You are on page 1of 12
UNIT 3 Integriti adalah bersikap dengan elt a yang __ dengan dan anda. KUIZ INTEGRITI 1. Adakah saya melayan orang lain dengan baik walaupun saya tahu saya tidak akan mendapat apa-apa sebagai balasan? SELALU / TIDAK PERNAH / KADANG-KADANG 2. Adakah saya orang yang sama di hadapan orang lain seperti ketika saya bersendirian? SELALU / TIDAK PERNAH / KADANG-KADANG 3, Adakah saya bertanggungjawab terhadap perkara yang saya katakan dan lakukan? SELALU / TIDAK PERNAH / KADANG-KADANG 4. Adakah saya mengakuinya apabila saya melakukan sesuatu yang salah? SELALU / TIDAK PERNAH / KADANG-KADANG 5. Adakah saya mendapat kepercayaan orang dengan menepati kata-kata saya? SELALU / TIDAK PERNAH / KADANG-KADANG SENARAIKAN TIGA ORANG YANG BOLEH DIPERCAYAI YANG ANDA TAHU. APAKAH CIRI-CIRI YANG MEREKA MILIKI YANG MEMBUKTIKAN MEREKA BOLEH DIPERCAYAI? INTEGRITI MEMBINA DENGAN ORANG LAIN DI SEKITAR ANDA. BACAAN ALKITAB | KOMITMEN YUSUF Ishak mempunyai dua anak lelaki—Yakub dan Esau, Yakub mempunyai ramai anak lelaki, tetapi hanya satu adalah kesayangannya. Yakub lebih sayang kepada Yusuf daripada semua anaknya yang lain, kerana Yusuf dilahirkan ketika Yakub sudah tua, Pada suatu hari Yakub membuat sehelai jubah yang sangat cantik Apabila saudara- saudara Yusuf nampak bapa mereka lebih menyayangi Yusuf, mereka membenci Yusuf. Saudara-saudara Yusuf cemburu dengan jubahnya dan marah kerana Yusuf melaporkan kepada bapanya tentang perbuatan jahat yang dilakukan oleh saudara-saudaranya itu. Suatu hari, saudara-saudara Yusuf sangat marah sehingga mereka mengambil jubahnya dan menjual Yusuf kepada pedagang hamba yang melewati. Dia berakhir di Mesir melayani seorang ketua pengawal bernama Potifar. TUHAN menolong Yusuf sehingga dia selalu berjaya dalam segala pekerjaannya, Dia tinggal di rumah tuannya, orang Mesir itu. Tuannya melihat bahawa TUHAN menolong Yusuf dan memberi dia kejayaan dalam segala yang dilakukannya, Potifar suka kepada Yusuf dan melantik dia sebagai pelayan peribadinya; lalu Potifar memberikan tugas kepada Yusuf untuk mengurus rumah tangganya dan segala kepunyaannya. Sejak itu, demi Yusuf, TUHAN memberkati rumah tangga orang Mesir itu dan segala sesuatu yang dimilikinya, baik yang di rumah mahupun yang di ladang. Suatu hari, godaan datang... Yusuf berbadan segak dan kacak. Beberapa lama kemudian, isteri Potifar mula berahi terhadap Yusuf. Lalu dia mengajak pemuda itu tidur bersama dengan dia, Tetapi Yusuf menolak. Pada suatu hari, dia datang dan menarik jubah Yusuf dan berkata, “Marilah kita tidur bersama.” Yusuf meronta hingga dapat melepaskan dir, tetapi jubahnya tertinggal di tangan perempuan itu. Isteri Potifar berbohong kepada Potifar dan menuduh Yusuf cuba tidur dengannya. Potifar memasukkan Yusuf ke dalam penjara, “Akan tetapi, TUHAN menyertai Yusuf” Kasih setia Allah terbukti. Ketua penjara berkenan kepada Yusuf dan memberikan tanggungjawab kepada Yusuf atas segala pekerjaan yang dilakukan di dalam penjara, Allah juga telah memberi Yusuf kemampuan untuk mentafsir mimpi. Suatu hari, Firaun Mesir mendapat satu mimpi yang meresahkan. Raja bertitah kepada Yusuf, “Beta sudah bermimpi, tetapi tiada seorang pun dapat menjelaskan erti mimpi itu. Beta sudah diberitahu bahawa kamu dapat mentafsirkan mimpi.” Yusuf menjawab, “Tuanku, bukan hamba melainkan Allah yang dapat memberikan tafsiran yang baik bagi tuanku.” Dengan pertolongan Allah, Yusuf mentafsir mimpi Firaun tentang satu kebuluran yang akan datang. Yusuf memberikan beberapa nasihat yang baik mengenai bagaimana Firaun dapat mempersiapkan kebuluran itu agar rakyatnya tidak mati. 11 Raja dan para pegawainya menyetujui cadangan Yusuf itu. Kemudian raja bertitah kepada mereka, “Tidak mungkin kita mendapatkan orang lain yang lebih sesuai daripada Yusuf, kerana dia dipimpin oleh Roh Allah.” Oleh itu raja bertitah kepada Yusuf, “Allah sudah memberitahukan segala perkara ini kepadamu, kerana itu jelaslah bahawa kamu lebih cerdas dan bijaksana daripada sesiapa pun. Beta melantik kamu menjadi gabenor, dan segenap rakyat akan mentaati perintahmu. Hanya beta yang lebih berkuasa daripadamu,” Kejadian 37:2b-4; 39:2-5, 6b-8a, 12, 21-22; 41:15-16, 37-40 BSN GI | SO, SOALAN REFLEKS! Bagaimana rasanya apabila anda melakukan perkara yang betul, tetapi anda dihukum atau tidak diakui kerana hal itu? Bagaimana Allah menolong kita bertindak dengan penuh integriti? Orang berada pada tahap pengaruh yang berbeza dengan setiap individu dalam kehidupan mereka. Yusuf berada di tahap yang berbeza dengan orang lain sepanjang hidupnya. Lihat Tahap Kepemimpinan yang berbeza. Tahap apakah yang dicapai oleh Yusuf dengan saudara-saudaranya? Potifar? Ketua penjara? Firaun? Apabila saya bertindak dengan penuh integriti, bagaimana ia membantu orang di sekellling saya? KOMITED UNTUK MENGAMALKAN KEPEMIMPINAN ANDA Satu perkara yang saya perlu berhent lakukan pada hari ini untuk menjadi seorang yang berintegrit adalah Satu perkara yang saya perlu mulakan setiap hari untuk menjadi seorang yang berintegriti adalah 12, SAYA SEORANG. PEMIMPIN YANG BAIK APABILA SAYA MEMILIH UNTUK MELAKUKAN APA YANG BENAR KETIKA BERHADAPAN DENGAN GODAAN. PUNCAK MANUSIA Team CL Peat e Ce] AYAT HAFALAN KEGIATAN KEHIDUPAN @anpipectiem iti cman, coho Carilah contoh orang yang berintegrit ae is Pea RT CU yang menipu akhirnya akan ketahuan Pees Ct a Sy curs cor PCs ree 13 CN Pertumbuhan adalah yang PERTU | BU HAN mantap untuk siapa dan apa yang anda untuk jadi. Pertumbuhan yang sebenar memerlukan , dan satu rasa TANYA 3 ORANG YANG MENGETAHUI ANDA DENGAN BAIK, “APAKAH KEKUATAN SAYA? PADA PENDAPAT ANDA APAKAH YANG SAYA BOLEH LAKUKAN ATAU JADI JIKA SAYA BEKERJA KERAS? ” SEKARANG TANYA DIRI ANDA, “APA YANG TUHAN PIMPIN SAYA UNTUK MELAKUKAN ATAU MENJADI? APA YANG HARUS SAYA LAKUKAN UNTUK MENCAPAI INI? ” CARA-CARA SAYA MENGAPA SAYA INGIN BERTUMBUH =INGIN BERTUMBUH SEBAGAI SEORANG DENGAN CARA INI PEMIMPIN SAYA, , PERCAYA ALLAH BOLEH MELAKUKAN PERKARA BESAR MELALUI SAYA. BACAAN ALKITAB | MUSA, PEMIMPIN LIDAH KELU Lama-kelamaan Yusuf dan saudara-saudaranya meninggal, Tetapi keturunan mereka, iaitu orang Israel, beranak cucu sangat banyak. Kemudian seorang raja baru, yang tidak mengenal Yusuf mula memerintah negeri Mesir. Dia melihat bagaimana orang Israel melebihi rakyatnya dan membuat satu rancangan supaya bilangan mereka tidak bertambah lagi. Jadi orang Mesir menjadikan orang Isarel sebagai hamba mereka, Mereka melantik pengerah abdi yang kejam untuk menindas mereka, dengan harapan dapat melemahkan mereka dengan kerja paksa. Mereka dipaksa membina kota-kota untuk raja. ‘Musa, seorang Isarel, menggembala kawanan domba dan kambing bapa mentuanya, dekat Sinai, gunung yang suci, Di sana malaikat TUHAN menampakkan diri kepada Musa dalam api yang menyala di tengah semak. Musa nampak semak itu menyala, tetapi tidak terbakar. “Aneh!” fikirnya, “Mengapa semak itu tidak terbakar? Baiklah aku melihat dari dekat.” Ketika Musa mendekati, TUHAN memanggil dia dari tengah semak itu, “Musa, Musa!” Musa menjawab, “Ya, aku di sini.” Allah berfirman, “Jangan datang dekat-dekat. Tanggalkan kasutmu kerana engkau sedang berdiri di tanah yang suci.” Apabila Musa mendengar ini, dia menutup mukanya kerana dia takut memandang Allah. TUHAN berfirman kepada Musa, “Aku telah mendengar seruan umat-Ku dan melihat bagaimana orang Mesir menindas mereka. Sekarang Aku mengutus engkau untuk menghadap Firuan supaya engkau dapat memimpin umat-Ku keluar dari Mesir.” Tetapi Musa berkata kepada Allah, “Siapakah aku ini? Aku tidak sanggup menghadap raja dan membawa orang Israel keluar dari Mesir.” Allah berfirman, “Aku akan menyertai engkau’. Tetapi Musa berkata, “Ya Tuhan, jangan suruh aku, Aku bukan orang yang pandai berkata-kata, baik dahulu mahupun sekarang, walaupun Engkau sudah berfirman kepadaku. Aku tidak pandai berucap, aku lambat bercakap, dan tidak fasih.” TUHAN berfirman kepada Musa, “Aku akan menolong engkau bercakap, dan memberitahu engkau apa yang harus engkau katakan.” Dengan pertolongan Allah, Musa berbicara dengan berani kepada Firaun dan memerintahkannya untuk membiarkan orang Israel pergi. Firaun tidak mahu mendengarkan, jadi Allah mengirim tulah ke atas orang Mesir, menunjukkan kuasa-Nya ke atas mereka. Kemudian, ketika Firaun akhirnya membiarkan orang Israel pergi, dia berubah fikiran dan memerintahkan pasukannya untuk membawa orang Israel kembali menjadi hamba. Apabila orang Israel melihat raja dan tentera Mesir mara untuk menyerang mereka, mereka takut lalu berseru kepada TUHAN meminta pertolongan. Mereka berkata kepada Musa, “Tiadakah kubur di Mesir sehingga kamu membawa kami ke padang gurun untuk mati?” 15 Musa menjawab, “Jangan takut! Lihatlah TUHAN akan menyelamatkan kamu pada hari ini; TUHAN sendiri akan berjuang untuk kamu.” Allah memberi satu rancangan kepada Musa. Dia harus menghulurkan tangannya ke atas laut, dan Allah akan melakukan selebihnya. Musa menghulurkan tangannya ke atas laut, dan TUHAN menyebabkan angin timur bertiup dengan kencang sehingga air laut mundur. Angin itu bertiup sepanjang malam dan mengubah laut menjadi tanah yang kering. Air laut terbelah, dan orang Israel melintasi laut di atas tanah yang kering, sedangkan air di sebelah kanan dan kiri merupakan tembok air. Orang Mesir bersama dengan kuda, kereta kuda, dan para pemandu kereta kuda, mengejar orang Israel sampai ke tengah laut. Apabila semua orang Israel telah sampai di seberang, Allah membiarkan tembok air mengalir masuk dan semua orang Mesir ditenggelamkan dalam laut. Apabila orang Israel melihat TUHAN mengalahkan orang Mesir dengan kuasa yang besar, mereka takut akan TUHAN: mereka percaya kepada TUHAN dan hamba-Nya Musa. Keluaran 1:6a, 7a, 8a, 9-11a, 11¢; 3:1-8a, 9-15; 4:10-12; 14:5-6, 10-18, 21-23, 26-31 LEBIH DALAM LAGI | SOALAN-SOALAN REFLEKSI Bagaimana Musa melihat dirinya berbeza daripada Allah melihatnya? Sekiranya Allah mengutus anda untuk berbicara dengan pemimpin negara anda—seperti yang Dia minta Musa lakukan—apakah perkara yang anda akan ragukan mengenai iri anda? ‘Apakah respons Allah terhadap Musa yang mengeluh bahawa dia tidak dapat melakukan apa yang Allah minta dia lakukan? Menurut anda apa yang Allah minta anda lakukan yang terlalu sukar bagi anda atau memerlukan kemahiran yang anda tidak milk? ‘Apa yang dapat anda pelajari mengenal pemimpin yang cipilih Allah dan bagaimana Dia melengkapkan mereka untuk memimpin dari kisah Musa? 16 KOMITED UNTUK MENGAMALKAN KEPEMIMPINAN ANDA Siapakah orang yang anda boleh pelajari? (enarai 3) Berdoalah untuk meminta seseorang menjadi mentor anda. Apakah dua kesalahan yang telah anda buat baru-baru ini? Apa yang dapat anda pelajari dari mereka? Bagaimana anda boleh bertambah baik di masa hadapan? Sebahagian daripada pertumbuhan bukan sahaja belajar dari kesitapan masa lalu anda, tetapi juga memperbaikinya. Sekiranya ada orang yang anda perlu minta maaf atas kesalahan yang anda telah buat atau kesalahan yang anda perlu perbaiki, berkomitmenlah untuk melakukannya hari ini atau secepat mungkin! la mungkin terasa musta, tapi ingatlah, Tuhan bersama anda! SAYA SEORANG. PEMIMPIN YANG BAIK APABILA SAYA BEKERJA MENGATASI KELEMAHAN SAYA. AYAT HAFALAN KEGIATAN KEHIDUPAN “Orang yang bodoh mengabaikan ajaran PeVEREUL TC Sui Tueun: Cuneo ci LT Re BL aD agar Tuhan menunjukkan secara khusus Taal Pree C uM asetc CEU LY weet} Feces ara uur CMe 17 Inisiatif adalah melihat yang perlu dan mempunyai untuk , walaupun itu bererti dan di sepanjang jalan. TIGA PERKARA YANG MENYUMBANG KEPADA KEMENANGAN PASUKAN: EMPAT PERKARA YANG ANDA PERLU MULAI HIDUP DENGAN TUJUAN: FIKIRKAN JADUAL HARIAN ANDA, DAN TULISKAN CARA-CARA YANG ANDA BOLEH MULAI UNTUK HIDUP DENGAN LEBIH SENGAJA SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN: Apabila anda bangun—isytiharkan satu tujuan yang layak untuk hidup. Tujuan saya KETAHUI KEKUATAN DAN KELEMAHAN ANDA. BERKOMITMEN UNTUK MENGGUNAKAN KEKUATAN ANDA DAN MENGATASI KELEMAHAN ANDA. Hari ini saya akan dan tidak akan: UTAMAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA— TAHU APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN HARI INI, DAN JANGAN TERSELEWENG DARI MELAKUKANNYA. BACAAN ALKITAB | DAUD BERANI BERKATA YA Allah mengutus Samuel untuk mengurapi raja Israel yang berikutnya sementara raja yang sekarang, Raja Saul, masih berada di takhta, Samuel bertanya, “Bagaimana mungkin aku berbuat demikian? Jika Raja Saul mendengar hal ini, tentu baginda akan membunuh aku!” Allah memberi Samuel satu rancangan dan Samuel melakukan apa yang difirmankan TUHAN kepadanya. Dia pergi ke Betlehem dan para pemimpin kota itu datang menyambutnya dengan gementar ketakutan. Mereka bertanya, “Adakah lawatan tuan membawa kesejahteraan?” “Ya,” jawab Samuel. “Saya datang untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN. Sucikanlah diri kamu dan ikutlah saya.” Dia juga menyuruh Isai dan anak-anaknya menyucikan diri, dan menjemput mereka ke upacara mempersembahkan korban itu. Samuel memandang setiap anak Isai satu persatu, menunggu Allah menunjukkan kepadanya siapa yang ‘akan menjadi Raja yang berikutnya. Tetapi TUHAN berfirman kepada Samuel, “Jangan perhatikan tinggi badannya atau kacak rupanya; bukan dia yang Aku kehendaki. Aku tidak menilai orang seperti cara manusia menilai orang. Manusia melihat rupa tetapi Aku melihat hati.” Setelah menolak tujuh anak lelaki Isai, Samuel bertanya, “Hanya inikah anak lelakimu?” ‘Ada satu lagi, yang paling muda, seorang gembala bernama Daud. Dia seorang pemuda yang kacak, sihat, dan matanya bersinar. TUHAN berfirman kepada Samuel, “Inilah orangnya. Lantiklah dia!” Samuel mengambil minyak zaitun, alu melantik Daud dengan melumuri kepala Daud dengan minyak di hadapan semua abang Daud. Ketika itu juga Roh TUHAN menguasai Daud dan menyertai dia sejak hari itu. Tidak lama selepas itu, orang Filistin dan Israel berada dalam pertempuran sengit. Selama empat puluh hari — pagi, tengah hari, dan malam — orang Filistin menghantar seorang raksasa bernama Goliat keluar untuk mengejek dan menakut-nakuti orang Israel. “Pilihlah seorang di kalangan kamu untuk melawan aku, Jika dia menang dan membunuh aku, kami akan menjadi hamba kamu. Tetapi jika aku menang dan membunuh dia, kamu akan menjadi hamba kami. Aku mencabar tentera Israel; pilihlah seorang di kalangan kamu untuk melawan aku!” Daud berkata kepada Raja Saul, “Tuanku, tidak perlu sesiapa pun takut kepada orang Filistin itu. Hamba bersedia melawan dia, TUHAN sudah menyelamatkan hamba daripada singa dan beruang; Dia juga akan menyelamatkan hamba daripada orang Filistin itu.” Dia membawa tongkat gembalanya, dan mengambil lima biji batu yang bulat dari sungai, lalu menyimpan 19 batu itu di dalam kantongnya. Dengan ali-ali siap di tangannya dia pergi menghadapi Goliat. “Engkau datang melawan aku dengan pedang, tombak, dan lembing. Tetapi aku datang melawan engkau demi nama TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah tentera Israel, yang engkau hina itu. Hari ini juga TUHAN akan menyerahkan engkau ke dalam tanganku.” Goliat mula maju mendekati Daud, lalu Daud berlari dengan cepat ke arah barisan orang Filistin untuk melawan dia, Daud memasukkan tangan ke dalam kantongnya, lalu mengambil sebiji batu dan mengumban batu itu dengan ali-ali ke arah Goliat. Batu itu kena pada dahi Goliat sehingga pecah tengkoraknya. Ketika itu juga Goliat rebah dengan mukanya ke tanah. Demikianlah tanpa pedang, Daud mengalahkan Goliat dan membunuhnya dengan ali-ali dan batu, Daud berjaya melaksanakan segala tugasnya kerana TUHAN menyertai dia. 1 Samuel 16:1-13; 17:1-11, 16, 32, 37, 40-50; 18:14-16 LEBIH DALAM LAGI | SOALAN-SOALAN REFLEKSI Bagaimana Samuel dan Daud menunjukkan inisiatif dalam cerita ini? Samuel Daud Apakah satu momen “urapan dengan minyak" dalam hidup anda — apabila anda telah mendengar, merasakan, atau mengetahui bahawa Allah telah memilh anda untuk sesuatu yang istimewa? Daud belajar kemmahiran daripada melawan singa dan beruang, Kemahiran apakah yang anda telah pelajari dari cabaran yang anda hadapi dalam hidup anda? Bagaimanakah Tuhan mempersiapkan anda untuk mengamblinisiatif dengan kemahiran baru itu? Semasa anda menghadapi keadaan yang menakutkan atau tidak menentu, ap: tentang Allah untuk memberi anda keberanian? a yang dapat anda ingat 20 KOMITED UNTUK MENGAM AN KI dS Ley Lihatlah sekeliing — apakah ada seseorang atau sesuatu yang sedang “diserang” sekarang? Tanyakan kepada Allah adakah Dia telah mempersiapkan dan memilh anda untuk bertindak bagi pihak sesiapa pada hari ini. ‘Ambil langkah pertama untuk melakukan sesuatu bagi menolong orang lain hari ini, Percayalah kepada Allah untuk muncul seperti yang Dia lakukan untuk Samuel dan Daud, Catatkan apa yang anda lakukan untuk mengambil inisiatf dan bagaimana Tuhan telah menolong. SAYA SEORANG. PEMIMPIN YANG BAIK APABILA SAYA MELIHAT SESUATU YANG PERLU DILAKUKAN DAN MELAKUKAN SESUATU TENTANG ITU. ‘T HAFALAN KEGIATAN KEHIDUPAN Tulis satu perenggan mengenai tujuan Coa a aaa Cu ad Ree ecard Cacti mca are ad anda miliki yang akan membantu anda membiarkan diri ditimpa malapetaka dan Silica eas ed el oa P anda yang perlu anda atasi. Kongsi dengan ‘menyesal kemudian. era cacucs cairn l) -Amsal 27:12 Pee Cue tit cg cael Can CLs 21

You might also like