You are on page 1of 1

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Transformasi

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya Showcase


Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR) 3.0 2022 dilaksanakan pada tahun ini.
Showcase yang bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid SK Sentul
Utama (SKSU) menunjukkan hasil kerja dan aplikasi idea mereka kepada umum ini
selaras dengan Modul Transformasi Sekolah (TS25) iaitu Modul 6 (Kefahaman
Melalui Reka Bentuk), Modul 7(Digital Tools and Resources) dan Modul 8
(Redesigning Students’ Learning Experience).
Saya selaku Penyelaras KmR pada tahun ini sangat bangga dan kagum
dengan usaha-usaha yang ditunjukkan oleh murid-murid dan guru-guru SKSU dalam
memastikan KmR pada tahun ini dapat dijayakan. Hanya Allah sahaja yang mampu
membalas dengan ganjaran yang setimpal usaha untuk menjadikan pembelajaran
murid-murid SKSU lebih bermakna ini. Proses KmR yang bermula dengan proses
merungkai kurikulum iaitu pembinaan The Big Idea, Essential Questions dan
Backward Design seterusnya proses merangkai kurikulum iaitu pembinaan rubrik
penilaian dan perancangan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) seterusnya
dipersembahkan kepada umum dalam showcase. Alhamdulillah, selama 4 minggu
PdPc KmR dan beberapa minggu untuk persediaan showcase, hari ini Showcase
KmR 2022 dapat terlaksana seperti yang dirancang. Semoga dengan terlaksananya
KmR dan showcase KmR ini, matlamat utama KmR iaitu untuk menerapkan elemen
kompetensi 6C (Creativity, Critical Thinking, Collaboration, Cooperation,
Characteristic, Citizenship) dalam diri murid-murid SKSU sekaligus menguasai tahap
penguasaan tertinggi dalam subjek-subjek yang terlibat dalam KmR dapat
direalisasikan.
Akhir kata, jutaan terima kasih kepada para Senior Leadership Team (SLT)
yang diterajui oleh Encik Aidil Azahar bin Ahmad, Guru Besar dan Cik Siti Mahanom
binti Jamal, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, para Middle Leadership Team
(MLT), guru-guru subjek KmR, guru-guru pembimbing KmR, murid-murid Tahun 4, 5,
6 dan PPKI serta ibu bapa murid-murid yang turut memberi sokongan kepada KmR.
Penghargaan juga ditujukan kepada Pn. Zainun binti Harun, Pegawai Pendidikan
Daerah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sentul , Rakan-Rakan Elit TS25 PPD
Sentul dan pegawai-pegawai PPD Sentul atas kerjasama dan sokongan yang
diberikan. Semoga SKSU terus cemerlang dan unggul.
Sekian, terima kasih

Encik Muhammad Rafiq bin Razali


Penyelaras
Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR) 2022
SK Sentul Utama

You might also like