You are on page 1of 4

INTAN SHAHIRA BT SHAHIDI

NO MATRIK: 831179

NAMA KURSUS: ACTION RESEARCH IN EDUCATION (GROUP E)

REFLEKSI PROJEK

Sepanjang pengalaman saya mengajar Iqra’ pada murid-murid tahap 1, saya mendapati

ramai murid tahap 1 masih lemah dalam mengenal dan menulis huruf Jawi. Hal ini menimbulkan

kebimbangan kepada saya kerana kemahiran menulis Jawi merupakan asas utama dalam subjek

Pendidikan Islam. Mereka beranggapan bahawa Jawi merupakan subjek yang susah dipelajari,

tidak penting dan sebagainya (Ariffin @ Eduny et al., 2022). Hal ini memberikan pengaruh

negatif terhadap murid kerana sekiranya murid tidak mahir menulis Jawi, mereka akan

ketinggalan dalam subjek Pendidikan Islam dan sekaligus tidak memartabatkan tulisan Jawi.

Sehubungan dengan itu, kumpulan saya menjalankan kajian tindakan mengenai kemahiran

menulis Jawi terhadap 15 orang murid tahun 2 di salah sebuah sekolah di Kedah. Kami

menjalankan dua ujian pra yang berbentuk ujian lisan dan ujian bertulis terhadap murid-murid

tahun 2 untuk mengetahui tahap penguasaan murid. Dalam ujian lisan, saya meminta murid

menyebutkan huruf yang ditulis pada papan hitam. Saya mendapati segelintir murid masih tidak

mampu menyebutkan nama huruf yang ditulis pada papan hitam. Sesetengah murid hanya

mampu menyebutkan huruf dalam bentuk nyanyian tanpa mengenal bentuk huruf itu sendiri.

Untuk ujian pra bertulis, kami mengedarkan 15 helai kertas yang mengandungi 10 huruf. Saya

memberikan penerangan tentang cara penulisan yang telah ditetapkan. Namun, kami mendapati

beberapa orang murid masih menulis huruf Jawi dengan cara yang salah.
Sehubungan dengan itu, berdasarkan hasil ujian pra dan tinjauan kajian lepas, kami cuba

mengatasi masalah ini dengan menggunakan teknik membentuk huruf menggunakan dawai

(magic stick) untuk membantu murid meningkatkan kemahiran menulis Jawi. Pada awalnya,

kumpulan kami mengalami sedikit kekeliruan untuk memilih sama ada mahu menggunakan

dawai yang lembut atau menggunakan straw. Namun setelah perbincangan dilakukan, kami

bersepakat memilih dawai yang lembut kerana lebih mudah untuk dibentuk. Sehubungan dengan

itu, murid-murid akan lebih seronok untuk membentuk huruf apatahlagi menggunakan dawai

yang beraneka warna.

Pada 8 November 2022, kumpulan kami telah cuba mengaplikasikan Magic Stick di dalam

kelas. Saya telah memberikan penerangan tentang kaedah penggunaan Magic Stick. Pada

awalnya, murid-murid seperti sukar untuk memahami kaedah penggunaan dawai tersebut.

Namun setelah contoh ditunjukkan, mereka kembali bersemangat untuk membentuk huruf.

Setelah penerangan diberikan, kami mengedarkan kertas A4 dan dawai lembut (magic stick)

kepada murid-murid. Semasa aktiviti dijalankan, saya melihat bahawa murid-murid amat teruja

dan seronok untuk melakukan aktiviti ini. Mereka memilih warna dawai mengikut kesukaan

masing-masing dan saling membantu antara satu sama lain untuk membentuk huruf

menggunakan dawai. Hasilnya, mereka dapat membentuk huruf dengan mudah dan meletakkan

huruf mengikut garisan dengan tepat. Malah, mereka dapat menyiapkan aktiviti ini dalam masa

yang singkat.

Hasil daripada aktiviti ini, dapat dibuktikan bahawa penggunaan Magic Stick adalah lebih

praktikal, konstruktif dan efektif. Kaedah Magic Stick dapat membantu murid mengenal huruf

dan menulis huruf atas garisan dengan tepat. Kajian lepas yang telah dilakukan oleh Dalilah

(2015) yang menggunakan straw untuk membantu murid mengenal huruf turut memberikan hasil
yang positif kepada murid. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan alat bantu mengajar

semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dapat mengurangkan rasa bosan dan

merangsang pemikiran pelajar (Lambri & Mahamood, 2019).

Kesimpulannya, semua ahli kumpulan telah memberikan kerjasama untuk memastikan

kajian tindakan ini berjaya dan berjalan lancar. Sebagai penambahbaikan, saya akan memberikan

penerangan tentang arahan soalan dengan lebih jelas dan mudah supaya lebih mudah difahami

oleh murid-murid. Saya berasa sangat seronok semasa menjalankan kajian tindakan ini kerana

memiliki ahli kumpulan yang bersemangat dan murid-murid yang terlibat memberikan kerjasama

sepenuhnya. Saya berharap kajian ini dapat membantu penguasaan Jawi murid pada masa akan

datang.

RUJUKAN:

Ariffin @ Eduny, S., Mokhtar, S., Hajimin, M. N. H. H., & Marinsah, S. A. (2022). Drill Method

Approach in Jawi Writing Skills of Year 4 Pupils in Sekolah Kebangsaan Ladang Sandak,

Sandakan. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 7(45), 112–

126. https://doi.org/10.35631/ijepc.745009

‌Lambri, A., & Mahamood, Z. (2019). The Use of Teaching Aids in the Teaching of Malay

Language Using a Student-Centered Learning Approach. International Journal of

Education, Psychology and Counseling, 4(33), 78–94.

https://doi.org/10.35631/ijepc.433007

You might also like