You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK UTARA,


JALAN TARUKA OFF JALAN DATIN HALIMAH,
80350 JOHOR BAHRU, JOHOR. Tel : 07-2365636
Fax : 07-2363858

Rujukan Kami : PIBG/SKTU JBA 1119/100-19/1/22 (01)


Tarikh : 21 JUN 2022

Kepada,

YB Tuan Mohd Hairi Bin Mad Shah


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Larkin
Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Larkin
Bangunan UMNO Bahagian Johor Bahru
02-01, Jalan Suria 18, Taman Putera,
81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBELI JERSI BOLA SEPAK SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berhubung kepada perkara di atas, kami Jawatankuasa PIBG SK Tasek Utara ingin memohon
sumbangan ikhlas daripda pihak tuan sebanyak 1 set jersi (18 helai baju serta seluar dan stokin) yang
berjumlah RM900 bagi memenuhi keperluan murid-murid di sekolah ini yang akan mewakili sekolah
dalam pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun pada Bulan Julai 2022. Untuk makluman
tuan/puan, jersi ini juga akan digunakan oleh pasukan bola sepak SK Tasek Utara pada masa-masa
kejohanan akan datang disebabkan jersi-jersi yang sedia ada sudah terlalu lama dan tidak
mencukupi.

3. Maklumat keperluan adalah seperti berikut :-

ITEM PER UNIT HARGA


Baju dan seluar (18 helai) RM 38 RM 684
Stokin (18 helai) RM 12 RM 216
JUMLAH RM 900

4. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya oleh pihak tuan bagi membantu
pihak sekolah dalam meningkatkan kemudahan dan kemajuan demi kepentingan murid-murid.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………...
(ABU BAKAR BIN MUSTAFFA)
Yang Dipertua PIBG,
SK Tasek Utara,
Johor Bahru.

s.k. Guru Besar, SK Tasek Utara, Johor Bahru.

You might also like