You are on page 1of 1

RINGKASAN EKSEKUTIF

Nama perniagaan yang ingin ditubuhkan ialah Aqish & friends Enterprise .Perniagaan ini merupakan perkongsian.Perniagaan kami terdiri daripada tiga orang rakan

kongsi iaitu dua orang rakan kongsi aktif dan seorang rakan kongsi lelap..Modal yang kami peruntukkan ialah sebanyak RM150 000.Perniagaan kami mengeluarkan produk

minuman kesihatan yang baik untuk golongan remaja dan dewasa iaitu Jus Jambu Batu.Jus Jambu Batu ini hasil darpada campuran makanan sunnah dan buah tempatan ialah

Buah Jambu Batu,kurma dan madu.

Perniagaan Aqish & friends Enterprise telah menetapkan visi,misi dan objektif perniagaan bagi memudahkan urusan.Visi bagi barang Aqish & friends Enterprise ialah

menaikkan nama produk kami ke satu Malaysia dan memastikan perniagaan kami kekal serta bertambah maju pada jangka masa panjang.Selain itu, misi kami ialah memastikan

produk ini memberikan faedah kepada pembelinya terutama golongan remaja dan dewasa.Seterusnya ,objektif bagi produk kami ialah menghasilkan produk yang berkualiti

untuk pelanggan .

Pentadbiran bagi perniagaan ini diuruskan oleh seorang pengurus besar iaitu Siti Nur Balqis Binti Mokhsin yang merupakan rakan kongsi aktif .Manakala Adlin Raisya

Binti Mikael merupakan penolong pengurus besar serta merupakan rakan aktif dan Nur Raihana Binti Rizkipula ialah rakan kongsi lelap.Kami juga mempunyai tiga orang

pengurus , seorang kerani dan dua orang pekerja .

Seterusnya ,bagi meningkatkan sasaran produk , perniagaan Aqish & friends Enterprise telah melakukan pelbagai teknik pemasaran seperti mengedarkan risalah ,

mencipta laman web perniagaan, mengadakan promosi menerusi sistem pengiklanan secara digital melalui media sosial seperti Facebook , Instagram , WhatApps dan Tiktok.

Bukan itu sahaja , kami juga telah menampal poster dan mengantung banner di kawaasan tumpuan orang ramai supaya orang dapat mengetahui tentang kewujudan perniagaan

kami serta promosi yang ditawarkan kepada pelanggan .Tambahan pula , perniagaan kami amat mementingkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan bagi

menjamin kesetiaan pelanggan kepada perniagaan kami .

Perniagaan Aqish & friends Enterprise jugaa memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar.Waktu operasi perniagaan bermula pada pukul 9.00 pagi hingga

9 .00 malam pada setiap hari Khamis hingga Selasa manakala pada hari Rabu merupakan hari cuti bagi setiap pekerja.Selain itu,kami mensasarkan jualan akan meningkat

sebanyak 5% manakala keuntungan berdasarkan jualan adalah 5% setiap bulan.

Di samping itu,rancangan kewangan perniagaan Aqish & friends Enterprise adalah perniagaan ini membuat permohonan untuk meminjam sebanyak RM 15 000.

Sehubungan itu,rancangan pinjaman perniagaan ini disediakan untuk memajukan lagi perniagaan dengan membuat pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk

pengubahsuaian kedai, alatan pembuatan Jus Jambu Batu , alatan pejabat , ultiliti dan kos operasi . MARA menjadi pilihan untuk membuat pinjaman modal kerana tempoh

pembayaran lebih lama .Modal sumbangan rakan kongsi tetap dan lelap ialah sebanyak RM 90 000 sebagai modal permulaan.

Akhir sekali,prospek perniagaan Aqish & friends Enterprise adalah selepas 5 tahun untuk mencapai visi,misi dan objektif perniagaan.

You might also like