You are on page 1of 5

PENDAHULUAN

British Military Administration ( BMA ) atau Pentadbiran Tentera British


diisytiharkan di negara kita selepas tamatnya Perang Dunia Kedua . Selepas itu ,
British melaksanakan pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu . Pelaksanaan
Malayan Union yang mencetuskan bantahan secara besar - besaran daripada
penduduk tempatan menyebabkan British menggantikannya dengan Persekutuan
Tanah Melayu 1984 .

Bagi orang Melayu, keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk British
membuat pembaharuan politik. Orang Melayu secara prinsipnya menentang
penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union. Raja-Raja Melayu
hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa. Mereka juga
kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu. Walaupun mereka
masih membincangkan soal agama Islam tetapi zakat fitrah dipungut di bawah nama
Gabenor Malayan Union. Keadaan ini bertentangan dengan kedudukan sultan
sebelum ini yang merupakan ketua agama Islam. Justeru, orang Melayu bimbang
agama Islam akan tercabar.

Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang juga ditolak oleh orang
Melayu. Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo orang Melayu
sebagai peribumi. Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan kemasukan orang
dagang manakala ekonomi dan pendidikan mereka akan bertambah mundur.
Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union

Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja -
Raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan daripada takhta sekiranya enggan
menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah , Kedah .
Kebanyakan sultan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis
Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak . Terdapat sultan yang
menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British
seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor .

Orang Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina
oleh kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka . Bagi mereka , pengenalan
Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan tersebut .
Lantaran itu kebanyakan orang Melayu menentang Malayan Union dengan
mengadakan demonstrasi secara besar - besaran .

Terdapat juga sebahagian kecil yang menyokong Malayan Union antaranya


termasuklah orang dagang dan golongan Melayu radikal. Mereka bersetuju dengan
dasar menyatukan negeri – negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk
melicinkan pentadbiran. Mereka juga menyokong dasar sama rata Malayan Union
yang akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu. Kerakyatan
Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan
kerakyatan asal masing-masing. Mereka juga mempercayai janji British yang akan
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Penentangan Raja - raja Melayu terhadap Malayan Union

Terdapat lima cara bantahan yang dibuat oleh raja - raja Melayu terhadap Malayan
Union . Raja - raja Melayu membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi
England , menghantar surat bantahan ke London , menyokong kongres Melayu ,
permaisuri Perak memimpin gerakan menentang Malayan Union dan memulaukan
Upacara Pelantikan Gabenor Malayan Union .

 Membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi Englad


Persidangan Raja - raja Melayu di Istana Iskandariah , Kuala Kangsar , pada bulan
April 1946 memutuskan untuk mengemukakan bantahan melalui Mahkamah Tinggi
di England . Sultan Perak , Sultan Kedah dan Sultan Johor akan berangkat ke England
sekiranya kehadiran baginda diperlukan di mahkamah tersebut .
Menurut sistem perundangan British , MacMichael mendapatkan persetujuan daripada
Raja - raja Melayu dengan cara tidak sah .

 Menghantar surat Bantahan ke London


Sultan Kedah , Perak dan Johor mengutus surat bantahan kepada George Henry Hall ,
mendakwa baginda diperdaya oleh MacMichael . Beberapa orang raja mendakwa
diugut supaya menurunkan tandatangan tanpa menyedari akibatnya . Raja - raja
Melayu memohon British memansuhkan persetujuan yang ditandatangani .
Tuanku Syed Putra Jamalullail juga mengirimkan telegram kepada kerajaan Britidh di
London untuk menyuarakan rasa tidak puas hati baginda terhadap tindakan
MacMichael. Baginda tidak diberikan untuk mendapatkan nasihat daripada pembesar
negeri sebelum memberikan persetujuan .

 Menyokong Kongres Melayu


Kongres Melayu turut disokong oleh Raja - raja Melayu . Kongres ini diadakan untuk
menunjukkan kesungguhan orang Melayu menolak Malayan Union . Sultan
Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah menderma
sebanyak $15 ribu kepada Persatuan Melayu Selangor yang menjadi tuan rumah
Kongres Melayu Pertama . Baginda juga merasmikan pembukaan kongres ini .
 Permaisuri Perak memimpin Gerakan menentang Malayan Union
Pada 28 Mei 1946, Ahli Parlimen British tiba di Kuala Kangsar, Perak, tempat Sultan
Iskandar Shah bersemayam. Perhimpunan besar-besaran di Padang Bandar Diraja
Kuala Kangsar, menunjukkan raja dan rakyat bergabung untuk menentang Malayan
Union. Tuanku Permaisuri Perak, Raja Perempuan Kelsom mengetuai barisan
hadapan perarakan bersama-sama dengan wanita negeri Perak. Perarakan itu berjalan
melintasi Raja-raja Melayu, Ahli Parlimen British dan pemimpin Melayu yang berada
di atas pentas. Mereka sangat kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Tuanku
Permaisuri Perak itu.

 Memulaukan Upacara Pelantikan Gabenor Malayan Union


Raja-raja Melayu memulaukan upacara pelantikan Gabenor setelah perjumpaan
dengan Dato’ Onn Jaafar mempersembahkan resolusi Kongres Melayu, iaitu
memohon Raja-raja Melayu supaya bersama-sama dengan rakyat memboikot upacara
pelantikan Gabenor Malayan Union. Ribuan orang Melayu yang berhimpun di Hotel
Station melaungkan ‘DAULAT TUANKU!’ dan ‘HIDUP MELAYU’. Raja-raja
Melayu nekad memulaukan upacara pelantikan Gabenor Malayan Union, iaitu Sir
Edward Gent dan mengadakan siding akhbar.
Penentangan Rakyat terhadap Malayan Union

You might also like