You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROGRAM UNIT HEM 2022

ANJURAN
UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
DENGAN KERJASAMA
KELAB PENCEGAH JENAYAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU KURSHIAH

TARIKH
2 NOVEMBER 2022

HARI
RABU

MASA
8:00 – 10:45 PAGI

TEMPAT
DEWAN TUNKU KURSHIAH
1.0 PENGENALAN

Program Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras dengan arahan
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk
menyokong Sambutan Hari Anti Dadah peringkat kebangsaan. Aspek pendidikan dan
pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya,
kini berdepan dengan ancaman gejala dadah dan jenayah yang sangat serius. Oleh yang
demikian, kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu
diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti-ktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat


memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan
murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang
mampu menjadi pemimpin dan menyimbang kepada pembangunan sosial negara
sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

Program ini juga dibuat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan
Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia kea rah merealisasikan “Sekolah Bebas
Dadah” seterusnya sifar jenayah.

2.0 MATLAMAT
 Memastikan murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan
kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat.
 Memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai
gaya hidup sihat dan mengamalkannya.

3.0 OBJEKTIF
 Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mengamalkan gaya
hidup sihat;
 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat sekolah
rendah lagi.
 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada
dadah dan jenayah.
 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.
4.0 KUMPULAN SASAR
 Murid-murid Tahap 2 (Tahun 4-6)
5.0 KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. Hadiah
Tempat pertama = RM 7 X 8 RM 56.00
Tempat kedua = RM 5 X 8 RM 40.00
Tempat ketiga = RM 3 X 8 RM 24.00
Tempat keempat = RM 3 X 8 RM 24.00
Tempat kelima = RM 3 X 8 RM 24.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 168.00


*Sumber kewangan : Peruntukan PCG Kaunseling

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENAUNG PN. HJH. MYSIAH BT. HJ IDRIS (GURU BESAR)


PENASIHAT PN. RAZANAH BT. MOHAMAD (PK PENTADBIRAN)
PENGERUSI EN. KAMAL BASHAH B. ABDUL RAZAK (PK HEM)
NAIB PENGERUSI EN. NAZIM B. MAZLY (PK KOKURIKULUM)
PENYELARAS PROGRAM CIK NUR SHUHANNA ANIRA BT. MUD SHUKRI
(UNIT KESELAMATAN)
PN. NOORFARIZAN BT. MUHAMMAD DI
(GURU BIMBINGAN & KAUNSELING)
SETIAUSAHA PPDA PN. NOR HIDAYAH BT. MOHAMMAD SHUKOR
AJK EN. BADRUL ALIFF B. RAZMAN
TN. HJ. MOHD ISA B. ABD GHANI
EN. SAIFULIZAM B. ISMAIL
EN. JOHARI B. SAINO
PN. MAZLINA BT. DAUD
PN. KHAIRUNNISA BT. SHAMSUDDIN
EN. MUHD FIRDAUS B. ABDULLAH
PA SISTEM EN. MOHD EFFANDY B. MOHD ZIN
EN. JOHARI B. SAINO
KAWALAN MURID GURU-GURU KELAB DAN PERSATUAN/MATAPELAJARAN
7.0 TENTATIF PROGRAM

AKTIVITI MASA/TEMPAT GURU PENYELARAS


Senamrobik 7:45 – 8:15 pagi Cik Lee Huey Yng
Dewan Terbuka En. Jasli B. Jamil
Tayangan Video dan 8:30 -9:30 pagi Cik Nur Shuhanna Anira Bt.
Ceramah Dewan Tunku Kurshiah Mud Shukri
Pertandingan 9:30 – 10:45 pagi Pn. Noorfarizan Bt. Muhammad Di
Melukis /Mewarna Mengikut kelas Pn. Nor Hidayah Bt. Mohd Shukor
Poster

8.0 PENUTUP
Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai objektif
yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang
dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah
dan menghapuskan dadah dan jenayah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan
dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.
‘ MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH’

Disediakan oleh,

……………………………………………………………..
(PN. NOR HIDAYAH BT. MOHD SHUKOR)
Guru Pendidikan Pencegahan Dadah,
SK Tunku Kurshiah

Disemak oleh,

…………………………………………………………….
(EN. KAMAL BASHAH B. ABDUL RAZAK)
Guru Penolong Kanan HEM
SK Tunku Kurshiah

Disahkan oleh,

……………………………………………………………
(PN. HJH. MYSIAH BT. HJ IDRIS)
Guru Besar
SK Tunku Kurshiah

You might also like