penyata Kewangan PIBG 2011.

Bendahari PIBG, Encik Edi Azrine B Mohd Arshad membentangkan Penyata Kewangan
PIBG di muka surat 13 hingga 16.

Disahkan oleh Encik Mohd Zulhisham B Idris


Disokong oleh Encik Asmadi B Mohd Yusof.

Agenda 5 : Perkara Berbangkit.

1. Encik Mohd Atfan B. Badri bertanyakan tentang berapa ramai penerima bayaran
elaun lalu lintas dengan jumlah sebanyak RM250 sebulan.
- Berkaitan saguhati guru yang terlibat dengan kelas tambahan Tahun 6,
yang juga melibatkan sabtu minggu pertama dan sabtu minggu ke 3,
minta penjelasan.

- En. Edi Azrine B. Mohd Arshad selaku Bendahari PIBG menerangkan


sebanyak 2 orang penjaga lalulintas dipintu pagar utama sahaja dan
pembayaran dilakukan sehingga bulan November 2011 sahaja.

- Bayaran saguhati kepada guru tahun enam hanya RM15.00 sahaja .


Segala maklumat berkaitan telah dibentangkan dalam mesyuarat AJK
PIBG.

Agenda 6 : Pembubaran AJK PIBG sesi 2010 / 2011

Yang DiPertua PIBG Tuan Haji Abdul Majid bin Md Yunos telah mengumumkan
pembubaran AJK PIBG yang telah dilantik bagi sesi 2010 / 2011.

Agenda 7 : Perlantikan Pengerusi Sementara.

Encik Azman bin Mingan selaku Guru Besar SK Sungai Binjai telah dilantik sebagai
pengerusi sementara.
Dicadangkan oleh Encik Atfan bin Badri dan disokong sebulat suara.

Tuan Guru Besar, Encik Azman bin Mingan mengucapkan terima kasih atas perlantikan
beliau. Beliau menerangkan syarat-syarat mesyuarat agung.

Agenda 8 : Perlantikan AJK PIBG sesi 2012 / 2013

AJK PIBG 2011/ 2012 dikekalkan.

Cadangan : Tuan Haji Tuhimin Bin Paiman


Disokong : Encik Asmadi bin Md Yusof dan semua ahli mesyuarat.

AJK PIBG SK Sungai Binjai sesi 2012 / 2013 adalah seperti berikut :

Penasihat : Encik Azman bin Mingan

Yang Dipertua : Tuan Haji Abdul Majid bin Md Yunos

Naib Yang Dipertua : Tuan Haji Jaya Kusuma bin Haji Rusman

Setiausaha : Encik Hajar Aswad bin Kassim

Bendahari : Encik Edi Azrine bin Mohd Arshad


AJK Ibubapa :

1. Tuan Haji Nordin bin Omar


2. Encik Mohd Afandi bin Ramli
3. Encik Rosmahadi bin Omar
4. Puan Aslin binti Taslim
5. Puan Sutinah binti Sahari
6. En. Azmi bin Jalardi (lantikan baru)
- Dicadang oleh Tn. Hj Jaya Kusuma bin Haji Rusman
- Disokong oleh Pn.Sutinah bt Sahari

AJK Guru :

1. Encik Noor Azman bin Ahmad


2. Encik Zainuddin bin Daman
3. Encik Zulhisham bin Idris
4. Puan Hajjah Site Sukarsih binti Ahmad
5. Puan Norshahada binti Sharit

Juruaudit :
1. En Asmade B Mohd Yusof
2. Tuan Haji Esnani B Subari

Ucapan terima kasih daripada Yang DiPertua PIBG, Tuan Haji Abdul Majid B. Md Yunos
kerana ibubapa / penjaga memberi mandat kepada AJK PIBG bersama pihak sekolah,
dalam usaha membantu menyiapkan surau sekolah.

Agenda 9 : Perbahasan Usul dan Cadangan

USUL – USUL BERTULIS ( KERTAS CADANGAN )

1. Pembawa usul / cadangan :

a) En. Zurazly B. Johari


b) En. Mohd Faizal B. Hasan
c) En. Norazam B Johari
d) En. Suhaimi B Saleh

Cadangan: Laluan antara masjid dan Blok E


Menurap kawasan laluan di bahagian belakang iaitu antara masjid ke blok E.
Jalan yang tidak diturap kerap becak dan berlopak sekiranya hujan. Perlu diturap
untuk keselamatan dan kebersihan pelajar.

Tindakan :
Tindakan telah diambil. Kerja – kerja penurapan telah dijalankan hasil
sumbangan guru – guru SKSB.
2. Pembawa usul/ cadangan :

a) Pn. Aziahtul Sakdiah Bt Mustapa


b) En. Mohd Sahimi B Abd Manan

Cadangan: Pagar keliling sekolah.


Menambah baik pagar disekeliling sekolah bagi menjamin keselamatan pelajar.
Perlu tindakan segera.

Tindakan :
Permohonan telah beberapa kali dibuat kepada pihak kementerian namun masih
menunggu kelulusan.

3. Pembawa usul/ cadangan :

a) En Norazmi B. Mat Zin


b) En Muzamil B. Seae

Cadangan: Laluan Pejalan Kaki Berbumbung.


Membina laluan jalan kaki berbumbung dari pintu pagar ke bangunan sekolah.

Tindakan :
Tindakan telah diambil hasil sumbangan dari pihak PIBG.

4. Pembawa usul/ cadangan


a) Pn. Safurra Bt Mohd Rashid
b) En. Shahril B Khushairi
c) En. Zulkifly B Halid

Cadangan: Kebersihan tandas


Tingkatkan kualiti kebersihan tandas, berbau busuk.

Tindakan :
Kerja – kerja pembaikan telah dijalankan dan telah diambil tindakan.

5. Pembawa usul/ cadangan


a) En. Shairul B Khushairi

Cadangan: Solat di sekolah


Usahakan agar murid-murid dapat menunaikan solat fardhu Zohor dan Asar di
sekolah.

Tindakan :
Murid – murid memang sentiasa digalakkan menunaikan solat Zohor dan Asar di
Musolla yang disediakan.
6. Pembawa usul/ cadangan
a) En. Mohd Shamsuddin B Sajari
b) En. Mohd Razif Aman
c) En. Ramlee Kawi
d) En Zulkifly B Halid
d) En Hamzah B Ahmad

Cadangan: Kebersihan, kualiti makanan dan sistem membeli makanan di


kantin

Kebersihan dan kualiti makanan di kantin perlu di pantau. Murid pernah minum
air yang mengandungi lalat. Kebanyakan jenis makanan tidak sesuai untuk dijual
di kantin sekolah. Harga juga membebankan ibu bapa. Mewujudkan system
membeli makanan yang lebih baik bagi membolehkan murid-murid membeli
makanan dan sempat makan sebelum loceng berbunyi.

Tindakan :
Terdapat AJK kantin sekolah yang sentiasa memantau keadaan makanan di
kantin.

7. Pembawa usul/ cadangan


a) En. Mohd Shamsudin B. Sajari

Cadangan: Jadual Peperiksaan.


Memastikan jadual periksa tidak bertindih dengan jadual peperiksaan di sekolah
rendah agama.

Tindakan :
Telah diambil tindakan.

8. Pembawa usul/ cadangan


a) En. Mohd Nahar Bin M. Yusuf.

Cadangan: Kelas Tuisyen


Mengadakan kelas tuisyen pada hari Sabtu pagi (siang) dan mengurangkan
bayaran bagi mengelakkan bebanan kepada keluarga yang tidak mampu.

Tindakan :
Kelas tuisyen intensif Bahasa Inggeris dijalankan pada setiap sabtu minggu
pertama dan ketiga bermula jam 8.00 hingga 9.30 pagi. Ia dijalankan bermula
bulan Febuari sehingga bulan November dengan bayaran RM20. Manakala
minggu kedua dan keempat tiada tuisyen bagi membolehkan pelajar tahun 4 dan
tahun 5 mengikuti program kokurikulum.

9. Pembawa usul/ cadangan


a) En. Shairil Bin Kushairi
b) En. Mohamad Zaini Bin Jazman

Cadangan: Beg sekolah berat


Beg terlalu berat.
Tindakan :
Jadual pembelajaran telah diberikan kepada setiap murid. Pastikan murid
membawa buku mengikut jadual.

10. Pembawa usul/ cadangan


a) En. Muhammad Atfan Bin Badri

Cadangan: Bank soalan


Memohon kepada pihak sekolah memuat naik soalan-soalan peperiksaan
mengikut tahun kedalam web sekolah.

Tindakan :
Sedang diusahakan melalui program VLE Frog.

11. Pembawa usul/ cadangan


a) En. Mat Subhi Bin Suradi

Cadangan: Surau Sekolah


Penegasan kepada ibu bapa dalam mengumpul dana surauthon bagi menjamin
hasrat membina surau sekolah tercapai.

Tindakan :
Tindakan telah diambil.

12. Pembawa usul/ cadangan


a) En. Mohd Yusri bin Ahjam

Cadangan: Yuran PIBG


Mencadangkan agar Yuran PIBG dibayar sebanyak RM100 setahun bagi
digunakan untuk menaiktaraf sekolah dalam pelbagai bidang. Pembayaran boleh
dibuat sekaligus atau secara ansuran. Ini bagi membolehkan sekolah
kebangsaan setaraf dengan SRJK (C) yang serba maju dan ibu bapanya
sanggup berkorban demi pendidikan anak-anak.

Tindakan :
Yuran PIBG adalah bergantung kepada kelulusan yang sedia ada.

13. Pembawa usul/ cadangan


a) En. Mohd Syamsul bin Mohd Salleh
b) Pn. Nurmalisahila bt Ahmad Akmal

Cadangan: Aktiviti Keagamaan


Perbanyakkan aktiviti ilmu untuk pelajar contohnya belajar Al-Quran atau aktiviti
hafazan dan lain-lain. Menekankan atau fokus lebih kepada pendidikan akhlak
dan sahsiah murid bagi mengelakkan gejala sosial dan keruntuhan akhlak.
Tindakan :
Pihak sekolah melalui program J-Qaf telah dan sedang membuat pelbagai
program bagi meningkatkan pendidikan akhlak dan sahsiah murid antaranya
melalui program Bestari Solat, hafazan dan lain – lain.

14. Pembawa usul/ cadangan


a) Pn. Intan Foziah Bt Kamaruddin

Cadangan: Penglibatan ibu bapa


- Sekolah memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan ibu bapa dan murid-
murid
- Memberi peluang kepada murid-murid kelas belakang dalam mewakili
sekolah dalam apa-apa pertandingan mengenai pelajaran dan sukan.

Tindakan :
Murid – murid sentiasa diberi peluanga mewakili sekolah mengikut kebolehan
masing-masing.

Jawapan : YDP PIBG Tn . Hj Abdul Majid bin Md Yunos mengambil keputusan semua
usul bertulis diterima dan akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG
2012/2013.

Agenda 10 : Hal – hal lain.

1. YDP PIBG membentangkan Yuran PIBG Sesi 2012

Tuan Haji Abdul Majid bin Md Yunos membentangkan Bayaran yuran PIBG,
komputer, Sekolah, HAPC dan aktiviti tahun 2012 seperti butiran dibawah.

Bil Perkara Tahun 6 Tahun 5 Tahun 4 Tahun 3 Tahun 2 Tahun 1

1 Yuran Komputer RM 6 RM 6 RM 6 RM 6 RM 6 RM 6
(setiap murid)

2 *Derma PIBG RM 20 RM 20 RM 20 RM 20 RM 20 RM 20
3 Hari Anugerah RM 3 RM 3 RM 3 RM 3 RM 3 RM 3
Kecemerlangan
4 Kad Merit RM 1 RM 1 RM 1
5 *Tanda Nama - - - - - RM 4
6 Program - RM 50 - - - -
Akademik
(Tahun 5)
7 Program Insentif RM 100 - - - - -
UPSR (Thn 6
sahaja)
JUMLAH RM 130 RM 80 RM 30 RM 29 RM 29 RM 33

*Tanda Nama: Tahun 1 wajib beli, tahun 2-6 sekiranya perlu.


* Derma PIBG dikenakan hanya untuk 1 keluarga sahaja.
Disokong ahli mesyuarat sebulat suara.
2. En. Abd Malik B. Misran

Menyarankan sumbangan membina surau diminta daripada Pusat Zakat,


Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama. Agar tidak membebankan
ibubapa.

Jawapan:

Yang dipertua PIBG Tuan Haji Abd Majid bin Md. Yunos menerangkan bahawa
Permohonan telah di buat. Bantuan yang diberikan hanya berjumlah 20%
sahaja. Selebihnya adalah perlu diusahakan sendiri oleh pihak sekolah
bersama PIBG.
Sekiranya terdapat ibu bapa yang sudi memberi sumbangan tambahan untuk
membina surau. Mereka amat dialu-alukan sebagai saham untuk kebaikan diri
sendiri.Beliau juga menggalakkan ibubapa yang ingin melakukan sumbangan
tambahan kepada PIBG.

Ucapan Penangguhan

Tuan Haji Abd Majid bin Md Yunos selaku Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima
kasih atas kehadiran PIBG yang sedia ada. Beliau mengharapkan kerjasama yang
berterusan daripada semua ahli terutamanya ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi
2012/2013.

Guru Besar, En. Azman Bin Mingan berharap kerjasama sepenuhnya daripada ibu bapa
dari segi pendapat dan buah fikiran yang bernas, kepakaran dan kewangan bagi
memajukan sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.55 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………….. ……………………….
Hajar Aswad bin Kassim Azman bin Mingan
Setiausaha Kehormat Guru Basar/ Penasihat
PIBG SK Sg Binjai Meru PIBG SK Sg. Binjai , Meru
Klang. Klang.

Disahkan oleh,

……………………….
Tn Hj Abdul Majid bin Md Yunos
YDP PIBG,
SK Sg Binjai ,Meru.
Klang.
Pencatat: Cik Fathiah bt Harun, Pn Nor Izatol Haslinda bt Samsuddin & Pn Aisyah bt Sabdin

You might also like