You are on page 1of 11

Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK

Aktiviti 6: All About Algebra

ALL ABOUT ALGEBRA


Aktiviti ini adalah aktiviti penerokaan secara berkumpulan (cadangan: 4 orang satu kumpulan)
bagi menerbitkan, mempermudahkan dan menentukan nilai ungkapan algebra.

Tempoh masa:
40 minit

Objektif:
1. Menerbitkan ungkapan algebra.
2. Mempermudahkan ungkapan algebra.
3. Menentukan nilai ungkapan algebra apabila nilai pemboleh ubah diberi.

Bahan:
Penerokaan 1
1. Lampiran A (kad epal, kad pokok, huruf x dan huruf y, cetak dua belah dan laminate).
Sediakan tiga kad epal dan dua kad pokok bagi setiap kumpulan.
2. Lampiran B (kad singa dan huruf z, cetak dua belah dan laminate). Sediakan dua kad singa
bagi setiap kumpulan.
3. Lembaran Murid 6-1 (satu salinan setiap kumpulan)

Penerokaan 2
1. Kertas sebak (satu helai setiap kumpulan).
2. Pen marker hitam dan pen marker merah (satu set setiap kumpulan)
3. 15 helai kertas warna yang berukuran 10 cm × 15 cm (satu set setiap kumpulan)
4. Lembaran Murid 6-2 (satu salinan setiap kumpulan)
5. Masking tape/blue tack/bahan lain (untuk melekat kertas warna pada kertas sebak dan
melekat kertas sebak pada dinding)

Penerokaan 3
1. Lembaran Murid 6-3 (satu salinan setiap kumpulan)
2. Lampiran C (set kepingan puzzle Tarsia, setiap kumpulan satu set yang mengandungi 9
keping)

Penerokaan Lanjutan (dijalankan sekiranya ada masa lebihan selepas Penerokaan 1, 2 dan 3)
1. Lembaran Murid 6-4 (satu salinan setiap murid)

PENEROKAAN 1: (Cadangan masa: 10 minit)


Arahan kepada guru:
1. Edarkan tiga kad epal (huruf x di sebelah belakang), dua kad pokok (huruf y di sebelah
belakang), dua kad singa (huruf z di sebelah belakang) dan Lembaran Murid 6-1.
2. Pastikan setiap ahli kumpulan terlibat untuk menyelesaikan tugasan dalam lembaran.
3. Bincangkan jawapan bersama murid.

1|Salinan Guru
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 6: All About Algebra

Lembaran Murid 6-1

1. Dengan menggunakan kad bergambar yang diberikan, lengkapkan jadual di bawah.

Ungkapan Algebra
Kad
(bentuk termudah)

+ + 3𝑥

2𝑦 − 𝑥
+ – atau yang setara

+ 𝑥 + 2𝑦 − 𝑧
+ – atau yang setara

– + + 2𝑧 − 𝑥 + 𝑦
atau yang setara

4𝑦 + 5𝑧
5( + )– atau yang setara

2|Salinan Guru
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 6: All About Algebra

2. Jika 𝑥 = 3, 𝑦 = 2 dan 𝑧 = −5, lengkapkan jadual berikut.


Ungkapan Algebra
Kad Nilai Ungkapan Algebra
(bentuk termudah)

+ 3𝑥 9
+

– 2𝑦 − 𝑥
+ atau yang setara
1

𝑥+𝑦+𝑧
+ + 0
atau yang setara

𝑥 + 𝑦 + 2𝑧
+ + + −5
atau yang setara

𝑥 + 2𝑦 − 𝑧
+ + – atau yang setara
12

3|Salinan Guru
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 6: All About Algebra

PENEROKAAN 2: (Cadangan masa: 20 minit)


Arahan kepada guru:
1. Edarkan kertas sebak, 15 helai kertas warna dan Lembaran Murid 6-2.
2. Minta murid salin ungkapan yang diberi dalam rajah dengan pen marker hitam dan tulis
penyelesaian yang dibuat dengan pen marker merah pada kertas warna yang diedarkan.
3. Tampalkan kertas sebak pada dinding dan kemudian tampalkan semua kertas warna dengan
ungkapan mengikut susunan seperti rajah yang diberikan pada kertas sebak.
4. Pastikan setiap ahli kumpulan terlibat secara aktif dalam tugasan yang diberikan.
5. Bincangkan jawapan bersama murid.

Lembaran Murid 6-2

Lengkapkan rajah di bawah dengan ungkapan algebra yang sesuai.

– 3𝑥 + 2𝑦 − 7

+ −𝑥 + 𝑦 + 5 −4𝑥 − 𝑦 + 12

– 3𝑥 + 𝑦 5 − 4𝑥 −𝑦 + 7

+ 3𝑥 + 5 5−𝑦 4𝑥 − 𝑦 4𝑥 − 7

3𝑥 5 −𝑦 4𝑥 −7

4|Salinan Guru
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 6: All About Algebra

PENEROKAAN 3: (Cadangan masa: 10 minit)


Arahan kepada guru:
1. Edarkan kertas sebak, Lampiran C (set puzzle Tarsia yang mengandungi 9 keping) dan
Lembaran Murid 6-3.
2. Minta murid selesaikan puzzle Tarsia. Maklumkan masa yang diperuntukkan untuk aktiviti
ini.
3. Pastikan setiap ahli kumpulan terlibat secara aktif dalam tugasan yang diberikan.
4. Bincangkan jawapan bersama murid.

Lembaran Murid 6-3

Puzzle Tarsia adalah sejenis permainan jigsaw puzzle yang


menyusun kepingan kad kecil untuk menghasilkan satu bentuk
lebih besar dengan memadankan soalan dan jawapan yang
ditulis pada setiap sisi kad. Rajah di sebelah menunjukkan satu
contoh puzzle Tarsia yang kepingan kad segi tiga kecil disusun
untuk menghasilkan satu segi tiga yang lebih besar.

Selesaikan puzzle Tarsia menggunakan 9 kepingan puzzle


yang diberi.

Jawapan:

5|Salinan Guru
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 6: All About Algebra

PENEROKAAN LANJUTAN: Lembaran Murid 6-4

1. Ally, John dan Sara sedang bermain sebuah permainan kad Farm in the village. Permainan
ini menggunakan kad bergambar buah tempatan yang mewakili mata permainan. Dalam
permainan ini, pemain perlu mengumpul mata untuk memenangi permainan tersebut.

Pada permulaan permainan, Ally mendapat 2 kad mangga dan 3 kad nanas, manakala John
mendapat 1 kad pisang dan 2 kad mangga dan Sara pula mendapat 3 kad mangga.

(a) Tulis ungkapan yang mewakili mata permulaan Ally, John dan Sara.
Jawapan:
Ally John Sara
2𝑚 + 3𝑛 𝑝 + 2𝑚 3𝑚
* Terima ungkapan yang ditulis dengan sebarang huruf tetapi pastikan huruf yang sama
digunakan untuk pemboleh ubah yang sama bagi ketiga-tiga ungkapan.

(b) Pada akhir permainan, Ally telah mendapat tambahan 1 kad pisang dan 2 kad mangga,
manakala John mendapat tambahan 5 kad nanas dan 1 kad mangga, serta Sara
mendapat tambahan 2 kad nanas dan 3 kad pisang. Tuliskan ungkapan yang mewakili
mata keseluruhan Ally, John dan Sara di akhir permainan.
Jawapan:
Ally John Sara
4𝑚 + 3𝑛 + 𝑝 𝑝 + 3𝑚 + 5𝑛 3𝑚 + 2𝑛 + 3𝑝

(c) Jika sekeping kad mangga mewakili 1 mata, sekeping kad nanas mewakili 3 mata dan
sekeping kad pisang mewakili 5 mata, siapakah pemenang bagi permainan tersebut?
Jawapan:
Mata keseluruhan Ally = 18
Mata keseluruhan John = 23
Mata keseluruhan Sara = 24

Pemenang ialah Sara.

6|Salinan Guru
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 6: All About Algebra Lampiran A

7|Salinan Guru
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 6: All About Algebra Lampiran A

x x

y y
8|Salinan Guru
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 6: All About Algebra Lampiran B

9|Salinan Guru
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 6: All About Algebra Lampiran B

z z

z z
10 | S a l i n a n G u r u
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 6: All About Algebra Lampiran C

11 | S a l i n a n G u r u

You might also like