You are on page 1of 2

Persatuan Ibu Bapa Dan Guru

Sekolah Kebangsaan Selandar


Selandar, Jasin Tel/Fax : 065252705
77500 Melaka Faksimili : 065252705

Ruj. Kami : SKS/PIBG/01/2022 ( )


Tarikh : 29 SEPTEMBER 2022
Kepada:
Jabatan Kerja Raya Daerah Jasin,
Kampung Jasin Hilir,
77000 Jasin,
Melaka.

Tuan/Puan,

ADUAN KEHILANGAN PENUTUP BESI LONGKANG DAN KEROSAKAN PEMEGANG BESI


DI HADAPAN SEKOLAH KEBANGSAAN SELANDAR

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berhubung perkara di atas, kami ingin memohon perhatian dan tindakan secepat mungkin
daripada pihak tuan memandangkan perkara ini melibatkan keselamatan warga sekolah, khususnya murid
SK Selandar. Untuk makluman pihak tuan/puan juga, kawasan ini merupakan laluan yang sering
digunakan oleh warga sekolah terutamanya semasa pergi dan balik daripada sesi persekolahan.

3. Kami turut menyertakan lampiran bergambar tentang keadaan terkini kawasan yang
dimaksudkan untuk rujukan pihak tuan/puan. (Rujuk Lampiran 1)

4. Besarlah harapan kami agar pihak tuan/puan mengambil serius tentang perkara ini dan
mengambil tindakan yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………….
(HAJI ZALI BIN HAJI WAHIL)
YDP PIBG SK Selandar 2022

s.k. Fail YDP


Fail Penasihat
Fail SU PIBG

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”


“PPD Jasin Bernilai Berintegriti”
Lampiran 1

Tiada besi penutup longkang (Pandangan sisi) Besi pemegang yang telah bengkok

Tiada besi penutup longkang (Pandangan Hadapan)

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”


“PPD Jasin Bernilai Berintegriti”

You might also like