You are on page 1of 7

VISI

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik


dan efektif dari aspek fizikal perhubungan dan
pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh
dan berkesan demi kecemerlangan murid dan sekolah.
MISI
 Menguruskan program dan aktiviti keunseling dengan cekap dan
berkesan.
 Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang
tinggi dan berakhlak mulia.
 Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam
akademik.
 Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan
melalui program bimbingan dan kaunseling.
 Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
 Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan
murid.
TUJUAN
Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) bertujuan supaya Guru B&K
memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid
di sekolah.

KONSEP
 Perkhidmatan B&K di sekolah sebagai perkhidmatan yang mesra murid, rakan guru, ibu
bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang diberikan, boleh membantu murid
meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif dan berkesan.
 Murid merupakan aset penting yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing menerusi
perkhidmatan B&K agar mereka boleh membuat keputusan yang wajar dan betul dalam
menjalani kehidupannya.
 Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan B&K
serta berupaya mendahului (win over) jangkaan tindakan murid-muridnya.
 Guru B&K adalah seseorang yang memiliki personaliti sebagai guru yang paling dipercayai,
diyakini dan disenangi (trustworhthy) oleh murid, rakan sejawat, ibu bapa dan
masyarakat di sekolah.
OBJEKTIF
Objektif perkhidmatan B&K di sekolah adalah;

 Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan


teras perkhidmatan B&K di sekolah.
 Sebagai perkhidmatan yang mesra, selesa dan kondusif kepada
murid untuk menyuarakan isi hati dan permaslaahan mereka,
seterusnya dapat membuat keputusan yang wajar dan betul.
 Agar Guru B&K boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan-
tindakan yang di luar norma sosial dalam kalangan murid-muridnya.
 Agar murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai
dengan personaliti mereka.
FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh

digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh

Perkhidmatan Bimbinga dan Kaunseling yang cekap, berkesan dan

beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi

melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi

dan rohani serta beriman dan beramal soleh.


RASIONAL PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
# Usaha-usaha pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu mengatasi gejala-

gejala di peringkat remaja. Oleh itu mengenalpasti masalah di peringkat awal dan

mencegahnya begitu perlu daripada berlarutan hingga ke sekolah menengah.

# Kepentingan sekolah-sekolah rendah sebagai asas pembentukan masa depan murid dari segi

pembangunan dan perkembangan sahsiah murid, peningkatan disiplin murid, pendidikan kerjaya

murid serta psikososial dan kesejahteraan mental murid.

# Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat memberi ruang kepada murid untuk

mengenali dan membangunkan diri sendiri.

# Cabaran masa kini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti,

sistematik dan berkesan.

You might also like