You are on page 1of 32

KULIAH 2

Disediakan oleh :
Sazelin Arif, 2022
HASIL PEMBELAJARAN KULIAH

Di akhir kuliah ini pelajar akan dapat:


1- Memahami tentang cabang-cabang ilmu
falsafah.
2- Mengenal pasti jenis-jenis falsafah berbentuk
teoritikal dan praktikal.
3- Memahami tentang latar belakang kemunculan
falsafah baharu.
2
LATAR BELAKANG CABANG-
CABANG ILMU FALSAFAH

Istilah falsafah bukan berasal dari Islam, namun ada dibincangkan tentang
pengkategorian falsafah atau cabang ilmu falsafah dalam Islam.

Pemikir klasik seperti aliran Stoicism telah mengklasifikasikan ilmu falsafah


kepada logik, fizik dan etika

Aristotle pula kepada logik, etika, estetika, psikologi, politik, fizik dan
metafizik.

Jacques Maritain pengkaji moden yang membuat klasifikasi bidang pengajian


falsafah secara komprehensif kepada tiga komponan asas : iaitu logik,
falsafah spekulatif dan falsafah praktikal. 3
LATAR BELAKANG CABANG-
CABANG ILMU FALSAFAH
Al-Khindi membahagikan falsafah kepada tiga : Ilmu Fizik, Ilmu Metametika
dan Ilmu Ketuhanan.

Al-Farabi membahagikan falsafah kepada dua : falsafah teori dan falsafah


praktik.

Ibnu Sina membahagikan falsafah kepada dua : konteks teori dan praktik
yang dihubungkan dengan agama.

Nasir al-Din al-Tusi menamakan bidang-bidang ilmu falsafah : metafizik,


matematik, sains tabii, politik, ekonomi dan etika.

al-Ghazali menyenaraikannya sebagai : logik, matematik, fizik, metafizik,


politik, ekonomi dan etika. 4
LATAR BELAKANG CABANG-CABANG
ILMU FALSAFAH

Berdasarkan kepada pengertian dan pembahagian falsafah yang


dikemukakan, dapat dirumuskan bahawa falsafah sangat berkait rapat
dengan kehidupan manusia sendiri.
1- Kehidupan yang bagaimanakah yang dikehendaki oleh manusia untuk
ditempohinya?
2- Apakah yang membentuk persekitaran hidup manusia?
3- Bagaimanakah manusia menanggap tentang dirinya?
4- Apakah erti bagi suatu kehidupan?

tiga (3) cabang ilmu :


Justeru, falsafah boleh dibahagikan kepada
iaitu teoritikal, praktikal dan falsafah baharu. Kesemua tiga (3)
ilmu ini merangkumi perbincangan tentang metafizik, epistemologi,
aksiologi dan logik. 5
KLASIFIKASI ILMU FALSAFAH

FALSAFAH TEORITIKAL FALSAFAH PRAKTIKAL


FALSAFAH-
FALSAFAH
BAHARU
Falsafah Teoritikal Falsafah Praktikal
(Nazariyyah) (Amaliyyah)
bertujuan mencari hak bertujuan mencari
kebenaran. kebahagiaan hidup

Merujuk kepada semua Merujuk kepada aktiviti Falsafah Alam Sekitar


jenis ilmu tentang menghayati ilmu tentang
kewujudan manusia, Tuhan manusia, Tuhan dan alam Falsafah Bidang
dan alam. dalam segenap kehidupan
manusia

Merangkumi bidang
pengkhususan seperti Merangkumi bidang 6
metafizik, logik dan pengajian seperti politik,
matematik. ekonomi, akhlak.
KLASIFIKASI ILMU FALSAFAH

FALSAFAH FALSAFAH FALSAFAH-


TEORITIKAL PRAKTIKAL FALSAFAH BARU

Metafizik Etika
Teknologi

Epistemologi Politik

Organisasi
Psikologi Ekonomi

Estetik Peradaban Ekologi

Ulum Nazariyyah Ulum Amaliyyah Ulum Sina’iyyah


8
CABANG-CABANG
FALSAFAH TEORITIKAL

9
10
Metafizik, adalah cabang falsafah yang membicarakan
tentang yang wujud atau membicarakan sesuatu di
sebaliknya.
Ilmu yang merungkai hikmah sesuatu perkara ghaib
yang wujud di sekeliling kita di alam ini.

Metafizik menanyakan berbagai jawapan yang spekulatif


atau hubungan sebab akibat. Cabang falsafah metafizik ini
Metafizik mengkaji realiti dengan mempersoalkan perkara seperti :
1. Apa itu alam semesta?
2. Apa itu kehidupan?
3. Apa itu akal/pemikiran?
4. Tuhan itu ada atau tiada?

Sistem metafizik : monotheism, atheism, politeism,


pluralism dan lain-lain
11
• Bagaimanakah konsep ketuhanan dalam
Islam?
• Siapakah Tuhan yang sebenarnya?
• Bagaimana cara menemukan dan
Antara mendapatkan realiti Tuhan dalam
persoalan kehidupan ini?
• Mengapa dalam kenyataannya di dunia ini
metafizik banyak Tuhan, sehingga banyak pula
agama-agama dengan pelbagai konsep
yang kepercayaan dan ritual?
berhubung • Apa manfaat dan fungsi percaya pada
Tuhan dalam kehidupan?
kait dengan • Manusia mempunyai sifat kesabaran,
apakah kesabaran itu?
Islam • Apakah kesabaran itu mempunyai batasan-
batasan?
• Sejauhmanakah batasan kesabaran seorang
individu dengan individu lainnya, apakah
sama? 12
Epistemologi

Berasal dari istilah Greek:


- “episteme“ : ilmu atau kefahaman.
- “logia" : sains atau kajian.
Epistemologi adalah kajian falsafah tentang ilmu pengetahuan atau theory
of knowledge.
Ia menyelidik pelbagai aspek ilmu pengetahuan seperti:
1- kaedah untuk menguasai ilmu
2- hakikat dan sumber ilmu
3- jenis dan klasifikasi ilmu
4- kepentingan ilmu
5- kesahihan dan batas-batas ilmu
13
Epistemologi
Kajian berkaitan cara kita mendapatkan ilmu dan sifat pengetahuan itu
sendiri.

Cabang falsafah yang mengkaji tentang ilmu pengetahuan dan


mempersoalkan perkara-perkara seperti :
1. Apa itu pengetahuan?
2. Apakah sumber-sumber pengetahuan ?
3. Bagaimana kita memperolehi pengetahuan?
4. Bagaimana kita membuktikan kebenaran pengetahuan?
5. Apakah perkaitan ilmu dan pembelajaran?

Ilmu yang menerangkan tentang bagaimana kita berfikir.


Kelemahannya adalah akan merumitkan peluang dan keupayaan untuk
14
melaksanakan sesuatu.
• Ilmu apa yang harus diajarkan dalam
pendidikan Islam?
Antara • Apa tujuan pendidikan dalam Islam?
persoalan • Bagaimanakah proses pembinaan ilmu
dalam Islam?
epistemologi • Bagaimanakah seorang individu boleh
belajar dengan baik
yang • Al-Ghazali seorang tokoh falsafah Islam
berhubung kait membahagi ilmu asas kepada ilmu agama
dan ilmu intelek, apakah kedua ilmu ini
dengan Islam sebagai asas mencapai kesejahteraan?
• Bagaimakah ilmu boleh membentuk
individu yang berakhlak mulia?

15
Psikologi

Ilmu yang mengandungi disiplin pembinaan diri-individu manusia


seperti dan dalam Islam dinamakan Ulum Ruhaniyyah

Ia lebih kepada falsafah hakikat dan sifat insan berteraskan kepada JERI:
Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.
Memahami potensi-potensi insan dari aspek JERI.

Di Barat, Psikologi Moden yang dimulakan oleh Wilhelm Wundt (1832-


1920) meneruskan legasi Descartes (1596-1650) yang memisahkan
Tuhan dan Ruh (Psyche) dari kegiatan keilmuan manusiawi.
Psikologi tanpa ilmu ruh/jiwa (Psyche) menjadi standard piawaian
perbahasan Psikologi Moden Barat sehingga ke hari ini. 16
Estetik ialah sub disiplin kepada falsafah AKSIOLOGI (nilai).
Ia sinonim dengan ‘falsafah seni’ yang berkait rapat dengan
deria melihat dan kajian pertimbangan yang mengaitkan
antara sentimen dan cita rasa.
Ia adalah ilmu yang mempersoal tentang nilai keindahan dan
kesenian terhadap sesuatu unsur hidup.
Ahli falsafah melihat pengalaman tentang kecantikan ‘semula
Estetik jadi dan seni’ terutamanya melibatkan deria.

Plato : membezakan seni dari segi kecantikan yang ideal


dengan objek yang cantik
Aristotle : menganggap kecantikan adalah direka untuk
kehalusan dan keharmonian dlam sesuatu objek.
Orang Yunani : seni adalah sesuatu yang berkaitan dengan
lukisan, seni pahat dan sastera (seni halus).
Immanuel Kant : seni bukan hanya semata-mata kecantikan
tetapi penilaian yang lebih subjektif.
17
18
Falsafah praktikal boleh
ditakrifkan sebagai kajian
asas falsafah (metafizik, Teori nilai dan analisis
teori pengetahuan, logik) kedudukan normatif
untuk "pemikiran praktikal", merupakan teras falsafah
dengan penekanan pada praktikal.
nilai-nilai, sikap terhadap
kehidupan dan norma
tingkah laku.

19
POLITIK
(falsafah
kerajaan &
governan
negara)

EKONOMI
ETIKA
(falsafah CABANG FALSAFAH (falsafah
pengagihan
akhlak & baik PRAKTIKAL kekayaan dan
buruk) keadilan

PERADABAN
(falsafah
perkembangan
budaya dan
tamadun
kemanusiaan)
20
Falsafah praktikal terbahagi kepada
4 bahagian
:
• Falsafah yang membahaskan perkara-perkara
Falsafah Etika pentadbiran manusia mengenai dirinya.
(Akhlaqiyyah) • Apa dan bagaimanakah kelakuan baik yang boleh
menjamin dirinya mendapat kebahagian.

Falsafah • Falsafah yang membahaskan perkara pentadbiran


Ekonomi manusia mengenai diri, keluarga dan masyarakatnya;
cara mendapatkan bahan kehidupan, pembahagian
(Iqtisadiyyah) kerja, penentuan harga barang dan hak milik.

Falsafah Politik • Falsafah yang membahaskan isu politik,


(Siasiyyah) pemerintahan dan menentukan baik buruknya.

Falsafah
Peradaban • Falsafah yang membahaskan tentang isu
perkembangan budaya dan tamadun manusia. 21
(Hadharah)
Falsafah
Etika
Etika

Cabang Etika:
Mengkaji tentang nilai- 1- Etika Normatif:
Sub-disiplin kepada dan prinsip moral, mengkaji dan
falsafah aksiologi tingkah laku dan sifat mencadangkan prinsip
(nilai). murninya. yang sesuai, “bagaimana
Dalam istilah Dikenali sebagai falsafah seseorang patut
Yunani, ethos moral (perilaku, norma bertindak secara moral”,
bermaksud adat dan adat). etika perubatan.
resam dan kelakuan. Tata laku manusia dalam 2- Etika Deskriptif:
kehidupannya, ada meneliti sejarah sistem
perlakuan dikatakan baik moral yang dianuti oleh
dan ada dikatakan tidak seseorang atau
baik, ada etika yang sekumpulan orang
didokumenkan dan ada seperti sistem moral
yang tidak orang-orang Yahudi,
didokumenkan. Kristian, Islam,
22 India,
Cina.
Falsafah
Ekonomi

Etika dan nilai berperanan dalam pembentukan personaliti individu


termasuk dalam falsafah ekonomi, politik dan peradaban.

Prinsip etika antaranya kebahagiaan, keadilan, kebaikan, keburukan, dapat


dibahaskan dengan sistematik dalam pelbagai ilmu lain seperti sosiologi,
ekonomi, politik dan peradaban.

Setiap aspek dalam ajaran Islam dan semua aktiviti ekonomi, politik dan
sosial seharusnya dikuasai, dijiwai dan disahkan oleh akhlak sebagaimana
dimensi roh menguasai jasad manusia.

23
Falsafah politik mengkaji organisasi pentadbiran dan
pemerintahan negara yang diamalkan oleh sesuatu komuniti
seperti sistem politik demokrasi, monarki, kapitalis, sosialis.

Keupayaan untuk memahami kepelbagaian pemikiran


memerlukan ilmu falsafah politik bagi mengurus kepelbagaian
yang ada serta membina permufakatan dan konsensus nasional
yang lebih harmoni dan saling memahami.

Falsafah Antara aspek penting yang diteliti oleh disiplin falsafah politik:
Politik 1- Apakah tujuan sesebuah negara atau kerajaan itu ditubuhkan?
2- Apakah bentuk hubungan antara pemerintah dengan rakyat
yang diperintah?
3- Adakah sesebuah negara itu dibina untuk menjaga kebajikan
rakyat atau rakyat yang perlu menjaga kebajikan negara?

Perbincangan tentang isu politik lain yang berkaitan dengan


teknik pemerintahan dan pentadbiran negara seperti kaedah
pemilihan pemimpin, isu kebebasan bersuara, isu keadilan,
24
agama, perlembagaan, undang-undang, ekonomi, pendidikan,
25
Organisasi

Teknologi Ekologi

Falsafah
Baharu

26
Falsafah
Teknologi
Falsafah teknologi telah banyak memberikan kebimbangan atas makna teknologi
dan impaknya terhadap masyarakat dan budaya, dan bukan dengan teknologi itu
sendiri.

Mitcham (1994) menyebut jenis falsafah teknologi "falsafah teknologi manusia"


kerana ia menerima "keutamaan kemanusiaan melalui teknologi."

Baru-baru ini cawangan falsafah teknologi telah dibangunkan yang berkaitan


dengan teknologi itu sendiri dan bertujuan untuk memahami kedua-dua amalan
merancang dan mewujudkan artifak (dalam erti kata yang luas, termasuk proses
dan sistem buatan) dan sifat benda yang dicipta .
Falsafah
Teknologi
Rakyat hari ini berdepan Tokoh Falsafah Teknologi
dengan kemajuan sains dan Bermula dari Revolusi Industri
teknologi serta pelbagai abad ke 18, teknologi hanya muncul pada abad ke 20.
mengambil tempat dalam Martin Heidegger (1889-
ideologi Barat seperti 1976) dan John Dewey (1859-
sekularisasi, liberalisme dan dunia ilmu pengetahuan.
pluralisme. 1952).

Hanya Ibn Khaldun Cakupan Falsafah Teknologi


membincangkan tentang semasa meliputi persoalan Falsafah Islam dan Timur
teknologi dalam tradisi sejarah teknologi, kritik perlu mengemukakan wacana
keilmuan Islam silam terhadap teknologi, etika bagi sama-sama
dinamakan Sinaah atau teknologi, kesan teknologi membincangkan hakikat dan
Rekacipta dalam kitab beliau terhadap masyarakat dan sifat teknologi.
Muqaddimah. politik teknologi.

Sebagai permulaan ia boleh Kemudiannya sarjana Islam


dilaksanakan dengan mesti melakukan Analisis,
mencetuskan terlebih dahulu Kritik dan Sintesis kandungan
faham teknologi, rekacipta, tema-tema ini berdasarkan
rekabentuk dan inovasi dalam disiplin-disiplin ilmu Islam
cakupan Falsafah Teknologi 28
lain yang berkaitan.
Barat yang telah ada
Falsafah
Organisasi
Ia adalah falsafah berkaitan kepimpinan dan organisasi yang melibatkan
persoalan berikut:
1- Kekuatan atau kelemahan organisasi dan pemimpin.
2- Matlamat, hala tuju dan visi organisasi
3- Hubungan sosial dalam organisasi (perkongsian/perasaan kekitaan)
4- Kepercayaan

Falsafah ini membahaskan tentang perubahan organisasi ke arah


mewujudkan situasi yang sesuai mengikut tujuan masing-masing
Falsafah
Ekologi
Falsafah yang berkaitan alam sekitar dan pergerakan sosial.

Falsafah ini berdasarkan kepercayaan bahawa manusia mesti secara radikal


mengubah hubungan mereka dengan alam semula jadi.

Bermula dengan sifat menghargai dan mengiktiraf alam semula jadi


sebagai banyak kegunaannya kepada manusia.
KESIMPULAN

Pemahaman tentang Gabungan antara


cabang ilmu falsafah dan falsafah teoritikal dan
fungsi setiap satu ilmu praktikal perlu diperhalusi
amat penting untuk setiap bagi menjawab persoalan
daripada kita memahami falsafah-falsafah baharu
cara berfikir yang betul, yang muncul pada hari ini.
sistematik dan sahih.

31
Sekian
Terima kasih

32

You might also like