You are on page 1of 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Jalan Bukit Kecil, ren Tel 09.621 30003001 Ecce Molla Foks, (Fax) 08-622 7207109-625 8415 Terengganu Darul Iman. Laman Wed jpterengganu.moe.gov:my Ruj. Kami: JPNT.SPU.UK 100-1/3/2( & ) Tarikh ZF Oktober 2022 ‘Semua Ketua Sektor ‘Semua Pegawai Pendidikan Daerah ‘Semua Pengetua Sekolah berstatus Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tuan, SEMAKAN SEMULA LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN SUSULAN PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA (PB 3.1) GARIS PANDUAN PENJIMATAN PERBELANJAAN AWAM Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sebagaimana yang dimaklumi, susulan edaran Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PB3.1): Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam (Kemas kini 14 Julai 2022) oleh Kementerian Kewangan, pihak Jabatan telah melaksanakan_penjimatan dalaman sebagaimana surat bilangan JPNT.SPU.UK 100-1/3/2 (5) bertarikh 24 Ogos 2022. 3. Setelah meneliti dan menyemak baki peruntukan Belanja Mengurus (B.63) sedia ada secara keseluruhan, Jabatan dengan ini menyemak semula dan menetapkan langkah-langkah penjimatan perbelanjaan peruntukan tersebut sebagaimana berikut: 3.1 Perjalanan yang melibatkan tugas rasmi termasuk semua_bentuk program/aktiviti hendaklah menggunakan kaedah pengangkutan yang PALING MENJIMATKAN. Bagi perjalanan yang melibatkan lebih daripada seorang pegawai ke lokasi yang sama, pegawai mestilah menggunakan kenderaan jabatan atau berkongsi kenderaan mengikut kesesuaian (jantina, jarak perjalanan) dengan tuntutan hanya diberi kepada pegawai yang membawa kenderaan atas kadar biasa sebagaimana Pekeliling Perbendaharaan WP1.4 bermula tuntutan bulan Oktober 2022; 3.2 Kadar ini juga tertakluk kepada perjalanan pegawai secara individu yang menggunakan kenderaan sendiri; 3.3. Sebagai alternatif, pegawai juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam yang paling menjimatkan; 3.4 Surat panggilan bagi semua program hendaklah menjelaskan tentang kemudahan makan/minum, penginapan dan pengangkutan yang disediakan oleh penganjur berserta jadual/tentatif program. Sekiranya pengangkutan tidak disediakan, penganjur hendaklah menyatakan dengan jelas dalam surat panggilan, “Pengangkutan tidak disediakan. Pegawai digalakkan untuk berkongsi kenderaan (carpool) dengan pegawai yang membawa kenderaan boleh menuntut atas kadar biasa sebagaimana Pekeliling Perbendaharaan wP1 2I- (Sila catatkan rujukan Jabatan inl apabila berhubung) 4, 5. JPNT.SPU.UK 100-1/3/2() 3.5 3.6 Pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabat dan perlu bermalam, pegawai hendaklah membuat tempahan bilik penginapan pada harga yang menjimatkan. Perbandingan harga yang ditawarkan di atas talian boleh digunakan sebagai asas perbandingan; dan Penganjuran acara/majlis{keraian_rasmi/mesyuarat/persidangan/seminar/ bengkel hendaklah dihadkan. Contoh langkah yang boleh dilaksanakan adalah menjadual semula dan menghimpunkan mesyuarat-mesyuarat yang melibatkan penyertaan ramai pegawai yang sama daripada luar ibu pejabat. Mesyuarat secara hibrid perlu diutamakan sekiranya tiada keperluan bersemuka. Tuan adalah dipohon untuk memastikan Semakan Semula Langkah-Langkah Penjimatan Perbelanjaan ini dapat dipatuhi secara menyeluruh termasuk membuat hebahan kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah di bawah seliaan PTJ masing-masing. Semakan Semula Langkah-Langkah Penjimatan Perbelanjaan ini akan berkuat kuasa mulai dari tarikh surat ini dikeluarkan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklum kelak serta akan disemak semula tertakluk kepada perubahan dan arahan dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan dengan perkara ini, pihak Tuan boleh menghubungi Unit Kewangan, Sektor Pengurusan di talian 09-621 3227. Kerjasama dan perhatian pihak Tuan dalam perkara ini adalah amat dihargai Sekian, terima kasih. Saya HAJI ABDUL, JJAKAN MUAFAKAT NEKAD” (ASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” RKHIDMAT UNTUK NEGARA” \g menjalankan amanah, IN NGAH Pengarah Pendidikan Negeri Terefigganu

You might also like