You are on page 1of 3

Soalan 14

Huraikan faktor perkembangan perindustrian di Jerman.

Revolusi perindustrian ialah era munculnya industri-industri baharu seperti


elektrik, kimia, logam ringan dan petroleum. Pada abad ke-19 hingga abad ke-20,
berlakunya revolusi perindustrian tahap kedua di Eropah yang bermula di Jerman
dan ciri utama revolusi perindustrian tahap kedua ialah kapital kewangan
mengatasi kapital industri. Revolusi perindustrian telah menyebabkan pelbagai
sektor perindustrian di Jerman seperti industri tekstil berkembang secara pesat.
Terdapat beberapa faktor perkembangan perindustrian di Jerman.

Antara faktor perkembangan perindustrian di Jerman ialah penyatuan


Jerman. Penyatuan Jerman pada tahun 1871 telah meletakkan asas yang kukuh
bagi pertumbuhan sektor perindustrian kerana selepas penyatuan, Jerman muncul
sebagai sebuah negara perindustrian yang unggul di Eropah. Penyatuan ini telah
menyebabkan wujud keseragaman dalam mata wang, sistem percukaian, sistem
timbangan dan perundangan. Perkhidmatan pengangkutan dan komunikasi juga
telah diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Perkembangan ini telah
melahirkan suasana kondusif yang merangsang semangat untuk pertumbuhan
industri di Jerman.

Selain itu, penubuhan kesatuan kredit. Penubuhan kesatuan kredit


berperanan untuk memberikan bantuan kewangan kepada pengusaha industri untuk
merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Menjelang tahun 1911,
terdapat 25,000 kesatuan kredit di seluruh Jerman. Persatuan Kredit Schulze
Delitzsch merupakan salah satu contoh kesatuan kredit di Jerman yang
menyediakan bantuan kewangan kepada pengusaha industri.

Seterusnya, penghapusan sistem Guild. Menurut sistem Guild, seseorang


perlu mempunyai pengalaman sebelum menjalankan perdagangan. Sistem ini telah
menyekat kebebasan pedagang untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan
menghalang perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Pada tahun 1811,
kerajaan telah menghapuskan monopoli dan keistimewaan Guild melalui peraturan
1811.

Di samping itu, perkembangan industri perkapalan. Kemajuan industri


perkapalan Jerman di Breman, Hamburg, Stettin, Danzig, dan Elby telah
menyumbang kepada perkembangan pesat sektor perindustrian. Selepas tahun
1880, berlaku peningkatan yang amat ketara dalam pembinaan kapal wap di
Jerman. Perkembangan ini menyebabkan jumlah muatan barang yang diangkut
turut meningkat yang merancakkan lagi sektor perindustrian di Jerman.

Seterusnya, pertambahan penduduk. Penghijrahan penduduk dari kawasan


luar bandar ke bandar membantu perkembangan sektor perindustrian. Pada tahun
1871, terdapat lapan buah bandar di Jerman dengan bilangan penduduk seramai
100 000 orang. Hal ini mendorong kepada kemunculan bandar perusahaan di
kawasan Ruhr, Saxony, Silesia, dan Berlin.

Kesimpulannya, revolusi perindustrian tahap kedua di Jerman telah


memajukan pelbagai sektor perindustrian. Dengan adanya faktor perkembangan
revolusi perindustrian ini dapat meletakkan asas yang kukuh bagi pertumbuhan
sektor perindustrian di Jerman.

You might also like