You are on page 1of 1

JANJIKU

Teringat memori hari guru lima tahun lepas. Seperti biasa, tanggal 16

Mei ,hadiah untuk Cikgu Siti telah kusediakan awal iaitu sebuah pen merah. Agar

setiap hari apabila menanda buku, dia akan sentiasa mengingatiku. Sebaik tiba di

sekolah. Aku mencari Cikgu Siti. Dari jauh kelihatan kelibatnya.

“Cikgu Siti ! Cikgu Siti !”kataku dengan girang. Seperti biasa, Cikgu Siti akan

tersenyum apabila disapa. “Hadiah untuk cikgu, ambillah” kataku. Dia tersenyum

gembira. Seperti biasa kata nasihat tidak terlepas dari mulutnya. “Belajar rajin-rajin

ya Amir. Solat jangan tinggal. Hormati ibu bapa. Terima kasih untuk hadiah ini. Saya

akan guna setiap hari” katanya.

Aku berasa sangat bangga apabila setiap kali Cikgu Siti menanda buku, dia

menggunakan pen yang kuhadiahkan. Dulu aku seorang murid yang nakal. Entah

kenapa diriku seringkali memberontak. Sering dimarahi ibu , ayah dan cikgu

disekolah. Cikgu Sitilah orang yang memotivasikanku untuk menjadi lebih baik. Kata

nasihatnya membuatkan aku insaf dan berubah.

Rupa-rupanya tahun itu adalah tahun terakhir aku menyambut Hari Guru

bersama Cikgu Siti. Walaupun cikgu seorang yang ceria, rupa-rupanya dia menghidap

kanser. Dia telah pulang ke rahmatullah empat tahun yang lalu. “Amir, ingat segala

pesan cikgu ya”. Itulah kata-kata akhir Cikgu Siti. “Baik cikgu, segala pesananmu

akanku ingat sampai bila-bila”. Janjiku.

NUR IMAN INSYIRA BINTI MOHD AZMAN

SK CHINCHIN

You might also like