You are on page 1of 13

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN SEMESTER APRIL SESI


2021/2022
(PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SCCG3123
KOMUNIKASI PERUNDINGAN

TAJUK TUGASAN
PERUNDINGAN ANTARA KESATUAN SEKERJA SARAWAK
ENERGY DAN MAJIKAN

DISEDIAKAN UNTUK
DR TINI MAIZURA MOHTAR
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO MATRIKS
DAYANGKU MAS AFHILA BINTI 259842
AWANGKU SHAHMINAN
LISA BINTI ISMAIL 259915
NORANIZA BINTI ROSLAN 260120
TARIKH SERAHAN
14 JULAI 2021
GROUP ASSIGNMENT RUBRIC (Written Report)
Group Member's Name:
DAYANGKU MAS AFHILA BINTI AWANGKU SHAHMINAN
LISA BINTI ISMAIL
NORANIZA BINTI ROSLAN

Matric Number:
259842
259915
260120
SECTION I (20%) 1 = Weak 2 = Fair 3 = Good 4 = Very Good Point
Able to partially explain a Able to explain a problem with Independently able to Able to provide explanation of
1) Problem problem with maximum minimum assistance. explain a problem clearly problem very clearly and
Identification assistance. without assistance. accurately

Finds difficulty in organizing Able to organise and analyse Able to organise and Able to organise and analyse
and analysing gathered gathered information or data, analyse gathered gathered information or data,
information or data and finds but does not clearly describe information or data, clearly clearly describe the factors
difficulty in explaining the the factors that contribute to describe the some factors that contribute to the
2) Analysis
factors that neither the problem/issue or clearly that contribute to the problem/issue or explain the
contribute to the explain the root of the problem/issue or explain root of the problem.
problem/issue nor explains problem. the possible roots of the
the root of the problem. problem
Limited ability to apply new Able to apply new idea or Able to apply new idea or Able to apply new idea or
3) Application of idea or knowledge. knowledge to a given problem knowledge to a given knowledge to a given problem
strategies with assistance from lecturer problem independently. and able to propose alternative
or student. applications.
Has difficulty in gathering, Able to gather relevant Able to gather and thinks Able to gather and evaluates
synthesising and evaluating information, synthesise and about information, information, chooses a clear
4) Synthesis and information evaluate the information and synthesise, able to offer interpretation, and provides
Evaluation offers simple, unsupported responsible interpretations; sufficient evidence (quality and
conclusions provides sufficient evidence quantity) to support
to support conclusions. conclusions.
Able to make decisions Able to make decisions based Able to make good Able to make excellent
based on comparison and on comparison and contrast decisions based on decisions based on
contrast between between information, ideas comparison and contrast comparison and contrast
5) Decision making
information, ideas and and available solutions. between information, ideas between information, identify
available solutions with and available solutions. problems and available
some assistance solutions
(SECTION 1) Net Marks (20)

SECTION II (10%) 1 = Weak 2 = Fair 3 = Good 4 = Very Good Point


Able to demonstrate Able to demonstrate Able to demonstrate Very clear evidence of
1) Knowledge and knowledge and knowledge and understanding knowledge and knowledge and understanding
skills in leadership understanding in practice in practice and require minor understanding in practice demonstrated in practice
but require improvements. improvements well
Able to lead self and/or Able to lead self and/or others Able to lead effectively self High ability to lead effectively
others towards goal towards goal achievement with and/or others towards goal self and/or others towards goal
2) Effective
achievement but with limited some effect and require minor achievement achievement
Leadership
effect and require further improvements
improvement
Unacceptable appearance. Appearance is acceptable but Appearance is generally Excellent formatting and
References are not cited in a lot could be improved. Few good; only few elements appearance. Complete
3) Academic writing text, and no references list is references are cited in text and need to be improved. Most references in text and
formatting provided. incomplete reference list. references are cited in text references list.
and appropriately provided
in references list.

Total Points (12)

(SECTION II) Net Marks (10%)

(SECTION I + SECTION II) Net Marks (30%)


ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 DEFINISI PERUNDINGAN 2

3.0 LATAR BELAKANG KES 3

4.0 ANALISIS KES 4

5.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5

6.0 KESIMPULAN 7

RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dan keadaan ini memberikan
tekanan kepada corak hubungan industri negara kita yang terdiri daripada tiga pihak yang utama
iaitu majikan, kesatuan sekerja dan kerajaan. Menurut Parasuraman dan Strya ,2009 ada
menyatakan bahawa bagi mencapai status negara yang maju dan berwawasan,pekerja dan
majikan perlulah bekerjasama. Hal ini kerana corak perundingan kini lebih bersifat permusuhan
dan agak sukar untuk bertolak ansur. Menurut Raduan et.al 2009, pula menyatakan bahawa
landskap hubungan industri di Malaysia telah mengalami perubahan dalam polisi, persekitaran
kerja dan pengurusan yang lebih menumpukan kepada persaingan dan kemajuan industri.

Perundingan adalah satu kaedah bagi menyelesaikan konflik di antara dua atau lebih pihak dalam
apa jua konflik yang wujud. Perundingan ini dibuat bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian
yang terbaik dalam proses membuat keputusan bersama terhadap sesuatu konflik. Oleh sebab itu,
sesuatu perundingan yang dibuat akan menghasilkan keputusan yang baru. Setiap pihak yang
berkumpul untuk berunding hendaklah memahami proses-proses perundingan kerana adakalanya
sesuatu rundingan tersebut juga menghasilkan kegagalan. Menurut Peetz dan Todd 2001, bagi
mencapai status negara yang maju, majikan dan kesatuan sekerja hendaklah meningkatkan
kerjasama dan memperbaiki hubungan di antara majikan dan pekerja.

Pelbagai isu konflik yang diutarakan seperti kesatuan sekerja mendapatkan upah yang tinggi
akan tetapi majikan mengurangkan kos pengeluaran syarikat. Situasi konflik seperti ini boleh
menyebabkan penggunaan kuasa bagi memenuhi tuntutan masing-masing dan campur tangan
kerajaan. Menurut Peetz 2001, situasi kalah menang akan berlaku di mana, iaitu satu pihak akan
menang dan satu pihak lagi akan mengalami kegagalan dalan tuntutannya. Hal ini boleh
menjejaskan hubungan baik di antara majikan dan kesatuan sekerja sehingga perundingan
kolektif sehingga perundingan kolektof mengambil masa yang lama dan Panjang untuk mencapai
persetujuan. Bagi mengurangkan konflik dan pertikaian dalam perundingan, Fisher & Ury 1983,
ada menyatakan bahawa prinsip perundingan yang dikenali sebagai Interest Based Bargaining
telah diperkenalkan. Menurut Hargrove 2010. IBB (Interest Based Bargaining) ini juga dikenali
sebagai integrative bargaining yang membawa kepada situasi win win situasion.

2.0 DEFINISI PERUNDINGAN

Menurut Wilnot dan Hocker (2007), ada menyatakan bahawa perundingan adalah satu
mekanisma bagi menyelesaikan permasalahan secara rundingan bersama dan membenarkan satu
pihak untuk menyelesaikan masalah atau konflik secara aman iaitu dengan mengiktiraf
kepentingan bersama agar semua pihak bersama -sama berjaya dalam menyelesaikan masalah
tersebut. Menurut Kennedy dan Gavin (1992), pula menyatakan bahawa perundingan boleh
dihuraikan sebagai satu proses penyelesaian konflik antara dua atau lebih pihak iaitu di mana
kedua-dua atau keseluruhannya mengubahsuai tuntutan-tuntutan bagi mencapai satu kompromi
yang boleh diterima.

Perundingan adalah satu cara bagi mendapatkan persetujuan antara dua pihak atau antara
pemimpin dengan pengikut. Maka dengan itu, perundingan adalah sebahagian daripada proses
dalam membuat keputusan khususnya dalam sesebuah organisasi. Sesuatu perundingan ini
bergantung kepada kemahiran, pengetahuan dan kualiti peribadi seseorang pemimpin dan
perunding. Menurut Johnson (1993), ada menyatakan bahawa perundingan merupakan satu
proses individu atau kumpulan bagi mencapai matlamat dengan melakukan perjanjian bersama.

Perundingan bermula dengan penetapan objektif iaitu mengambil kira isu yang boleh dirunding.
Perkara yang perlu diambil kira adalah dengan penetapan objektif, pendirian kita, hasil yang
dijangka, bentuk persepakatan yang akan diambil, komitmen terhadap objektif dan hasil terbaik
yang diharapkan. Pelbagai takrifan yang diberikan terhadap istilah perundingan ini, akan tetapi
kesemua pendapat yang diberikan oleh penulis adalah bertujuan untuk memberi maksud yang
sama iaitu satu proses perbincangan antara dua pihak atau lebih dalam menyelesaikan sesuatu
permasalahan.

2
3.0 LATAR BELAKANG KES

Sarawak Energy Berhad ialah sebuah syarikat pembangunan tenaga dan utiliti elektrik bersepadu
secara menegak dengan visi untuk mencapai pertumbuhan dan kemakmuran yang mampan bagi
Sarawak dengan memenuhi keperluan wilayah untuk tenaga yang boleh diperbaharui. Dengan
tenaga kerja pelbagai disiplin yang terdiri daripada kira-kira 4500 pekerja, Sarawak Energy
melayani lebih 630 000 pelanggan diseluruh negeri. Dengan membangun landasan yang kuat
hampir 100 tahun sebagai syarikat utiliti yang berkesan, Sarawak Energy mengambil langkah
berani untuk menyokong transformasi Sarawak dalam visinya untuk menjadi sebuah negara maju
menjelang tahun 2030. Sejajar dengan peranan dan tanggungjawab, Sarawak Energy telah
memulakan perjalanan transformasi secara besar-besaran bermula tahun 2010 untuk maju dari
syarikat utiliti tradisional menjadi syarikat moden dan tangkas. Semasa Sarawak Energy bergiat
aktif mencapai kecemerlangan, mereka telah memperolehi pengiktirafan yang berpestij dengan
memenangi pelbagai anugerah nasional dan antarabangsa.

Perundingan ini dibuat antara dua pihak iaitu Kesatuan Sekerja Sarawak Energy dengan pihak
majikan dalam penyediaan taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di tempat kerja. Sejak tahun
1984, kewujudan taman asuhan kanak-kanak (TASKA) hangat dibincangkan dan diperkatakan
sehingga kini. Malangnya, kewujudan pusat seperti ini tidak banyak sehingga membebani wanita
terutamanya yang bekerjaya untuk terus berkhidmat lebih lebih bagi pasangan yang baru bekerja
dan berpendapatan sederhana.

Sekiranya TASKA disediakan di kawasan tempat bekerja, ini memudahkan ibubapa untuk
memantau disamping memastikan anak mereka berada di dalam keadaan selamat. Dengan
adanya kewujudan TASKA di tempat kerja, mampu meningkatkan kualiti kerja bagi pasangan –
pasangan seperti ni. Maka tidak hairanlah sekiranya ada dikalangan ibu-ibu muda yang terpaksa
berhenti bekerja demi menjaga anak-anaknya. Tidak diketahui juga berapa ramai wanita
terutamanya golongan professional yang terpaksa berhenti bekerja demi anak-anak kerana sukar
untuk mencari pengasuh atau pembantu berhubung penjagaan bayi dan kanak-kanak. Perkara ini
amat dirasai terutamanya bagi pasangan yang hidup bersendirian di kota-kota besar seperti Kuala

3
Lumpur, Kuching, Johor dan Pulau Pinang. Para majikan pastinya akan menghadapi masalah
untuk mencari pekerja-pekerja baru selain masalah untuk memberi latihan kepada para pekerja
yang baru diambil bekerja. Hal ini kerana pekerja-pekerja yang telah berhenti mempunyai
kemahiran dan pengalaman.

Perkara ini akan bertambah rumit dengan kedudukan iaitu dimana lebih 70% pelajar di IPTA
terdiri daripada golongan wanita. Pelbagai implikasi yang akan berlaku sekiranya mereka telah
mula bekerja dan mempunyai anak-anak kelak. Oleh yang demikian, perkara seperti ini perlu
diberi perhatian serius oleh pihak – pihak yang terlibat mahupun organisasi agar golongan ini
boleh memberi sumbangan kepada kemajuan organisasi dan negara.5

4.0 ANALISIS KES

Isu yang dikemukakan oleh kedua belah pihak ialah di mana Kesatuan Sekerja Sarawak Energy
dan majikan dalam menyediakan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja. Objektif
perundingan ini adalah bagi mencapai kesefahaman di antara kedua-dua pihak. Contohnya
adalah seperti pekerja yang menginginkan Taska dibuka di organisasi di mana tempat mereka
berkhidmat. Maka satu penyelesaian dibuat dalam bentuk perjanjian. Setelah dipersetujui dan
ditandatangani, maka terbentuklah satu daya kontrak diantara kedua-dua belah pihak iaitu
majikan dan pekerja.

Bagi mengkaji kemungkinan penyediaan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di kawasan


tempat bekerja maka beberapa objektif perlu dikenalpasti. Antaranya adalah mengenalpasti
piawaian-piawaian perancangan TASKA, mengenalpasti garis panduan penubuhan TASKA,
mengkaji peranan TASKA dalam menyelesaikan masalah-masalah ibu-ibu yang bekerja serta
mengenalpasti objektif dan matlamat penubuhan TASKA. Perundingan boleh dilakukan dalam
pelbagai bentuk. Misalnya ialah perundingan yang melibatkan dua orang atau lebih pihak. Selain

4
itu perundingan juga boleh berlaku di mana memfokuskan sesuatu masalah ringkas atau
beberapa isu yang kompleks yang berlangsung dalam masa yang singkat atau memerlukan
tempoh masa yang panjang atau berperingkat. Perundingan juga boleh berlaku dalam situasi
formal atau tidak formal dan usaha pihak yang terlibat sama ada untuk mempertahankan
hubungan sedia ada atau berusaha untuk melakukan sesuatu perubahan.

Oleh yang demikian, di peringkat awam perundingan, seseorang perunding hendaklah membuat
beberapa pertimbangan atau penilaian mengenai beberapa perkara. Antaranya adalah penilaian
mengenai pihak lawan seperti personaliti, strategi atau pelakuan perunding lawan. Selain itu,
penilaian juga dibuat mengenai kemudahan atau prasarana dalam perundingan seperti sumber-
sumber yang wujud, kemudahan-kemudahan yang dipunyai oleh pihak lawan dan juga dirinya
sendiri. Seterusnya, penilaian juga dibuat mengenai proses perundingan yang akan dijalankan.
Misalnya pendapat kita akan diberi perhatian oleh pihak lawan.

Sehubungan itu juga, perundingan biasanya memfokuskan pelbagai isu penting yang berlaku dan
memerlukan penyelesaian bersama. Contohnya adalah seperti perundingan dalam menyelesaikan
konflik interpersonal atau konflik pasukan yang disebabkan oleh percanggahan pendapat atau
pesepsi, salah faham antara ahli kumpulan dan sumber yang tidak mencukupi. Konflik
interpersonal seperti ini terjadi kerana adanya hubungan manusia yang memerlukan mereka
untuk berkomunikasi dan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama walaupun
mempunyai peranan, tanggungjawab dan keperluan yang berbeza. Perundingan seperti ini akan
diaplikasikan untuk memastikan semua pihak bekerjasama dalam organisasi bagi mencapai
matlamat organisasi.

5.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Sesebuah perundingan juga boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Misalnya perundingan
secara formal adalah dimana sesebuah kesatuan sekerja ingin menyuarakan hak mereka di

5
samping mendapatkan keistimewaan terutamanya seperti elaun dan kenaikan gaji mereka. Oleh
yang demikian, strategi perundingan yang diguna pakai oleh Kesatuan Sekerja Sarawak Energy
ini adalah perundingan secara formal. Kewujudan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)
merupakan antara satu tuntutan mereka. Hal ini kerana dengan adanya penubuhan TASKA
ditempat kerja, maka banyak faedah yang boleh dinikmati bukan sahaja oleh para pekerja malah
juga oleh para majikan.

Antara faedah yang boleh dinikmati oleh pihak majikan ialah dengan penyediaan TASKA di
tempat kerja ini memudahkan ibubapa untuk fokus dengan kerja kerana mengetahui bahawa
anak-anak mereka dijaga dengan baik. Maka, peningkatan produktiviti dan penghasilan mutu
kerja juga lebih berkualiti. Selain itu dengan adanya penyediaan TASKA oleh pihak majikan
akan meningkatkan reputasi sesebuah syarikat atau perniagaan tersebut. Di peringkat pekerja
pula, antara faedah yang boleh diperolehi ialah kesimbangan diantara kerja dan kehidupan
(berkeluarga). Dengan adanya TASKA membolehkan ibu untuk kembali bekerja tanpa perlu
mengorbankan penyediaan nutrisi yang optimal bagi anak-anak memandangkan ibu-ibu boleh
melakukan penyusuan secara eksklusif di TASKA yang disediakan di tempat kerja.

Penyediaan TASKA ini juga membolehkan hubungan yang lebih rapat di antara anak dan
ibubapa di mana ibubpa boleh melawat dan memantau keadaan anak-anak mereka pada waktu
rehat. Strategi ini memberi situasi menang – menang kepada kedua-dua belah pihak kerana ia
menjaga kebajikan anak-anak pekerja malah meningkantkan produktiviti syarikat tersebut.
Program yang berkualiti tinggi ini boleh menjadi asas yang kukuh kearah peningkatan
pencapaian akademik dikalangan kanak-kanak dan seterusnya menyumbang kearah peningkatan
ekonomi negara. Kewujudan tempat jagaan kanak-kanak seperti ini, boleh mewujudkan tenaga
kerja yang lebih produktif dan meluas dan seterusnya menyumbang kearah peningkatan
Keluaran Dalam Negara Kasar pendapatan awam yang lebih tinggi. Selain itu, ia dapat
mengurangkan kadar kemiskinan dan bayaran kebajikan serta pulangan juga lebih tinggi bagi
pelaburan awam terutamanya dalam bidang pendidikan.

6
Melalui perundingan yang dilakukan antara Kesatuan Sekerja Press Metal terhadap majikan
mereka, maka majikan mereka mempertimbangkan satu permohonan bagi menyediakan TASKA
di dalam organisasi mereka. Di samping itu, syarikat juga akan mencari guru-guru TASKA yang
terlatih untuk menjaga anak-anak mereka sepanjang tempoh waktu pejabat. Pekerja yang ingin
menghantar anak-anak mereka diminta untuk menbayar yuran persekolahan TASKA untuk
menampung kos yang akan ditanggung oleh pihak majikan sebaik sahaja pembukaan TASKA
yang meliputu gaji guru, kemudahan serta alat bahan bantuan mengajar. Kesepakatan yang
dicapai ini memberikan keuntungan kepada kedua-dua belah pihal. Hal ini kerana, pihak majikan
telah memenuhi tuntutan Kesatuan Sekerja. Sehubungan itu juga, pihak pekerja yang ingin
menghantar anak-anak mereka akan membayar yuran yang ditetapkan oleh pihak majikan. Ini
memperlihatkan situasi menang-menang di antara kesatuan sekerja dan majikan sekaligus.

6.0 KESIMPULAN

Melalui kes perundingan yang kami analisis ini, kami dapat memberikan beberapa input dan
rumusan yang mudah. Perundingan ialah proses menyelesaikan masalah yang baik kepada
sesebuah syarikat atau majikan, boleh berunding dengan terma dan syarat yang memuaskan
kedua-dua belah pihak di antara kesatuan sekerja dan pihak majikan. Selain itu, perundingan
juga merupakan suatu komunikasi dua hala yang melibatkan dua pihak atau lebih yang
mempunyai pendalat atau kemahuan yang berbeza. Dalam perundingan yang berjaya, wujudnya
sikap tolak ansur, bertoleransi, bekerjasama dan saling memahami bagi mencapai satu keputusan
yang adil dan berkualiti serta menjamin kepuasan semua pihak.

Perundingan juga satu proses yang berasakan hubungan sama rata yang mempunyai ciri saling
percaya dan komunikasi terbuka. Malah ia juga merupakan pendekatan bersama kearah untuk
mengenalpasti masalah, pemilihan strategi dan pengumpulan sumber-sumber peribadi bagi
mengenal pasti tanggungjawab bersama dalam pelaksanaan dan penilaian sesuatu program.
Selain itu juga, perundingan juga memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bagi
mencapai satu keputusan yang rasional dan berkualiti. Di dalam aspek perundingan, elemen

7
penting seperti setiap ahli organisasi hendaklah mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-
masing yang telah diamanahkan. Tidak dinafikan, wujudnya konflik dan halangan yang mungkin
berlaku sewaktu proses perundingan. Maka dengan itu, elemen perundingan perlu memastikan
kepuasan dan keharmonian serta kerja berpasukan sekaligus membantu dalam mencapai objektif
bersama.

8
RUJUKAN

Basu, K 1992. A characterization of the class of rationalizable equilibria of oligopoly games.


Economics Letters 40, 187-191

Bernheim, D. 1984. Rationalizable strategic behavior. Econometrica 52, 1007-1028

Cheung, F.K., Davidson, C., 1991.Bargaining structure and strike activity. Canadian Journal of
Economics 91, 345-371

Fisher, R., Ury, W. & Patton, B 1983. Getting to yes: Negotiating agreement without giving in.
New York: Penguin Books.

Gardiner, P.D & Simmons, J.E.L 1992, The analysis of conflict and change in contruction
projects, Construction Management and Economics, 10 (4), m.s 459-478. Pusat Sumber
Laman Informasi & Aktiviti INTAN Wilayah Utara.

Gupta, A. K. & Govidarajan, V. 2000, Knowledge management social dimension: lessons from
Nucor steel. Sloan Management Review, 42 (1):71-81

Peetz and Todd 2001, People and organizational culture: A profile comparison approach to
accessing person-organization fit. Academy of Management Journal, 34 (3) : 487-516

Raduan , C.R, U, J, A, H & I, A, I., 2009, Management Strategic Management Theories and the
Linkage with Organizational Competitive Advantage from the Resource- Based View’,
European Journal of Social Sciences, volume 11, pp. 402-417

https://www.sarawakenergy.com dicapai pada 17 Jun 2021

You might also like