You are on page 1of 6

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BUNGA NO. TEL : 04- 890 5116


JALAN LEMBAH PERMAI FAKS : 04-890 4115
11200 TANJUNG BUNGAH, PULAU PINANG E-MEL : pba1011@moe.edu.my

_________________________________________________________________________________
Ruj. Kami :
Tarikh : 22 Januari 2021

Kepada
Semua Ahli Panitia Pendidikan Muzik
Sekolah Kebangsaan Tanjung Bunga

Tuan/Puan,

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK KALI PERTAMA TAHUN 2021

Merujuk perkara di atas, tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut pada ketetapan
seperti berikut:

Tarikh : 26 Januari 2021


Hari : Selasa
Masa : 2.30 petang
Tempat : Tempat kediaman masing-masing melalui Google Meet

2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

2.1 Ucapan Alu-aluan Pengerusi


2.2 Pengesahan Minit Mesyuarat 2020
2.3 Perkara Berbangkit
2.4 Pengurusan Kurikulum
2.5 Projek Kesenian Pendidikan Muzik Murid 2021
2.6 Kewangan
2.7 Hal-hal lain

3. Kehadiran tuan/puan adalah wajib bagi melancarkan perjalanan mesyuarat dan


didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

__________________________________
(PUAN SITI HAZIAH BINTI RADUAN)
Setiausaha Panitia Pendidikan Muzik
Sekolah Kebangsaan Tanjung Bunga
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BUNGA NO. TEL : 04- 890 5116
JALAN LEMBAH PERMAI FAKS : 04-890 4115
11200 TANJUNG BUNGAH, PULAU PINANG E-MEL : pba1011@moe.edu.my

__________________________________________________________________________________

REKOD PANGGILAN MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK KALI PERTAMA TAHUN 2021

Tarikh : 26 Januari 2021


Hari : Selasa
Masa : 2.30 petang
Tempat : Tempat kediaman masing-masing melalui Google Meet

SENARAI NAMA GURU 2021

BIL JAWATAN NAMA GURU


1 GURU AKADEMIK BIASA PN. PAMELA KHOO BEE LAY

2 GURU PENYELARAS BESTARI EN. HANIF BIN HASSAN

3 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN PN. ASIAH BINTI ABOO BAKAR

4 GURU BAHASA TAMIL SK EN. RAJASEKARAN A/L MUNIYANDY

5 GURU KELAS TAHUN 6 GEMILANG PN. SITI HAZIAH BINTI RADUAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BUNGA NO. TEL : 04- 890 5116
JALAN LEMBAH PERMAI FAKS : 04-890 4115
E-MEL : pba1011@moe.edu.my
11200 TANJUNG BUNGAH, PULAU PINANG

__________________________________________________________________________________

REKOD KEHADIRAN MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK KALI PERTAMA TAHUN 2021

Tarikh : 26 Januari 2021


Hari : Selasa
Masa : 2.30 petang
Tempat : Tempat kediaman masing-masing melalui Google Meet

SENARAI NAMA GURU 2021

BIL JAWATAN NAMA GURU


1 GURU AKADEMIK BIASA PN. PAMELA KHOO BEE LAY

2 GURU PENYELARAS BESTARI EN. HANIF BIN HASSAN

3 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN PN. ASIAH BINTI ABOO BAKAR

4 GURU BAHASA TAMIL SK EN. RAJASEKARAN A/L MUNIYANDY

5 GURU KELAS TAHUN 6 GEMILANG PN. SITI HAZIAH BINTI RADUAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BUNGA NO. TEL : 04- 890 5116
JALAN LEMBAH PERMAI FAKS : 04-890 4115
11200 TANJUNG BUNGAH, PULAU PINANG E-MEL : pba1011@moe.edu.my

__________________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK KALI PERTAMA TAHUN 2021

Tarikh : 26 Januari 2021


Hari : Selasa
Masa : 2.30 petang
Tempat : Tempat kediaman masing-masing melalui Google Meet

Kehadiran:
1. Puan Pamela Khoo Bee Lay (Ketua Panitia)
2. Encik Hanif bin Hassan (Guru mata pelajaran)
3. Puan Asiah binti Aboo Bakar (Guru mata pelajaran)
4. Encik Rajasekaran a/l Muniyandy (Guru mata pelajaran)
5. Puan Siti Haziah binti Raduan (Setiausaha)

Agenda Mesyuarat:
1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 2020
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Pengurusan Kurikulum
5.0 Projek Kesenian Pendidikan Muzik Murid 2021
6.0 Kewangan
7.0 Hal-hal Lain

1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru mata pelajaran
Pendidikan Muzik bagi sesi 2021. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih
kepada semua guru atas kehadiran dalam mesyuarat Panitia Pendidikan
Muzik kali pertama bagi sesi 2021.
Tindakan: Makluman
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 2020
2.1 Disahkan oleh : Encik Hanif bin Hassan
Diskong oleh : Puan Asiah binti Aboo Bakar
Tindakan: Makluman

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Tiada perkara berbangkit daripada minit mesyuarat 2020.
Tindakan: Makluman

4.0 Pengurusan Kurikulum


4.1 Profil dan maklumat ahli panitia(guru)
Ketua panitia meminta ahli panitia mengisi borang maklumat guru bagi
Panitia Pendidikan Muzik untuk disimpan dalam fail panitia.
Tindakan:Semua ahli panitia Muzik

4.2 DSKP / RPT / Rancangan Persediaan Mengajar


4.2.1 Guru-guru diminta untuk merancang PdPR harian mengikut
jadual yang telah diedarkan sehingga sesi persekolahan
bersemuka diumumkan.
Tindakan: Makluman
4.2.2 Para guru diminta untuk menyediakan satu salinan RPT dan
DSKP dalam bentuk ‘softcopy’ untuk rujukan masing-masing.
Ketua panitia mencadangkan guru-guru untuk mencetak
RPT/RPH sekiranya diperlukan.RPT harus dimuatnaik dalam
portal e-PREMA mengikut laman e-RPH guru masing-masing.
Berikut merupakan guru mata pelajaran Pendidikan Muzik bagi
tahun 2021:

Kelas Nama Guru Mata Pelajaran


1 Amanah Puan Asiah binti Aboo Bakar
2 Bakti Puan Pamela Khoo Bee Lay
3 Cekal Encik Rajasekaran a/l Muniyandy
4 Harmoni Encik Hanif bin Hassan
4 Dedikasi Puan Pamela Khoo Bee Lay
5 Efektif Puan Pamela Khoo Bee Lay
6 Gemilang Puan Siti Haziah binti Raduan
Tindakan:Semua ahli panitia Muzik

4.3 Perancangan Strategik Panitia Pendidikan Muzik 2021


4.3.1 Pada tahun 2021, panitia merancang untuk menumpukan lebih
perhatian kepada rakaman rekod persembahan murid pada
setiap akhir penggal.
Tindakan: Makluman

4.4 Pengurusan Fail Panitia Pendidikan Muzik


4.4.1 Panitia masih mengekalkan jumlah 4 buah fail bagi Panitia
Pendidikan Muzik bagi tahun 2021 dan perlu dikemaskini dari
semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dibuat
mengikut makluman terkini.
Tindakan: Makluman

4.5 Pelaporan PBD


4.5.1 Semua guru hendaklah menyediakan borang transit bagi
pelaporan PBD bagi kelas-kelas Tahun 1, 2,3,4,5 dan 6.
4.5.2 Guru-guru juga hendaklah sentiasa bersedia untuk pengisian
pelaporan PBD dalam portal yang akan dimaklumkan dari
semasa ke semasa.
4.5.3 Oleh itu, guru-guru harus sentiasa menyimpan rekod dan
aktiviti pentaksiran PBD bagi tujuan pelaporan.
Tindakan:Semua ahli panitia Muzik

4.6 Penambahbaikan Bilik Muzik


4.6.1 Pengerusi memaklumkan tentang keadaan Bilik Muzik semasa
dan akan dibersihkan serta meminta ahli-ahli mencadangkan
perkara-perkara yang perlu ditambah baik. Guru-guru perlu
bekerjasama dalam memastikan Bilik Muzik dalam keadaan
kemas, bersih dan segala peralatan muzik adalah dalam
keadaan baik.
Tindakan:Semua ahli panitia Muzik

5.0 Projek Kesenian Pendidikan Muzik Murid 2021


5.1 Pengerusi memaklumkan tentang penglibatan semua murid dalam aktiviti
kesenian Pendidikan Muzik bagi menjayakan projek kesenian Pendidikan
Muzik 2021. Murid boleh melakukan aktiviti seperti persembahan muzikal
dalam kumpulan kecil dalam keadaan norma baharu serta mematuhi SOP.
Tindakan:Semua ahli panitia
Muzik

6.0 Kewangan
6.1 Peruntukan kewangan PCG bagi Panitia Pendidikan Muzik hendaklah
digunakan sepenuhnya pada setiap tahun.
6.2 Semua ahli panitia diminta merancang dan mengurus perbelanjaan
dengan sebaiknya berdasarkan jumlah peruntukan yang diberikan.
Tindakan:Semua
ahli panitia Muzik

7.0 Hal-hal Lain


7.1 Encik Hanif bin Hassan mencadangkan agar ditetapkan tarikh bagi
pelaksanaan Projek Kesenian Muzik Murid.
7.2 Semua ahli panitia diminta untuk bekerjasama dalam menjayakan setiap
perancangan program tahunan Panitia Pendidikan Muzik bagi tahun 2021.
Tindakan:Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

You might also like