You are on page 1of 1

No Ruj : Hz.

gamelan/songkla
Tarikh : 06hb Oktober 2022

YBhg. Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab


Ketua Pengarah
Tourism Malaysia
(Ministry Of Tourism, Arts And Culture Malaysia)
Jalan P5/6, Precint 5
62200 Putrajaya
WP Putrajaya

RAYUAN PERMOHONAN PROGRAM GERAN SEPADAN GALAKAN MELANCONG (GAMELAN)


BAGI PROGRAM SALES MISSION TO SONGKHLA AND BANGKOK THAILAND PADA 15-19 OGOS

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.

2. Pihak kami telah menerima satu surat bertarikh 3 Oktober 2022 dengan rujukan TOURISM.400-
4/4/6 yang memaklumkan bahawa permohanan GAMELAN telah ditolak atas sebab peruntukan telah
dioptimumkan.

3. Untuk makluman Dato, kami adalah satu- satunya agensi pelancongan dari Honeyzone Travel &
Tours Sdn Bhd Malaysia yang turut serta bagi menjayakan program ini. Kami sentiasa menyokong
program-program yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia baik dalam atau luar negara.

4. Sepanjang acara ini berlangsung, pihak kami telah membelanjakan nilai yang besar iaitu sebanyak
RM20,000.00 untuk 3 orang daripada staff Honeyzone dan 4 orang daripadanya pengusaha produk
pelancongan yang lain bagi membantu dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan
yang menarik untuk dilawati. Selain itu, bagi merancakkan lagi program, pihak kami telah memberikan
beberapa pakej percutian secara percuma kepada agensi di Thailand yang menyertai program ini. Ini
adalah kerana kami ingin mereka merasai sendiri pengalaman apabila bercuti di Malaysia.

5. Sehubungan itu, kami memohon jasa baik YBhg. Dato’ untuk mempertimbangkan semula
permohonan kami untuk mendapatkan GERAN SEPADAN GALAKAN MELANCONG (GAMELAN),saya
sudahi dengan sekian,terima kasih.

Yang Benar,
Hanishah Hasan
Pengarah Urusan

HONEYZONE TRAVEL 1

You might also like