You are on page 1of 5

BAB 1 TINGKATAN 4 MS 1

KOLEKSI SOALAN OBJEKTIF SEBENAR SEJARAH SPM


BAB 1 – TINGKATAN 4 WARISAN NEGARA BANGSA

1 Antara berikut, yang manakah ciri negara bangsa Alam Melayu?

A Rakyat
B Ekonomi
C Kemakmuran
D Kepelbagaian kaum

2 Maklumat berikut berkaitan kerajaan Funan


*Muncul abad pertama
*Pengasasnya Kaundinya

Pernyataan manakah yang ada kaitan dengan kerajaan Funan ?

A Pusat pentadbiran di Inderapura


B Mempunyai wilayah pengaruh yang luas
C Merosot kerana serangan kerajaan Chenla
D Mengeratkan hubungan dengan kerajaan Melaka

3 Apakah undang-undang yang diamalkan oleh Kerajaan Majapahit ?

A Kutara Manawa
B Hukum kanun Majapahit
C Undang-undang Majapahit
D Undang-undang 99 Majapahit

4 Rakyat kerajaan Srivijaya telah meminum air sumpah yang dialirkan daripada
Inskripsi Telaga Batu.
Apakah tujuan upacara tersebut ?
A Menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah
B Memeterai perjanjian antara kerajaan
C Melambangkan pengaruh Hindu Buddha
D Mengukuhkan kedudukan raja

5 Kesultanan Johor-Riau meneruskan usaha melaksanakan ciri-ciri negara


bangsa yang diasaskan oleh Kesultanan Melayu Melaka. Bagaimanakah usaha
tersebut dilakukan?
A Mengukuhkan ekonomi
B Menekankan kepentingan Islam
C Memajukan kegiatan persuratan
D Menjalinkan hubungan diplomatik

SMKSKP- MARI TUJU JAYA Koleksi Soalan Objektif SPM Sejarah ( Ting.4)
BAB 1 TINGKATAN 4 MS 2

6 Antara berikut, yang manakah rakyat kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?

I Orang Laut
II Orang Melayu
III Orang Sungai
IV Orang Dagang

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7 Berikut adalah lambang kebesaran yang terdapat dalam kerajaan Kesultanan


Melayu Melaka.
Cap Mohor
Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?
A Menunjukkan kekuasaan raja
B Mengukuhkan kedudukan raja
C Menunjukkan warisan sesebuah kerajaan
D Mengesahkan arahan daripada Sultan

8 Berdasarkan fasal 5 dalam Undang-undang Laut Melaka, apakah hukuman


yang dikenakan pada seseorang yang membunuh orang diatas kapal?

A Dipenjarakan
B Dibuang negeri
C Dihukum bunuh
D Dibuang negara
9 Apakah peranan Bendahara dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan?

I Ketua Pentadbir
II Penasihat Sultan
III Ketua Protokol Istana
IV Panglima Angkatan Laut
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10 Pasangan manakah yang merujuk kepada tugas pembesar dalam sistem


pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka ?

SMKSKP- MARI TUJU JAYA Koleksi Soalan Objektif SPM Sejarah ( Ting.4)
BAB 1 TINGKATAN 4 MS 3

Syahbandar Laksamana
A Mengurus perbendaharaan Menjaga keselamatan kota
B Mengekalkan keamanan Panglima angkatan laut
C Mengurus pelabuhan Ketua angkatan tentera
D Mengutip cukai Menjaga keselamatan perairan

11 Pasangan yang manakah betul berkaitan dengan kandungan Hukum Kanun


Melaka?
Fasal Kandungan
A Fasal 3.3 Kesalahan memalsukan titah Sultan
B Fasal 5.1 Kesalahan perbuatan mencuri
C Fasal 28 Saksi dalam penikahan
D Fasal 30 Pengharaman riba

12 Tulah amat ditakuti oleh rakyat Melaka. Bagaimanakah mereka dapat


menghindarkan diri daripada ditimpa tulah?
A Memelihara keamanan
B Tidak menghormati raja
C Tidak derhaka kepada raja
D Mengeratkan perpaduan masyarakat

13 Dalam hierarki masyarakat Melayu, Hamba merupakan golongan terbawah.


Manakah antara berikut dalam kategori hamba?
I Hamba raja
II Hamba bebas
III Hamba pembesar
IV Hamba berhutang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14 Sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua peringkat


iaitu pentadbiran pusat dan peringkat jajahan.
Siapakah pembesar dalam pentadbiran peringkat jajahan ?

I Temenggung
II Bendahara
III Laksamana
IV Syahbandar
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15 Maklumat
*Nobatberikut merupakan ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
*Regalia
*Cop Mohor
SMKSKP- MARI TUJU JAYA Koleksi Soalan Objektif SPM Sejarah ( Ting.4)
BAB 1 TINGKATAN 4 MS 4

Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut ?

A Simbol jati diri


B Kekuatan bangsa
C Peralatan tradisional
D Kedaulatan sultan

16 Ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka merupakan asas kepada


kewujudan Negara bangsa Malaysia.
Apakah ciri-ciri bangsa yang diwarisi oleh negara ?
A Raja berkuasa mutlak
B Sistem kerahan tenaga
C Sistem pemerintahan beraja
D Sistem Pembesar Empat Lipatan

17 Bagaimanakah rakyat Melaka menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah ?

I Menyumbang tenaga kerja


II Memelihara kedaulatan
III Menjaga hubungan baik
IV Menghiasi majlis umum
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

18 Maklumat berikut berkaitan hubungan Melaka dengan Dinasti Ming.

Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar beberapa orang


utusan termasuklah Laksamana Cheng Ho untuk
mengeratkan hubungan antara China dan Melaka

Apakah rumusan daripada situasi di atas ?

A Dinasti Ming perlu menguasai perdagangan


B Dinasti Ming mengakui kehebatan Melaka
C Dinasti Ming mahu meluaskan kuasanya
D Dinasti Ming mengiktiraf kedaulatan Melaka

19 Berikut adalah hubungan pemerintah dan rakyat.

Rakyat ini umpama akar dan raja itu umpama pohon.


SMKSKP- MARI TUJU JAYA Koleksi Soalan Objektif SPM Sejarah ( Ting.4)
BAB 1 TINGKATAN 4 MS 5

Apakah prinsip rukun Negara yang dapat dikaitkan dengan perumpamaan


tersebut ?

A Kepercayaan kepada Tuhan


B Kedaulatan undang-undang
C Kesopanan dan kesusilaan
D Kesetiaan kepada raja dan negara

20 Sistem pemerintahan beraja di negeri-negeri Melayu adalah berasaskan


Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah bukti perkaitan tersebut ?

A Penggubalan undang-undang
B Raja menjatuhkan hukuman
C Raja berkuasa mutlak
D Pewarisan takhta

SMKSKP- MARI TUJU JAYA Koleksi Soalan Objektif SPM Sejarah ( Ting.4)

You might also like