You are on page 1of 14

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdPR) Ke-1

Kelas : 3 A
Subjek : Bahasa Cina Tahun 3
Tarikh : 12/6/2022 (Ahad)

Langkah Kekuatan Kelemahan


Set Induksi Perancangan set induksi berjaya Set induksi tidak cukup menarik,
membimbing murid ke topik pembelajaran kekurangan aplikasi unsur multi media
hari ini. Perancangan langkah set induksi seperti gambar ataupun video yang
turut memberikan input yang baru kepada menarik bagi menarik minat pembelajaran
pelajar. murid
Langkah 1 Perancangan langkah 1 berkesan dan Langkah yang dirancang terlalu mudah
berjaya meningkatkan kemahiran bagi murid. Terdapat murid berasa bosan
mendengar murid secara aktif selari kerana tidak mencabar.
dengan objektif yang digariskan.

Langkah 2 Pengaplikasian peta minda membantu Pilihan sajak terlalu mudah bagi murid
murid yang lemah untuk memahami isi yang bertahap tinggi.
pembelajaran yang hendak disampaikan
oleh guru dengan berkesan.

Langkah 3 Perekaan modul tugasan mencabar Format tulisan power point yang salah.
pemikiran murid dalam proses Tulisan yang dipaparkan terlalu kecil dan
pembelajaran. Guru melakukan bimbingan ruangan jawapan dalam modul tugasan
melalui aplikasi WhatsApp bagi terlalu kecil bagi murid.
memastikan murid mengikuti
perkembangan pdp yang disampaikan.

Langkah 4 Kaedah perbincangan bersama membantu Perancangan aktiviti terlalu mudah.


murid berprestasi lemah untuk mengubah Pembahagian masa kurang memuaskan.
jawapan yang salah dan mendapat jawapan
yang betul sebagai satu kaedah
pembelajaran try an error. Guru
menggunakan peluang untuk melatih
kemahiran membaca murid.
Penutup Guru memastikan jawapan murid adalah Arahan yang dikeluarkan guru kurang
betul selepas perbincangan dilakukan. jelas. Terdapat murid yang tidak
Guru menunjukkan cara membaca yang memahami arahan. Ini telah menjadikan
betuk supaya memberi gambaran yang aktiviti dalam penutup kurang berkesan.
jelas kepada murid.
Cadangan Penambahbaikan :
Guru dicadangkan agar memperbanyakkan aktiviti PdPR dan memastikan tahap sesukaran
aktiviti PdPR adalah selari dengan tahap murid. Untuk melancarkan segala aktiviti yang
dirancang, guru juga perlu mempertingkatkan kemahiran pembahagian masa dan meningkatkan
kreativiti dalam perancangan aktiviti PdPR.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdPR) Ke-2
Kelas : 3 A
Subjek : Bahasa Cina Tahun 3
Tarikh : 13/6/2022 (Isnin)

Langkah Kekuatan Kelemahan


Set Induksi Pengapikasian video dalam set induksi Guru sepatutnya menyoalkan soalan
berjaya menarik minat pembelajaran kepada murid mengenai perkara yang perlu
murid ke topik pembelajaran hari ini. diperhatikan oleh murid supaya murid
mengetahui fokus dalam video.

Langkah 1 Guru mengapikasikan gambar-gambar Terdapat kesalahan di power point yang


yang menarik untuk memberikan disediakan guru.
gambaran yang jelas kepada murid dalam
Terdapat keciciran satu perkataan yang
proses mempelajari kosa perkataan yang
perlu diajar guru.
betul. Selain itu, guru juga membetulkan
kesilapan murid dengan sepontan dan
menunjukkan contoh yang sesuai dan
betul kepada murid.

Langkah 2 Perekaan power point yang teliti, Penerangan guru agak membosankan.
bersistematik dan senang difahami murid. Terdapat murid yang seolah-olah tertidur
ketika mendengar penerangan daripada
guru.

Langkah 3 Pemaparan “Perkara yang dapat dilakukan Aktiviti kerja kumpulan tidak terkawal.
oleh bapa dalam keluarga” membantu Disiplin murid berada di tahap yang
memberikan penyediaan kepada kelas rendah.
penulisan karangan yang akan datang
dengan menberikan contoh yang amat
jelas.

Langkah 4 Pembahagian masa yang amat baik. Guru tidak memantapkan dan menilai
pembelajaran murid.
Penutup Guru menyediakan murid kelas seterusnya Arahan yang dikeluarkan guru kurang
untuk memerhatikan bapa masing-masing. jelas. Terdapat murid yang tidak
memahami arahan guru.

Cadangan Penambahbaikan :
Guru dicadangkan agar menerangkan perturan yang perlu dipatuhi sebelum aktiviti pembelajaran
bermula untuk memastikan disiplin murid terkawal. Guru perlu membuat langkah pemantapan
dan penilaian terhadap input yang dipelajari murid dalam memastikan keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdPR) Ke-3
Kelas : 3 A
Subjek : Bahasa Cina Tahun 3
Tarikh : 14/6/2022 (Selasa)

Langkah Kekuatan Kelemahan


Set Induksi Pengapliksian unsur multimedia menarik Perancangan tidak memfokuskan murid.
minat murid dan membekalkan isi Murid-murid mendengar pencakapan guru
penting kepada murid dalam penulisan sahaja.
karangan.

Langkah 1 Bimbingan analisi tema karangan yang Murid tidak perpeluang membaca bahan
baik yang dipaparkan dengan teliti.

Langkah 2 Perkongsian guru memberikan gambaran Aktiviti PdPR berfokuskan guru.


yang jelas tentang permintaan tema yang Murid-murid mendengar sahaja
perlu ditulis murid. perkongsian guru dan tidak berpeluang
untuk mengemukan pendapat sendiri.

Langkah 3 Peta minda yang diberikan kepada murid Peraturan dan kehendak penulisan “cakap
berkesan dalam membantu murid tulis” tidak perlu dipaparkan kepada murid.
memahami pemintaan tema dan
gambaran yang jelas mengenai kehendak
soalan penulisan.

Langkah 4 Guru melakukan bimbingan melalui Guru tidak membuat perancangan yang
aplikasi WhatsApp bagi memastikan baik mengenai murid yang menghabiskan
murid mengikut perkembangan pdp yang tugasan dengan cepat dan lebih awal.
disampaikan.

Penutup Guru memaparkan hasil kerja murid dan -


bersama-sama menyemak hasil kerja
murid dengan murid supaya memberi
input kepada murid mengenai kekuatan
dan cadangan penambahbaikan yang
boleh dilakukan.

Cadangan Penambahbaikan :
Guru dicadangkan agar memberi peluang kepada semua murid untuk berkongsi pendapat mereka
sebelum guru memberikan jawapan. PdPR guru juga dicadangkan supaya mengurangkan
pencakapan dan lebih menekankan serta berfokuskan murid. Guru sebagai fasilitator dalam
proses PdPR, justeru perlulah memberikan lebih bimbingan dan bukannya mengajar sepenuhnya
dalam aktiviti pembelajaran murid.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdPR) Ke-4


Kelas : 3 A
Subjek : Bahasa Cina Tahun 3
Tarikh : 15/6/2022 (Rabu)

Langkah Kekuatan Kelemahan


Set Induksi Pengapliksian unsur multimedia menarik Perancangan tidak memfokuskan murid.
minat murid dan perhatian kepada murid
dalam permulaan pembelajaran.

Langkah 1 Bimbingan analisi tema karang yang Murid tidak perpeluang membaca bahan
baik yang dipaparkan dengan teliti.

Langkah 2 Perkongsian guru dalam bentuk animasi Aktiviti PdPR terlalu berfokuskan guru dan
dapat menimbulkan minat murid dalam bahan. Terdapat murid yang kurang
aktiviti pembelajaran. memahami gambaran-gambaran yang
diberikan oleh guru.
Langkah 3 Peta minda yang diberikan kepada murid Peraturan dan kehendak penulisan “cakap
berkesan dalam membantu murid tulis” tidak perlu dipaparkan kepada murid.
memahami pemintaan tema dan
gambaran yang jelas mengenai kehendak
soalan.

Langkah 4 Guru melakukan bimbingan melalui Guru tidak membuat perancangan yang
aplikasi WhatsApp bagi memastikan baik mengenai murid yang menghabiskan
murid mengikut perkembangan pdp yang tugasan dengan cepat dan lebih awal.
disampaikan.

Penutup Guru memaparkan hasil kerja murid dan -


bersama-sama menyemak hasil kerja
murid dengan murid, supaya memberi
input kepada murid mengenai kekuatan
dan cadangan penambahbaikan yang
boleh dilakukan

Cadangan Penambahbaikan :
Guru dicadangkan agar memberikan peluang kepada murid untuk berkongsi sebelum guru
berkongsi. PdPR guru perlu lebih berfokuskan murid dan kurangkan bercakap. Untuk membantu
murid memahami isi-isi tajuk pengajaran, guru haruslah menyediakan animasi yang sesuai
dengan tahap penguasaan murid.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdPR) Ke-5


Kelas : 3 A
Subjek : Bahasa Cina Tahun 3
Tarikh : 16/6/2022 (Khamis)

Langkah Kekuatan Kelemahan


Set Induksi Pengapliksian unsur multimedia video Murid yang berprestasi tinggi sudah faham
menarik minat murid. video dan berasa bosan kerana telah
memahami apa yang akan dipelajari nanti.

Langkah 1 Bimbingan guru yang baik dengan Gambar-gambar yang berunsurkan tulisan
pengaplikasikan gambar-gambar yang tidak berjaya menarik minat untuk murid-
menarik. murid yang lemah. Mereka kurang
memahami maksud dalam gambar sajak.
Langkah 2 Bimbingan guru memberikan gambaran Murid tidak mengenali tanda yang
yang jelas dan mencapai objektif PdPR. digunakan dalam sajak
Guru juga memasukkan penerangan
ringkas dalam membantu murid yang
lemah.
Langkah 3 Bimbingan guru berperingkat disertai Murid berprestasi rendah tidak dapat
dengan penerangan sajak dalam mengikutan perkembangan PdPR. Guru
pembelajaran. perlu menggunakan masa yang lebih untuk
menjelaskan setiap maksud dalam sajak.

Langkah 4 Soalan yang berbeza disediakan Aktiviti kelihatan tidak berkesan bagi
mengikut tahap kesukaran murid-murid. murid-murid yang lemah. Bimbingan
penuh perlu disediakan untuk
meningkatkan pemahaman mereka.

Penutup Guru memantapkan pengetahuan sedia Tidak ilmu lanjutan dan tugasan disediakan
ada murid melalui pertanyaan soalan untuk murid-murid.
sebelum mengakhiri tajuk pembelajaran
hari ini.

Cadangan Penambahbaikan :
Guru dicadangkan agar membuat pertimbangan terhadap prestasi murid yang besar jurangnya
dan merancang RPH yang sesuai. Tindakan susulan dan penambaikan amat penting dalam
membantu murid-murid yang lemah menguasai tajuk pembelajaran hari ini. Dalam tempoh PKP
ini, aplikasi WhatsApp dan telegram diluakan penggunaan dalam membimbing murid-murid
yang lemah demi semasa ke semasa untuk membantu mereka menguasai isi pembelajaran.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdPR) Ke-6


Kelas : 3A
Subjek : Bahasa Cina Tahun 3
Tarikh : 19/6/2022 (Ahad)

Langkah Kekuatan Kelemahan

Set Induksi Pengapliksian unsur multimedia video -


menarik minat murid terhadap tema
pembelajaran pada hari ini. Murid-murid
kelihatan amat terhibur dengan animasi yang
ditayangkan.

Langkah 1 Penggunaan kemahiran bertanya berjaya Tempoh perbincangan yang diberikan kepada
diaplikasikan dalam pengajaran. Soalan yang murid-murid tidak mencukupi. Kelihatan
dikemukakan guru berjaya memastikan murid terdapat murid yang kecewa kerana tidak
membuat pemerhatian terhadap gambar yang berpeluang untuk menjawab soalan.
dipaparkan dengan lebih teliti.

Langkah 2 Guru memberikan peluang kepada murid Perancangan aktiviti terlalu mudah dan tidak
untuk menggunakan kreativiti dalam mereka mencabar. Murid-murid terlalu cepat
perbualan dalam gambar. menjawab soalan menjadikan objektif aktiviti
perbualan secara kreatif kurang berhasil.
Langkah 3 Objektif PdPR iaitu pembelajaran cara Aktiviti penerangan membosankan. Murid-
berkomunikasi secara bersopan tercapai murid jemu apabila mendengar penerangan
yang panjang daripada guru semasa aktiviti
langkah 3 dijalankan.
Langkah 4 Perbincangan terhadap akibat ketiadaan unsur -
sopan dalam interaksi harian. Ini secara tidak
langsung memupuk semangat kekitaan di
kalangan kaum yang berbeza di Malaysia.

Penutup Guru menerapkan pelbagai nilai murni seperti Penerapan nilai-murni melalui perbualan
tolong-menolong, saling menghormati dan antara guru dengan murid kelihatan kurang
bersopan santun. memberikan kesan kepada murid. Terdapat
murid yang sambil lewa kerana tidak mahu
mendengar nasihat guru.

Cadangan Penambahbaikan :
Penerapan dan pengaplikasian perbualan secara bersopan merupakan fokus tajuk hari ini. Untuk membina
sikap murni, selain daripada penerapan secara dalam kelas, guru-guru juga boleh bekerjasama bersama
ibu bapa dalam menerapkan amalan murni dalam kehidupan seharian murid-murid. Sebagai aplikasi
dalam pembelajaran, guru digalakkan memberikan projek seperti membuat rakaman untuk melakonkan
amalan-amalan mulia tersebut. Ini secara langsung juga dapat meningkatkan kemahiran TMK dalam
pembelajaran murid.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdPR) Ke-7


Kelas : 3A
Subjek : Bahasa Cina Tahun 3
Tarikh : 20/6/2022 (Isnin)

Langkah Kekuatan Kelemahan


Set Induksi Teknik pertuturan guru membawa murid Aktiviti PDP tidak selari dengan aktiviti
ke topik pembelajaran secara dalam RPH yang dirancangkan.
berperingkat. Ini membantu murid
bersedia untuk mengikuti tajuk
pembelajaran.
Langkah 1 Teknik membaca sambil mengenal Penguasaan murid terhadap perkataan
membolehkan murid dapat Bahasa Cina belum mantap. Terdapat
mengaplikasikan input pembelajaran ramai perkataan asas yang tidak dapat
dengan segera. disebut oleh murid.

Langkah 2 Guru menggunakan pemandangan luar Contoh bahan yang disediakan tidak
tingkap (bahan maujud) bagi menjelaskan mencukupi.
perkataan yang tidak dikenali murid. Ini
dapat membantu murid memahami
perkataan dengan jelas.
Langkah 3 Penerangan bergambar yang menarik dan Guru terlalu mementingkan penerangan
berperingkat membantu murid mengikuti secara lisan. Akibatnya, murid berasa
tajuk pembelajaran. bosan kerana lama mendengar.

Langkah 4 Perancangan aktiviti secara Jawapan soalan yang dikemukakan adalah


berpertandingan berjaya menarik minat luas dan sukar membuat penilaian yang
murid untuk melibatkan diri dalam tepat mengenainya.
aktiviti PdPR dengan aktif .

Penutup . Pembahagian masa tidak memuaskan.


PdPR terpaksa menggunakan masa yang
lebih untuk tamat.

Cadangan Penambahbaikan :
Bagi mengatasi masalah murid cepat berasa jemu, guru dicadangkan agar memperbanyakkan aplikasi
unsur multimedia dalam proses PdPR supaya menarik minat murid dan memberikan gambaran yang jelas
kepada murid. Pelbagai aplikasi unsur multimedia yang mencabar seperti Quiziz dan Kahoot disediakan
sebagai aktiviti tambahan untuk menggalakkan penglibatan penuh daripada semua murid. Bagi mengatasi
masalah kebelumcapaian perkataan Bahasa Cina pada tempoh PKP ini, guru juga boleh memanfaatkan
penggunakan aplikasi WhatsApp untuk membimbing murid mengeja dan membaca perkataan melalui
rakaman suara. Bimbingan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan murid-murid sentiasa
menguasai pembacaan perkataan.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdPR) Ke-8


Kelas : 3A
Subjek : Bahasa Cina Tahun 3
Tarikh : 21/6/2022 (Selasa)

Langkah Kekuatan Kelemahan


Set Induksi Pengunaan alat bantu mengajar -
berdasarkan proses kitar air berjaya
menarik minat murid-murid. Ini
menimbulkan cita rasa murid bagi
meneruskan pembalajaran untuk hari ini.
Langkah 1 Pengaplikasian video menarik minat Guru tidak menggunakan gambar untuk
murid dan memberikan gambaran jelas membantu murid mengenali perkataan
kepada murid. Secara tidak langsung juga baharu. Penerangan yang berasaskan lisan
menerapkan unsur pengetahuan sains menyebabkan murid kurang memahami
kepada murid-murid. perkataan-perkataan yang diajar oleh
guru.

Langkah 2 Guru mengemukan soalan dahulu sebelum Bimbingan terlalu banyak menyebabkan
menayangkan video. Ini membolehkan guru yang bertanya dan guru yang
murid-murid memberikan fokus dalam menjawab soalan. Murid-murid
pembelajaran kerana ingin menonton mendengar sahaja jawapan tanpa berfikir.
video yang akan ditayangkan.

Langkah 3 Penerangan menarik dan berperingkat Aktiviti penerangan lisan yang


dengan disertai pengaplikasian video membosankan murid. Pemantapan
dapat menambah ilmu murid. terhadap pengalaman sedia ada murid
kurang.

Penutup . Penutupan biasa dan membosankan.

Cadangan Penambahbaikan :
Guru dicadangkan agar merancang langkah pembelajaran dan pengajaran dengan memfokuskan
murid bagi memupuk kemahiran murid untuk belajar secara berdikari. Murid-murid perlu
diberikan sedikit masa untuk berfikir sebelum guru memberikan jawapan. Untuk memotivasikan
murid berfikir, hadiah boleh disediakan untuk murid-murid yang berjaya menjawab soalan. Bagi
memperlengkapkan aktiviti penutup dalam pembelajaran, aktiviti nyanyian boleh digunakan
supaya murid-murid berasa puas hati terhadap aktiviti PdPR untuk sesi pembelajaran hari ini.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdPR) Ke-9


Kelas : 3A
Subjek : Bahasa Cina Tahun 3
Tarikh : 22/6/2022 (Rabu)
Langkah Kekuatan Kelemahan
Set Induksi Pengaplikasian permainan berjaya -
menarik minat belajar murid. Murid-
murid memberikan fokus penuh dalam
PdPR yang dirancangkan oleh guru.

Langkah 1 Pengaplikasian video menarik minat -


murid dan memberi gambaran jelas
kepada murid.

Langkah 2 Permainan “ayam merantasi jabatan” dan Bimbingan terlalu banyak menyebabkan
sistem pengumpulan markah guru yang bertanya dan guru yang
membolehkan murid melibatkan diri menjawab soalan. Murid-murid mendengar
dengan aktif dalam proses PdPR. sahaja jawapan tanpa berfikir.

Langkah 3 Penerangan menarik dan berperingkat Aktiviti penerangan membosankan.


dengan adanya pengaplikasian video. Ini Bimbingan terlalu banyak dan tidak
dapat menambahkan pengetahuan memfokuskan keupayaan setiap murid.
sampingan murid.

Langkah 4 Pemantapan terhadap pengalaman sedia Pembahagian masa tidak memuaskan.


ada murid. Murid-murid mengambil masa yang
panjang untuk menyalin isi-isi penulisan
yang dikongsikan oleh guru.

Penutup - Masa yang diberikan guru tidak mencukupi


dan murid tidak dapat menghabiskan
tugasan.

Cadangan Penambahbaikan :
Guru dicadangkan agar merancang langkah pembelajaran dan pengajaran dengan memfokuskan
murid bagi memupuk kemahiran murid untuk belajar secara berdikari. Elakkan daripada
penerangan yang terlalu banyak. Untuk mengatasi masalah ketidakcukupan masa dalam aktiviti
menyalin isi-isi penulisan, guru bolehlah menyediakan keratin kertas atau menghantar isi-isi
tersebut melalui WhatsApp dan telegram. Murid-murid bolehlah menyalin isi-isi tersebut di
rumah selepas PdPR tamat. Masa yang terluang ini dapat dimanfaatkan untuk perancangan
aktiviti yang lebih berfaedah.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdPR) Ke-10


Kelas : 3A
Subjek : Bahasa Cina Tahun 3
Tarikh : 23/6/2022 (Khamis)
Langkah Kekuatan Kelemahan
Set Induksi Pengaplikasian permainan berjaya Murid-murid memerlukan masa yang
menarik minat belajar murid dan proses lebih untuk menjalankan aktiviti.
PDP aktif dan menarik. Cara ini juga
dapat membantu guru menguji
pengalaman sedia ada murid.

Langkah 1 Penerangan menarik dan berperingkat Bimbingan terlalu banyak menjadikan


dapat meningkatkan penguasaan murid. murid terlalu bergantung kepada guru
untuk menjawab soalan.

Langkah 2 Aktiviti memusatkan murid dan murid Tahap kesukaran tinggi dan ramai yang
berpeluang mencabar perkataan yang tidak berani menyahut cabaran.
lebih sukar.

Langkah 3 - Rubrik pemarkahan tidak jelas.

Langkah 4 Guru membimbing murid untuk -


membuat pembetulan bagi bahagian
kesilapan murid.

Penutup Pemantapan terhadap pengalaman sedia -


ada murid.

Cadangan Penambahbaikan :
Untuk menggalakkan murid-murid bergiat aktif dalam menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan, guru dicadangkan agar menggunakan perkataan yang senang dahulu dan secara
berperingkat ke tahap yang lebih sukar. Selain itu, Guru haruslah bijak untuk memotivasikan
murid dengan pelbagai kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan pemikiran murid. Motivasi
merupakan sesuatu langkah untuk memajukan murid agar dapat belajar dengan baik. Apabila
murid bermotivasi untuk belajar, mereka lebih memahami dan menerima input pengajaran yang
diajar oleh guru dengan mudah. Oleh itu, guru harus berupaya mewujudkan persaingan positif
dalam kalangan pelajarnya agar murid lebih tekun untuk meningkatkan prestasi. Bagi tujuan
menggalakan persaingan, guru boleh memberi pujian dan hadiah ataupun penghargaan kepada
murid yang berjaya dalam mata pelajaran
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdPR) Ke-11
Kelas : 3A
Subjek : Bahasa Cina Tahun 3
Tarikh : 7/7/2022 (Khamis)
Langkah Kekuatan Kelemahan
Set Induksi Kemahiran membanding beza Murid-murid yang lemah memerlukan
berdasarkan gambar dan perkataan telah masa yang lebih untuk menjalankan
diaplikasi dalam permulaan pengajaran aktiviti permulaan pembelajaran.
untuk meningkatkan naluri murid.

Langkah 1 Penerangan menarik dan berperingkat Terdapat murid yang tidak dapat
dapat meningkatkan penguasaan murid. menyebut perkataan yang ditunjukkan.

Langkah 2 Aktiviti membaca dan mencari ayat Terdapat murid yang tidak memahami isi
yang mengandungi sebutan direka tersirat dalam ayat dipaparkan. Guru
berdasarkan pengalaman sedia ada perlu mengubah ayat untuk membantu
murid. murid yang lemah.
Langkah 3 Guru menyediakan dua set latihan Terdapat murid yang tidak dapat
pengukuhan berdasarkan kebolehan mengakses Internet, akibatnya latihan-
murid. Pengayaan untuk murid yang latihan ini tidak dapat disiapkan.
berkebolehan tinggi manakala latihan
pemulihan disertakan pilihan jawapan
untuk membantu murid yang lemah.

Penutup Penggunaan nyanyian lagu yang -


bertemakan pengajaran hari ini
menghiburkan hati murid dan sekali gus
mengukuhkan pengetahuan murid.

Cadangan Penambahbaikan :
Dalam membantu murid yang lemah, guru seharusnya mereka ayat dengan berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman setiap murid. Untuk membantu murid memahami isi pelajaran,
video turut disertai gambar animasi dan suara supaya pembelajaran lebih seronok dan difahami
dengan jelas, ini dapat memberikan maklum balas positif kerana murid-murid boleh menguasai
dengan mudah dengan menggunakan aplikasi ini. Bagi murid yang berada di pinggir bandar
menyebabkan ada segelintir yang tidak dapat mengakses Internet, penyelesaiannya ialah
menggunakan aplikasi WhatsApp untuk berhubung dengan memberikan set latihan kepada
murid. Ini membantu guru boleh membuat penilaian terhadap murid serta memberikan
bimbingan terus melalui rakaman suara dalam WhatsApp.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdPR) Ke-12


Kelas : 3A
Subjek : Bahasa Cina Tahun 3
Tarikh : 10/7/2022(Isnin)
Langkah Kekuatan Kelemahan
Set Induksi Pengaplikasian video menarik minat Kelajuan Internet menjadi isu utama
murid dan memberikan gambaran jelas menyebabkan video tidak dapat
kepada murid. Secara tidak langsung ditayangkan dengan lancar oleh murid-
juga menerapkan unsur pengetahuan murid. Murid-murid memerlukan masa
sains dan teknologi kepada murid-murid. yang lebih untuk mengakses video yang
ditayangkan oleh guru.

Langkah 2 Penerangan menarik dan berperingkat Terdapat murid yang tidak memahami isi
dapat meningkatkan penguasaan murid. tersirat dalam ayat dipaparkan. Guru
Bimbingan guru memberikan gambaran perlu mengubah ayat untuk membantu
yang jelas dan mencapai objektif PdPR. murid yang lemah.
Guru juga memasukkan penerangan
ringkas dalam membantu murid yang
lemah.

Langkah 3 Guru menyediakan dua set latihan Terdapat murid yang tidak dapat
pengukuhan berdasarkan kebolehan mengakses Internet, akibatnya latihan-
murid. Pengayaan untuk murid yang latihan ini tidak dapat disiapkan.
berkebolehan tinggi manakala latihan
pemulihan disertakan pilihan jawapan
untuk membantu murid yang lemah.

Penutup Penerapan nilai murni dan kajian masa


depan diaplikasikan pada akhir
pembelajaran untuk mendidik murid
memanfaatkan alat-alat teknologi.
Cadangan Penambahbaikan :
Pembelajaran dalam talian amat memerlukan disiplin murid yang tinggi serta sokongan dan
dorongan yang kuat daripada guru dan ibu bapa. Antara faktor yang menyumbang kepada hilang
tumpuan murid ialah persekitaran di rumah yang tidak sesuai untuk pembelajaran, bahan
pembelajaran tidak menarik, masalah capaian internet, kegagalan peralatan teknologi yang
digunakan dan murid yang lemah dalam mata pelajaran. Bagi meningkatkan perhatian dan
kehadiran murid ketika pembelajaran dalam talian, guru boleh menyediakan bahan pembelajaran
yang menarik dan sesuai, sama ada dalam bentuk video, lembaran kerja, animasi dan sebagainya.
Kandungan pelajaran yang banyak juga boleh dipecah kecil bagi memudahkan murid memproses
maklumat dan mengurangkan masa pembelajaran mereka. Aktiviti permainan dalam talian juga
dapat meningkatkan tumpuan murid dan pemberian ganjaran bagi setiap aktiviti atau soalan yang
dapat dijawab oleh murid boleh meningkatkan motivasi untuk belajar. Guru juga harus sedia
merakam pengajaran yang dilaksanakan secara sinkronus bagi mengelak murid tercicir.

You might also like