You are on page 1of 4

TEMA: KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

Jenis Tarian Tradisonal ( Nigel )

Negara Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai suku kaum dan
budaya yang tersendiri. Hal ini demikian kerana negara Malaysia dihuni oleh pelbagai
suku kaum yang berbeza seperti suku kaum yang terdapat di wilayah semenanjung
ialah Kaum Melayu, Cina, India. Di samping itu, suku kaum yang terdapat di wilayah
borneo pula ialah antaranya suku kaum Kadazandusun dan Kaum Iban. Setiap kaum
ini mempunyai budaya mereka yang tersendiri yang memperlihatkan tradisi mereka
masing-masing. Antara tradisi yang dimiliki oleh setiap kaum ini ialah tradisi tarian
tradisional yang diwarisi turun-temurun dari nenek moyang mereka. Oleh itu, terdapat
beberapa jenis tarian tradisional yang dimiliki oleh kesemua kaum tersebut. Tarian
Sumazau merupakan salah satu contoh tarian tradisional yang akan ditayangkan di
dalam video ini.
Kaum melayu merupakan kumpulan etnik yang terbesar di negara ini. Agama
rasmi bagi kaum ini ialah agama Islam. Selain itu, orang melayu dikenali oleh kerana
sifat mereka yang peramah dan tidak sombong. Antara jenis tarian tradisional bagi
kaum melayu ialah tarian Zapin, Joget dan Silat. Tarian Zapin telah diperkenalkan
oleh para mubaligh yang berasal dari Timur Tengah. Pada mulanya tarian ini
digunakan hanya untuk amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan
mengenai sejarah tamadun Islam. Namun kini tarian ini boleh ditarikan dalam
beberapa upacara seperti upacara perkahwinan kaum melayu. Tambahan pula, tarian
ini menjadi tarian yang wajib ditarikan ketika perkahwinan kaum melayu sedang
dilangsungkan. Tarian Zapin ini kebiasaannya ditarikan lebih daripada 5 orang penari.
Di samping itu, tarian Joget pula berasal dari tarian tradisi Portugis yang
diperkenalkan di negeri melaka sewaktu era perdagangan rempah dijalankan di tempat
tersebut. Pedagang dari portugis telah memperkenalkan tarian tersebut kepada
masyarakat yang ada di negeri Melaka pada ketika itu. Tarian ini dipersembahkan
oleh pasangangan penari dengan gerak-geri yang pantas serta sulami dengan pelbagai
usikan. Tarian ini juga kebiasaannya ditarikan ketika majlis perkahwinan suku kaum
Melayu sedang dilangsungkan. Tarian ini boleh ditarikan secara individu,
berpasangan atau berkumpulan. Seterusnya, tarian Silat adalah sejenis seni
mempertahankan diri yang dipersembahkan dalam bentuk tarian yang dimiliki oleh
suku kaum ini. Tarian ini memerlukan pergerakan badan yang penuh aksi serta bunga
langkah, persembahan silat ini sememangnya amat memukau dan mengasyikkan.
Persembahan silat ini biasa dilakukan oleh seorang individu atau dua orang individu
dihadapan kedua mempelai pengantin ketika majlis perkahwinan kaum melayu
sedang dilangsungkan. Tarian silat ini adalah wajib ditarikan dalam majlis
perkahwinan kaum ini.
Seterusnya bagi kaum cina mereka merupakan kumpulan etnik kedua yang
terbesar di negara Malaysia. Mereka terkenal kerana rajin bekerja untuk mencari
rezeki dan bijak dalam bidang perniagaan. Antara jenis tarian tradisional yang
dimiliki oleh kaum Cina ialah Tarian Singa dan Tarian Naga. Tarian Singa
kebiasaannya ditarikan atau dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina
sedang disambut oleh kaum ini. Tarian ini merupakan sebuah tarian yang bersemangat
iaitu sentiasa diiringi paluan gendang tagu cina dan simbal serta memerlukan
keberanian dan ketangkasan gerak tari yang tepat di antara penari-penarinya. Tarian
ini memerlukan sekurang-kurangnya 30 orang termasuk pemukul gendang tagu cina
dan simbal. Selain daripada itu, Tarian Naga iaitu masyarakat kaum Cina menamakan
tarian ini sebagai ‘Tarian Naga’ kerana perkataan Naga yang menggambarkan sejenis
haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luar biasa, kebaikan,
kesuburan,kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya kaum Cina. Tarian ini juga
dipersembahkan ketika kaum ini sedang menyambut Tahun Baru Cina dan dipercayai
bahawa tarian ini membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru. Tarian ini
memerlukan seramai 60 orang untuk membuat tarian ini dapat ditarikan dengan
sempurna.
Selain itu, kaum India merupakan etnik ketiga yang terbesar di negara ini.
Kebanyakan masyarakat dalam kaum ini berasal dari pada pendatang dari selatan
India yang berbahasa Tamil, yang telah datang ke Malaysia sewaktu zaman
penjajahan British dahulu. Jenis tarian yang dimiliki oleh kaum ini ialah Tarian
Bhrata Natyam, Tarian Kathak dan Tarian Klasik India. Tarian Bhrata Natyam
sebenarnya berasal dari negeri Tamil Nadu yang berada di Selatan India. Tarian ini
mempunyai enam peringkat iaitu Alanippu, Gatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam
dan Thillana, Kesemua peringkat dalam tarian ini menggabungkan elemen Narita atau
tarian tulin dan Nritya yang mengandungi Adarus atau unit tarian asas. Seterusnya
Tarian Kathak berasal dari negeri Uttar Pradesh dan Prajasthan. Perkataan Kathak
dikenali sebagai Braj Raas. Di samping itu, tarian ini dilakukan selepas upacara
berdoa kepada Tuhan Ganesha ( Ganesha Vandana ) selesai dilaksanakan. Muzik
iringan untuk tarian ini telah digubah berasaskan lirik seperti Thumri, Dadra, Ghazal
dan Kavita. Manakala Tarian Klasik India merupakan gabungan unsur pemujaan dan
luahan perasaan yang mendalam di dalam diri seseorang manusia. Terdapat
‘devadasis’ yang dianggap sebagai suruhan Tuhan, yang menarikan sejenis tarian
untuk memuja iaitu dikenali sebagai Bhrata Natyam Mahari. Kesemua jenis tarian
dari kaum India ini boleh ditarikan secara individu, berpasangan ataupun
berkumpulan.
Kaum Iban yang terdapat di negeri sarawak terkenal dengan pua kumbu Iban,
kain songket Melayu Sarawak dan pelbagai perhiasaan tradisional. Antara yang jenis
tarian tradisional yang terdapat dalam kaum ini ialah Tarian Ngajat. Tarian ini
merupakan sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Tarian ini
lazimnya dipersembahkan ketika acara sambutan perayaan Gawai Kenyalang sedang
dijalankan. Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, dikatakan antara
yang paling bengis di Sarawak seterusnya ia diraikan dengan perayaan Gawai
Kenyalang. Dalam tarian ini penari lelaki mempersembahkan pergerakan yang
tangkas di sepanjang persembahan tarian ini sambil memakai topi tradisional yang
panjang serta memegang sebuah perisai panjang yang berukir. Tarian ini kebiasaanya
dipersembahkan secara individu.
Kaum KadazanDusun merupakan penduduk majoriti yang terdapat di negeri
Sabah. Kaum Kadazan dan Dusun digabungkan bersama kerana mereka berkongsi
bahasa dan budaya yang hampir serupa. Antara tarian yang dikenali dalam suku kaum
KadazanDusun ialah Tarian Sumazau dan Tarian Buluh. Tarian Sumazau merupakan
sebuah tarian yang lazimnya ditarikan oleh kaum Kadazan sewaktu acara keramaian
dan kemasyarakatan seperti sambutan Hari Kaamatan dan Upacara Perkahwinan
kaum ini. Tarian ini dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi
yang banyak untuk menghindarkan roh jahat dan mengubati penyakit. Tarian ini boleh
ditarikan secara berpasangan atau berkumpulan. Penari lelaki dan perempuan
mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri perlahan serta
pergerakan burung yang sedang terbang. Seterusnya, Tarian Buluh merupakan
tradisional yang sangat popular serta menghiburkan. Tarian ini memerlukan sepasang
buluh panjang yang dipegang secara mendatar pada paras buku lali. Kemudian,
kedua-dua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang pantas.
Penari- penari perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang
buluh tersebut tanpa tersepit. Tarian ini wajib ditarikan secara berkumpulan.
Maklumat mengenai Tarian sumazau dan cara tarian ini ditarikan akan ditayangkan di
dalam video ini. Berdasarkan video yang telah dibuat, ia dapat memupuk semangat
kemasyarakatan dan perpaduan hubungan diantara etnik yang terlibat dalam
menarikan Tarian sumazau ini.Hal ini demikian kerana kesemua kaum yang terlibat
dalam menarikan tarian ini mempunyai sifat terbuka iaitu yang ingin belajar
bagaimana cara tarian ini dipersembahkan. Selain itu, mereka juga dapat
berkomunikasi diantara satu sama lain untuk bertanyakan maklumat mengenai tarian
ini.Seterusnya, etnik lain yang terlibat dalam video ini juga mendapat pengetahuan
mengenai Tarian sumazau ini samada dari cara ia ditarikan ataupun bentuk
pergerakan yang sepatutnya dibuat untuk menjadikan tarian ini lengkap. Akhir sekali,
melalui pengenalan tarian tradisional ini kepada kaum lain , ia juga dapat
mengekalkan semangat perpaduan diantara etnik yang ada di Malaysia ini.

You might also like