You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN
Asrama merupakan satu satu medium kejayaan bagi murid di SM Sains Hulu
Selangor (SEMASHUR). Asrama mengumpulkan semua pelajar untuk bersama-sama
untuk memainkan peranan penting terutamanya dalam aspek kebersihan. Sebagai
sebuah keluarga penglibatan guru, pelajar, staff dan ibu bapa amatlah penting dalam
menjayakan sebuah persekitaran yang bersih, ceria, selamat dan indah. Oleh hal yang
demikian, satu program Anugerah Asrama Terbilang diwujudkan bagi memberikan rasa
tanggungjawab semua pihak untuk menyediakan keselesaan kepada pada para pelajar
khususnya. Selain itu, pihak sekolah juga menjadikan program Asrama Terbuka
sebagai satu platform untuk mengeratkan lagi kerjasama antara guru, staf dan ibu bapa
untuk saling bertukar fikiran mengenai petempatan para pelajar.

2.0 RASIONAL

Pelajar yang tinggal di asrama memerlukan suasan yang kondusif dan bersih
untuk memastikan sihat dan berjaya. Oleh itu, setiap penghuni asrama perlu dididik agar
sentiasa menjaga kebersihan dan kreatif dalam menghias kamar agar sentiasa selesa.
Selain itu, para pelajar peru didedahkan dengan bakat kepimpinan untuk melahirkan
pelajar yang serba boleh. Anugerah Asrama Terbilang dan Hari Terbuka Arama
merupakan peluang kepada para pelajar untuk mencungkil kreativiti dan kredibiliti
pelajar asrama menjadi insan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

3.0 OBJEKTIF

 Mengeratkan hubungan antara guru, staf dan pelajar melalui aktiviti dan
pertandingan yang dijalankan semasa Anugerah Asrama Terbuka.
 Menceriakan asrama SEMASHUR melalui kreativiti yang ditonjolkan para
pelajar.
 Memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa untuk turut serta
menceriakan dan menggembirakan anak-anak dengan menyediakan
kemudahan di asrama.
4.0 MATLAMAT

Program ini adalah satu wahana hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa
melalui pertandingan dan aktiviti yang dijalankan sewaktu penganjuran Hari Terbuka
Asrama ini.
5.0 PELAKSANAAN
Tarikh : 12 November 2022
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Asrama Putra & Putri Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor

6.0 KUMPULAN SASARAN


- Pelajar –pelajar SEMASHUR
- Semua guru dan mentor
- Ibu bapa/penjaga

7.0 BENTUK PROGRAM

ANUGERAH ASRAMA TERBILANG

i. Pertandingan kamar terbaik ini terbuka kepada semua kamar


mengikut rumah. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih pelajar sentiasa
memastikan kamar-kamar mereka berada dalam keadaan baik,
bersih, cantik dan ceria. Antara aspek yang dinilai ialah kekemaskan
dan kebersihan kamar pelajar terutama almari dan katil pelajar.
ii. Ibu bapa pelajar digalakkan untuk memberi sumbangan dalam
mencantikkan dan menceriakan kamar anak-anak mereka. Ibu bapa
dibenarkan untuk masuk ke asrama pada 12 November 2022 untuk
melihat sendiri keadaan asrama anak mereka dan hasil sumbangan
para ibu bapa.

TUGASAN AKTIVITI GOTONG ROYONG PARA PELAJAR

i. Aktiviti gotong royong pelajar ini bertujuan untuk mewujudkan


suasana bersih dan ceria di persekitaran asrama mengikut rumah
masing-masing. Aktiviti gotong royong ini juga dapat mewujudkan
semangat berpasukan dan permuafakatan di antara ahli rumah
8.0 AKTIVITI HARI TERBUKA ASRAMA

Tarikh/Hari Aktiviti
12 November 9.00 pagi
2022  Pelajar berada di asrama untuk membuat persiapan
terakhir sebelum ibu bapa dibenarkan masuk.
10.00 pagi
 Ketibaan kunjungan ibu-bapa dan guru-guru mentor ke
kamar pelajar.

12.00 tengahari
 Majlis tamat

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN


[Rujuk Lampiran 1]

10.0 AHLI JAWATAN KUASA HARI TERBUKA ASRAMA

PENGERUSI : PN. HAJAH RADZIAH BINTI MOHD DIN

TIMBALAN PENGERUSI : PN. MASITA BINTI SALAMAT

NAIB PENGERUSI I : PN. MASODIAH BT MAHFODZ

PENGERUSI II : EN. RUSLI BIN MUSTAPHA

SETIAUSAHA : PN. QUTREN NADA KHALID


AHLI JAWATANKUASA

Bil. TUGAS BIDANG TUGAS


1. JK Sambutan  Menyambut kedatangan para ibu
En Mohd Fauzi B Abd Mutalib (Ketua bapa dan guru-guru mentor.
Warden)  Warden lelaki menyambut ibu bapa
Cik Rosliza Bt Nawi dan mentor pelajar lelaki.
Cik Salmiahani Bt Sidik  Warden perempuan menyambut ibu
JK Pelajar bapa dan mentor pelajar perempuan.
Ketua Asrama Apura & Aspuri

2. JK Keceriaan Dorm  Membantu mentee untuk menghias


Semua guru rumah kamar sebelum Hari Terbuka Asrama.
 Memastikan keceriaan
JK Pelajar asrama dilaksanakan dengan baik.
- Ketua Rumah  Hadir bersama ibu-bapa semasa
- Penolong Ketua Rumah Hari Terbuka Asrama.

3. JK Hakim Pertandingan 3K  Menjadi hakim untuk pertandingan


Wakil Pentadbir Sekolah kamar paling ceria, cantik dan bersih.
Wakil PIBG
Wakil Ibu-bapa

4. JK Buku Program  Menyediakan buku program hari


Pn Sarimah Bt Abd Wahab terbuka asrama untuk diedarkan
kepada ibu bapa dan guru-guru
AJK pelajar mentor.
Pelajar AL-Khindi
5. JK Penyediaan Borang  Menyediakan borang pemarkahan
Pemarkahan 3K untuk kamar 3K
En Ahmad Farizan B Md Akhir  Mengumpul markah dan
Pn Nor Azizah Bt Mohamed menentukan pemenang pertandingan
3K
 Memberi senarai nama pemenang
kepada JK Hadiah
6. JK Fotografi  Mengambil gambar sepanjang
Cik Farah Aisyah Bt Azwan program berlangsung.

AJK Pelajar
Pelajar Al-Khindi
7. JK Hadiah / Cenderamata  Menyedia dan menguruskan
penyampaian hadiah kepada para
Pn Intan Ros Elyza Bt
pemenang pertandingan kamar
Zainol Abidin tercantik.
Pn Zaharah Bt Mohd Soud  Hadiah (hamper) akan diberikan
kepada 3 kamar tercantik aspura dan
3 kamar tercantik aspuri.
11.0 PENUTUP
Diharapkan penganjuran Asrama Terbuka SEMASHUR bagi tahun 2022 dapat
menjadikan asrama SEMASHUR semakin bersih, ceria dan selasa. Selain itu,
program ini diharapkan dapat mencungkil bakat para pelajar dalam menjadikan
kamar mereka lebih menarik. Diharap juga program ini dapat memberikan keyakin
kepada ibu bapa untuk terus menyumbang untuk keselesaan anak-anak.

Disediakan oleh: Disahkan oleh

…………………………… ……………………………..
(PN. QUTREN NADA BINTI KHALID) (PN. MASODIAH BT MAHFODZ)
Setiausaha Hari Terbuka Asrama, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SM Sains Hulu Selangor. SM Sains Hulu Selangor.

Diluluskan oleh:

……………………………...
(PN. HAJAH RADZIAH BINTI MOHD DIN)
Pengetua,
SM Sains Hulu
Selangor
Lampiran 1
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

Bil. Perkara RM Kuantiti Jumla Jumlah Sumber


h Keseluruha Kewangan
(RM) n
(RM)
1. Hiasan Asrama 500 5 2500 RM 2500.00 PIBG
( setiap rumah)

2. Majlis Asrama 500 1 500 RM 500.00 SEKOLAH


Terbuka
- BANNER
- HIASAN
3. Anugerah Asrama Terbilang
Pertama 100.00 + sijil 2 200.00
SEKOLAH
Kedua 60.00 + sijil 2 120.00
Ketiga 40.00 + sijil 2 80.00
Keempat 30.00 + sijil 2 60.00 RM 520.00
Kelima 30.00 + sijil 2 60.00

RM 3520.00
JUMLAH

You might also like