You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KALI – 3/2022

SK METHODIST,
TAIPING PERAK.

Tarikh : 7.11.2022
Masa : 01.30 Tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat Sk Methodist

Kehadiran: Hadir

1. Pn.Umi Zalina binti Mohdd Ibrahim (Guru Besar)


2. Encik Azizul bin Shukri (PK Pentadbiran)
3. Pn .Haslinawati binti Mohd Hashim(PK HEM)
4. En. Auzan syauqi bin Abdul Lateh (PK Koku)
5. Pn. Normiza Bt Harun
6. Pn. fauzana
7. Pn Hulwani bt Abd Aziz
8. Pn. Aznurul Fazidah bt Amir Sharipuddin
9. Pn. Noriza Bt Mat Hashim
10. Pn. Nor Faredah Bt Abd Manan
11. Pn. Zuraidah Bt Hj Mohamed
12. Pn Noor Faizah Bt Hashim
13. En. Mohd Rizal Bin Daud
14. Pn. Norhafizah Bt Abdullah
15. En Shakti Ganes a/l Somonaidoo
16. Cik Charlene Ann a/p Richard
17. Cik Suriati Fazirin Bt abdul Wahab

1 KATA – KATA ALUAN KETUA PANITIA


1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani
Kali – 3 bagi sesi 2022
1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang dirancang
dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.
1.3 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang dirancang
dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

Makluman dan Tindakan : Semua Guru PJPK

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS


2.1 Cadangan : Cik Charlene Ann a/p Richard
2.2. Sokongan : Pn. Zuraidah Bt Hj Mohamed

Makluman dan Tindakan : Semua Guru


3 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah melaksanakan aktiviti
SEGAK pada tahun ini dan akan mengisi didalam Pajsk.

3.2 Seterusnya guru-guru PJPK bersedia untuk melaksanakan program kali kedua ujian BMI 5-9
tahun dan melengkapkan borang untuk simpanan dan mengadakan program tersebut.

3.3 Begitu juga ketua panitia mengharapkan agar semua guru PJPK bersedia untuk ujian SEGAK kali
ke dua mengikut Tarikh yang ditetapkan oleh KPM.

Makluman dan Tindakan : Semua Guru

4 PERKARA – AKTIVITI TAHUNAN

4.1 Aktiviti Kuiz Pendidikan Jasmani dan Kesihatanberbentuk pengetahuan am akan diadakan pada
bulan Pendidikan Jasmani.

4.2 Memaklumkan bahawa buku tulis mesti ada untuk pendidikan kesihatan. Wajib ada aktiviti
dalam buku tulis sebagai bukti kita menjalankan sesi pendidikan kesihatan.

Makluman dan Tindakan : Semua Guru

5.      ANGGARAN PERBELANJAAN.

5.1 Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenarai peralatan PJK yang diperlukan
untuk tahun ini dan diserahkan kepadanya untuk atau boleh meminta peralatan tersebut melalui
nota minta yang boleh didapati di pejabat.

5.2 En. Haris mencadangkan segala aktiviti seperti pembelian hadiah Pertandingan kuiz
menggunakan sumber kewangan PCG.

Makluman dan Tindakan : Semua Guru

6 6.1 HAL – HAL LAIN

6.1 Ketua panitia mengingatkan semua guru sekali lagi supaya murid – murid tidak dibenarkan
mengambil dan memulangkan peralatan tanpa iringan guru.

6.2 Pastikan buku Latihan Pendidikan Kesihatan ditanda dan digunakan sebaik mungkin bagi
mengelakkan aduan dari ibu bapa penggunaan buku tulis PJK yang terlalu sedikit untuk setahun.
Makluman dan Tindakan : Semua Guru

7 7.1 UCAPAN PENUTUP

7.1.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru – guru dan berharap agar
kerjasama yang lebih baik demi melestarikan Pendidikan Jasmani dan.1.2 Kesihatan di kalangan
murid. Mesyuarat disudahi dengan bacaan surah Al Asr’.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 02.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………… ………………………………………………..
( Pn Faizah binti Hashim ) (MOHD RIZAL BIN DAUD)
S/U Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KP Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
SK METHODIST, SK METHODIST,
TAIPING, PERAK. TAIPING, PERAK.

You might also like