Professional Documents
Culture Documents
Surat Kutipan Sumbangan Pibg2022
Surat Kutipan Sumbangan Pibg2022
Tuan/Puan,
SUMBANGAN KEPADA TABUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU BAGI TAHUN 2022
2. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Agung PIBG yang bertarikh 28 Mei 2022 (Sabtu), ahli
mesyuarat PIBG dikalangan ibu bapa dan guru telah bersetuju untuk menetapkan kadar
sumbangan PIBG pada tahun ini ialah sejumlah RM100.00 (Ringgit Seratus Sahaja) bagi
setiap keluarga.
2.1 Pembayaran boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu bayaran secara tunai kepada
guru kelas atau bayaran melalui kaedah online di atas akaun Bank Rakyat PIBG SK
TASEK UTARA (No. Akaun 11-140-100192-0) dan sertakan resit bukti pembayaran
online kepada kepada guru kelas anak tuan/puan.
2.2 Sumbangan ini amat diperlukan oleh PIBG untuk membantu pihak sekolah
menjalankan program-program yang telah dan akan diatur demi kejayaan serta
kecemerlangan anak-anak kita disekolah ini.
3. Pihak ahli jawatankuasa PIBG memohon kerjasama daripada semua ibu bapa dan waris untuk
membuat bayaran sumbangan PIBG dengan kadar segera. Sebarang pertanyaan, sila terus hubungi
pihak sekolah atau ahli jawatankuasa PIBG. Bersama ini disertakan surat jawapan Sumbangan PIBG
untuk makluman pihak tuan/puan. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
…………………………………...
(ABU BAKAR BIN MUSTAFFA)
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Tasek Utara,
Johor Bahru.
Sk : Guru Besar SK Tasek Utara
: Semua ahli jawatankuasa PIBG.
Borang Jawapan
Dengan ini menyerahkan wang Sumbangan PIBG 2022 yang berjumlah RM 100.00 (Seratus ringgit sahaja)
kepada pihak sekolah dengan mewakilkan guru kelas untuk menerima sumbangan tersebut.Terima kasih.
Dengan ini saya guru kelas kepada _________________________________ kelas _______ telah menerima
sumbangan PIBG 2022 berjumlah Rm 100.00 ( Seratus ringgit sahaja) daripada anak tuan/puan.