You are on page 1of 2

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Blok C1 - C3, Kompleks C


Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P. PUTRAJAYA Tel : 603-80008000
MALAYSIA Faks(Fax) : 603-888892181
Laman Web (Web) : www.jpa.gov.my

Ruj. Kami: JPA(I) 030227011669


Tarikh: 01/09/2021

MOHAMAD AIMAN BIN AZAHAR


NO.2,
JALAN ANGGERIK 9,
TAMAN ANGGERIK DESA
73400
JOHOR

Saudara / Saudari,

SURAT TAWARAN PENAJAAN PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2021

Sukacita saudara / saudari ditawarkan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2021 untuk mengikuti
pengajian seperti butiran yang berikut:

KURSUS : DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL


PERINGKAT : DIPLOMA
INSTITUSI : POLITEKNIK NILAI, BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN
TEMPOH TAJAAN : 36 BULAN
PROGRAM : PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2021

SYARAT-SYARAT TAWARAN

2. Kelulusan tawaran ini adalah tertakluk kepada ahli keluarga saudara / saudari tidak tersenarai hitam
dalam mana-mana program penajaan JPA. Sekiranya didapati ahli keluarga saudara / saudari disenarai
hitamkan, tawaran ini boleh ditarik balik.

3. Syarat-syarat tawaran adalah seperti di LAMPIRAN A . Tawaran ini adalah tertakluk kepada
syarat-syarat dan terma-terma yang dinyatakan dalam Surat Tawaran ini dan Perjanjian Dermasiswa
Persekutuan yang ditandatangani di antara Pelajar, Penjamin dan Kerajaan.

PENERIMAAN TAWARAN

4. Sekiranya saudara / saudari bersetuju dengan syarat-syarat tawaran seperti yang terkandung dalam
surat ini dan dalam LAMPIRAN A dan seterusnya menerima tawaran ini, sila sahkan penerimaan
saudara / saudari secara dalam talian melalui Sistem Penawaran Tajaan JPA (ePenawaran) di
http://esilav2.jpa.gov.my selewat-lewatnya pada 12/09/2021 . Jika gagal berbuat demikian dalam
tempoh tersebut, Jabatan ini menganggap saudara / saudari menolak tawaran ini dan tawaran ini
terbatal dengan sendirinya.
5. Saudara / saudari yang menerima tawaran ini perlu menandatangani dan menyempurnakan
Perjanjian Dermasiswa Persekutuan.

ELAUN DAN KEMUDAHAN

6. Perjanjian Dermasiswa Persekutuan ini adalah meliputi bayaran yuran pengajian, elaun-elaun dan
kemudahan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

7. Bayaran elaun dan kemudahan-kemudahan lain yang layak diterima oleh pelajar akan mula dibuat
setelah penerimaan tawaran seperti dalam perenggan 5 dipatuhi dan saudara / saudari mendaftar
untuk mengikuti pengajian. Bayaran akan dibuat sepanjang tempoh tawaran atau sehingga tamat
dengan jayanya atau mana-mana yang terdahulu. Kaedah pembayaran adalah sebagaimana yang
ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan akan dimaklumkan kepada saudara / saudari.

8. Bayaran akan diberhentikan sekiranya tawaran ditamatkan atas sebab-sebab pelanggaran


mana-mana peruntukan yang terkandung dalam Surat Tawaran ini dan Perjanjian Dermasiswa
Persekutuan.

PENERIMAAN TAJAAN LAIN

9. Sekiranya saudara / saudari menerima tawaran ini, saudara/saudari tidak boleh menerima apa-apa
bentuk tajaan lain sepanjang tempoh penajaan.

10. Sekiranya saudara / saudari menerima tajaan lain atau menarik diri dari pengajian, tawaran ini akan
dibatalkan dan saudara / saudari dikehendaki membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman yang
telah dikeluarkan ke atas saudara / saudari.

PELANGGARAN PERJANJIAN

11. Sekiranya saudara / saudari melakukan pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan dalam Surat
Tawaran dan Perjanjian Dermasiswa Persekutuan, maka saudara / saudari boleh dikenakan tuntutan
bayaran balik kos sebenar sepanjang pengajian dan tawaran ini akan dibatalkan.

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN LAIN

12. Walau apapun peruntukan dalam syarat tawaran ini, Kerajaan berhak meminda segala terma dan
syarat yang ditetapkan dan / atau menambahnya pada bila-bila masa sahaja dengan memberi notis
bertulis kepada pelajar dan penjamin sebelum berkuatkuasanya notis itu dan pelajar dan penjamin
adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan itu. Kerajaan juga berhak menamatkan Perjanjian
Dermasiswa Persekutuan ini tanpa memberikan sebarang sebab.

Sekian, terima kasih.

" WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030 "


" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
" PENERAJU PEMBAHARUAN, PENGGERAK PERUBAHAN "

Bahagian Pembangunan Modal Insan


Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Nota: Surat ini adalah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan.

You might also like