You are on page 1of 1

1) Dua perkara penting yang mewarnai Tamadun Melayu ialah

Dua perkara penting yang mewarnai Tamadun wilayah ini ialah Bahasa Melayu yang
menjadi bahasa perhubungan luas(Ligua franca)di seluruh kawasan ini,dan
agama islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan Tamadun Melayu

2) Jelaskan konsep Melayu dari aspek

      a) Ras

Dalam pengertian ras iaitu sekumpulan manusia memiliki ciri genetic yang sama dan
berasal dari alam Melayu.

      b) Kebudayaan

Pegangan dan amalan berteraskan agama islam dan adat resam masyarakat melayu

     c) Bahasa

Bahasa yang dituturkan di seluruh kepuluan melayu

3) Apakah yang terkandung di dalam Kontrak Sosial

Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan raja-raja melayu
dan adat istiadat melayu. Bahasa melayu sebagai Bahasa kebangsaan, Bahasa inggeris
pula sebagai Bahasa rasmi untuk berkomunikasi. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh
menggunakan Bahasa masing-masing sebagai Bahasa pengantar dalam pembelajaran.
Selain itu, kedudukan raja-raja melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang
Yang di-Pertuan Agong akan dipilih daripada Sembilan raja-raja melayu dan akan
menduduki takhta selama lima tahun. Raja-raja akan menjadi raja berperlembagaan. Status
kewarganegaraan diberikan kepada sesiapa sahaja yang lahir di persekutuan tanah melayu
dan sudah bermastautin melebihi tempoh lima tahun.

You might also like