You are on page 1of 11

AH20503

KESELAMATAN DAN KESIHATAN


(Refleksi individu)

DISEDIAKAN OLEH:
Nama No Matrik
1. Stella Tangkawang BA20110641

DISEDIAKAN UNTUK: PUAN SALMIE JEMON

1.1 Pengenalan
Webinar yang bertajuk peranan Jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (JKKP)

dalam Menagani isu keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja diadakan bertujuan

untuk memperkenalkan kepada orang ramai apa itu JKKP dan juga memberi pendedahan kepada

orang ramai berkaitan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh pihak jkkp dalam memastikan

kesihatan dan keselamatan pekerja terpelihara sepanjang masa terutama sekali apabila berada di

tempat kerja. Jabatan ini merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Jabatan ini bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-

orang yang sedang bekerja dan melindungi orang-orang lain daripada bahaya-bahaya

keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu

Pengilangan, Perlombongan dan pengkuarian ,Pembinaan ,Hotel dan restoran ,Pertanian,

perhutanan dan perikanan, Pengangkutan , penyimpanan dan komunikasi ,Perkhidmatan awam

dan pihak berkuasa berkanun, Kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan,

Kewangan, insuran, hartanah dan perkhidmatan perniagaan. Selain itu webinar ini juga

dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutama sekali yang bergelar

pekerja bahawa pentingnya mematuhi aspek-aspek keselamatan di tempat kerja. Bagi menjamin

kualiti kerja seseorang individu penjagaan keselamatan dan kesihatan yang teliti dapat memberi

keyakinan kepada pekerja untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu dengan baik tanpa ada

sebarang kerisauan. Dalam hal-hal pekerjaan mesti terdapat banyak isu keselamatan dan

kesihatan yang wujud. Oleh itu, pihak JKKP merupakan badan yang bertanggungjawab untuk

menyelesaikan isu tersebut agar keselamatan dan kesihatan pekerja semakin terjamin. Banyak

usaha yang telah dilakukan oleh pihak jkkp dalam menangani hal-hal yang boleh memudaratkan

pekerja dan mencari inisiatif bagi menyelesaikan setiap masalah yang berlaku. Adalah menjadi

dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk menyediakan persekitaran kerja yang
selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh

aktiviti-aktivitinya. Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai

matlamat dan objektif-objektif melalui rundingan dan kerjasama. Antara dasar Jabatan ini ialah

untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan sihat,

Untuk memastikan bahawa semua kakitangan diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan

berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dan

Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan

mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan yakin bahawa keselamatan dan kesihatan

mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan penggunaan cara kerja selamat

dan sihat adalah faktor utama ke arah memastikan kejayaan misi . Keselamatan dan kesihatan

pekerjaan bertujuan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja. Keselamatan di

tempat kerja merupakan satu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Keselamatan

di tempat kerja penting dalam menjamin kesejahteraan pekerja. Kerajaan Malaysia telah

mengambil langkah-langkah yang perlu dengan memperkenalkan Akta Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan 1994 pada 25 Februari 1994. Tanggungjawab dalam penguatkuasaan Akta

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini telah diberikan kepada Jabatan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang berada di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia

(Helmi Haron,2008).

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (Akta 514) menyediakan perundangan

untuk memupuk, meransang, dan mengalakkan kualiti keselamatan dan kesihatan di kalangan

pekerja di tempat kerja. Peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Akta Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan yang menekankan kecemerlangan keselamatan dan kesihatan di tempat


kerja. Perkara-perkara yang disentuh adalah meliputi peranan utama dan kewajipan majikan

dalam menjamin keselamatan, kesihatan, dan kebajikan pekerja. Selain daripada itu kewajipan

pengilang, pekerja,orang yang bekerja sendiri, pereka bentuk, pengimport dan pembekal juga

akan diberi perhatian. Banyak tanggungjawab Majlis Negara dan Jabatan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan, Jawatankuasa Keselamatan dan pegawai keselamatan dan kesihatan untuk

memastikan keselamatan, kesihatan, dan kebajikan pekerja-pekerja di tempat kerja(Mumtaj

Hassan,2001). Akta-akta berkaitan keselamatan yang telah diwujudkan sedikit sebanyak telah

membantu pekerja-pekerja di luar sana untuk menjamin hak mereka sebagai pekerja. Namun

demikian JKKP merupakan badan yang ditubuhkan untuk membantu objektif akta-akta tersebut

tercapai dengan jayanya. JKKP memainkan setiap peranan dengan penuh teliti agar kesihatan

dan keselamatan pekerja dapat dipelihara dengan baik dan tiada berlakunya kejadian-kejadian

yang tidak diingini. Perundangan baru Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diperbuat pada

tahun 1994. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) telah mendapat

kelulusan Parlimen pada 1993 dan telah diwartakan pada Februari 1994. Perundangan ini

diperbuat kerana memandangkan Akta Kilang dan Jentera 1967 hanya meliputi keselamatan dan

kesihatan pekerjaan di sektor perkilangan, perlombongan; dan pengkuarian dan pembinaan, yang

mana keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor industri-industri lain tidak diliputi. Pekerja-

pekerja yang terlibat di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 hanyalah 24% daripada jumlah

tenaga kerja, manakala Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 merangkumi sejumlah

90% daripada tenaga kerja danakta ini hanya mengecualikan pekerjaan atas kapal dan angkatan

tentera.
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP)

1.2 Objektif Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Jabatan ini merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan

ini bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang

sedang bekerja dan melindungi orang-orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan

kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu Pengilangan,

Perlombongan dan pengkuarian ,Pembinaan ,Hotel dan restoran ,Pertanian, perhutanan dan

perikanan, Pengangkutan , penyimpanan dan komunikasi ,Perkhidmatan awam dan pihak

berkuasa berkanun, Kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan, Kewangan,

insuran, hartanah dan perkhidmatan perniagaan. Selain itu webinar ini juga dijalankan bertujuan

untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutama sekali yang bergelar pekerja bahawa

pentingnya mematuhi aspek-aspek keselamatan di tempat kerja.

 Objektif Jabatan ialah mencegah kemalangan industri dan penyakit pekerjaan menjelang

tahun 2010 seperti berikut : 

 (a) Pengurangan kadar kemalangan maut sehingga 20% 

(b) Pengurangan kadar kemalangan yang dilaporkan

(c ) Penambahan jumlah pemeriksaan penguatkuasaan sehingga 100% dan promosi sehingga

200%; dan 

 (d) Penambahan tempat kerja yang menggaji pengamal KKP (SHO) sehingga 20%
1.3       Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

            Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk menyediakan

persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang

mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.

            Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan

objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.

Khususnya, dasar Jabatan ialah:

 Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan

sihat; 

 Untuk memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan

dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko

kepada kesihatan; 

 Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan

mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang

lagi; 

 Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai keselamatan dan kesihatan

seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,

peraturan-peraturannya dan tataamalan-tataamalan yang diluluskan; 

 Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan

 Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu.   


Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan yakin bahawa keselamatan dan kesihatan

mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan penggunaan cara kerja selamat

dan sihat adalah faktor utama ke arah mempastikan kejayaan misi .

1.4      Perundangan.

            Perundangan baru Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diperbuat pada tahun 1994.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) telah mendapat kelulusan Parlimen

pada 1993 dan telah diwartakan pada Februari 1994. Perundangan ini diperbuat kerana

memandangkan Akta Kilang dan Jentera 1967 hanya meliputi keselamatan dan kesihatan

pekerjaan di sektor perkilangan, perlombongan; dan penguarian dan pembinaan, yang mana

keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor industri-industri lain tidak diliputi. Pekerja-pekerja

yang terlibat di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 hanyalah 24% daripada jumlah tenaga

kerja, manakala Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 merangkumi sejumlah 90%

daripada tenaga kerja dan akta ini hanya mengecualikan pekerjaan atas kapal dan angkatan

tentera. 

            Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah bertujuan untuk memupuk dan

menggalakkan kesedaran keselamatan dan kesihatan di kalangan pekerja-pekerja dan juga

mewujudkan organisasi dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang berkesan. Ini

dilaksanakan melalui skim-skim pengaturan kendiri yang disesuaikan dengan industri atau

organisasi yang berkaitan. Akta ini, yang mengandungi 15 bahagian, adalah langkah pembolehan

yang bertindih di atas undang-undang keselamatan dan kesihatan sedia ada seperti Akta Kilang

dan Jentera 1967. Peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ini melengkapi

peruntukan undang-undang sedia ada dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan mengatasinya. 

            Akta ini juga mendefinasikan kewajipan-kewajipan am majikan, pengilang, pekerja,

pekerja sendiri, perekabentuk, pengimport dan pembekal. Walaupun kewajipan-kewajipan

tersebut adalah berbentuk am, ia memerlukan perhatian yang serius, dan membawa pelbagai

tanggungjawab yang luas. Tiga prinsip utama telah diambil untuk dijadikan asas dalam

penggubalan Akta ini. Prinsip pertama ialah self- regulation atau pengaturan kendiri. Untuk

menangani perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pihak

majikan perlu membangunkan satu sistem pengurusan yang baik dan kemas.

            Bermula dengan mengadakan satu polisi keselamatan dan kesihatan untuk pekerja-

pekerjanya, pihak majikan perlu mengadakan satu perkiraan atau arrangement yang baik untuk

dilaksanakan. Prinsip kedua ialah perundingan atau consultation, iaitu pihak majikan, pekerja

dan kerajaan perlu berunding untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah berkaitan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat-tempat kerja. Prinsip ketiga ialah kerjasama atau

co-operation, iaitu pihak majikan dan pihak pekerja perlu bekerjasama untuk menjaga,

memelihara dan meningkatkan mutu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Tanpa

kerjasama di antara majikan dan pekerja tiada satu pun program-program keselamatan dan

kesihatan yang dilaksanakan akan berjaya. 

            Akta ini juga memperuntukkan perlantikan pegawai-pegawai penguatkuasa, penubuhan

Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pembentukan polisi dan penyusunan

langkah-langkah untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang

sedang bekerja dan orang-orang lain daripada bahaya yang timbul daripada aktiviti orang-orang
yang sedang bekerja. Kuasa untuk penguatkuasaan dan penyiasatan, serta libiliti untuk

kesalahan-kesalahan juga dinyatakan dengan jelas. 

            Dengan kelulusan akta ini mulai April 1994 Jabatan Kilang dan Jentera dikenali sebagai

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Pemeriksa dikenali sebagai Pegawai

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. 

Di bawah akta ini sektor-sekotr industri yang terlibat adalah seperti berikut:

 Pengilangan

 Perlombongan dan penguarian

 Pembinaan

 Pertanian, perhutanan dan perikanan

 Kemudahan - gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan

 Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi

 Perdagangan borong dan runcit

 Hotel dan restoran

 Kewangan, insuran, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan

 Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun

Manakala misi Jabatan adalah untuk mewujudkan budaya kerja yang selamat dan sihat di

kalangan semua majikan dan pekerja supaya keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka dan

orang lain yang terdedah risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berpunca daripada

aktiviti orang bekerja adalah terpelihara.


Program ini sedikit sebanyak telah memberi pendedahan kepada pelajar dan orang ramai tentang

perkara-perkara yang berkaitan JKKP.Melalui webinar yang telah dijalankan ini diharapkan

masyarakat lebih memahami peranan jkkp dalam menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja.

2.0 Kesimpulan

Kesimpulannya pihak JKKP merupakan badan yang bertanggungjawab untuk

menyelesaikan isu tersebut agar keselamatan dan kesihatan pekerja semakin terjamin. Banyak

usaha yang telah dilakukan oleh pihak jkkp dalam menangani hal-hal yang boleh memudaratkan

pekerja dan mencari inisiatif bagi menyelesaikan setiap masalah yang berlaku. Adalah menjadi

dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk menyediakan persekitaran kerja yang

selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh

aktiviti-aktivitinya. Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai

matlamat dan objektif-objektif melalui rundingan dan kerjasama. Antara dasar Jabatan ini ialah

untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan sihat,

Untuk memastikan bahawa semua kakitangan diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan

berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dan

Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan

mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi.


RUJUKAN

Helmi Haron(2008), Perlaksanna akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 di

Institut Latihan Awam dipetik daripada https ://scholar .google.com .my/scholar?

q=jabatan

+keselamatan+dan+kesihatan+pekerja&hl=en&as_sdt=0&as_vis=1&oi=scholart#d=gs_qa

bs&u=%23p%3DtPgjc1hg5UJ pada 10 Februari 2022.

Mumtaj Hassan(2001), Akta 514 Ke arah kecemerlangan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan di Malaysia dipetik daripada https://repo.uum.edu.my/id/eprint/10811/ pada 10

Februari 2022

You might also like