You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak atau anak kecil yang dimaksudkan sebagai
manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta belum tahu untuk membuat
keputusan dengan sendirinya. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme
yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi sebelum orang dewasa.
Kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu kanak-kanak awal yang berusia dari usia bayi sehingga
umur 6 tahun manakala kanak-kanak akhir diantara 7 tahun hingga 12 tahun. Menurut Santrock
(2014), Diamond (2013), pertumbuhan ialah suatu perubahan dan peningkatan dalam jumlah dan
ukuran pada tubuh badan seseorang yang dapat diukur secara kuantitatif. Menurut Santrock,
(2014); Cook&Cook, (2009), perkembangan melibatkan perubahan tubuh badan yang bersifat
kualitatif. Tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berbeza dari pelbagai sudut sama
ada aspek fizikal, kognitif, afektif dan psikomotor.

Kemahiran motor halus ialah pergerakan yang lebih halus dan memerlukan bantuan otot
yang tertentu sahaja seperti menggunakan jari untuk memegang objek, menulis atau melukis.
Penguasaan kemahiran ini membantu kanak-kanak untuk mencapai mengikut kehendaknya
sendiri. Ia juga memainkan peranan penting untuk merangsang dalam penerokaan persekitaran.
Perkembangan motor halus melibatkan koordinasi antara kawalan tangan dengan penglihatan
kanak-kanak. Dengan kemajuan perkembangan penglihatan pada peringkat prasekolah, kawalan
pergerakan jari kanak-kanak menjadi semakin tepat.

Pada zaman perkembangan teknologi yang pesat pada masa kini, ramai kanak-kanak
lebih terdedah kepada teknologi. Umumnya, teknologi kurang membantu dalam perkembangan
motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Malah, disebabkan pendedahan teknologi yang
berlebihan kepada kanak-kanak, ini akan menyebabkan perkembangan kanak-kanak menjadi
perlahan. Oleh itu, pendedahan awal samada ibubapa atau guru amat digalakkan bagi membantu
perkembangan kanak-kanak amat digalakkan.(Wong Kiet Wah, Mohammad Isa Azis & Rafidah
Ruhani, 2016).

1
2.0 BIOADATA KANAK-KANAK

Nama Muhammad Ariff Hakimi Bin Suha Adnan


Umur 4 tahun
Jantina Lelaki
Anak ke berapa dalam adik beradik Sulung daripada dua adik beradik
Bilangan adik beradik 2 orang
Nama ibu Maizura Binti Mohamed
Umur 35 tahun
Pekerjaan Jururawat
Nama bapa Suha Adnan Bin Rasli
Umur 34 tahun
Pekerjaan Tentera

Bapa responden bekerja luar kawasan. Ibu reponden pula bekerja mengikut syif. Jadi, apabila
ibunya bekerja pada waktu siang, responden akan berada di rumah pengasuh. Jika ibunya bekerja
pada waktu malam, responden akan berada di bawah jagaan bapa saudaranya. Keadaan ini
menyebabkan responden kekurangan perkembangan motor halus mengikut tahap yang
bersesuaian.

2
3.0 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perkembangan fizikal merangkumi aspek-aspek pertumbuhan saiz, struktur tubuh serta otak dan
kemahiran psikomotor. Proses pertumbuhan dan perkembangan fizikal adalah berbeza semasa
bayi, kanak-kanak dan remaja. Pertambahan berat adalah lebih cepat pada peringkat bayi di
mana pada usia 5 bulan, berat bayi adalah dua kali ganda daripada berat bayi ketika lahir. Pada
peringkat awal usia, purata pertumbuhan ketinggian kanak-kanak adalah sekitar 3 inci (7 cm) dan
pertambahan berat badan lebih kurang 4.5 paun (2 kg) setahun. Perkembangan saiz badan yang
seimbang biasanya dilihat secara membandingkan berat badan kanak-kanak dengan
membandingkan dengan ketinggian yang dicapai pada umur tertentu.

Menurut Martorell et al., Morrison, (2012), perkembangan kognitif merujuk kepada


perkembangan mental yang melibatkan kematangan aktiviti mental seperti keupayaan intelektual
dan pemprosesan maklumat serta perkembangan pertuturan dan perolehan bahasa. Menurut
Sigelman & Rider, (2012), hasil daripada kematangan sistem saraf otak menyebabkan kanak-
kanak berupaya untuk menghasilkan aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis,
membentuk konsep dan menyelesaikan masalah

Emosi ialah salah satu elemen psikologi yang dialami oleh semua individu dari segenap
peringkat umur. Menurut Mortorell et al. (2014) dan Bee & Boyd (2010) menjelaskan emosi
merujuk keupayaan kanak-kanak menunjukkan reaksi tertentu terhadap sesuatu rangsangan
samada terhadap benda, orang atau situasi dan tindak balas emosi ini membayangkan perasaan
seseorang pada ketika itu. Menurut Santrock (2014) juga menjelaskan bahawa emosi merupakan
perasaan yang merangkumi gabungan rangsangan emosi seperti degupan jantung yang laju dan
tingkah laku yang nyata seperti senyum dan menangis. Jelasnya, emosi melibatkan perasaan,
gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi.

3
Perkembangan sosial yang dialami oleh kanak-kanak seiring dengan pertumbuhan dan
perkembangan fizikalnya. Menurut Suppiah et al., 2008), perkembangan sosial ialah kebolehan
kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang lain. Perkembangan sosial dalam dunia kanak-
kanak lebih tertumpu kepada hubungan persahabatan dan mendapatkan kawan bermain samada
di dalam lingkungan sekolah atau di luar lingkungan sekolah. Persahabatan dalam kalangan
kanak-kanak terjalin dalam tempoh masa yang tidak lama, kadang-kadang apabila terjadi
masalah yang kecil, jalinan persahabatan akan terputus. (Wong Kiet Wah, Mohammad Isa Azis
& Rafidah Ruhani, 2016)

4
4.0 AKTIVITI YANG DILAKUKAN

Responden berada dirumah pengasuhnya sebelum aktiviti dilakukan. Jadi, pengkaji dan
rakannya telah menjemput responden di rumah pengasuh dan pulang ke rumah untuk melakukan
aktiviti. Responden ketika itu masih mamai kerana baru bangun dari tidur.

Sebelum memulakan aktiviti, pengkaji telah menyediakan bahan untuk melakukan


aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus. Pengkaji telah memberi arahan kepada
responden dan memberi tunjuk ajar agar responden meniru gaya untuk membuat aktiviti tersebut.
Responden telah mengoyakkan cebisan kertas bewarna merah secara kasar. Pengkaji memberi
arahan kepada responden agar mengoyakkan cebisan kertas yang telah dikoyakkan menjadi
cebisan yang lebih halus. Responden dapat mendengar arahan dengan baik dan lalu menampal
kertas yang cebisan kecil berwarna ke atas kertas putih untuk mengisi ruang kosong.

Aktiviti seterusnya, pengkaji telah menyediakan 3 helai kertas yang berlainan warna iaitu
warna hijau, biru dan putih. 2 helai kertas putih tersebut telah dipotong secara menegak dan
melintang agar kanak-kanak membuat kemahiran motor halus. Pengkaji memberi arahan kepada
responden dengan menganyam kertas bewarna hijau secara melintang. Responden dapat
menunjukkan minat dan dapat melakukan aktiviti kemahiran motor halus yang melibatkan
aktiviti yang kompleks. Responden juga dapat meyiapkan anyaman kertas dengan cepat
walaupun terdapat kesalahan yang kecil. Responden menunjukkan hasil tersebut kepada ayah
saudaranya dan mendapat kepujian.

Seterusnya, pengkaji telah menyediakan sehelai kertas putih yang telah dilukis objek
yang berlainan bentuk dan telah memberi arahan kepada responden agar menggunting bentuk
tersebut lalu menampal bentuk yang telah digunting ke atas kertas yang telah disediakan.
Responden terpaksa memegang gunting menggunakan kedua-dua tangannya dan dibantu oleh
sepupunya. Pada pemerhatian pengkaji, responden kurang mahir memegang gunting walaupun
sudah ditegur oleh pengkaji. Responden berjaya menggunting bentuk tersebut walaupun dapat 2
bentuk sahaja dan menmapal bentuk tersebut ke atas kertas putih.

5
Selesai sahaja responden meggunting, pengkaji telah menyediakan 3 helai gambar yang
telah dicetak. Gambar tersebut ialah “Upin Ipin, Diddy N Friends, dan Angry Birds”. Pada
mulanya, pengkaji memberi pilihan kepada responden agar memilih gambar yang mahu diwarna
dahulu. Responden kelihatan teruja dan mula bewarna pada gambar tersebut. Pada pemerhatian
pengkaji, responden kurang mahir dalam memegang pensil warna dan kurang mengenali
terhadap warna yang terdapat dalam gambar tersebut.

Akhir sekali, pengkaji memerhati bahawa responden telah berasa bosan setelah selesai
aktiviti tadi. Jadi, pengkaji telah menyediakan sehelai kertas kosong dan beri arahan kepada
responden agar membuat aktiviti contengan bebas. Reponden menggunakan pensil warna
sebagai bahan contengan bebas. Responde pada mulanya kelihatan binggung kerana tidak tahu
membuat contengan bebas. Jadi, pengkaji memberi idea pada responden membuat contengan
berupa nombor dan objek. Responden memberi kerjasama yang baik pada ketika ini walaupun
terpaksa memerlukan bantuan untuk memegang pensil warna.

6
5.0 KESAN PERKEMBANGAN MOTOR HALUS YANG LEMAH

Pada zaman teknologi yang sedang berkembang dengan pesat masa kini, terdapat banyak kesan
yang boleh diperhatikan sekiranya pemerhati membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak yang
kurang terdedah dengan dunia luar dan kurang didedahkan dengan pekembangan motor.

Kesan yang pertama ialah kanak-kanak tidak dapat menulis dengan baik. Jika kanak-
kanak menghadapi masalah seperti perkara tersebut, ini akan mengakibatkan kesukaran
menulis dan perkembangan pembelajaran pada kanak-kanak dan boleh masuk ke kelas
pemulihan ketika memasuki alam persekolahan.

Kesan yang kedua ialah kanak-kanak yang mengalami kecederaan, penyakit, stroke atau
keadaan tidak normal sejak lahir. Masalah ini boleh berkait rapat seperti penyakit sawan,
terencat akal, buta, pekak atau disebabkan diabetes. Kanak-kanak yang lambat menunjukkan
perkembangan dalam kemahiran motor halus seperti mempunyai masalah dalam mengawal
koordinasi pergerakan badan khususnya bahagian muka, tangan dan jari. Oleh itu, untuk
mengatasi masalah ini ialah ibu bapa dan guru memerlukan perancangan, masa dan pelbagai
bahan bantu mengajar untuk merawat masalah ini.

Kesan yang ketiga ialah ramai ibu bapa pada masa kini beri pendedahan teknologi media
yang berlebihan pada kanak-kanak 6 tahun ke bawah. Ini akan menyebabkan kanak-kanak
kurang bersosial, lambat bercakap dan perkembangan motor halus dan motor kasar lambat
berkembang. Kanak-kanak juga akan menjadi cepat letih, tantrum, dan mata menjadi rabun
ketika menjangkau usia muda. Ibu bapa perlu menghadkan masa penggunaan teknologi
media dan merancang membuat aktiviti yang berfaedah kepada kanak-kanak bagi meransang
semula perkembangan motor halus dan motor kasar dan membuatkan kanak-kanak kembali
bersosial dan menjadi insan yang sihat.

7
Kesan yang terakhir ialah ibu bapa yang kurang peka terhadap perkembangan anaknya
akan menyebabkan perkembangan anaknya terbantut dan menjadi perlahan. Ini adalah
disebabkan oleh pengaruh sosial dan teknologi sehingga mengabaikan perkembangan
anaknya. Ibu bapa haruslah mengikuti perkembangan semasa di media sosial sekaligus
mengikuti tips atau contoh yang telah dikongsi oleh kaum ibu bapa bagi mempercepatkan
semula perkembangan motor kasar dan motor halus selaras dengan usia anaknya. Ibu bapa
juga perlu bijak dalam merancang masa dan menghadkan masa terhadap media sosial
sekaligus lebih meluangkan masa bersama anak agar anak tidak berasa terabai.

8
6.0 TEKNIK DALAM MEMBANTU PERKEMBANGAN MOTOR HALUS KANAK-
KANAK
Guru perlu tahu faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam membuat rancangan
pembelajaran kanak-kanak. Sebagai contoh, pembelajaran kemahiran menulis adalah penting
bagi guru untuk memahami perkembangan motor halus dalam pengawalan pensil untuk kanak-
kanak menulis. Guru harus tahu cara pengawalan genggaman jari tangan kanak-kanak. Sekiranya
guru mengetahui perkembangan kanak-kanak tersebut masih berada pada tahap itu, guru akan
mempertimbangkan beberapa penyelarasan dan penyesuaian bagi membantu kanak-kanak
menulis dengan baik. Contoh, guru harus mempertimbangkan saiz, bentuk dan panjang pensil
yang sesuai untuk kanak-kanak menulis atau guru boleh menyuruh kanak-kanak seperti meramas
kacang hijau ketika dia mengalami kesukaran unuk menulis. Guru juga boleh membuat aktiviti di
dalam kelas seperti permanian kraf, jigsaw, membina blok lego, membuat aktiviti mengait dan
menjahit seperti memasukkan manik pada benang dan permainan bola pom pom yang berlainan
warna dan saiz.

Ibu bapa memainkan peranan penting bagi membantu perkembangan motor halus dan
motor kasar anak mereka. Selain itu, tidak lupa juga pada perkembangan fizikal, emosi kognitif
dan sosial. Jika ibu bapa mengambil berat terhadap perkara tersebut, nescaya perkembangan
anak mereka meningkat selari dengan usianya. Ibu bapa perlu merancang akiviti yang berfaedah
kepada anak mereka seperti aktiviti membuat doh, menyulam manik pelbagai bentuk, mengezip
zip pelbagai saiz dan warna, dan sebagainya. Tambahan pula, ibu bapa perlulah menjadi kreatif
bagi mengalakkan pemikiran kanak-kanak. Misalnya seperti membuat aktiviti seni bersama anak
mereka menggunakan barangan terpakai contoh aktiviti capan menggunakan kain buruk, span
dan botol plastik. Ibu bapa juga perlu bijak memberi arahan dalam membantu mengemas rumah
seperti mengemas barang mainan, menuang air ke dalam cawan, membuat kuih, mengecat rumah
dan sebagainya dalam aktiviti yang memerlukan pengfokusan koordinasi antara mata dan tangan.
Ibubapa juga perlu melatih anak mereka agar berdikari memakai pakaian sendiri seperti memakai
butang.

9
7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya pada laporan perkembangan motor halus ini, setiap manusia akan mengalami
perubahan terhadap perkembangan dan pertumbuhan dari aspek fizikal, kogntif, sosial dan
emosi. Ibu bapa, guru dan masyarakat perlulah memahami dan peka terhadap perkembangan
kanak-kanak dalam mewujudkan interaksi sosial dan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Perkembangan individu berlaku pada kadar yang berbeza mengikut kematangan dan
pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Akhir sekali, faktor genetik dan persekitaran
turut saling mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa yang bijak
adalah ibu bapa yang mengambil berat terhadap perkembangan anaknya.

Para ibu bapa dan guru seharusnya bekerjasama untuk merancang sesuatu perkara bagi
membantu pertumbuhan dan perkembangan yang optimum dalam kalangan kanak-kanak. Di
samping itu juga, ibu bapa dan guru perlu peka dengan setiap perubahan yang berlaku dalam
kalangan kanak-kanak dan berusaha menyediakan keperluan yang sewajarnya untuk memenuhi
perkembangan fizikal, kognitif, afektif, dan psikomotor yang maksimum. Namun, dalam usaha
untuk memenuhi keperluan tersebut, ibu bapa perlu menitikberatkan dan utamakan aspek kualiti
dan keselamatan agar perkara tersebut dapat memberi kepentingan dan kesan yang efektif ke atas
perkembangan kanak-kanak.

10

You might also like