You are on page 1of 9

SEKOLAH MENENGAH CONVENT TAIPING

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


JALAN CONVENT, 34000 TAIPING
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS CADANGAN
KARNIVAL BAHASA INGGERIS
PERINGKAT NEGERI PERAK
2019

TARIKH : 25 APRIL 2019


TEMPAT : SMK CONVENT TAIPING
KARNIVAL BAHASA INGGERIS
PERINGKAT NEGERI PERAK 2019
1.0 Pengenalan
Karnival Bahasa Inggeris diadakan bagi membuka ruang kepada
semua murid lebih mendekati bahasa ini secara mesra pengguna. Bahasa
Inggeris biasanya dilabel sebagai bahasa yang sukar untuk dikuasai dan
hanya mereka yang mempunyai IQ tertentu sahaja yang mampu
menguasainya. Ini berpunca daripada ketiadaaan kemahiran atau keupayaan
berfikir dalam kalangan majoriti murid.

Sejarah telah membuktikan bahawa peradaban manusia bertitik tolak


daripada perkembangan bahasa. Bahasa Inggeris pula diangkat martabatnya
sebagai bahasa pertama dunia dengan perluasan kuasa Eropah selepas
Perang Dunia Kedua. Bahasa Inggeris ini menjadi satu ikon yang penting
dalam mengembleng ilmu bahasa di seluruh dunia mengikut retorik
masyarakat dan juga budaya.Bertitik tolak dari nilai tinggi sejarah peradaban
manusia ini, kebitaraan Bahasa Inggeris terpanggil untuk menganjurkan
program demi mempertingkatkan pencapaian kualiti Bahasa Inggeris
dikalangan pelajar-pelajar sekolah dalam negeri Perak

Demi mengangkat martabat kualiti pencapaian peperiksaan bagi mata


pelajaran Bahasa Inggeris maka Kebitaraan Bahasa Inggeris SMKCT
terpanggil untuk menganjurkan Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Negeri
Perak. Jawatankuasa Kebitaraan Bahasa Inggeris yang melibatkan panitia
Bahasa Inggeris berperanan untuk menjana gagasan kebitaraan Bahasa
Inggeris yang berpaksikan matlamat untuk menyebarluaskan literasi Bahasa
Inggeris secara menyeluruh dalam segenap aspek terutamanya dalam bidang
akademik mahupun aktiviti ko-akademik di samping memacu usaha
melahirkan modal insan yang fasih berkomunikasi dan mampu bersaing
dalam arena bahasa antarabangsa di peringkat global.

Penganjuran ini diharap dapat memberi Penglibatan yang menyeluruh


dan konsisten dari semua guru dan pelajar dalam program ini akan mampu
meningkatkan keyakinan diri dan membentuk personaliti yang positif;
melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berkebolehan menguasai bahasa
Inggeris yang merupakan wadah perantaraan antarabangsa pada masa akan
datang serta memberi kemahiran kepada pelajar dalam pelbagai bidang ke
arah meningkatkan kemahiran sosial mereka;melahirkan pelajar yang
mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi dan membentuk bangsa yang
berupaya bersaing di peringkat antarabangsa agar dikagumi dan dihormati
dengan kebolehan menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Harapan yang
tinggi diamanahkan kepada pelajar-pelajar yang menyertai karnival ini agar
membawa pulangan dan nilai tambah yang besar dalam menjana
kecemerlangan pendidikan di negara kita..

2.0 Matlamat
2.1 Semua pelajar dapat memantapkan penguasaan bahasa Inggeris
sebagai bahasa ilmu yang mana Bahasa Inggeris pada tahun 2017 telah mula
menggunakan CEFR(common european framework) bagi menilai
penguasaan Bahasa Inggeris pelajar tingkatan satu.
2.2 Meletakkan nama SKK SMK Convent sebagai institusi yang melahirkan
pemimpin muda yang berketrampilan dan berdaya saing di peringkat
Antarabangsa.
2.3 Pelajar dapat menyampaikan pemikiran, emosi dan nilai yang mer
perolehi daripada penguasaan bahasa dan budaya yang dipelajari.
2.4 Pelajar dapat mempertingkatkan imaginasi dan kreativiti melalui
pertandingan ‘poetry recital dan storytelling”
2.5 Pelajar yang menyertai karnival ini akan lebih berketerampilan dengan
penguasaan bahasa Inggeris yang mantap yang juga merupakan lingua
franca antarabangsa.
2.6 Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sejajar
dengan Dasar MBMMBI.

3.0 Objektif
3.1. Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar tentang
pentingnya Bahasa Inggeris untuk kegunaan seharian.
3.2. Para pelajar menjalankan aktiviti yang dirancang secara fizikal dan
mental dalam bentuk yang mudah dan menyeronokkan.
3.3. Membuka minda murid bahawa Bahasa Inggeris adalah fenomena
yang berlaku di sekeliling mereka.
3.4. Menyedarkan murid bahawa Bahasa Inggeris adalah pelajaran yang
menyeronokkan di samping mencabar minda.
3.5. Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa
pertandingan.
3.6. Membuka peluang meneroka Bahasa Inggeris di luar bilik darjah
melalui pertandingan .

4.0 Tentatif Perlaksanaan


Tarikh : 25 April 2019 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : SMK Convent Taiping

5.0 Pengelolaan
Sekolah Menengah Convent Taiping, Sekolah Kluster Kecemerlangan

6.0 Kumpulan Sasaran


Pelajar-pelajar sekolah rendah dari Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah
Kluster Kecemerlangan seluruh negara serta sekolah-sekolah harian di
Malaysia bagi murid-murid lelaki dan perempuan bawah 18 tahun.

7.0 Jawatan Kuasa Induk Bahasa Inggeris

Penasihat : Puan Saharidah binti Sahaban


Pengetua SMK Convent Taiping

Pengerusi : Pn Sormon a/p Nai Liew


Penolong Kanan Kokurikulum SMK Convent Taiping

Timbalan Pengerusi : Pn Sugguna a/p Munisamy


Penyelaras Kebitaraan Bahasa Inggeris
Setiausaha : Pn. Nur Hafeza binti Mohd Idris
Penolong Penyelaras Kebitaraan Bahasa Inggeris

Bendahari : Puan Sharon Shiela


Guru Penasihat Persatuan Bahasa Inggeris

8.0 Kewangan

8.1 Pendapatan

Perkara Jumlah (RM)


Kutipan Yuran Penyertaan RM
RM 50 x 15 buah sekolah

PIBG RM 40.00

SKK RM

Jumlah RM

8.2 Perbelanjaan

Butiran perbelanjaan pertandingan:-


Perkara Butiran Jumlah (RM)

i) Buku skrap 3 orang pel x RM30.00 90.00


1orang guru x RM30.00 30.00
3 orang pel x RM30.00 90.00
ii) Poetry writing 1orang guru x RM30.00 30.00

iii) Poetry Recital 3 orang pel x RM30.00 90.00


1orang guru x RM30.00 30.00

iv) Storytelling 3 orang pel x RM30.00 90.00


1orang guru x RM30.00 30.00

3 orang pel x RM30.00 90.00


v) Melakar Komik 1orang guru x RM30.00 30.00

3 orang pel x RM30.00 90.00


vi) Spelling Bee 1orang guru x RM30.00 30.00

Mineral water 20 karton x RM24 480.00

Panel juri dari RM200 x 3 org juri x 3,600.00


6 pertandingan

Makanan untuk juri RM 30 x 2 org x 6 360.00


pertandingan

Makan untuk urusetia 10 orang x 6 jenis 1800.00


pertandingan x RM30.00

Jaga tempat 1 orang x 6 jenis 1800.00


pertandingan x RM30.00

Jaga makanan 4 orang x RM30.00 120.00

Penyambut tetamu 2 orang x 6 jenis 360.00


pertandingan x RM30.00
Penunjuk arah
Hadiah

Tempat pertama RM150.00 x 6 900.00


pertandingan

Tempat kedua RM120.00 x 6 720.00


pertandingan

Tempat ketiga RM90 x 6 pertandingan 540.00

Saguhati RM60 x 6 pertandingan 360.00

Sijil penyertaan dan penghargaan :

Pelajar 3 orang x 6 pertandingan x 45.00


RM2.50

Guru pengiring 1 orang x 6 jenis 15.00


pertandingan x RM2.50

Urusetia 82 orang x RM2.50 205.00

Juri 3 orang juri x 6 45.00


pertandingan x RM2.50

Banner 1 x RM150.00 150.00

Jumlah

9.0 Tentatif Program

BIL MASA NAMA PROGRAM TEMPAT


1. 7.30 am – 8.00 am Pendaftaran Dewan Srikandi

2. 8.00 am – 8.30 am Sarapan Kantin

3. 8.30 am – 9.00 am Taklimat pertandingan Dewan Srikandi

4. 9.00 am – 1.00 pm i) Buku skrap Bilik KH

ii) Poetry writing Bilik Multimedia

iii) Poetry Recital Dewan Atas


iv) Storytelling Bilik Gerakan

v) Melakar Komik Kantin

vi) Spelling Bee Bengkel Kemahiran


Hidup

5. 1.00 pm – 2.30 pm Makan tengahari dan rehat Kantin / surau

6. 2.30 pm – 4.30 pm Penyampaian hadiah dan Dewan Srikandi


sijil

7. 4.30 pm Bersurai

10.0 Penutup

Kerjasama dari semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung amat diharapkan bagi melancarkan lagi perjalanan program yang
akan diadakan ini.

Disediakan oleh,
( Pn Nur Hafeza binti Mohd Idris)
Setiausaha
Karnival Bahasa Inggeris SMKCT 2019

Disaksikan oleh,

(Pn Sugguna a/p Munisamy)


Penyelaras Kebitaraan Bahasa Inggeris
SMK Convent Taiping

Disahkan oleh,

(SAHARIDAH BINTI SAHABAN)


Pengetua
SMK Convent Taiping

You might also like