You are on page 1of 16

INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH)

BUKIT PANCHOR, 14300 NIBONG TEBAL,


PULAU PINANG

KERTAS KERJA
(WORK SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM /
G452-002-2:2018 LIGHT VEHICLE – REPAIR SERVICE
PROGRAM’S CODE &
NAME

TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C05 ENGINE COOLING SISTEM
COMPETENCY UNIT REPLACEMENT
NO. AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. CONDUCT COOLING SISTEM PRESSURE TEST


AKTIVITI KERJA / 2. CONDUCT COOLING SISTEM PARTS
WORK ACTIVITIES NO. FUNCTIONALITY TEST
AND STATEMENT 3. CHANGE COOLING SISTEM PARTS

Muka Surat / Page :


NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C05/K(2/3)
1 Drpd / of : 16

TAJUK / TITLE :

UJI KEFUNGSIAN KOMPONEN SISTEM PENYEJUKAN ENJIN

TUJUAN PEMBELAJARAN/INSTRUCTIONAL AIMS :

Pelatih-pelatih mesti boleh / Trainees should be able to :

1. Periksa kerosakan komponen sistem penyejukan kenderaan


2. Rekod hasil pemeriksaan kerosakan komponen
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C05/K(2/3)PM)
Drp / of : 16
ARAHAN/INSTRUCTION :

Penyelenggaraan sistem penyejukan kenderaan yang kerap adalah penting untuk


mengekalkan kenderaan beroperasi dengan betul dan untuk memanjangkan hayat
dan kecekapan enjin. Setiap komponen-komponen berfungsi dengan baik dapat
melindungi enjin daripada mengalami panas lampau dan kerosakan . Oleh itu,
penting untuk memastikan semua komponen-komponen sistem penyejukan adalah
sentiasa dalam keadaan baik dan digantikan sekiranya perlu. Pemeriksaan rutin
boleh membantu dalam memastikan sistem penyejukan kenderaan dalam keadaan
baik.
Anda dikehendaki memeriksa kerosakan komponen sistem penyejukan kenderaan
dengan mengikuti langkah-langkah kerja satu persatu dan jangan abaikan aspek
keselamatan sepanjang latihan berjalan.

LUKISAN. DATA DAN JADUAL/DRAWING, DATA AND TABLE :

1.

Gambar 1 : Kedudukan komponen-komponen


sistem penyejukan kenderaan

2. Borang merekod kerosakan seperti Lampiran 1.


Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C05/K(2/3)PM)
Drp / of : 16

PERALATAN, KELENGKAPAN DAN BAHAN/ TOOLS, EQUIPMENT AND


MATERIAL

Peralatan/Perkakasan/Bahan yang diperlukan oleh pelatih untuk melaksanakan


kerja tersebut.
BI KUANTITI
BAHAN UKURAN
L (Bahan:Calon)
-

KUANTITI
BIL PERALATAN / KELENGKAPAN UKURAN
(Kelengkapan:Calon)

1 Buku manual servis - 1:1

2 Alat ganti - 1:1

3 Kit alat tangan - 1.1

4 Kenderaan sedia khidmat - 1.2

5 SST - 1.5
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C05/K(2/3)PM)
Drp / of : 16

LANGKAH KERJA/STEPS BUTIRAN KERJA/DETAILS

SIKAP, KESELAMATAN DAN


PERSEKITARAN/
ATTITUDE/SAFETY/ENVIRONMENTAL :
 Pastikan kedudukan kenderaan dalam keadaan
selamat dan mempunyai pencahayaan dan
pengudaraan yang baik.
 Pastikan enjin kenderaan telah sejuk sebelum
memulakan kerja
 Letak kenderaan ditempat rata dan selamat.
 Buka bonet hadapan

Rajah 1: Tarik level pelepas untuk membuka


bonet

Rajah 2 : Angkat bonet sambil menekan kunci


keselamatan.
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C05/K(2/3)PM)
Drp / of : 16

Rajah 3: Sokongan Bonet dengan memasukkan


bar sokongan dalam slot
PERHATIAN :
 Sentiasa masukkan bar sokongan ke dalam
lubang yang disediakan khusus untuk
tujuan ini.
 Menyokong Bonet pada mana-mana lokasi
yang lain boleh menyebabkan bar sokongan
tergelincir keluar dan boleh menyebabkan
kemalangan.
 Kenalpasti kedudukan komponen-
komponen sistem penyejukan cecair pada
enjin.

1. Periksa kerosakan komponen 1.1 Periksa water pump


sistem penyejukan kenderaan

Rajah 4 : Water pump

a. Periksa kedudukan water pump pada


enjin.
b. Periksa keadaan water pump secara
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C05/K(2/3)PM)
Drp / of : 16
visual

c. Periksa dijalankan dengan merujuk


manual book/ kertas kerja dan
menggunakan peralatan yang betul dan
sesuai.
d. Periksa yang perlu dilakukan pada
water pump ialah
i. Periksa kebocoran pada gasket water
pump dan weep hole dengan
menggunakan Cooling system tester
ii. Periksa keadaan bearing water pump
e. Jika terdapat kesan kebocoran pada
gasket atau weep hole dan bearing
berbunyi kasar maka water pump perlu
ditukar.

Rajah 5 : Keratan water pump

1.2 Periksa radiator


a. Secara visual periksa keadaan luaran
fizikal radiator jika terdapat kesan
kebocoran cecair
i. Upper tank
ii. Lower tank
iii. Teras dan sirip
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C05/K(2/3)PM)
Drp / of : 16

b. Jika terdapat kesan kebocoran cecair,


radiator perlu ditukar.
c. Periksa bahagian dalam radiator, jika
terdapat mendapan karat radiator perlu
diservis.

Rajah 6 : Mendapan karat dalam radiator

d. Dengan menggunakan radiator pressure


tester periksa kebocoran pada radiator
yang tidak dapat dikesan semasa
pemeriksaan secara visual
i. Sebelum memasang radiator pressure
tester pada upper tank, pastikan air di
dalam radiator penuh dan mencukupi.
ii. Pastikan Semua sambungan hos
diketatkan.
iii. Pasangkan radiator pressure tester
pada Radiator seperti dalam Rajah 7
.

Rajah 7 : Pasang Radiator pressure tester


Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C05/K(2/3)PM)
Drp / of : 16
pada radiator

iv. Pam radiator pressure tester


sehingga bacaan tidak melebihi 15
psi atau 1.1 bar.
v. Periksa radiator jika terdapat
kebocoran atau tidak
vi. Jika berlakunya kebocoran dan
segera lakukan kerja baikpulih.

PERHATIAN :
 Jangan pam radiator pressure tester
melebihi had tekanan kerana sistem
penyejukan kerana ini akan
menyebabkan komponen sistem
penyejukkan mengalami kerosakan.

1.3 Periksa Belting

Rajah 8 :Kedudukan belting

a. Secara visual periksa keadaan belting.


b. Jika terdapat rekahan ,koyak atau tanda-
tanda seperti rajah 9, belting perlu ditukar.
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C05/K(2/3)PM)
Drp / of : 16

Rajah 9 : Kerosakan belting

1.4 Periksa Fan Blade


a.Periksa keadaan fan blade secara visual
jika ada kerosakan atau retak pada bilah
kipas.
b. Putar kipas dengan tangan untuk
mengesan bunyi yang melampau dan
lancaran pergerakan pusingan kipas
c. Jika terdapat keretakan maka fan blade
perlu ditukar.

Rajah 10 : Kedudukan Fan Blade


Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C05/K(2/3)PM)
10 Drp / of : 16

1.5 Periksa Fan Motor / Pulley

Rajah 11 : Pendawaian Litar Fan Motor

a. Tanggalkan sambungan connector


pendawaian fan motor, dengan
menggunakan wayar lain sambungkan
punca +ve bateri kepada satu terminal
connector fan motor dan punca –ve
bateri ke terminal connector fan motor.
Rujuk rajah 12.

Rajah 12 : Periksa fan motor

b. Lihat jika motor berfungsi atau tidak


c. Jika motor tidak berfungsi, segera tukar
fan motor yang baru
d. Periksa keadaan pulley ,pastikan
i. kedudukan pulley selari dengan pulley
yang lain.
ii. Periksa ruang dudukan belting pada
pulley pastikan tiada kerosakan atau
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C05/K(2/3)PM)
11 Drp / of : 16
pulley bengkok

1.6 Periksa thermostat


a. Keluarkan thermostat daripada perumah
thermostat pada enjin
b. Suhu di mana thermostat terbuka
biasanya tertera pada thermostat atau
rujuk manual book.
c. Letakkan thermostat di dalam air yang
mendidih Jika injap thermostat terbuka,
ini menunjukkan thermostat berfungsi

Rajah 13 : Periksa dan Uji Thermostat


d. Keluarkan thermostat daripada air yang
mendidih
e. Jika thermostat kembali ke kedudukan
tertutup, ini menunjukkan thermostat
dalam keadaan baik dan berfungsi
f. Tukar thermostat jika ianya rosak.

1.7 Periksa Radiator cap


a. Tanggalkan radiator cap
b. Periksa keadaan injap yang terdapat
pada radiator cap secara visual
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C05/K(2/3)PM)
12 Drp / of : 16

Rajah 14 : Kedudukan injap yang terdapat


pada radiator cap
i. Periksa dijalankan dengan merujuk
manual book/kertas kerja dan
menggunakan peralatan yang betul dan
sesuai.
ii. Gunakan radiator pressure tester.gauge
iii. Pasangkan adapter untuk
menyambungkan antara radiator cap
dan radiator pressure tester.gauge
iv. Pamkan radiator pressure tester.gauge
sehingga bacaan pada meter tester
berhenti bergerak seperti dalam Rajah 15

Limit : 65 kPa (0.65 kg/cm², 9.2 psi)


Standart Value :
75 – 105 kPa (0.75 – 1.05 kg/cm², 11 – 15 psi)
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C05/K(2/3)PM)
13 Drp / of : 16
Rajah 15 : Memeriksa tekanan radiator cap

v. Tukar radiator cap sekiranya bacaan


tidak sama atau lebih daripada
spesifikasinya

PERHATIAN :
 Pastikan radiator pressure tester digunakan
dengan berhati-hati dan jangan jatuh di
lantai.
 Pastikan radiator cap bersih sebelum
pemeriksaan , kekotoran atau sebarang
kerosakan bahan pada cap seal.

1.8 Periksa water temperature sender unit


a.Kenal pasti kedudukan engine Coolant
Temperature Sensor
b.Tanggalkan penyambung wayar pada
sensor dan, menggunakan wayar
pelompat dan bumikan.
c. Cooling fan akan berpusing. Suis ini
terbuka apabila suhu yang ditetapkan
telah dicapai sekali gus menghidupkan
cooling fan itu.

2.1 Catatkan hasil keputusan ujian tekanan


2. Rekod hasil pemeriksaan
yang dilakukan di dalam borang keputusan
kerosakan komponen
tekanan sistem penyejukan seperti dalam
lampiran 1
2.2 Lakukan analisa berdasarkan rekod
keputusan tekanan sistem penyejukan.
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C05/K(2/3)PM)
14 Drp / of : 16

SOALAN/QUESTION :
1. Mengapa pemeriksaan komponen sistem penyejukan perlu dijalankan.?
_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

2. Apakah yang akan berlaku kepada enjin jika belting sistem penyejukan cecair
mengalami kerosakan.?
._________________________________________________________________

._________________________________________________________________
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C05/K(2/3)PM)
15 Drp / of : 16

SENARAI SEMAK KERJA/CHECKLIST

Tidak
Bil Tahap Pencapaian / Level of Terima / Catatan/
Terima / Not
No. Achievement Accepted Remark
Accepted

A. PROSES KERJA/WORK PROCESS

 Memeriksa water pump.


 Memeriksa radiator
 Memeriksa belting.
 Memeriksa fan blade.
 Memeriksa fan motor/pulley.
 Memeriksa thermostat.
 Memeriksa radiator cap
 Memeriksa water temperature sender
Unit
 Rekod keputusan tekanan sistem penyejukan

B. HASIL KERJA/END RESULT - PRODUK/PERKHIDMATAN/KEPUTUSAN


 Memeriksa komponen-komponen sistem
penyejukan cecair mengikut langkah kerja
yang betul
 Mengisi rekod hasil pemeriksaan sistem
penyejukkan dan membuat analisa

SIKAP/ ATTITUDE
 Persekitaran tempat kerja dibersihkan dan
kemas setelah selesai.
 Peralatan disusun kemas dan teratur.
 Berpakaian mengikut prosedur keselamatan
 Menepati masa hadir latihan
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C05/K(2/3)PM)
16 Drp / of : 16

C. KESELAMATAN & PERSEKITARAN / SAFETY & ENVIRONMENTAL

 Kaedah kerja mengikut prosedur serta


menitikberatkan keselamatan kerja

.................................................. ....................................................
( Tandatangan dan Nama Pelatih ) ( Tandatangan dan Nama Pengajar )
Trainee’s Name and Signature Instructor’s Name and Signature

Tarikh/Date: ____________________ Tarikh/Date: ____________________

You might also like