You are on page 1of 2

Reaksi Masyarakat India Terhadap Perluasan Kuasa Barat

Revolusi Perindustrian yang berlaku di England sekitar abad ke-18


telah menyebabkan mereka memerlukan bahan mentah untuk kilang-
kilang mereka. Faktor ini mendorong kepada penjelajahan oleh warga
British sehingga mereka bertapak di India. Walaubagaimanapun,
kehadiran mereka tidak disenangi oleh masyarakat India.

Antara faktor masyarakat India tidak berpuas hati terhadap pihak


British ialah pembaharuan sosial. Penghapusan amalan thugge dan
sutte yang dianggap kejam telah menimbulkan kemarahan masyarakat
India yang beragama Hindu. Penggubalan Akta Kahwin Semula oleh
Lord Dalhoussie juga menimbulkan ketidakpuasan hati masyarakat
India kerana undang-undang ini dianggap bertentangan dengan tradisi
masyarakat Hindu yang menetapkan isteri ‘mesti mati’ bersama-sama
suami.

Selain itu, diskriminasi kaum. Orang British memandang rendah


masyarakat India. Buktinya, masyarakat India hanya boleh menaiki
kereta api kelas ketiga kerana kelas pertama dan kedua dikhaskan
untuk pegawai Inggeris. Masyarakat India yang berkasta tinggi berasa
marah kerana menganggap situasi tersebut mengancam sistem kasta
yang mereka amalkan secara turun temurun.

Seterusnya, cara British menguasai India. Pelbagai cara yang telah


digunakan oleh British untuk menguasai wilayah India seperti
melancarkan serangan untuk menawan wilayah Punjab dan
penguatkuasaan Undang-Undang Lesap Waris iaitu sesebuah wilayah
akan diserahkan pihak Inggeris sekiranya pemerintah tempatan
mangkat tanpa meninggalkan waris. Hal ini menyebabkan pemerintah
tempatan tidak berpuas hati kerana mereka telah kehilangan kuasa.
Di samping itu, penghantaran tentera India ke luar negara. Tindakan
ini dianggap mencemarkan imej kasta masyarakat India kerana kasta
ini akan hilang apabila melangkaui sempadan negara India. Kaum
Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi tidak berpuas hati kerana
mereka kehilangan kasta mereka.

Seterusnya, pembersihan senapang dan peluru menggunakan minyak


lembu dan khinzir. Timbul khabar bahawa minyak yang digunakan
untuk membersihkan senapang Rifle Royal Enfield dan pelurunya
disaluti minyak khinzir dan lembu. Orang india menganggap pihak
Inggeris menghina agama Islam dan Hindu.

Kesimpulannya, reaksi masyarakat India terhadap perluasan kuasa


barat menunjukkan ketidakpuasan hati masyarakat setempat yang
mendorong kebangkitan nasionalisme di India.

You might also like