You are on page 1of 3

SJK(T) LADANG BANOPDANE,

35500 JLN TELUK INTAN, BIDOR, PERAK.

7.5.2022

Kepada,

Semua Ahli Jawatankuasa Kelab Rukun Negara

Perkara : Mesyuarat Jawatankuasa Kali Pertama 2022

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Kelab Rukun Negara Yang Pertama akan


diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 11/5/2022
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Darjah Tahun 1
Sasaran : 11 orang murid

2.Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :


2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Perlantikan AJK
2.3 Perancangan Tahunan
2.4 Agenda Semasa
2.5 Hal –hal lain
2.6 Ucapan Penangguhan

DISEDIAKAN OLEH,

(PAKEAWATHI RAMASUNDRAM)

PENYELARAS KELAB RUKUN NEGARA

SJKT LB
SJK(T) LADANG BANOPDANE,

35500 JLN TELUK INTAN, BIDOR, PERAK.

MINIT MESYUARAT AGUNG- KALI PERTAMA


KELAB RUKUN NEGARA SESI- 2022

TARIKH : 11 Mei 2022

TEMPAT : Bilik Darjah ( Tahun 1)

MASA : 1.30 – 3.30 Tengahari

KEHADIRAN : - Cik.Pakeawathi Ramasundram

12 Orang murid

1.Kata-kata aluan Guru Penasihat

1.1Guru penasihat mengalu- alukan kehadiran semua ahli Kelab Rukun Negara bagi tahun
2022.

1.2 Pertubuhan Kelab Rukun Negara telah menerima surat pengesahan daripada penolong
pendaftar sekolah.

2. Perlantikan AJK Kelab Rukun Negara tahun 2022

2.1 Guru penasihat melantik pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari, Naib
Bendahari secara undian daripada ahli Kelab Rukun Negara.

2.2 Semua ahli bersetuju memilih A.Thivaan murid tahun 6 sebagai Pengerusi Kelab
Bahasa tahun 2022 dibantu oleh K.Lavanyah murid tahun 5 sebagai Naib Pengerusi.

2.3 Perlantikan ahli jawatankuasa yang baru telah dijalankan dan mendapat persetujuan
ahli-ahli .

2.4 Perlantikan ini juga akan diberi pengesahan oleh penolong pendaftar sekolah.

3.Laporan Aktiviti dan Pembentangan Perancangan Tahunan

3.1 Guru penasihat memaklumkan tentang masa serta peraturan perjumpaan mingguan iaitu
pada hari rabu setiap minggu.

3.2 Beliau meminta pandangan dan cadangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun
ini, antaranya ialah:
i. -Pemilihan Jawatankuasa

ii. Pelafazan ikrar Rukun Negara

iii. Program Kesenian

iv. Mengenali negeri-negeri Malaysia

v. Pertandingan Kuiz

vi. Seni Lakonan

vii. Pertandingan melukis Poster

viii.Pertandingan Nyanyian

viiii.Pertandingan Teka Silang kata dan sebagainya

4.Hal- hal Lain

4.1 Guru penasihat mengharapkan agar semua ahli Kelab Rukun Negara sesi 2022 dapat
memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan.

4.2 Beliau mengharapkan agar semua ahli dapat datang pada setiap perjumpaan hari rabu
untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang telah dirancang.

4.3 Jadual aktiviti tahunan akan dipaparkan di papan kenyataan kokukurikulum.

5.Ucapan Penangguhan

5.1 Majlis ditangguhkan oleh pengerusi dan diakhiri dengan ucapan terima kasih.

Disediakan Oleh Disemak Oleh DIsahkan Oleh

……………………………………. ……………………………..

(R.SOUMITHRA ) (PAkEAWATHI RAMASUNDRAM) (R,ndrani)


SETIAUSAHA KELAB BAHAA PENYELARAS KELAB RUKUN NEGARA GK KOKO
SJKT LB SJKTLB SJKT LB

You might also like