You are on page 1of 1

1. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?

A Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna


B Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna
C Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan
D Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan

2. Pernyataan manakah yang merupakan aspek penting yang ditunjukkan oleh carta organisasi?
A Pembahagian kuasa
B Pengasingan kuasa
C Pembahagian kerja
D Pengkhususan kerja

Maklumat berikut menunjukkan suatu peringkat dalam pengurusan : Encik Lim bertanggungjawab
ke atas semua operasi dan aktiviti dalam sesebuah organisasi. Semua aktiviti yang dijalankan
dalam organisasi perlu dilaporkan kepada beliau. Apakah peringkat pengurusan bagi Encik Lim?

A Pengurusan atasan
B Pengurusan bawahan
C Pengurusan sederhana
D Pengurusan pertengahan

Pernyataan manakah yang merupakan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?


A Merancang kewangan organisasi perniagaan
B Menjalankan aktiviti sokongan untuk seluruh organisasi
C Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi
D Merancang organisasi memimpin dan mengawal demi mencapai matlamat organisasi.

Pernyataan manakah yang tepat tentang tujuan bahagian fungsian sumber manusia?
A Menjawab pertanyaan pelanggan
B Memastikan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran mencukupi
C Memastikan organisasi mempunyai pekerja yang berkemahiran.
D menyediakan pakar untuk memberikan maklumat mengikut kehendak pelanggan.

Bahagian fungsian yang manakah terdapat dalam organisasi perniagaan?

A Kewangan
B Pengiraan
C Perancangan kewangan
D Perakaunan dan kewangan

You might also like