You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG YONG PENG

KANGKAR BAHRU, 83700, YONG PENG, JOHOR


TEL : 07-4811910 FAX : 07-4811910

___________________________________________________________________________

LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS, PENGAWAS


PUSAT SUMBER, KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS
2022
1. AKTIVITI/PROGRAM : KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS, PENGAWAS
PUSAT SUMBER, KETUA DAN PENOLONG KETUA
KELAS

2. TARIKH : 17 OGOS 2022 (RABU)

3. ANJURAN : SEKOLAH

4. TEMPAT : DEWAN MUAFAKAT SK LADANG YONG PENG

5. BILANGAN PESERTA : 40

6. GURU PENYELARAS : MUHAMMAD HAFIZ BIN MASRON

7. ULASAN :

Unit displin dan pengawas sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan
Kaunseling telah melaksanakan satu program iaitu Kursus Kepimpinan yang
melibatkan semua pengawas,pustakawan, ketua dan penolong ketua darjah. Kursus ini
diadakan bagi memberi pendedahan kepada bakal-bakal pemimpin di sekolah ini agar
mereka akan lebih berkeyakinan, mempunyai semangat jati diri yang
kental,bekerjasama,mempunyai kekuatan mental dan ketahanan emosi dalam
mengharungi kehidupan seharian dan cabaran hidup semasa menjalankan tugas.
Kursus Kepimpinan ini dijalankan pada 17 Ogos 2022. Sepanjang perjalanan Kursus
ini, semua peserta kursus melibatkan diri dalam sesi ceramah, bengkel kepimpinan dan
5 Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh beberapa fasilitator
dalaman. Kursus Kepimpinan di mulakan dengan ceramah motivasi dan kepimpinan
yang disampaikan oleh En Latiff bin Ibrahim.
Seterusnya, kursus dimulakan dengan bengkel dimana peserta dibahagikan
kepada 3 kumpulan utama, Pengawas (En Muhammad Hafiz bin Masron), Pengawas
pusat sumber (Pn Suhaila binti Abd Wahid) dan ketua dan penolong ketua kelas (Pn
Sharifah bin Syed Jawahir). Acara setrusnya dijalankan dengan penglibatan murid
dalam aktiviti permaiann dalaman (5 aktiviti/pemainan). Fasilitator yang
dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan slot ini adalah En Muhammad Hafiz bin
Masron dan En Shahriful bin Md Johan. Pada hari yang sama juga,peserta kursus
diberi latihan dalam menghafal bacaan ikrar dengan suara yang lantang dan jelas.
8. PENILAIAN PROGRAM:

8.1 Kekuatan:
- Perserta telah melibatkan diri dalam aktiviti kepimpinan dengan sebaiknya dan
turut memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan kelacaran majlis.
- Kepimpinan murid-murid terserlah melalui aktivit yang dirancang dan
dijalankan.

8.2 Kelemahan:
- Penceramah jemputan tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu.
Namun begitu, penceramah gantian dapat melaksanakan tugasnya dengan baik.

8.3 Cadangan penambahbaikan:


- Membuat perancangan (plan) yang lebih bagi mengelakkan perkara
sedemikian berlaku.
GAMBAR :
DISEDIAKAN OLEH,

_____________________________
(MUHAMMAD HAFIZ BIN MASRON)

You might also like