You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DENGKIL

Batu 1, Jalan Air Hitam, 43900 Dengkil


Selangor Darul Ehsan
Tel/Faks: 03-87686226
Emel : BEB9701@moe.gov.my
Kod Sekolah: BEB9701

Rujukan Kami: SMKD. 700-7/2/2 ( )


Tarikh : April 2021
Yang Dipertua PIBG
SMK Dengkil

Tuan,

PERMOHONAN PEMBIAYAAN SEMPENA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2021

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Adalah dimaklumkan bahawa SMK Dengkil ingin memohon peruntukan daripada pihak PIBG SMK Dengkil
bagi tujuan persediaan pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan 2021.
3. Pembiyaan meliputi:-
3.1 Perkhidmatan anggota RELA bagi mengawal lalulintas pada waktu puncak. (6.30 pagi –
7.30 pagi, 12.00 tgh – 2.00 petang, 5.00 – 6.00 petang)
3.2 Pembelian khemah- digunakan sebagai tempat transit murid sebelum masuk ke kelas.
Dewan Lestari tidak dapat digunakan kerana sedang menjalani kerja-kerja baik pulih.
3.3 Upah pekerja bagi penyusunan kerusi dan meja kelas-kelas. Semua kelas telah disusun
mengikut kapasiti dan SOP yang telah digariskan.
4. Perincian pembiayaan dilampirkan bersama surat ini. Sehubungan itu, pihak kami dengan rasa rendah
diri dan penuh harapan berharap agar permohonan peruntukan sebanyak RM 3000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga
Ribu Ringgit Sahaja) ini diluluskan.

Kerjasama dan tindakan pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

SALINA BINTI KAMSARI


Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil

s.k PIBG SMKD


LAMPIRAN
PERMOHONAN PEMBIAYAAN SEMPENA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2021

Bil Item Harga seunit Harga

1. Bayaran anggota RELA 2 orang X RM 80 X 5 hari RM 800.00

2. Khemah 20 X 20 kaki 2 unit X RM 800 RM 1600.00

3. Upah pekerja RM 600 RM 600.00

JUMLAH RM 3000

Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh

……………………………………… ………………………………… ………………………………………

PN. NORSHALINDA BT. SAMSUDDIN PN. SALINA BT. KAMSARI EN. KAMALLUDDIN B. RAZAK

PENGETUA YDP PIBG


SMK DENGKIL SMK DENGKIL

You might also like