You are on page 1of 5

TADBIR URUS NEGARA

1. Yang manakah merupakan aspek termaktub dalam integriti?


I Tatasusila yang tinggi
II Menghormati orang tua
III Menguruskan tingkah laku sederhana
IV Bersikap jujur dan berobjektif
A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. III dan IV

2. Yang manakah penerangan yang tepat tentang tadbir urus berdasarkan perkembangan globalisasi?

Tadbir urus Penerangan


berdasarkan
perkembangan
globalisasi
A Kesedaran global Pentadbir Negara mesti mempunyai pengetahuan dan maklumat
tentang perubahan-perubahan yang berlaku di dunia
B Pemikiran untuk Mempunyai visi masa depan yang jelas
bersaing
C Strategi antarabangsa Membentuk strategi-strategi persaingan yang baik dan
mengurangkan kekangan masa
D Rangka pemikiran Mempunyai visi tentang standard yang hendak dicapai

3. Yang manakah berkaitan dengan langkah mengatasi masalah sistem penyampaian khidmat awam?
A. Membudayakan kreativiti dan inovasi
B. Meningkatkan inisiatif kepada penjawat awam
C. Menyediakan kemudahan peralatan berteknologi moden
D. Memberi keutamaan kepada kenaikan pangkat dan kebajikan pekerja

4. Pematuhan kepada akauntabiliti dalaman memerlukan pelaksanaan dengan pendokumentasian salah


satu perkara berikut
A. Kuasa dan peranan Ketua Setiausaha, Ketua Jabatan, Pegawai Eksekutif, Lembaga, dan
Jawatankuasa Badan-badan bukan berkanun.
B. Pelan Tindakan adalah bagi mencapai objektif agensi menurut penetapan kuasa, tugas dan
tanggungjawab
C. Proses penyemakan dan auditan dalaman
D. Mengemukakan maklumat mengenai prestasi dan pematuhan kepada peraturan yang berkaitan
dalam tempoh yang ditetapkan

1
5. Akauntabiliti adalah sebahagian daripada Prinsip Tadbir urus yang baik dalam sektor awam.
Apakah yang diistilahkan dengan akauntabaliti?
A. Kejujuran dan objektiviti iaitu pemahaman yang tinggi serta rasa tanggungjawab dalam pengawasan
dana, sumber awam, serta hal ehwal agensi.
B. Kewajiban bagi memberi jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada
sesiapa yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan.
C. Pelaksanaan kuasa pegawai awam yang telah diamanahkan oleh pihak kerajaan.
D. Memberikan keyakinan kepada orang awam terhadap proses pengambilan keputusan dan tindakan
pegawai awam yang telah diamanahkan.

6. Antara berikut yang manakah kepentingan tadbir urus yang baik ?


I. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan setia dan jujur
II. Membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh politik
III. Membolehkan pembahagian projek pembangunan dijalankan dengan cepat
IV. Meningkatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Persekutuan
A. I dan II
B. II dan III
C. I dan III
D. II dan IV

7. Tadbir urus yang baik perlu memberi tumpuan kepada aspek


A. Prestasi
B. Peralatan
C. Ketelusan
D. Kemanusiaan

8. Yang manakah kepentingan tadbir urus yang baik?


A. Memperkasa daya saing negara
B. Mengekalkan kepimpinan sedia ada
C. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
D. Menyusun semula agihan sumber tenaga kepada semua sektor.

9. Yang manakah menjadi cabaran utama dalam membentuk tadbir urus yang baik?
A. Penentuan skim gaji
B. Pengaruh amalan tradisi
C. Perkembangan teknologi
D. Pendidikan yang rendah

10. Tadbir urus yang terbaik sektor awam berteraskan kepada prinsip
A. Penurunan kuasa
B. Penggunaan Teknologi Maklumat
C. Keterlibatan
D. Penguatkuasaan undang-undang yang ketat

2
11. Yang manakah cabaran menyediakan tadbir urus yang baik?
A. Menyediakan pembangunan modal insan.
B. Menyediakan pelan strategik yang mantap.
C. Mementingkan keuntungan optimum perkhidmatan.
D. Memenuhi transformasi perkhidmatan.

12. Antara berikut, yang manakah punca yang menjejaskan daya saing negara?
A. Karenah birokrasi
B. Penyalahgunaan kuasa
C. Kegawatan politik
D. Ketidakseragaman sistem

13. Ketirisan maklumat dalam organisasi perkhidmatan awam boleh dielakkan dengan cara
A. melebarkan jurang komunikasi antara kakitangan
B. penggunaan sumber yang ekonomik
C. prosedur kerja yang lebih kompleks
D. meningkatkan kemampuan komunikasi penjawat awam

14. Kesan pengurangan kerenah birokrasi dalam urusan kaunter di pejabat kerajaan ialah
A. Tahap kepuasan pelanggan meningkat
B. Bilangan pegawai kaunter bertambah
C. Waktu berurusan di kaunter dipendekkan
D. Keselesaan di kaunter perkhidmatan bertambah baik

15. Yang manakah kepentingan tadbir urus yang baik?


I. Mengekalkan kepimpinan sedia ada
II. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
III. Menerajui Transformasi Perkhidmatan
IV. Mengurangkan kos perbelanjaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

16. Yang manakah menjadi prinsip utama tadbir urus dapat dilaksanakan dengan berkesan
A Mempunyai visi dan misi C Mempunyai sumber modal yang besar
B Mempunyai ramai tenaga kerja D Mempunyai kepakaran luar yang diiktiraf

17. Tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam adalah berteraskan prinsip
A prosedur C akauntabiliti
B budi bicara D kawalan dalaman

3
18. Yang manakah merupakan prinsip tadbir urus awam yang baik?
I. Berdaya saing
II. Ketekunan
III. Ketelusan
IV. Akauntabiliti
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

19. Tadbir urus terbaik sektor awam berteraskan kepada


I ketelusan pengurusan III integriti dan Amanah
II karenah birokrasi IV penguatkuasaan undang-undang yang ketat
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

20. Yang manakah tindakan utama dalam pelaksanaan tadbir urus yang baik dalam sektor awam?
A. menggubal visi, misi dan objektif
B. membangunkan kepakaran dan keupayaan sumber manusia
C. mewujudkan mekanisme dan proses musywarah dengan pelanggan
D. mendokumen dan mengemaskini semua polisi, proses dan prosedur sektor awam

21. Yang manakah cabaran utama globalisasi dalam tadbir urus baik?
A. Peluang pasaran yang lebih luas
B. Kos sara hidup yang semakin meningkat
C. Hubungan diplomatik dengan negara lain
D. Kadar penembusan maklumat tanpa batasan

22. Yang manakah faedah aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam tadbir urus?
A. Meningkatkan kreativiti pentadbiran
B. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian awam
C. Meningkatkan keyakinan terhadap kesahihan maklumat
D. Mengeratkan kerjasama antara rakyat dengan pihak kerajaan

23. Tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam adalah berteraskan prinsip
I. Integriti III Budi bicara
II. Prosedur IV Akauntabiliti
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

24. Yang manakah kepentingan tadbir urus yang baik?


A. Mengekalkan profesionalisme dan tadbir urus dalam pentadbiran
B. Mengekalkan kepimpinan sedia ada
C. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
D. Memajukan sektor perindustrian

4
25. Tadbir urus baik menghadapi masalah dalam sistem penyampaian khidmat awam. Yang manakah
berkaitan langkah mengatasi masalah tersebut?
A. Meningkatkan inisiatif kepada penjawat awam
B. Menyediakan kemudahan peralatan berteknologi moden
C. Membudayakan kreativiti dan inovasi
D. Memberi keutamaan kepada kenaikan pangkat dan kebajikan pekerja.

26. Yang manakah tindakan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kaunter?
I. Memasang kamera litar tertutup
II. Menswastakan perkhidmatan kaunter
III. Meningkatkan keselesaan di ruang menunggu
IV. Memberi latihan kepada pegawai khidmat pelanggan
A. I dan II C II dan IV
B. I dan III D III dan IV

You might also like