You are on page 1of 3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK UTARA,


JALAN TARUKA OFF JALAN DATIN HALIMAH, Tel : 07- 2365636
80350 JOHOR BAHRU, JOHOR. Fax : 07-2363858

Ruj.Kami : PIBG/SKT JBA 1119/100-19/1/19 (1)


Tarikh : 21 April 2019.

Pengarah,
JKR Johor Bahru,
677, Jalan Petri, Kampung Bahru,
80100 Johor Bahru, Johor.

Tuan,

MOHON MEMERIKSA KERETAKAN BANGUNAN DAN MENDAPAN TANAH DALAM KAWASAN


SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berhubung kepada perkara di atas, ahli Jawatankuasa PIBG SK Tasek Utara ingin memaklumkan
kepada pihak tuan tentang isu keretakan bangunan dan mendapan tanah yang semakin serius dalam
kawasan sekolah SK Tasek Utara.

3. Untuk pengetahuan tuan, struktur bangunan sekolah dan mendapan tanah ini sangat serius kerana
dapat memberi risiko dan mengancam keselamatan murid-murid, guru-guru serta ibu bapa SK Tasek Utara.
Selain itu, gangguan bekalan elektrik juga kerap berlaku kesan daripada keretakan bangunan ini. Pihak
PIBG juga memohon jasa baik pihak tuan untuk memeriksa sistem pendawaian elektrik di SK Tasek Utara.

4. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan
permohonan ini. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………...
(ABU BAKAR BIN MUSTAFFA)
Yang Dipertua PIBG,
SK Tasek Utara,
Johor Bahru.

s.k. Guru Besar, SK Tasek Utara, Johor Bahru.


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK UTARA,
JALAN TARUKA OFF JALAN DATIN HALIMAH, Tel : 07- 2365636
80350 JOHOR BAHRU, JOHOR. Fax : 07-2363858

A. LAMPIRAN BERGAMBAR

KERETAKAN STURKTUR BANGUNAN DAN MENDAPAN TANAH DI SEKOLAH SK TASEK UTARA


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK UTARA,
JALAN TARUKA OFF JALAN DATIN HALIMAH, Tel : 07- 2365636
80350 JOHOR BAHRU, JOHOR. Fax : 07-2363858

You might also like