You are on page 1of 2

LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU

SJK (T) MAHAJOTHI INTEGRASI TAHUN 2022

Tarikh : 18 Mei 2022

Masa : 8.00 pagi

Tempat : SJK (T) MAHAJOTHI INTEGRASI, TAMAN SUTERA JAYA

Sambutan Hari Guru pada tahun ini dijalankan pada tarikh 18 Mei 2022 bertempat di
sekitar SJK (T) Mahajothi. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan bagi SJK (T) Mahajothi dan
mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan
ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh warga sekolah dan juga ahli Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SJK (T) Mahajothi. Tema hari guru pada tahun ini ialah Guru : Guru Tunjang Sekolah
Sejahtera

Aktiviti bermula seawal jam 7.20 pagi semua murid dan guru berkumpul di dewan
SJK (T) Mahajothi. Perhimpunan rasmi dijalankan seperti biasa bermula pada pukul 8.00
pagi. Acara sambutan Hari Guru bermula pada pukul 8.15 pagi dengan bacaan Perutusan
Hari Guru oleh Pn.Umah Devi dan Pn.P.Philomena. Kemudian diikuti dengan ucapan oleh
wakil murid iaitu C.Divashen daripada tahun 6 Arivujothi yang merupakan ketua pengawas
SJK (T) Mahajothi. Antara ucapan beliau ialah ucapan terima kasih dan penghargaan buat
guru-guru yang telah mengajar dan mendidik mereka. Majlis diteruskan dengan ucapan
Guru Besar SJK (T) Mahajothi, Puan S.Veknaswari dan diikuti dengan bacaan ikrar Guru dan
nyanyian lagu Guru Malaysia.

Aktiviti diteruskan lagi dengan acara pemotongan kek yang ditaja oleh PIBG sekolah.
Acara pertukaran hadiah dilakukan selepas selesai memotong kek oleh semua guru. Acara
pertukaran hadiah adalah berdasarkan cabutan nama yang telah dibuat dan diteruskan
dengan acara penyampaian hadiah murid kepada guru. Selesai aktiviti di dewan semua
murid dan guru dijamukan dengan jamuan yang ditaja oleh pihak PIBG SJK (T) Mahajothi.
Kemudian, semua guru dan murid meneruskan aktiviti sukaneka di padang bermula jam 11
pagi. Antara permainan yang dijalankan untuk guru ialah melukis ekor dan tiup belon
hingga pecah. Guru yang terlibat perlu mengikat mata dengan kain serta melukis ekor
kucing dengan betul atau terdekat dikira penang manakala permainan tiup belon hingga
pecah pula, mereka perlu meniup belon sehingga pecah dan pemenang merupakan guru
yang dapat memecahkan belon paling awal. Semua guru dan murid berpuas hati dan
gembira dengan permainan yang dijalankan.

Pada pukul 12.00 tengahari, semua murid, guru serta wakil ibu bapa berkumpul di
dewan bagi acara persembahan dan penyampaian hadiah kepada pemenang serta majlis
penutup dijalankan. Dalam majlis ini, wakil guru lelaki dan murid telah membuat
persembahan antaranya nyanyian, Tarian dan bacaan sajak. Guru Besar dijemput untuk
menyampaikan hadiah kepada pemenang sukaneka. Sambutan Hari Guru pada tahun ini
berjalan lancar dan meriah kerana mendapat bantuan daripada ramai pihak terutama sekali
pihak PIBG.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………. ………………………………

(Kanmani a/p Palamalai )

You might also like